Coretan Emas Perak | PG Mall | Cikgu Gram | Farhan Razak
201 subscribers
4.37K photos
181 videos
5 files
2.22K links
Coretan & perkongsian ilmu emas/perak.
Bimbingan untuk buat duit dengan PG Mall.

PG00194050

My Website. 🔗

https://publicgold.me/cikgugram

Referral Link PG Mall. 🛒

bit.ly/REGPGMall

Whatsapp. 📞

http://www.wasap.my/601151539129/emasperak
Download Telegram
Nasihat daripada mentor.

#TabungWanita

CARI JODOH JANGAN SAMPAI BODOH?

1. Kita membesar dengan subculture bahawa sesiapa yang lambat bertemu jodoh dianggap gagal, memalukan, diberi gelaran anak dara tua dan sebagainya.

2. Wanita tidak berkahwin dipandang rendah, malah ada yang sampai tangkap muat sahaja. Janji ada suami, nanti apa orang kata hidup sendiri.

3. Tekanan oleh keluarga dan masyarakat amat tinggi bagi wanita wanita ini. Sindiran waktu perayaan malah jadi satu ketabuan.

"Kau bila nak kahwin?"

"Tu la jual mahal sangat"

"Belajar tinggi tinggi kedapur juga nanti".

4. Bagi masyarakat kita, bodoh tak mengapa. Janji ada suami disisi. Dalam buku saya saya pernah tulis jangan cari jodoh sampai jadi bodoh.

5. Ramai wanita yang berkahwin, suami minta buat hutang. Mereka buat dengan taat. Bila berpisah, jangan kata nak bayar hutang. Nafkah anak pun tak pernah.

Dipukul, anak dicabul adakala ibu hanya diamkan diri. Sebab takut ditinggalkan suami. Apakah ini tindakkan bijak atau bodoh?

6. Tuhan jadikan wanita ini dengan hak dan mulia, ketiga agama ini datang ia memuliakan dan memberi hak pada wanita. Dengan jadi bijak pandai bukan bermakna kita mengatasi intellectual atau tidak menghormati suami.

7. Wanita bijak, mereka akan lebih mandiri. Jika sesuatu bencana berlaku dalam rumah tangga, suami lumpuh, kemalangan, hilang upaya, dicurangi mereka tahu apa perlu dicari.

8. Kita kecewa tiap kali tonton drama melayu memperbodohkan wanita. Mereka ditipu, mereka dihina, watak mereka dibodoh bodohkan hingga kita rasa mual menonton drama Melayu. Nilai wanita tidak pernah bijak, bila berebut lelaki CEO Megah holding penuh dengan aksi bodoh tanpa otak.

9. Lelaki yang bijak, pasti akan pilih wanita yang bijak. Kita akan hidup selamanya bukan atas asas kebodohan yang dibuat buat.

10. Jadilah wanita yang bijak agar tidak dipijak pijak. Jangan rasa hina jika jodoh kita lambat. Siti Khadijah kesayangan nabi adalah wanita pintar, jika tidak masakan dia ushanita paling berjaya.

Jangan jadi bodoh untuk dapatkan jodoh.

Kredit: Azizul Azli Ahmad