Coretan Emas Perak | PG Mall | Cikgu Gram | Farhan Razak
201 subscribers
4.37K photos
181 videos
5 files
2.22K links
Coretan & perkongsian ilmu emas/perak.
Bimbingan untuk buat duit dengan PG Mall.

PG00194050

My Website. 🔗

https://publicgold.me/cikgugram

Referral Link PG Mall. 🛒

bit.ly/REGPGMall

Whatsapp. 📞

http://www.wasap.my/601151539129/emasperak
Download Telegram
Coretan daripada mentor.

ANAK MUDA & MUFLIS

Apabila tengok gambar keratan akhbar ni di timeline Facebook, terus saya teringat balik sharing dari guru saya sewaktu seminar Tawau itu hari.

Golongan paling ramai yg bankrupt ialah golongan muda yg berumur 28-38 tahun.

Masa umur, 20 hingga 24 tahun tak ramai yg bankrupt, sebab belum kerja.

Bila dah kerja.

Dari hanya hutang PTPTN, tambah lagi hutang kereta, hutang peribadi dan hutang kad kredit.

Kerja dah ±5 tahun (umur 28).

Namun, kewangan semakin parah. Yang sepatutnya makin lama kerja, makin makin bertambah kaya (banyak simpanan).

Tapi tidak.

Hutang pulak yg semakin banyak (semakin miskin).

Salah satu puncanya ialah, bila dah ada duit, keinginan semakin bertambah.

Walau gaji semakin tahun semakin banyak, tapi hutang jugak sama naik dengan gaji.

Akhir sekali,

Semakin lama kerja, jadi semakin miskin. Dan terpaksa isytihar bankrupt.

Nasihat guru saya, belajarlah hidup dibawah kemampuan. Bukan ikut kemahuan.

Dan paling penting belajar lah menyimpan.
Perkongsian daripada rakan Dealer.

Kreatif betul buat pantun pasal emas. Ohsem! 😁

P a n t u n 2 4 K a r a t

Kuih ros
Kuih getas
Elak boros
Simpan emas

Kuih rengas
Kuih kaswi
Simpan emas
Kalis inflasi

Seri muka
Kuih serabai
Disimpan lama
Meningkat nilai

Kuih limas
Pulut durian
Simpan emas
Insurans kekayaan

Kuih karas
Kuih koci
Tidak terjejas
𝘌𝘤𝘰𝘯𝘰𝘮𝘺 𝘶𝘯𝘤𝘦𝘳𝘵𝘢𝘪𝘯𝘵𝘺

Tepung gomak
Biskut suji
Bersaiz kompak
𝘏𝘪𝘨𝘩 𝘮𝘰𝘣𝘪𝘭𝘪𝘵𝘺

Kuih ketayap
Putu bambu
Bukalah GAP
Saya bantu 😎

S e k i a n P a n t u n 2 4 K a r a t

Klik je untuk saya bantu anda buat simpanan emas

www.wassap.my/601151539129/emas+100
Assalamualaikum. Pagi!

Quick Update: Harga kekal seperti semalam. 🔸🔸

Public Gold GAP 6 Jun 2021
RM 100 -> 0.3650 gram
RM 274 -> 1.0000 gram

Harga terendah tahun ini: RM 240 (9 March 2021)

Harga tertinggi tahun ini: RM 277 (6 January 2021)

Harga tertinggi adalah RM 304 (Ogos 2020)!

Hubungi saya untuk saya bantu anda simpan emas!

Klik je sini untuk mula

http://www.wasap.my/601151539129/emas+RM100
Nasihat daripada mentor.

#TabungTamak

FANTASI KAYA

Berhati hati dengan kaedah pengiklanan yang memanipulasi sifat tamak manusia, ciri ciri iklan ini semakin banyak dan mudah dikesan.

Penjual fantasi ini akan umpan kata kata manis pengikat jiwa ;

+ Sertai kami dan anda akan jana pendapatan RM5570 seminggu, sebulan RM120 300. ( perghhh...)

+ Boleh beli rumah tanpa sebarang modal. Ramai dah berjaya beli 15 hartanah sekarang!

+ Bergambar depan bunglo yang besar giler macam istana.

+ Pegang mock cek yang besar tilam dan senyum sambil pejam mata.

+ Bergambar dengan gaya 'luar' biasa didepan kereta idaman manusia.

+ Letak duit dan bergambar atas tilam, banyaknya tak terbilang.

+ Ceritanya tentang untung berjuta juta, ramai dah yang kaya raya.

Mereka selalunya tidak jelas apa yang dijualnya, ubat kurus atau ubat cicak kita pun tak tahu. Yang kelihatan wang mereka berbuku buku.

Mereka memanipulasi sifat tamak kita yang satu itu, bila kita bertanya. Katanya harus beli satu lori banyaknya.

Tiada wang tak mengapa, pinjaman peribadikan ada. Hati hati sifat tamak kita sedang diuji.

Hati hati dengan buaya yang bagi nasihat pada rusa

Kredit: Azizul Azli
Nasihat mentor.

Ada orang minat emas, cuma ambil masa yang terlalu lama untuk bermula.

Kenapa?

Sebab banyak sangat benda nak fikir. Akhir sekali, bertangguh. Bila emas naik, tepuk dahi.

Ini tips daripada guru emas saya.

Mula-mula, anggaplah beli emas ni ibarat menabung duit.

Kita menabung samada untuk deposit beli rumah, simpanan untuk pergi umrah atau haji, sebagai dana pendidikan anak-anak dan dana kecemasan.

Jadi kena start secepat mungkin.

Kita boleh je start sedikit-sedikit serendah RM 100 atau 1 gram.
Biar dapat rentak.

Yang penting menyimpan emas maksudnya menabung duit. Dalam bentuk yang lebih baik, tak mudah bocor dan kalis inflasi.

Jadi kena buat cepat.

Dah faham kan? Boleh bermula hari ni. Klik je untuk saya bantu

http://www.wasap.my/601151539129/emas+RM100
Perkongsian rakan Dealer.

KESAN INFLASI PADA HARGA BARANG

Saya boleh lihat kesan inflasi pada harga barang barang. Kesan inflasi tertinggi pada tahun ni. Ramai mengeluh kenaikan harga barang. Kos, binaan seperti pasir, besi dan bata meningkat. Kos penternakan seperti dedak meningkat. Dan saya percaya ia akan semakin mahal bila kita tua nanti.

Kesan inflasi membuatkan kita perlu keluarkan duit yang lebih untuk dapat sesuatu barang. Dalam bahasa mudah anda perlukan lebih duit untuk dapatkan sesuatu barang. Sebab nilai duit itu semakin susut. Inilah kelemahan matawang fiat. Duit kita guna sekarang adalah matawang fiat yang tidak bersandarkan emas.

Mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia, nilai ringgit telah susut 22.9% sejak 10 tahun lepas. Jika anda simpan duit dalam bank kuasa belinya susut 22.9%. Jika anda simpan RM100k dalam bank. Nilainya turun 22.9k walaupun angkanya sama. Sebab itulah Robert Kiyosaki kata "savers are loser".

Semua benda ni kita tak boleh kawal. Inflasi memang kita tak boleh kawal. Yang kita boleh buat adalah simpan sesuatu yang kalis inflasi. Iaitu EMAS! Sekarang memang kita tak nampak. Hasilnya kita akan nampak jika kita konsisten simpan emas bertahun tahun.

Saya bercakap berdasarkan pengalaman konsisten simpan emas dan perak sejak 2012. Jika tak mula simpan sekarang kita akan lebih terasa kesannya pada masa akan datang.

Cuba lihat gambar saya share dibawah. Harga minyak tahun 2016 iaitu RM 21.30 dikatakan mahal. Kerana harga sebelum itu hanya RM 13.25. Selepas 5 tahun harga minyak yang sama adalah RM 32.65. Mungkin tahun 2030 harganya cecah RM 50. Ini baru minyak masak. Adakah kita telah bersedia?

Kredit: Adam Fahmi
Coretan rakan Dealer.

IF YOU FAIL TO PLAN, YOU PLAN TO FAIL

0.5 g/bulan ➡️ 6 g setahun

1 g/bulan ➡️ 12.g setahun

1 dinar/bulan ➡️ 12 dinar (51 g) setahun

5 g/bulan ➡️ 60 g setahun

10 g/bulan ➡️ 120 g setahun

20 g/bulan ➡️ 240 g setahun

50 g/bulan ➡️ 600 g setahun

100 g/bulan ➡️ 1.2 kg setahun

Saya buat mnota secara ringkas tentang SIMPANAN EMAS yang kita boleh capai & simpan dalam masa setahun.

Semua ini bukan mustahil selagi kita tekad disiplin simpan secara konsisten.

Bagi saya, jumlah berat setahun memberi semangat kepada saya.

Simpan emas = Long term financial
Simpan duit = Short term financial

Benda ini subjektif. Lain orang lain caranya. Tetapi sekiranya simpanan duit selalu bocor, cuba tukar kaedah dengan menyimpan emas.

FOKUS TAMBAH GRAM

Semoga bermanfaat insyaallah 😁
Assalamualaikum. Pagi!

Quick Update: Harga kekal seperti semalam. 🔸🔸

Public Gold GAP 7 Jun 2021
RM 100 -> 0.3650 gram
RM 274 -> 1.0000 gram

Boleh rujuk di website Public Gold

https://publicgold.com.my/index.php

Harga terendah tahun ini: RM 240 (9 March 2021)

Harga tertinggi tahun ini: RM 277 (6 January 2021)

Harga tertinggi adalah RM 304 (Ogos 2020)!

Hubungi saya untuk saya bantu anda simpan emas!

Klik je sini untuk mula

http://www.wasap.my/601151539129/emas+RM100
Moga Allah merahmati pemimpin kita, mengurniakan taufiq & hidayah-Nya kepada pemimpin kita untuk memimpin rakyat dengan adil & saksama. 🤲🏼

Merafak Sembah dan Setinggi-tinggi Tahniah dan Penghargaan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI,
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah

Sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda.

Sembah Takzim Ikhlas daripada kami,

Warga Public Gold
Perkongsian rakan Dealer.

Keistimewaan Emas

👉🏻 Emas tetap bernilai walaupun dibakar dan kecairannya tetap akan jadi ketulan emas semula, tidak reput dan tidak berkarat.

💫 Harta objek mesti mempunyai sifat yang tidak mudah rosak.

💫 Nilai emas bukan dari bentuk. Debu emas sekalipun ia tetap ada harga.

Emas juga dikatakan penyimpan nilai kekayaan yang sebenar.

Semoga bermanfaat insyaallah 😁
Nasihat mentor.

#TabungGraduan

GAJI PERTAMA GRADUAN

1. Bila tamat pengajian, ramai ada impian beli kereta.

2. Terlalu lama naik motor, buat kita rasa naik kereta macam naik belon rasanya.

3. Jika gaji pertama guna beli kereta, beban hutang jadi dua. PTPTN dan kereta Axia.

4. Tujuh tahun kedepan anda tanggung beban. Jika tamat pengajian usia 23 tahun, usia 30 baru habis hutang kereta.

5. Nak beli rumah sukar sebab hutang lapuk lama sangat. Bank ketawa lihat sikap anda.

6. Kereta yang beli RM60 ribu selepas 7 tahun dah jadi RM20 ribu. Nak jual dah tak laku.

7. Jangan teruja bila kawan ada bergambar depan kereta dan atas bumbung Proton Saga. Itu semua liabiliti bukan harta.

8. Naik LRT pun selesa jugak, banyak awek didalamnya. Tahun pertama hingga ketiga baik moto dan kenderaan awam apa salahnya.

9. Buat tabungan dan lupakan dulu hal kereta, ramai yang menyesal beli kereta dulu cuma mereka malu nak cerita. Tapi kita kenal siapa.

10. Jangan percaya jika dia kata beli kereta hasil titik peluhnya, dia mungkin baru bayar duit muka. Hutang bank masih berganda.

11. Trending sekarang bukan beli kereta tayang waktu konvo, tapi beli rumah yang sederhana.

Kredit : Dr Azizul Azli
Hanya 3 bulan boleh dapat keuntungan 12.4%. Dengan syarat kena ada walaupun 1 gram emas.

Harga emas akan naik & turun untuk jangka masa pendek. Hakikatnya, harga emas sentiasa meningkat untuk jangka masa panjang.

Nak beli emas? Klik je untuk saya bantu

http://www.wasap.my/601151539129/emas+RM100
Perkongsian dari mentor.

PRIORITI

Gais,

Memandangkan saya banyak berkongsi ilmu kewangan dan pengalaman peribadi, saya dapati ramai orang yang whatsapp saya untuk minta nasihat tentang kewangan.

Contohnya:

Ada orang whatsapp saya tanya "𝑷𝒂𝒕𝒖𝒕𝒌𝒂𝒏 𝒅𝒊𝒂 𝒋𝒖𝒂𝒍 𝒆𝒎𝒂𝒔 𝒔𝒊𝒎𝒑𝒂𝒏𝒂𝒏 𝒅𝒊𝒂, 𝒍𝒆𝒑𝒂𝒔 𝒕𝒖 𝒅𝒖𝒊𝒕 𝒕𝒖 𝒅𝒊𝒈𝒖𝒏𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒍𝒂𝒏𝒈𝒔𝒂𝒊𝒌𝒂𝒏 𝒉𝒖𝒕𝒂𝒏𝒈 𝒌𝒆𝒓𝒆𝒕𝒂 𝑹𝑴30 𝒓𝒊𝒃𝒖?"

Soalan ini boleh jadi SENANG untuk dijawab dan boleh jadi SUSAH untuk dijawab.

Jawapan kepada soalan ini bergantung kepada satu perkara iaitu.

Apakah keutamaan/priority anda ketika ini?

Priority ini ibarat kiblat.

Ia akan menentukan tindakan paling sesuai, terbaik dan munasabah untuk anda ambil.

Sebagai contoh.

Jika anda sudah berkeluarga, berusia atas 30 tahun, ada hutang kereta namun belum memiliki rumah, maka seeloknya priority anda ialah memiliki rumah. Fokus untuk beli rumah dan bayar ajer hutang kereta macam biasa.

Jika anda sudah memiliki rumah dan priority anda ialah untuk bebas hutang, maka jual ajer emas tu dan langsaikan hutang kereta. Walaupun anda dah takde simpanan, namun anda dah bebas hutang. Itu priority anda bukan?

Namun kalau priority anda ialah nak bina dana pelaburan, maka anda bayar hutang kereta macam biasa, bayar hutang rumah macam biasa dan fokus untuk tambahkan gram emas anda.

Dengan kata lain tindakan anda bergantung kepada priority anda.

Sebab itulah, bila priority anda berubah, maka tindakan anda akan berubah. Priority anda banyak bergantung kepada situasi Contohnya bila anda mahu berumahtangga.

Sebab itu saya pernah jumpa orang yang menjual motor kesayangan dengan alasan nak berkahwin. Bila priority berubah, sayang motor pun kalah. Jual ajer.

Sekiranya anda tidak ada priority, maka anda akan susah buat keputusan. Anda sukar ambil tindakan. Anda rasa ragu-ragu.

Itulah masalah untuk orang yang tidak ada priority.

Saya sendiri dah melalui pengalaman priority berubah. Lepas baca banyak buku-buku kewangan, saya rasa rimas dengan hutang-hutang di sekeliling saya.

Jadi saya buat keputusan. "𝙋𝙧𝙞𝙤𝙧𝙞𝙩𝙮 𝙖𝙠𝙪 𝙞𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙨𝙚𝙡𝙚𝙨𝙖𝙞𝙠𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙢𝙪𝙖 𝙝𝙪𝙩𝙖𝙣𝙜" bisik hati kecil saya.

Lepas tu semua duit simpanan dan income bisnes saya gunakan untuk bayar semua hutang kad kredit, semua hutang personal loan, semua hutang ar-rahnu dan hutang sebuah rumah.

Saya rasa ia agak ekstrem, namun bila bayar hutang jadi priority, maka saya tak fikir benda lain. Otak cuma fikir nak selesaikan hutang ajer.

Jadi, sekiranya anda rasa ragu-ragu dengan perancangan kewangan anda, jawapannya senang sahaja:

𝗦𝗲𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗿𝗶𝗼𝗿𝗶𝘁𝘆 𝗮𝗻𝗱𝗮.

Insya Allah lepas tu anda senang buat keputusan.