Coretan Emas Perak | PG Mall | Cikgu Gram | Farhan Razak
201 subscribers
4.37K photos
181 videos
5 files
2.22K links
Coretan & perkongsian ilmu emas/perak.
Bimbingan untuk buat duit dengan PG Mall.

PG00194050

My Website. ๐Ÿ”—

https://publicgold.me/cikgugram

Referral Link PG Mall. ๐Ÿ›’

bit.ly/REGPGMall

Whatsapp. ๐Ÿ“ž

http://www.wasap.my/601151539129/emasperak
Download Telegram
Perkongsian daripada sahabat Dealer lain..

Mana-mana pakar, semuanya menyarankan kita untuk pelbagaikan instrumen simpan dan labur. Bahasa mudahnya โ€œdonโ€™t put all your eggs in one basket.โ€

Kerana apa? Kerana tiada instrumen yang sempurna. Tiap satunya pasti ada pro dan kontra. Jadi saya kongsikan apakah 3 kelebihan dan 3 kekurangan emas.

Kelebihan emas

โœ… Wang untuk seluruh dunia.
Haa.. ini kelebihan emas yang paling hebat. Ia bukan saja laku di Malaysia malah di seluruh dunia.

Nilai wang kertas ada sempadan. Emas tiada sempadan. Setiap negara ada pembeli emas samada kedai emas, kedai pajak atau pembeli individu.

Anda boleh jual emas di mana-mana negara di seluruh dunia.

Kemudian harga emas semasa dunia boleh disemak dengan mudah. Jadi, memiliki emas ibarat memiliki matawang sedunia. Jika berlaku masalah di negara anda, lari ajer dengan emas. Anda dah boleh mulakan kehidupan di negara lain.

โœ… Pelindung dari inflasi dalam jangka masa panjang.

Emas berupaya melindung kekayaan anda dari inflasi. Inflasi adalah penurunan kuasa beli duit kertas dalam jangka masa panjang.

Contoh. Dengan menyimpan RM1 juta di dalam almari selama 10 tahun, apa yang akan berlaku kepada jumlah RM1 juta tersebut? Jawapannya: Ia masih berjumlah RM1 juta.

Apa yang berbeza adalah kuasa beli RM1 juta tersebut. Kuasa belinya lebih rendah berbanding RM1 juta 10 tahun yang lalu.

Kurang bijak untuk menyimpan duit tanpa melabur. Sebab inflasi makan nilai duit anda.

Namun, emas yang disimpan 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun mempunyai kuasa beli yang sama (konstant). Ini dibuktikan melalui buku Prof. Roy W. Jastram "The Golden Constant: The English and American Experience, 1560-2007"

Emas terlindung nilainya sebab kuantiti emas tidak boleh ditambah sesuka hati. Ia perlu dicari, dilombong dan ditulenkan. Jadi ia sukar dispekulasikan.

โœ… Emas menjadi pelindung kepada aset-aset kewangan yang lain.

Emas boleh jadi pengimbang untuk pelabur aset kewangan seperti saham. Ini kerana emas biasanya berkadaran songsang dengan pasaran saham. Apabila saham jatuh, biasanya pelabur akan lari kepada emas. Emas akan menjadi pengimbang untuk pelabur.

Apakah kelemahan emas?

โžก๏ธ Emas tidak memberikan pulangan berbentuk dividen dan bonus. Emas juga tidak boleh berikan pulangan berbentuk compound interest (seperti ASB). Keuntungan emas hanyalah dalam bentuk kenaikan harga (price appreciation). Jadi bagi pelabur yang sukakan pulangan berbentuk dividen dan bonus, emas dilihat kurang menarik.

โžก๏ธ Terdapat banyak pilihan produk.
Anda mungkin tersalah pilih. Emas nie ada fizikal, ada akaun simpanan, ada ETF, ada stock, barang kemas, spot gold, futures dan banyak lagi. Anda mungkin tersalah pilih produk. Jadi ada risiko kerugian jika memilih produk yang salah.

โžก๏ธ Emas fizikal ada kos penyimpanan.
Jika emas fizikal anda banyak. Anda mungkin akan risau emas boleh hilang/dicuri. Jadi anda perlu menyimpan emas tersebut dengan selamat. Anda mungkin terpaksa menanggung kos penyimpanan seperti menyewa safe deposit box.

Kesimpulan. Tidak ada satu pelaburan yang bagus serba-serbinya. Setiap pelaburan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Apa yang bagus dimata seorang individu, mungkin dilihat tidak bagus dimata individu lain.

Sebagai manusia, kita semua unik. Mentor saya cakap "We are wired differently (wayar otak kita tak sama)" ๐Ÿ˜Š

#FarhanRazak
#NormalDealerPublicGold
#PG00194050
Nota daripada sahabat Dealer lain..

Jika anda berminat mengumpul emas, ada 3 cara belian yang anda patut tahu.

Pilih cara yang sesuai dengan jiwa dan kedalaman poket anda ๐Ÿ˜ธ

CARA PERTAMA: Namanya outright purchase. Dalam bahasa Inggeris; cash and carry, kalau bahasa orang kita; bayar dan bawa balik simpan sendiri.

Caranya: Tengok item yang anda nak beli, kira siap siap harga bersih (harga emas + gold premium).

Lepas tu order kat dealer Public Gold atau online kat website Public Gold (kalau website PG minta introducer; boleh letak PG00194050, anda akan jadi anakdidik/customer saya, jadi saya akan bantu anda)

Kemudian anda boleh setkan untuk ambil emas tersebut di mana-mana cawangan Public Gold.

Jika anda mahu emas ini diposkan kepada anda, Public Gold menyediakan perkhidmatan pos dan berinsurans sehingga RM5k @ maksima 20gram. Ia dipanggil Gold In Transit (GIT). Kos pos ini anda yang tanggung.

CARA KEDUA: Namanya Syariah EPP. EPP bermaksud easy Payment Purchase.

Kaedah ini membolehkan anda membayar kos belian harga emas selama 4 bulan atau 10 bulan.

Untuk belian 4 bulan, minima belian adalah RM1000 ke atas dan untuk 10 bulan, nilai belian adalah RM5k ke atas.

Selepas bayar, anda boleh ambil emas di cawangan Public Gold atau boleh diposkan secara GIT (untuk 20gram kebawah).

CARA KETIGA: GAP (Gold Accumulation Program) atau dipanggil Program Pengumpulan Emas.

GAP adalah akaun simpanan yang menyimpan emas dalam bentuk emas 999.9 di dalam akaun.

Anda boleh membeli emas dengan nilai serendah RM100 atau 1 gram. Tiada had maksima belian.

Public Gold akan menyimpan emas ini bagi pihak anda secara percuma. Ia disahkan patuh syariah.

Untuk akaun GAP, anda tidak memegang emas fizikal namun anda boleh keluarkan emas pada bila-bila masa di mana-mana cawangan Public Gold.

Akaun GAP fleksible kerana urusan jual beli boleh dibuat secara online atau menggunakan apps sahaja.

Kanak-kanak dibawah 18 tahun juga boleh membuka akaun GAP dengan seorang pentadbir akaun (ibu/bapa/penjaga).

Secara umumnya, itulah 3 kaedah untuk anda membeli emas (perak pun boleh juga) dengan Public Gold.

Untuk info lanjut, boleh whatsapp

http://www.wasap.my/601151539129/emasperak


#FarhanRazak
#NormalDealerPublicGold
#PG00194050

t.me/FarhanRazakGold
Info daripada sahabat Dealer lain..

DINAR OH DINAR

Apa itu DINAR?

1- DINAR adalah matawang yang digunakan pada 1400 tahun dahulu iaitu pada zaman Rasullullullah saw.

2 - DINAR adalah syiling emas yang berbentuk bulat.

3 - Satu DINAR bersamaan 4.25 gram.

4 - Menyimpan DINAR dan jadikan DINAR sebagai MASKAHWIN adalah SUNNAH Rasulullah saw.

5 - DINAR daripada 1400 tahun dahulu sehingga sekarang nilainya tetap sama.

6 - 1 DINAR pada 1400 tahun dahulu boleh beli seekor kambing. Sehingga kini 1 DINAR masih boleh beli seekor kambing.

7 - DINAR PUBLIC GOLD adalah emas 999.9 atau 24k.

8 - DINAR PUBLIC GOLD bertaraf dunia LBMA.

9 - PUBLIC GOLD mengeluarkan 1/2 DINAR, 1 DINAR, 5 DINAR DAN 10 DINAR.

10 - Boleh memiliki DINAR dengan hanya bermula dengan rm100 melalui GAP.

JOM KITA MULA MENYIMPAN DINAR SEBAGAI PERLINDUNG KEKAYAAN KITA. KENAPA ALLAH MEYURUH KITA MENYIMPAN DINAR TENTU ADA HIKMAHNYA. DALAM ALQURAN DAN HADITH JUGA ADA MENYEBUT TENTANG DINAR. SIMPAN DINAR IN SYAA ALLAH AKAN DAPAT KEKAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT.

DINAR ADALAH NILAI MATAWANG YANG SEBENAR.

Untuk info lanjut, boleh whatsapp

http://www.wasap.my/601151539129/emasperak


#FarhanRazak
#NormalDealerPublicGold
#PG00194050

t.me/FarhanRazakGold
Mulakan simpanan emas serendah RM100. Mulakan sekarang, masih belum terlambat. ๐Ÿ˜

Untuk info lanjut, boleh whatsapp

http://www.wasap.my/601151539129/emasperak

#FarhanRazak
#NormalDealerPublicGold
#PG00194050
Nota dari sahabat Dealer lain...

Nostalgia Tin MILO 1980-an

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tengahari tadi saya bersama isteri dan anak-anak telah pergi ke supermarket terdekat untuk membeli barang keperluan dapur kami. Boleh dikatakan, ini memang rutin biasa bagi individu yang bekeluarga untuk membeli bekalan barangan dapur untuk tempoh satu minggu atau lebih. Semasa sedang seronok menolak troli, tiba-tiba terlihat tin MILO Limited Edition dengan 3 jenis design lama. Iaitu design sekitar tahun 50-an, 70-an dan 90-an dahulu. Pastinya ia menggamit nostalgia lama saya ketika masih kecil bersama tin MILO ini. Susah nak cari rakyat Malaysia yang tak minum MILO.

Hati pun berkata, "Nak kena beli ini. Paling kurang pun, tin boleh diguna untuk re-fill MILO dalam peket plastik nanti". Untuk tin sebesar 1.7 kg, harganya adalah RM33.79 di pasaraya ini. Terus dalam kepala flashback ke tahun 80-an dahulu dimana harganya cuma sekitar RM10 lebih untuk saiz tin yang sama. Bila di tanya dengan mak saya pun, beliau turut mengiyakan harga setin MILO ini pada tahun 1980-an dahulu adalah sekitar itu. Kepala saya makin ligat membuat kira-kira seperti dibawah:

Tahun 1970an-1980-an;

1 tin MILO 1.7kg =RM10
1gram emas = ~RM30 ke RM40
Bermakna dengan 1gram emas, boleh membeli sekitar 3-4 tin MILO.

Tahun 2020;

1 tin MILO 1.7kg = RM33.79
1 gram emas = RM277
Bermakna dengan 1 gram emas, mampu untuk membeli sekitar 8 tin MILO seberat 1.7kg.

Nampaknya, dalam tempoh kurang 40 tahun, kuasa beli wang kertas telah menyusut banyak tetapi kuasa beli yang dimiliki oleh 1 gram emas semakin meningkat hingga lebih 2 kali ganda untuk kes MILO ini.

Jadi, menyimpan emas adalah suatu langkah yang bijak berbanding sekadar menyimpan wang kertas. Pastinya ia suatu cerita yang menarik untuk dikongsikan bersama rakan-rakan.

Yang baik kita kongsi, yang buruk kita jauhi bersama-sama. ๐Ÿ˜Š

Untuk info lanjut, boleh whatsapp

http://www.wasap.my/601151539129/emasperak


#FarhanRazak
#NormalDealerPublicGold
#PG00194050

t.me/FarhanRazakGold
Nak tahu ketulenan emas anda? Saya bagi satu formula mudah.

Jenis emas x 0.024 = Ketulenan emas (Karat)

1. Emas 999.9 x 0.024 = 24K. (Rounding to the the nearest whole number)

2. Emas 916 x 0.024 = 22K

Emas paling tulen adalah 24K, lebih sesuai untuk simpanan berbanding emas 22K atau 18K. Emas 22K atau 18K adalah emas perhiasan dan telah ditambah logamยฒ yang lain.

Kalau ada orang cakap ada emas 25K atau 26K, jangan tertipu. Hatiยฒ dalam membeli emas. Hubungi saya jika berminat. ๐Ÿ˜

Untuk info lanjut, boleh whatsapp

http://www.wasap.my/601151539129/emasperak


#FarhanRazak
#NormalDealerPublicGold
#PG00194050

t.me/FarhanRazakGold
Channel name was changed to ยซCoretan Emas & Perak FarhanRazak ๐Ÿ’›ยป
Perkongsian daripada sahabat Dealer lain..

Buat pengetahuan semua, ada 3 cara untuk memiliki emas di Public Gold:

1๏ธโƒฃ Cash & Carry

โœ… Pergi ke cawangan Public Gold terdekat, ada 18 cawangan seluruh negara. Cakap nak beli emas. Boleh pilih emas yang mana mahu seperti dalam Katalog Public Gold. Ada jongkong emas dan dinar.

โœ… Beritahu staf nama saya; Mohamad Farhan Bin Abd Razak (PG00194050) sebagai introducer. Bayar cash dan bawa balik.

โœ… Atau lock item yang anda mahu beli melalui saya, saya bantu buat order, anda buat bayaran dalam masa 24 jam dan ambil di cawangan berdekatan.

2๏ธโƒฃ Syariah Easy Purchase Payment

โœ… Belian jongkong emas atau dinar emas berjumlah RM5000 ke atas boleh bayar selama 10bulan.

โœ… Belian jongkong emas atau dinar emas berjumlah RM5000 ke bawah boleh bayar selama 4bulan.

โœ… Jika kekurangan budget nak beli on the spot full payment, boleh buat Syariah Easy Payment Purchase (SEPP).

โœ… Ia kemudahan yang PG beri untuk mereka yang ada bajet kecil/sederhana.

Bagaimana EPP?

๐Ÿ“Contoh jongkong emas 50 gram yg berharga RM14000.
๐Ÿ“EPP akan bahagi 10 jadi RM1400 sebulan, bayar selama 10 bulan.
๐Ÿ“ Kaedah bayaran secara cash di cawangan berhampiran atau online transfer melalui sistem FPX.
๐Ÿ“ Bulan terakhir, bayar dan ambil jongkong emas 10 gram itu di branch.
๐Ÿ“ Tapi harga yang di lock pada hari pertama kekal sehingga bulan terakhir.

Boleh rujuk harga runcit Public Gold di www.publicgold.com.my. Harga dikemaskini setiap 20 minit mengikut harga emas dunia.

3๏ธโƒฃ Gold Accumulation Program (GAP)

โœ… Ini adalah 1 inisiatif terbaik daripada Public Gold untuk galakkan orang ramai menyimpan emas melalui akaun emas GAP.

โœ… Anda seorang pelajar, kerja makan gaji, buat bisnes, atau sesiapa sahaja patut menyimpan dengan cara ini.

โœ… Dengan serendah RM100 (0.3g++)

โœ… Anda boleh tambah bila-bila masa 24 jam. Tidak terikat dengan waktu operasi PG dan tak perlu datang ke cawangan. Semua di hujung jari anda.

โœ… Emas tidak perlu dipegang atau disimpan sendiri. PG akan simpankan secara percuma selama-lamanya. Emas ini disandarkan pada emas fizikal. Kemudian emas dalam GAP boleh dikeluarkan bila-bila masa di cawangan yang berdekatan dengan anda.

Mudah | Murah | Patuh Syariah

Untuk info lanjut, boleh whatsapp

http://www.wasap.my/601151539129/emasperak


#FarhanRazak
#NormalDealerPublicGold
#PG00194050
Perkongsian daripada sahabat Dealer lain..

Bagi peminat emas, macammana nak tambahkan ilmu ye?

Saya cadangkan anda melayari laman web kitco dan baca posting-posting kat sana.

Website kitco sangat terkenal dengan berita-berita tentang logam berharga dan logam-logam lain yang didagangkan di dalam pasaran.

Jika harga emas tiba-tiba naik mendadak atau turun mendadak. Nak tahu sebabnya?

Boleh terjah kitco news gais.

Jika anda seorang penyimpan emas, mungkin membaca news tidak begitu penting.

Yang penting ialah membuat simpanan emas untuk jangka masa panjang dan konsistem menambahkan gram emas.

Namun untuk mereka yang berhasrat menjadi pelabur emas atau peniaga emas, anda boleh baca news-news kat kitco ni.

Anda dapat lihat bagaimana sesuatu berita boleh menaik dan menurunkan harga sesuatu instrumen (saham, komoditi, bond)

Kat sini gais:

https://www.kitco.com/news/

Untuk info lanjut, boleh whatsapp

http://www.wasap.my/601151539129/emasperak


#FarhanRazak
#NormalDealerPublicGold
#PG00194050
Coretan daripada sahabat dealer..

UNTUNGNYA ADA EMAS SEBAGAI SIMPANAN

Emas adalah harta di waktu senang, duit di waktu sesak. Begitulah bagaimana fungsi emas semasa kita susah dan senang, sangat menguntungkan bagi penyimpan emas.

Emas tetap boleh jadi duit dalam situasi harga emas naik dan turun, dua-dua situasi penyimpan emas tetap untung.

SITUASI PERTAMA-
jual emas waktu harga naik adalah keuntungan โ€˜buy low sell highโ€™. Keuntungan bergantung kepada berapa banyak gram yang kita dah kumpul darabkan dengan beza harga kita beli dan jual.

SITUASI KEDUA-
gadai emas waktu harga rendah adalah keuntungan ada simpanan yang boleh digadai untuk dapatkan tunai. Hanya orang berduit (baca orang simpan emas) sahaja boleh masuk arrahnu.

Bila dah tahu kegunaan emas, kita lebih mudah dan yakin untuk simpan emas. Ada emas confirm ada duit! ๐Ÿคฉ
Channel name was changed to ยซCoretan Emas & Perak FarhanRazak ๐Ÿ“ยป
iPhone 12 vs Emas 999.9

iPhone 12 akan sampai ke Malaysia tak lama lagi. Sebagai peminat iPhone, anda pasti tak sabar untuk membeli iPhone yang terbaru.

Tunggu dulu!! Mari kita lihat harga iPhone 12 dan berapa gram emas 999.9 yang boleh kita beli dengan harga yang sama mengikut harga hari ini (RM279/gram).

iPhone 12 Mini - RM3399 (12.18 gram emas 999.9)

iPhone 12 - RM3899 (13.97 gram emas 999.9)

iPhone 12 Pro - RM4899 (17.56 gram 999.9)

iPhone 12 Pro Max - RM5299 (18.99 gram emas 999.9)

Banyak tuu emas yang boleh kita beli. ๐Ÿ˜ฎ๐Ÿ˜

5 tahun lagi iPhone 12 mungkin akan semakin lagging, bateri semakin lemah dan lainยฒ. Kalau jual balek iPhone 12 pon, mustahil dapat harga yang sama ketika mulaยฒ beli.

Tetapi 5 tahun lagi, emas tetap emas. Tidak bertukar menjadi logam lain. Masih cantik warna kekuningan yang menjadi igauan setiap hati. Kalau jual balek emas yang kita beli sekarang, pasti akan dapat harga yang berkali ganda daripada apa yang kita beli. Tak percaya? Tanya datuk nenek kita yang beli emas 5-10 tahun lepas.

Jangan kecam saya yee. Kalau ada duit lebih, beli la iPhone 2 tuu, tak salah pon. Tapi kalau boleh beli iphone 12, apa salahnya beli dan simpan emas beberapa gram untuk simpanan masa hadapan anda. Hehe.

Untuk info lanjut, boleh whatsapp

http://www.wasap.my/601151539129/emasperak
Harga harini:

Emas = RM279/g
Perak = RM407(per 100g)

Mulakan simpanan emas dan perak sekarang.

Bermula dengan 1 gram emas, insyaallah lamaยฒ boleh pegang 250 gram emas. Hendak seribu daya, tak mahu seribu dalih.

Perak pon salah satu logam bernilai. Bak kata pepatah:

Silver is poor man's gold. ๐Ÿ˜

Untuk info lanjut, boleh whatsapp

http://www.wasap.my/601151539129/emasperak
Zakat Emas & Perak

Jangan lupa bayar zakat emas dan perak bila dah simpan emas dan perak.

Kalau nak kira zakat, boleh guna harga terkini.

Emas = RM256/g
Perak = RM3.58/g

Bukan emas perak sahaja perlu bayar zakat, setiap harta kita perlu bayar zakat (boleh rujuk zakat Selangor bagi penduduk Selangor untuk jumlah nisab dan haul).

https://www.zakatselangor.com.my/info-zakat/zakat-kewajipan-berzakat/jenis-jenis-zakat/zakat-emas-perak/

Insyaallah, harta akan menjadi berkat apabila kita tunaikan zakat.

Zakat emas perak bukan penghalang untuk kita menyimpan emas & perak. Kita terus menyimpan emas & perak. Apabila dah cukup nisab dan haul, kita tunaikan zakat dengan hati yang gembira. ๐Ÿ˜

Untuk info lanjut, boleh whatsapp

http://www.wasap.my/601151539129/emasperak
Bagi mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun pon boleh mulakan simpanan emas. Untung kecikยฒ da ada simpanan emas.๐Ÿคญ

Semalam RM279/g.
Harini RM281/g.

Harga emas Public Gold sentiasa mengikuti harga emas semasa dunia.

Masih belum terlambat untuk mulakan simpanan emas.

Untuk info lanjut, boleh whatsapp

http://www.wasap.my/601151539129/emasperak