Coretan Emas Perak | PG Mall | Cikgu Gram | Farhan Razak
203 subscribers
4.37K photos
181 videos
5 files
2.22K links
Coretan & perkongsian ilmu emas/perak.
Bimbingan untuk buat duit dengan PG Mall.

PG00194050

My Website. 🔗

https://publicgold.me/cikgugram

Referral Link PG Mall. 🛒

bit.ly/REGPGMall

Whatsapp. 📞

http://www.wasap.my/601151539129/emasperak
Download Telegram
Coretan daripada team Delaer.

‘Saya pernah cuba simpan duit, tapi tak berjaya’
‘Saya banyak komitmen mana sempat simpan duit’
‘Duit yang ada cukup-cukup makan’
‘Saya orang bisnes, tak perlukan simpanan’
‘Saya mahu pergi umrah. Target 3 tahun’

Pernah dengar semua ini? Saya antara individu yang seringkali dengar ayat-ayat ini. Bagi saya, #Rejection adalah pelajaran kepada saya.
.

Ya, saya sering kali letakkan diri saya dalam alasan-alasan yang diberikan supaya saya dapat berikan solusi yang baik kepada individu yang belum mulakan simpanan emas.

Salah satu faktor terhadap alasan yang diberikan ialah ‘Kebocoran Duit’. Ramai tahu tetapi tidak mahu selesaikan.

Duit sememangnya untuk berbelanja. Bila sebut simpanan, ianya bertentangan dengan fitrah duit.

Tanya sahaja sesiapa yang akan terima bonus, secara teori mahu menyimpan tetapi sudut praktikal tidak berlaku. Bila terima bonus, otak ligat merancang untuk manfaatkan duit yang ada.

Jika fikirkan logik, duit bonus dikategorikan sebagai duit lebihan. Ianya bukan duit gaji. Jadi duit lebihan sepatutnya boleh menyimpan tetapi itu tidak berlaku.
.

Ketepikan sebentar soal kecukupkan tetapi fikir soal kebocoran. Setiap orang perlu keluar cuba keluar dari zon selesa.

Simpan duit kita rasa nak belanja.
Simpan emas kita rasa nak kumpul.
Aura emas dan duit sangat berbeza.

Siapa yang pernah cuba simpan duit tetapi gagal bukan sebab kita tidak boleh menyimpan, cuma medium simpanan kita tidak tepat.

Ingat formula ini,
Simpan duit lekang.
Simpan emas lekat.
.

Emas tiada magik.
Emas tiada sihir.
Emas bukan ilmu hitam, biru, kuning dan sebagainya.
Cuma emas ada aura tersendiri.

Aura ini tidak boleh dicipta oleh manusia.
Aura ini tidak boleh direka oleh sesiapa.
Aura ini tidak boleh ditukar ganti.

Emas mengubah tabiat dan pemikiran seseorang.
Jika dulu sikap boros, sekarang sikap berjimat.
Jika dulu tiada simpanan, sekarang ada simpanan.
Jika dulu menolak emas, sekarang menerima emas.

Nampak?

Moga perkongsian ini membuka minda kita semua untuk menerima emas 😊