Coretan Emas Perak | PG Mall | Cikgu Gram | Farhan Razak
203 subscribers
4.37K photos
181 videos
5 files
2.22K links
Coretan & perkongsian ilmu emas/perak.
Bimbingan untuk buat duit dengan PG Mall.

PG00194050

My Website. ๐Ÿ”—

https://publicgold.me/cikgugram

Referral Link PG Mall. ๐Ÿ›’

bit.ly/REGPGMall

Whatsapp. ๐Ÿ“ž

http://www.wasap.my/601151539129/emasperak
Download Telegram
Perkongsian daripada mentor.

Gais.

Cara termudah, murah dan patuh syariah untuk anda simpan emas adalah dengan akaun GAP.

Kenapa mudah?

Sebab jual beli emas boleh dibuat melalui app sahaja. Urusan jual beli pula adalah 24 jam dan 7 hari seminggu. Semua kat hujung jari.

Kemudian kalau anda nak keluarkan emas maka anda boleh request Public Gold untuk poskan emas ke rumah anda. Anda tak perlu datang office Public Gold.

Kenapa murah? Sebab anda boleh simpan emas dengan serendah RM100 atau 1 gram.

Ketiga, GAP disahkan patuh syariah. Jadi anda boleh simpan dengan rasa tenang.

Kemudian, anda sebagai penyimpan emas perlu mempunyai strategi memaksimakan keuntungan.

1. Stategi pertama, kena konsisten. Fokus untuk tambahkan gram emas anda setiap bulan.

2. Strategi kedua. Ini strategi daripada tuan Azizi Ali, pakar kewangan nombor 1 malaysia.

Beliau berkata, dalam pelaburan, anda perlu invest sebanyak mungkin!

Kalau anda invest sedikit-sedikit, akhirnya masih sedikit.

Sebab itu, walaupun gap boleh dibeli dengan hanya RM100 atau 1 gram, tapi setkan dalam otak anda bahawa investment, anda kena invest banyak.

Sebab itu saya kurang minat dengan pelaburan emas serendah RM1 atau RM10, sebab ia terlalu sedikit.

Itu lebih kepada marketing hype sahaja.

Cuba fikir logik. Kalau harga emas RM285 segram, orang yang invest RM1 memerlukan dia invest sebanyak 285 kali untuk dapat 1 gram.

Kalau RM10 pula, kena invest 29 kali, barulah dapat 1 gram.

Ini simple calculations sahaja ya, untuk demonstrasi.

Jadi, modal yang terlalu rendah nie bukanlah satu plus point. Ia kena padan patut dengan produk.
Perkongsian daripada team Delaer.

Sebelum korang beli emas, faham dulu 3 benda ini:

1. Beli emas mesti dapat emas nya secara fizikal.
2. Simpanan emas tiada sebarang pulangan berbentuk dividen bulanan atau tahunan.
3. Emas sesuai untuk jangka masa panjang.
Coretan daripada mentor.

Apa cerita emas hari ini?
==========================

Gais.

Laporan daripada surat khabar KOSMO ๐Ÿฅน

1. Kalau ada syarikat yang offer untung yang tak masuk akal seperti 3% sehari. Lari.

2. Kalau anda tak faham modus operandi sesebuah syarikat yang boleh menawarkan keuntungan dalam pelaburan emas. Takde risiko.
Untung semedangโ€ฆ

Lepas tu agen mereka tak mampu explain business model mereka. Anda cakap hmmmmmmm panjang.

Sebab kalau berlaku apa-apa kat syarikat tersebut , tuan-tuan tahu tak apa yang agen syarikat jawab?

โ€œSaya pun kena tipu jugak ๐Ÿฅนโ€

โ€”โ€”โ€”-startโ€”โ€”โ€”

1,500 mangsa rugi RM100 juta ditipu skim pelaburan emas

Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA dan ROHANA MOHD. NAWI, 2 Februari 2023, 8:20 am

KOTA BHARU โ€“ Menawarkan komisen tiga peratus setiap hari dan dinar emas sebagai โ€˜umยญpanโ€™ untuk menarik orang ramai menyertai skim pelaburan emas.

Tawaran menarik itu menyebabkan hampir 1,500 individu di negeri ini berputih mata apabila mereka bukan sahaja tidak menerima faedah dijanjikan selepas menyertainya pada tahun lalu, malah wang pelaburan berjumlah RM100 juta turut hangus.

Semakan mendapati, syarikat di ibu negara itu sudah menutup operasi pada Disember lalu.

Syarikat itu menawarkan pelaburan tunai serendah RM100 dan menggunakan konsep skim piramid yang menjanjikan keuntungan berlipat ganda jika berjaya menarik lebih ramai peserta.

Ada orang kenamaan bergelar Datuk dan Tan Sri yang menanggung rugi mencecah ratusan ribu ringgit. Selain itu, kira-kira 300 mangsa pula dari Thailand.

Mangsa, Maziah Abu, 49, berkata, dia dilantik sebagai ejen oleh syarikat itu untuk mencari peserta menyertai skim tersebut dengan modal serendah RM100.

Menurutnya, dia yang tertarik dengan skim itu melabur RM40,000 apabila dijanjikan komisen tiga peratus setiap hari jika dapat mencari โ€˜downlineโ€™.

โ€œSyarikat bayar RM20,000 sepanjang tiga bulan saya meยญnyertai skim itu. Apabila mereka membayar semula modal, saya percaya ia berhasil. Bagaimanapun selepas itu, tiada pembayaran dibuat walaupun saya menarik ramai peserta dari Kota Bharu dan Pasir Mas.

โ€œRamai peserta mula mendesak kerana wang mereka lesap. Ada yang melabur sehingga RM200,000. Saya tidak tahu bagaimana hendak bantu, saya pun jadi mangsa,โ€ katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Maziah yang juga peniaga berkata, syarikat terbabit menjanjikan keuntungan dan dinar emas dalam tempoh tiga bulan, sebaliknya dua individu yang menguruskan skim tersebut ยญhilang.

Jelasnya, syarikat menggunakan wang pelabur untuk membeli emas dan dijual semula apabila harga logam tersebut naik dan berkongsi keuntungan deยญngan peserta, malangnya wang modal itu lebur.

Seorang lagi mangsa, Fauziah Yacob, 50, berkata, dia tertarik dengan skim itu kerana insentif yang ditawarkan agak lumayan yang mana ia dibayar setiap hari menerusi akaun peserta.

โ€œPada mulanya, saya melabur RM10,000 dan mendapat untung. Lepas itu, saya tambah wang RM20,000, namun tidak mendapat komisen yang dijanjikan. Dinar emas dan wang tunai yang dijanjikan juga tiada,โ€ katanya.

Fauziah pergi ke syarikat itu di Kuala Lumpur pada hujung tahun lalu, namun ia sudah ditutup. Ada peserta yang tidak membuat laporan polis kerana tidak mahu menjejaskan reputasi mereka.

Sementara itu, seorang lagi peniaga dikenali sebagai Halim, 69, berkata, dia gelap mata untuk menyertai skim itu selepas melihat pendapatan seorang ejen mencecah RM1 juta sebulan.

Seorang mangsa menunjukkan laporan polis yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas baru-baru ini.

โ€œSaya melabur RM1,800 dan ejen beritahu dia meraih ribuan ringgit setiap hari selepas mencari peserta untuk melabur. Dia tayang pendapatan RM1 juta. Selepas dipujuk, saya bersetuju.
โ€œSetakat ini saya langsung tidak mendapat bayaran tiga peยญratus yang dijanjikan,โ€ katanya.

Sumber asal:
https://www.kosmo.com.my/2023/02/02/1500-mangsa-rugi-rm100-juta-ditipu-skim-pelaburan-emas/
Harga emas tergolek gais. Bulan Feb ni siapa belum topup emas ini masanya. Kalau ada duit lebih topup lebih, boleh lah kita buat kos pemurataan.โ˜บ๏ธ๐Ÿ˜ฌ
Alangยฒ harga emas tengah murah ni, cepat grab peluang keemasan ini untuk beli emas secara EPP.

Jimat pun jimat. Untung dapat grab peluang bila harga emas murr murr ni. ๐Ÿ˜

publicgold.me/farhanrazakgold
publicgold.me/farhanrazakgold
Nasihat daripada mentor.

Harga rendah apa nak buat?

1. Pertama, semak simpanan bulan ini. Kalau sudah, hold dulu. Tunggu bulan depan. Kalau ada duit lebih tak salah pun nak topup. Keyword saya ialah DUIT LEBIH bukan duit belanja bulanan.

2. Kalau belum, tambah gram di Akaun GAP. Harga rendah adalah peluang.

3. Kalau ada bajet lebih, terus lock gram besar. Gram besar ini 100 gram ke atas. Harga per gram bertambah murah.

4. Kalau memang ada bajet setiap bulanan 200 ke atas pilih item sesuai. Pilih kaedah EPP 6 @ 10 bulan. Harga lepas ini tak berubah. Sehingga selesai bayaran.

5. Kalau ada bajet 10K ke atas, terus grab offer Dealership. Simpan emas sambil jana pendapatan pasif. Bukan 1 tapi 2. Boleh jual beli emas atau market PG Mall.

Haaa? Faham...
Perkongsian daripada team Delaer.

Kenapa ramai berpusu-pusu beli emas hari ni? Sebab harga 'terjun tiruk' ke paras terendah setakat ini dalam tahun 2023. So ini peluang korang enjoy harga rendah.

Daftar percuma
publicgold.me/farhanrazakgold
publicgold.me/farhanrazakgold
Perkongsian daripada mentor.

Ada seorang hamba Allah menghubungi saya.

Dia buka cerita.

Pada tahun 2019/2022 dia telah terpedaya dengan satu syarikat yang buat program simpan emas dengan company tersebut.

Macammana rupa program tersebut?

Modus operandi:

Jika anda ada emas/barang kemas, maka anda boleh serahkan kepada syarikat tersebut untuk โ€œdisimpan oleh merekaโ€.

Sebagai ganjaran, penyimpan emas ditawarkan hadiah barang makanan asas + hadiah tunai mengikut berat emas yang diserahkan kepada syarikat tersebut.

Program tersebut berjalan selama 6 bulan.

Yang bestnya, ada surat perjanjian hitam putih.

Antara isi kandungannya adalah โ€œsyarikat boleh memberikan hibah kepada penyimpan secara one-offโ€ selepas tamat tempoh kontrak simpanan emas 6 bulan.

Penyimpan emas bersetuju bahawa barang simpanan (yakni emas mereka) boleh diusahakan atas dasar kerjasama perniagaan dan pihak syarikat akan bertanggungjawab keatas segala urusan simpanan.

Penyimpan emas membenarkan syarikat menggunakan duit pajakan untuk pembelian stok dan diniagakan.

โ€”โ€” end of sebahagian terma โ€”โ€”

Apa sebenarnya berlaku?

Sebenarnya syarikat tersebut telah mengumpulkan emas peserta, lepas tu syarikat pergi gadai emas peserta tersebut.

Syarikat dapat duit cash dari Arrahnu. Lepas tu syarikat gunakan emas tersebut โ€œuntuk bisnesโ€.

Masalah berlaku apabila syarikat memaklumkan kepada peserta bahawa mereka mengalami kerugian akibat COVID-19 dan tak mampu untuk menebus emas peserta di Arrahnu.

Jadi terdapat risiko emas peserta mereka akan dilelong oleh Arrahnu sebab gagal bayar pinjaman dan upah simpan.

Syarikat pula memohon peserta yang berkemampuan untuk menebus emas guna duit sendiri huhuhu ๐Ÿฅน

Orang yang berhubung dengan saya nie, kerugian dia adalah sekitar RM10 ribu. Dia sampai menyuarakan hasrat menjual barang kemas supaya dapat tebus gold bar yang diserahkan kepada syarikat tersebut.

Kata beliau, dalam group whatsapp company tu, ada lebih dari 400 orang. Mungkin 400 orang tu adalah peserta yang terlibat.

Gais.

Saya nak kongsi sedikit pengalaman.

Emas nie ibarat duit. Menyerahkan emas kepada pihak ketiga adalah ibarat menyerahkan duit tunai kat pihak tersebut. Risiko hangus ada.

Company-company yang buat program seperti ini, biasanya akan lingkup.

Sebab mereka terpaksa tanggung upah simpan, hibah dan hadiah yang mereka janji kepada peserta. Mana boleh rolling dalam jangka masa panjang. Risiko rugi sangat besar.

Sebab itu saya tak berminat dengan program emas yang janji untung yang banyak nie. Especially takde risiko rugi. Untung ajer program mereka.

Ia ibarat bom jangka. Sekali dia meletup, kerugian memang juta-juta.

Bila peserta tanya leader @ dealer.

Diorang akan cakap โ€œAku pun kena tipu jugak. Lagi banyak dari kau ๐Ÿ˜†โ€
โ€œ๐™†๐™š๐™™๐™–๐™ž ๐™™๐™š๐™ ๐™–๐™ฉ ๐™ข๐™–๐™ฃ๐™–?โ€
โ€œ๐™‰๐™–๐™  ๐™ฉ๐™š๐™ฃ๐™œ๐™ค๐™  ๐™—๐™–๐™ง๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™ ๐™š๐™ข๐™–๐™จ ๐™™๐™š๐™ฅ๐™–๐™ฃ ๐™ข๐™–๐™ฉ๐™–!โ€

๐Ÿ“ฃ Tak perlu risau lagi! Jom beramai-ramai ke ๐Œ๐ž๐ง๐š๐ซ๐š ๐๐ฎ๐›๐ฅ๐ข๐œ ๐†๐จ๐ฅ๐ @ ๐“๐‘๐— (๐“๐ข๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ ๐Ÿ) esok bersempena dengan pembukaan ๐๐ฎ๐›๐ฅ๐ข๐œ ๐†๐จ๐ฅ๐ ๐„๐ฑ๐ฉ๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ง๐œ๐ž ๐‚๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ. ๐ŸŽ‰ Inilah masanya untuk anda cuci mata dengan variasi design emas yang ada! ๐Ÿ˜

๐—ž๐—ฎ๐—บ๐—ถ ๐˜๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ:
๐Ÿ”ธ Perkhidmatan beli, jual atau tukar beli emas dengan segera!
๐Ÿ”ธ Variasi emas 'Gram Bar' & barangan kemas sedia ada pada harga berpatutan

Tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang ini!

๐Ÿ—“๏ธ ๐—ง๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ต: ๐Ÿฌ๐Ÿด๐—ต๐—ฏ ๐—™๐—ฒ๐—ฏ๐—ฟ๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฏ
โฐ ๐— ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ: ๐Ÿฌ๐Ÿต๐—”๐—  - ๐Ÿฌ๐Ÿฒ๐—ฃ๐— 
๐Ÿ“ ๐—ง๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐˜: ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฃ๐˜‚๐—ฏ๐—น๐—ถ๐—ฐ ๐—š๐—ผ๐—น๐—ฑ @ ๐—ง๐—ฅ๐—ซ (๐—ง๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐Ÿญ)
Perkongsian daripada team Delaer.

Dah masuk bulan feb, jika menabung 1 gram, 1 bulan dah ada 2 gram emas dalam simpanan.

Bermakna dah terkumpul nilainya RM560.

Tahun ni jom saya guide tingkatkan simpanan dalam bentuk emas.

Daftar Percuma Klik sini:
publicgold.me/farhanrazakgold
Coretan daripada mentor.

Hari ini saya menyantuni seorang customer saya yang aktif membeli emas fizikal.

Harga emas tengah cantik, jadi beliau sambar seketul emas Public Gold BungaMas 50gram yang harganya hampir RM14,000.

Untuk pengetahuan anda, customer saya ini kerja makan gaji.

Sebab beliau simpan emas adalah sebagai simpanan dan pelaburan.

Beliau pernah mengumpul beberapa ratus gram emas, kemudian menjualnya setelah beberapa tahun sebab nak beli sebuah rumah.

Lepas selesai beli dan renovate rumah, beliau sambung menyimpan emas semula.

Emas pilihan beliau adalah emas fizikal yang boleh dipegang sendiri.

Kenapa beliau pilih Public Gold?

Sebab reputasi/brand Public Gold. Lepas tu senang untuk beli dan jual semula kepada branch atau dealer PG yang berhampiran.

Sebelum ini beliau pernah beli emas dengan sebuah syarikat di KL.

Namun menghadapi masalah ketika nak jual semula sebab syarikat tu takde branch di Melaka dan tiada agen juga di Melaka.

Selepas insiden tersebut, beliau stick dengan gold bar Public Gold sahaja. Sebab mudah.

Sekiranya anda nak simpan/melabur dalam emas maka pilihlah jenama yang memudahkan hidup anda, seperti Public Gold ๐Ÿฅฐ
Perkongsian muka buku.

1. Scam pelaburan emas terbesar di Malaysia ialah Genneva Gold yang melibatkan 35 ribu orang pelabur. Mengapa orang ramai terjebak dengan scam emas ini?

2. Genneva Gold ini adalah brand bagi sebuah syarikat perniagaan menjual emas yang ditubuhkan sejak tahun 2002. Syarikat ini mendakwa mendapat pengiktirafan "patuh syariah". Mereka sebut dalam profil syarikat, "The one and only gold company that is shariah compliant".
Ayat ini sebijik macam tagline kedai mamak Syed Bistro". The one and only Bhukhara Briyani" Amma!

3. Genneva Gold mempunyai 11 buah pejabat di Malaysia termasuk wakil perniagaan di China, Indonesia, Filipina dan Singapura. Keadaan Ini menggambarkan Genneva Gold sebuah perniagaan yang kukuh.

4. Genneva Gold mempunyai seorang pengarah daripada orang Melayu Muslim, Ahmad Khairuddin Ilias danseorang daripada kerabat Diraja Pahang.
Genneva Gold menawarkan pelaburan emas menarik iaitu menjual emas kepada pelanggan pada harga premium 29%-30% daripada harga pasaran tetapi pelanggan mendapat 'hibah' (hadiah) 1.5% pada setiap bulan. Selepas kontrak 6 bulan, pelanggan boleh menyimpan emas atau menjualnya semula kepada Genneva Gold pada harga belian asal atau menjual kepada pihak ketiga.

5. Sekali pandang pelaburan emas Genneva Gold amat berbaloi! Hibah sebanyak18% setahun. Emas fizikal dapat, hibah pun dapat, patuh syariah pula. Warren Buffet mesti terkejut!

6. Genneva Malaysia dilancarkan secara rasmi pada tahun 2010 oleh Tun Mahathir. Mungkin Tun Mahathir dipergunakan dalam hal ini. Beliau antara tokoh besar yang mendukung penggunaan emas. Beliau menyebut dalam ucapannya:
"Wang (mata wang) hanyalah sehelai kertas yang digunakan untuk mewakili nilai tertentu tetapi bukan nilai sebenarnya, namun emas dapat mewakili nilai sebenarnya kerana itu adalah logam berharga di seluruh dunia."

7. Masa berlalu dan dilaporkan seramai 8 ribu pelanggan yang telah membeli 4 ribu kg emas masih belum menerima emas mereka. Genneva Malaysia berhutang sebanyak RM80 juta. Mengikut kertas siasatan, Genneva Gold beroperasi dengan menanggung liabiliti (tanggungan) 10 kali ganda lebih besar berbanding aset yang dimilikinya. Bank negara Malaysia menyebut:
"Initial forensic accounting has uncovered considerable losses being experienced by the company in 2012 and the company has liabilities exceeding 10 times its assets."

8. Pada 1 Oktober 2012, Genneva Gold diserbu oleh pihak berkuasa Malaysia dan Singapura atas kesalahan pengambilan deposit secara haram, pengubahan wang haram dan sebagainya.

9. Sebelum peristiwa itu, penasihat-penasihat Syariah telah menarik diri daripada Genneva Gold. Syarikat ini menggunakan label "patuh Syariah bagi mengkaburi operasi scam mereka.

10. Jika ada penasihat Syariah tiba-tiba menarik diri maka berhati-hatilah. Pokok tidak akan bergoyang jika tidak ditiup angin.

11. Semasa serbuan, Bank Negara Malaysia menyita aset Genneva Gold iaitu RM99.8 juta wang tunai dan 126kg emas untuk siasatan lanjut.

12. Perbicaraan Genneva Malaysia amat panjang. Pada bulan Ogos 2020, Mahkamah Tinggi mendapati Genneva Malaysia bersalah dan didenda RM450 juta, 8 orang individu dijatuhkan hukuman penjara 4 hingga 9 tahun dan denda RM 1 juta dan RM4 juta setiap seorang.

13. Namun pelabur-pelabur Genneva Gold tidak mendapat semula wang mereka dan mereka perlu melalui proses undang-undang yang panjang. Sebab itu, mangsa scam keberatan untuk melaporkan skim pelaburan yang diragui supaya aset syarikat tidak dibekukan.

14. Kesimpulannya, syarikat perniagaan yang sah menjual emas, mendakwa patuh syariah dan mempunyai nama besar tidak semestinya bukan scam. Duit tak dapat, emas tak dapat, habuk pun tak dapat. Amma appa!!

15. Jika sesuatu pelaburan ada bau-bau scam maka cepat-cepat tarik diri sebelum nasi menjadi basi. Sejarah tidak menipu. Pengalaman mengajar kita menjadi lebih matang dan dewasa. Salam hormat.

Dr. Abdel Rahmanov
20 julai 2022