Coretan Emas Perak | PG Mall | Cikgu Gram | Farhan Razak
201 subscribers
4.37K photos
181 videos
5 files
2.22K links
Coretan & perkongsian ilmu emas/perak.
Bimbingan untuk buat duit dengan PG Mall.

PG00194050

My Website. 🔗

https://publicgold.me/cikgugram

Referral Link PG Mall. 🛒

bit.ly/REGPGMall

Whatsapp. 📞

http://www.wasap.my/601151539129/emasperak
Download Telegram
Nasihat mentor.

#TabungGraduan

GAJI PERTAMA GRADUAN

1. Bila tamat pengajian, ramai ada impian beli kereta.

2. Terlalu lama naik motor, buat kita rasa naik kereta macam naik belon rasanya.

3. Jika gaji pertama guna beli kereta, beban hutang jadi dua. PTPTN dan kereta Axia.

4. Tujuh tahun kedepan anda tanggung beban. Jika tamat pengajian usia 23 tahun, usia 30 baru habis hutang kereta.

5. Nak beli rumah sukar sebab hutang lapuk lama sangat. Bank ketawa lihat sikap anda.

6. Kereta yang beli RM60 ribu selepas 7 tahun dah jadi RM20 ribu. Nak jual dah tak laku.

7. Jangan teruja bila kawan ada bergambar depan kereta dan atas bumbung Proton Saga. Itu semua liabiliti bukan harta.

8. Naik LRT pun selesa jugak, banyak awek didalamnya. Tahun pertama hingga ketiga baik moto dan kenderaan awam apa salahnya.

9. Buat tabungan dan lupakan dulu hal kereta, ramai yang menyesal beli kereta dulu cuma mereka malu nak cerita. Tapi kita kenal siapa.

10. Jangan percaya jika dia kata beli kereta hasil titik peluhnya, dia mungkin baru bayar duit muka. Hutang bank masih berganda.

11. Trending sekarang bukan beli kereta tayang waktu konvo, tapi beli rumah yang sederhana.

Kredit : Dr Azizul Azli