Coretan Emas Perak | PG Mall | Cikgu Gram | Farhan Razak
204 subscribers
4.37K photos
181 videos
5 files
2.22K links
Coretan & perkongsian ilmu emas/perak.
Bimbingan untuk buat duit dengan PG Mall.

PG00194050

My Website. πŸ”—

https://publicgold.me/cikgugram

Referral Link PG Mall. πŸ›’

bit.ly/REGPGMall

Whatsapp. πŸ“ž

http://www.wasap.my/601151539129/emasperak
Download Telegram
Coretan daripada team Delaer.

TERMASAK AYAM PERISA EMAS

Harini saya nak share 1 pengalaman sedikit menarik..

Kisahnya ada seorang penyimpan emas, dia takut emasnya kene rompak.
Jadi disimpannya dinar dinar emas dalam air fryer.

Nak dijadikan cerita, dia teringin nak makan ayam.
Jadi, tak fikir panjang, terus dimasukkan ayam dalam air fryer..
Lepas tu, terus switch on.

Bila ayam da masak, barulah dia perasan..
Yang disangkakan ayam goreng,
Rupanya ayam berperisa emas..

Allahu, kadang kadang lucu bila dengar pengalaman sorang sorang menabung emas.
So, masih laku ke emas ni?

Yes!
Selagi mana ianya emas tulen, emas tu tetap laku.

Cuma mungkin kalau nak jual kat kedai emas lain,
Mungkin harganya jauh lebih murah berbanding harga emas semasa.
Kerana kondisi emas yang sudah rosak.

Tapi kalau dijual semula kepada Public Gold,
Harganya tetap sama seperti emas yang sempurna.
Sebab Public Gold beri jaminan beli semula walau dalam apa jua keadaan.

Sebab tu jugak, Public Gold wujudkan Gold Accumulation Program.
Selain boleh beli emas serendah RM100, Public Gold bantu simpankan emas kita tanpa sebarang caj jika kita mahu.
Jadi, tak perlu risau emas kita hilang, dirompak atau dimasak dengan ayam.

Sebelum ni jugak, saya pernah dengar si suami simpan goldbar 50 gram dalam aircond.
Isteri tak tahu. Bila aircond rosak, isteri panggil orang baiki aircond.
Senyum lebar tukang baiki aircond lepas dapat upah..
Upahnya, RM200 + goldbar 50 gram bernilai RM14k!

Dapat sesuatu?
Perkongsian daripada team Delaer.

IMF RAMALKAN SEPERTIGA DUNIA AKAN GAWAT

1. Ekonomi dunia diramalkan tidak baik 2023 ini.

2. Direktor IMF, Kristalina Georgieva sebelum ini menyatakan bahawa tahun 2023 akan lebih sulit berbanding tahun sebelumnya.

3. Kenapa ini berlaku? Menurut beliau ini berlaku kerana 3 kawasan gergasi ekonomi dunia (US, Kesatuan Eropa dan China) sedang mengalami kelembapan ekonomi bersama.

4. Perlahannya ekonomi ini juga berlaku disebabkan oleh perang Rusia-Ukarine, naiknya faedah bank di beberapa negara, dan penyebaran Covid di China yang bebankan ekonomi global.

5. Menurut Geogieva, kesan ekonomi ini akan tetap dirasakan oleh jutaan manusia yang tinggal dinegara yang tidak mengalami kegawatan.

6. Sebelum Covid-19, China adalah penyumbang 35%-40% terhadap pertumbuhan ekonomi dunia. Namun kini perkara ini tidak terjadi lagi.

7. Hingga akhir 2022, China hanya mencatatkan pertumbuhan sekitar 4.4% sahaja. Ini terjadi kerana polisi Zero Covid Policy yang membebankan masyarakat China dan ekonominya.

Bagaimana Keadaan Malaysia?

8. Pertumbuhan ekonomi Malaysia sedikit berbeza, walau dunia meramalkan pertumbuhan ekonomi kita sekitar 4.0% tetapi suku pertama kita bermula dengan 5.0%, suku kedua dengan 8.9% diikuti suku ke tiga 14.2%. menjadikan pertumbuhan untuk 9 bulan adalah 9.3%.

9.  Tahun ini akan jadi lebih mencabar dan kita tetap perlukan persediaan yang baik sebagaimana negara lainnya.

10. Setiap keluarga harus sediakan persiapan berbeza beza sesuai dengan keadaan ekonomi dan pola belanja keluarga masing masing.

Bagi yang tidak pasti nak bermula dimana, mulakan dengan sediakan Tabung kecemasan dari 6 bulan kepada 12 bulan simpanan.

Moga kita lebih baik

Kredit AAA
[DINAR SEBAGAI MAS KAHWIN]

Tahukah anda?

1 Dinar
Tahun 2000 = RM154

1 Dinar
20 Ogos 2017 = RM815

1 Dinar
7 September 2022 = RM1125

1 Dinar
1 Januari 2023 = RM 1188

Alhamdulillah.. Untung sangat jadikan emas sebagai mas kahwin ni. Nilai emas semakin lama semakin meningkat.

Wang kertas pula semakin lama semakin menyusut kuasa belinya.
Coretan daripada mentor.

Dari masa ke semasa, saya akan terjumpa komen tentang emas seperti yang tertera di dalam grafik berikut. Jadi mengikut hamba Allah ini,

1. Emas memerlukan masa 10-20 tahun baru nampak hasil!
2. Ada hidden cost seperti caj upah
3. Harga emas lebih rendah daripada pasaran

Ini adalah contoh komen yang misleading atau salah sama sekali!

Tuan puan semua, statemen 1 adalah SALAH SAMA SEKALI! Emas telah memberikan pulangan 9+% setahun sepanjang 20 tahun kebelakangan. Pulangan ini adalah lebih tinggi daripada kebanyakan pelaburan lain termasuk ASB dan Tabung Haji. Dan jika statemen ini betul, tak ada siapa yang melabur dalam emas – termasuk saya sendiri!

Statemen 2 adalah misleading kerana caj upah hanya applicable untuk emas perhiasan seperti rantai dan gelang. Caj upah tidak wujud dalam emas pelaburan seperti dinar dan gold bar.

Statemen 3 juga adalah misleading kerana memang betul harga jualan emas lebih tinggi daripada β€˜spot price’ yang dilabelkan β€˜harga pasaran’. Ini adalah kerana tidak ada entiti dalam dunia yang menjual emas pada harga spot price.

Semua saudagar emas akan menjual emas pada harga yang lebih tinggi daripada spot price untuk cover kos operasi dan untung mereka.

Next, harga jualan yang lebih tinggi daripada spot price bukan sahaja applicable kepada emas tetapi kepada semua logam lain termasuk perak dan malah forex juga.

Jadi tuan puan semua, ini adalah satu sebab mengapa anda perlu menambahkan ilmu kewangan dan pelaburan. Kerana tanpa kedua ilmu ini, anda akan sering terpesong apabila membaca/mendengar komen-komen seperi yang dibuat oleh hamba-hamba Allah begini. Semua statemen dalam grafik itu adalah misleading atau salah sama sekali. Tetapi anda mungkin mempercayainya kerana tidak tahu statemen itu salah dan seterusnya mungkin membuat keputusan pelaburan yang merugikan anda.

Semoga penjelasan ini akan membantu.
Coretan daripada team Delaer.

Keuntungan emas terbahagi kepada dua.

1) keuntungan yang kita boleh nampak.

2) keuntungan yang tersembunyi.

Keuntungan yang nampak ni adalah apabila kita jual emas kita. Untuk dapatkan wang ringgit.

Keuntungan yang tersembunyi pula bila kita sudah seronok menabung emas.

Setiap bulan rasa macam susah hati kalau tak menabung. Itu tandanya sudah melekat perangai orang kaya dalam diri kita. Simpan dulu baru belanja. πŸ‘

Keuntungan kedua ni yang banyak membantu seseorang tu dari tiada simpanan kepada ada simpanan. Ramai orang boleh menabung sampai berpuluh-puluh gram sedangkan kalau nak kumpul duit asyik bocor saja.
Nak pastikan simpanan kita bertambah, mesti ulang the same process- menabung secara konsisten 😍
Coretan daripada mentor.

Bila beli emas, pastikan anda dapat emas.

β€œTapi macam mana dengan akaun emas Public Gold? Kan saya dah beli tapi tak dapat pun emas tu.”

Hmmm…tahu tak akaun bank? Kenapa kita simpan duit dalam akaun bank tapi kita tak dapat pun duit tu? Sebab kita simpan dalam bank la kan?

Ha, sama la macam akaun emas Public Gold ni. Kita beli emas, dan emas tu disimpan oleh Public Gold.

Tapi boleh tak kita keluarkan duit dari akaun bank kita? Boleh kan?

Ha, macam tu la akaun emas Public Gold. Kita boleh keluarkan emas kita dalam bentuk goldbar atau dinar.

kan senang nak faham gitu. 😜😬
CARA PAJAK EMAS DI AR RAHNU..

Mari kita belajar cara nk pajak emas di ah rahnu.

1⃣ Menyimpan emas dlm jangka masa panjang adalah menguntungkan.
Kecuali satu jer risikonya..πŸ˜…
Hilang atau dicuri

2⃣ Jadi salah satu alternatif ialah dengan memajaknya di Ar Rahnu..
Dan kalau kena dgn tekniknya.. anda akan mendapat pendapatan pasif

3⃣ Konsep Ar Rahnu sebenarnya sama dgn personal loan di
bank..
Cuma bezanya.. bila kita menggadaikan sesuatu.. kita akan lebih berjimat cermat menggunakan duit pinjaman tersebut..πŸ˜…

4⃣ Ar Rahnu (kedai pajak gadai islam) asalnya dr perkataan
"Rahn" - Gadai..

5⃣ Dalam sistem Ar Rahnu.. kita cuma boleh meminjam kira kira
70% dr harga Emas

6⃣ Apa lagi kelebihan Ar Rahnu..
bebas Riba..

πŸ”ŽEmas yg di simpan Selamat

πŸ”ŽCaj perkhidmatan yg rendah

πŸ”ŽTiada unsur penipuan semasa menimbang.. kalau kedai emas
bukan Islam.. kemungkinan tu tinggi.

πŸ”ŽTempoh bayar balik yg lama.. 6 bulan.. dan boleh di lanjutkan lagi dengan syarat kena byr upah simpan..
Kalau tak ditebus.. dia akan lelong.. tapi Notis pemberitahuan akan di beri kepada tuan emas terlebih dahulu..
β–ΆHasil lelongan.. Ar Rahnu cuma ambil jumlah hutang dan
upah simpan.. selebihnya, akan di pulangkan kepada Tuan
Emas..

7⃣ Ar Rahnu adalah sistem pinjaman bebas Riba..

πŸ’‘Seeloknya beli lah Emas yg boleh diterima di Ar Rahnu spt
Barang Kemas, Dinar & Gold Bar.
Emas bukan barang kawalan harga.. Jadi carilah tawaran
Emas yang paling Murah..
Mengikut pengalaman saya.. paling murah adalah Barang kemas
terpakai..

πŸ’‘Kalau pergi Ar Rahnu.. dia x kira used atau New.. dia tetap kira
harga yg samaπŸ˜…

πŸ’‘Nota.. Emas yg di gadai tidak di kenakan Zakat.. tapi apa
salahnya keluar duit sedekah kepada pusat zakat..rezeki semakin
berkat..
Pilihlah kedai pajak Islam (Ar rahnu). Jangan lah pergi kedai
pajak bukan Islam lagi dah..

8⃣ Renungkan sikit hadis..
" Dan jika kamu berada dlm musafir ( lalu kamu berhutang atau
memberi hutang yg bertempoh.. Sedangkan tiada jurutulis,
maka hendaklah di adakan barang gadaian utk di pegang oleh
org yg memberi hutang" Surah al Baqarah : 283.

πŸ“£Antara Ar Rahnu yg ada di Malaysia..

πŸ’°Ar Rahnu Agrobank
πŸ’°Ar Rahnu Bank Rakyat
πŸ’°Ar Rahnu Exchange
πŸ’°Ar Rahnu Yapeim
πŸ’°Ar Rahnu Pos Msia
πŸ’°Ar Rahnu Maidam Terengganu
πŸ’°Ar Rahnu Koperasi
πŸ’°Ar Rahnu Yayasan Perlis &

Dan byk lagi.. senang jer nak tahu dia kedai pajak Gadai Islam..

Ada perkataan ar rahnu..

1⃣ Pemberi pinjam atau Ar Rahnu ni di panggil "Murtahim".
Macam mana Murtahim mendapat untung?
Keuntungan mereka adalh dari
1. upah simpan
2. hasil jualan barang yg tidak ditebus oleh pemajak "Raahin".

2⃣ Kenapa sebelum ni berlaku Gold Bar tidak di terima oleh Ar
Rahnu..

1. Kerana tujuan asal adalah utk Membantu org yg dalam
kesusahan, kebanyakan dr wanita yg menyimpan barang kemas.

2. Kerana penganjur skim haram biasanya menggunakan Gold
Bar utk di pajak dlm kuantiti yg banyak.

Ar rahnu ada kuota harian..
Tapi tahun tahun kebelakangan ni, selepas banyak Skim Haram
ni dah tumpas, jadi Gold Bar dan Dinar mula di terima semula..

3⃣ Apa yg kita perlu tahu sblm menggadai emas kita :

⏩Kena tahu berat emas tu (boleh rujuk resit pembelian)

⏩Kena tahu mutu emas kita (boleh tgk pada resit dan pd
barang tu sendiri / ada cop pd brg tu 916@999)

⏩Harga Emas semasa
peratus pinjaman yg dibenarkan ( biasanya antara 50%
-75% )

⏩Kadar upah simpan setiap Ar Rahnu..

4⃣ TIPS Menggadai Barang Kemas..

βœ”Pilih ar Rahnu yg paling tinggi harganya
βœ”Pilih ar Rahnu yg upah rendah
βœ”Paling baik adalah memajak emas yg berkualiti tinggi spt 999 & 916..
βœ”Memajak barang kemas terpakai adalah cara yg sgt bijak
βœ”Cari Ar Rahnu yg update harga setiap hari
βœ”Cari Ar Rahnu yg dekat dgn lokasi anda dan kalau boleh
tmpt yg x ramai customer..
Sign Up Auto Debit with a minimum purchase RM200 of GAP & stand a change to win away 10 GRAM GOLD BAR MONTHLY!

Mari saya bantu anda ‡️

http://www.wasap.my/601151539129/SimpanEmasAutoDebit
Coretan daripada mentor.

Sebahagian kecil daripada koleksi gold bar 1 gram keluaran Public Gold.

Untuk pengetahuan anda, cara membuat keuntungan dengan gold bar 1 gram kad nie sangatlah berbeza dengan gold bar besar-besar.

Ini kerana anda boleh menjualnya kepada geng collectors. Barulah harganya cun melecun.

Sebab collectors market dia berbeza dengan investment bar.

Ia bergantung kepada kualiti, rarity, nombor siri, special edition dan limited edition.

Ia macam market kereta Hotweel.

Pada mata orang awam, apalah sangat Hotweel nie. Kereta mainan ajer pun.

Nak bagitau uols nie. Model Hotweels boleh mencecah ribuan ringgit malah puluhan ribu ringgit. Tapi hanya collectors Hotweel ajer yang pandai bab nie.

Kita rakyat marhein, kita kurang faham ilmu nie. Jadi macammana nak buat duit?

Jadi tanya diri anda sendiri. Anda simpan gold bar kecil-kecil nie sebab apa?

Nak jadikan koleksi? Nak kumpul semua edisi?
Nak seronok selak-selak album emas anda?

Nak rasa seronok sebab anda ada koleksi tu tapi orang lain takde?

Walau apa jua alasan anda, saya harap anda jelas dengan objektif anda simpan emas. Baru boleh untung di masa hadapan.
16.09.2022 ➑️ 16.01.2023
RM260 ➑️ RM291

Kenaikan hampirrr 12% dalam masa 4 bulan (mengikut tarikh).

Standby semua. Harga emas menuju rm300 segram 😁
Coretan daripada mentor.

Grafik berikut menunjukkan pegangan emas negara-negara terpilih pada bulan Ogos 2020.

Saya ingin berkongsi 3 poin di sini:

1. Bukan sahaja pelabur individu yang melabur tetapi bank-bank negara juga turut melabur dalam emas. Malah pegangan emas bank-bank negara ini masuk beratus dan malah beribu tan (contoh: Amerika Syarikat menyimpan lebih 8,000 tan emas)! Jika emas itu tidak berguna, tak kanlah bank-bank negara ini nak melabur dalam emas?

2. Semua emas yang dibeli dan disimpan oleh bank-bank negara ini adalah emas fizikal – dalam bentuk goldbar. Jadi bank-bank negara tak beli emas digital atau emas kertas, ya?

3. Semua pembelian emas ini juga dibayar dengan cash (sila betulkan jika saya silap, ya?). Jadi bank-bank negara ini tak pinjam duit dan sudah tentu tak main leverage apabila melabur dalam emas!

Semoga perkongsian ini akan membantu.