Coretan Emas Perak | PG Mall | Cikgu Gram | Farhan Razak
201 subscribers
4.37K photos
181 videos
5 files
2.22K links
Coretan & perkongsian ilmu emas/perak.
Bimbingan untuk buat duit dengan PG Mall.

PG00194050

My Website. ๐Ÿ”—

https://publicgold.me/cikgugram

Referral Link PG Mall. ๐Ÿ›’

bit.ly/REGPGMall

Whatsapp. ๐Ÿ“ž

http://www.wasap.my/601151539129/emasperak
Download Telegram
Coretan daripada rakan Dealer.

E M A S I B U D U I T

Bila cerita bab emas, semua fikir tentang pelaburan. Sebenarnya emas lebih dari sekadar pelaburan. Saya boleh katakan rugi kalau fikir emas hanya untuk pelaburan, ianya mempunyai kelebihan yang lain yang kita boleh dapat bila kita simpan emas.

Hari ini saya nak kongsikan LIMA cara bagaimana untuk kita dapat duit dengan emas, saya ceritakan secara ringkas dan santai untuk semua dapat faham.

1. Emas sebagai simpanan.
Bila kita simpan emas, emas sendiri adalah duit. Malah emas adalah duit yang sebenar yang laku sejak beribu tahun dulu. Ramai yang simpan emas untuk mencapai matlamat simpanan, antara matlamat simpanan yang kita boleh buat adalah kahwin, beli rumah, beli kereta, dana pendidikan, pergi haji/umrah dan banyak lagi.

Kaedah simpan duit dalam bentuk emas jauh lebih senang berbanding simpan duit di bank, simpan emas dapat menutup masalah kebocoran duit secara berkesan.

Orang simpan emas tidak akan nampak nombor digit dalam akaun bank, apa yang ada adalah kepingan goldbar dan dinar dalam simpanan. Ajaibnya bila simpan emas ini akan datang perasaan untuk menambah gram yang seterusnya.

2. Emas sebagai pelaburan.
Ramai yang diantara kita menjadikan emas sebagai pelaburan jangkamasa sederhana dan panjang, faktor utama emas dijadikan sebagai pelaburan disebabkan oleh kejatuhan matawang negara, โ€˜supply & demandโ€™ emas dan isu geopolitik.

Pelaburan emas sangat menguntungkan, dianggarkan kenaikan emas pernah mencapai 660% untuk 20 tahun. Purata 33% untuk setahun, satu ROI yang tinggi untuk satu pelaburan.

Harga emas ada turun dan naik untuk jangkamasa pendek, ianya tidak sesuai untuk orang yang ingin cepat kaya. Pelaburan emas sesuai untuk tempoh minimum 3-5 tahun, makin lama makin tinggi ROI pelaburan emas.

3. Jual beli emas.
Jika simpanan dan pelaburan emas untung, buat jual beli emas berkali ganda lagi untung. Tak perlu tunggu harga emas naik baru nak untung, beli emas waktu pagi lepas tu jual pada waktu petang pun dah untung.

Uniknya jual beli emas, beli waktu mahal dan jual waktu murah pun tetap ada untung. Malah hasil jualan berlipat kali ganda untung bila harga emas turun, walaupun margin untung sikit tapi bila angka jualan boleh cecah jutaan sebulan tetap boleh dapat untung yang besar.

4. Jadi ejen atau dealer syarikat emas.
Bila kita beli emas, kita berisiko untuk rugi jika tiada ilmu emas yang betul. Carilah ejen atau dealer syarikat emas yang berdaftar untuk belajar selok belok tentang emas.

Manfaatkan ilmu yang diberikan oleh dealer untuk kita dapat untung maksimum dengan emas. Kita tak rugi sedikit pun dengan melantik dealer untuk membimbing kita dalam urusan simpanan dan pelaburan emas.

Sebagai ganjaran membimbing penyimpan dan pelabur emas, syarikat emas akan memberikan sedikit komisyen sebagai upah. Jadi dealer juga boleh dijadikan karier โ€˜full timeโ€™ dan โ€˜part timeโ€™, sambil diri sendiri simpan emas apa salahnya ajak orang ramai buat benda baik sekali.

5. Gadai emas di arrahnu.
Bab gadai adalah bahagian yang paling last bagi saya untuk dapat duit, gadai bermaksud kita cagarkan emas simpanan kita untuk pinjam duit dari arrahnu.

Urusannya memang mudah dan cepat tapi risiko tetap ada, jika tidak buat kiraan yang tepat silap hari bulan emas kita kena lelong. Sebaiknya buat kiraan bergantung pada bajet kita, jika mampu tebus emas di kemudian hari baru layak untuk masuk arrahnu.

Arrahnu bukan badan kebajikan senang-senang nak bagi duit pada kita, manfaatkan kemudahan arrahnu untuk memudahkan urusan seharian kita dengan sebaiknya.

Begitulah bagaimana kita boleh dapat duit dengan emas, emas bukanlah segalanya tapi bila ada emas kita boleh buat banyak benda. Pilih kaedah yang sesuai dengan poket kita, kalau boleh pilih semua kaedah lebih baik.

Nak untung maksimum dengan emas kena ada mental dan disiplin yang kuat, harga rendah kita senyum dan harga tinggi pun kita senyum. Hehehe.

Hari ini urusan nak simpan emas dah jadi mudah, klik-klik smartphone dari rumah dah boleh simpan emas. Bayar duit postage, emas dah boleh sampai depan pintu rumah.
Alhamdulillah. 1 Dinar 999 selamat mendarat dengan menggunakan GIT. ๐Ÿ˜

Jangan raguยฒ lagi untuk beli emas secara online. Emas akan selamat diposkan ke rumah anda. Anda hanya tunggu dengan senyuman. ๐Ÿ˜Š

Klik je untuk saya guide anda

http://www.wasap.my/601151539129/emas
Harga emas jatuh gaung?

Bagi penyimpan emas yang berilmu, mereka tak akan menggelabah.

Keep calm & top-up the gram ๐Ÿ˜
Assalamualaikum. Pagi!

Quick Update: Harga turun RM6/g daripada semalam. ๐Ÿ”ป๐Ÿ”ป

Public Gold GAP 4 Jun 2021
RM 100 -> 0.3704 gram
RM 270 -> 1.0000 gram

Harga terendah tahun ini: RM 240 (9 March 2021)

Harga tertinggi tahun ini: RM 277 (6 January 2021)

Harga tertinggi adalah RM 304 (Ogos 2020)!

Hubungi saya untuk saya bantu anda simpan emas!

Klik je sini untuk mula

http://www.wasap.my/601151539129/emas+RM100
Bangsawan. Semua ada keinginan untuk tergolong dalam kelompok bangsawan atau lebih kita kenali kini sebagai golongan kayangan.

Tetapi hakikat nyata, jika kita telusuri sejarah golongan bangsawan ini adalah kelompok Bangsa Usahawan (diringkaskan menjadi Bangsawan).

Anda ingin tahu bagaimana emas berfungsi untuk bangsa usahawan ini. Atau anda sendiri adalah usahawan yang masih mencari aset terbaik di kala pandemik sebagai "Emergency Exit" kepada bisnes anda.

Kami bawakan, co-founder Coperto juga merupakan One Star Founder Master Dealer di bawah rangkaian AmazingJE24K untuk berkongsi kepada anda tentang Emas & BangsaWan.

Pengalaman beliau dalam dunia usahawan dan sebagai business owner kepada Publicgold, sudah pasti banyak rahsia dan kisah beliau. Beliau juga punya access besar dalam dunia usahawan dengan tokoh hebat iaitu Tuan Fahdi Ghazali. Beliau akan kongsikan khas kepada keluarga besar AmazingJE24K.

Pastikan !! Anda kosongkan jadual jumaat malam ini jam 8.30 malam untuk dengarkan perkongsian eksklusif dari Tuan Hanip Muin.

Beliau adalah mentor saya. Banyak yang saya belajar daripada beliau. Insyaallah saya juga akan hadir sebagai guest malam ni. Jemput hadir yee.

Semoga bermanfaat insyaallah ๐Ÿ˜
Perkongsian daripada rakan Dealer mengenai penurunan harga emas.

Analisis teknikal: disebabkan oleh Luminous Daily Roadmap (LDR).

HARGA EMAS JATUH RM6 HARINI. KENAPA? CE CITER. CE CITER.

Puan Faezah, do u know what triggers harga emas jatuh hari ni? Saya faham naik turun harga emas ni ada banyak faktornya. Tapi untuk harga hari ni, ada ke apa2 latest news ke yang menyebabkan harganya jatuh?

Begini kawan, dalam ilmu analisis teknikal, ada pasal Luminous Daily Roadmap (LDR). Apa itu LDR? LDR ialah jadual pertukaran tren atau sambungan tren yang lebih besar, ia biasa berlaku semasa sesi London Open dan berterusan hingga ke New York Open.

Biasanya pada tarikh tarikh ini ada berlaku satu pergerakan besar dalam market, boleh cecah ke 300 โ€“ 800 Pip. Ia berlaku samada pada tarikh ni atau sehari sebelum atau selepasnya.

Peluang ini tak datang selalu. Ambil peluang ini untuk hentak gram yang banyak, supaya dapat Dolar Cost Averaging (DCA) yang rendah.

Secara amnya tahun ini vs tarikh sama 04/06/2020 adalah RM255. Hari ini adalah RM270. Maknanya, harga emas telah meningkat sebanyak 5.89% dalam setahun. Boleh ambil kesempatan ini untuk tukar duit raya anak2 kepada emas dalam akaun GAP. Berdikit-dikit kumpul emas, dan sasrkan minimum 200 gram untuk dana pendidikan anak.

Nasihat saya mudah : emas kekal emas. Ambik peluang tingkatkan gram selagi berpeluang. Kerana emas bukan digit di akaun semata-mata. Harga naik atau turun, gram emas anda kekal sama โ€“ tapi NILAI nya semakin meningkat!

Bagi yang baru nak mulakan simpanan emas, sila ambil peluang keemasan ini. Harga emas sekarang dalam trending menaik, maka harga rendah seperti hari ini adalah peluang baik yang tak datang selalu, kawan!

Analisis fundamental:
Semalam data ekonomi yang dikeluarkan oleh US adalah lebih baik daripada jangkaan.

Malam ini akan lagi ada data ekonomi utama yang dikeluarkan.
Nasihat daripada mentor.

Asas untuk pastikan gaji kita berkembang , amalkan 4 perkara ini setiap kali gaji.

1. Simpan

Buat simpanan paling minimum 10% gaji.
Jika masih bujang dan kurang komitmen , simpan 35% gaji.

Menyimpan ialah satu tabiat , jika selalu buat pasti mudah.

Contoh gaji RM 3000 , simpan 300/sebulan. Hujung tahun patutnya sudah ada 3600.

Jika tak cukup 3600 kena semak balik , kita buat menyimpan atau hanya isi masa lapang ?

Jika menyimpan duit kurang berjaya, saya rekemenkan simpan emas .

2. Labur

Laburkan gaji kita agar ' wang pula bekerja untuk kita '. Bukan kita bekerja untuk wang sepanjang zaman.

Laburlah pada tempat yang betul dengan ilmu yang betul. Insya Allah baik hasilnya nanti.

3. Infaq

Keluarkan sebahagian duit gaji kita pada mereka yang memerlukan. Kerna kita tahu bahawa setiap rezeki yang kita dapat ada hak orang lain juga.

Belanja makan, sedekah , beri pada ibu bapa dan banyak lagi perkara yang kita boleh buat.

Hal ini akan berikan kita satu ketenangan dan tenteram hati ini. Percayalah.

4. Belanja

Ya , akhir sekali barulah belanja. Ini bahagian akhir sekali. Lakukan yang tiga atas dulu , baru hidup kita senang dan aman.

Ulang formula ini setiap bulan pasti kita lebih kacak daripada abang Bangla kedai karpet nanti.
Perkongsian daripada rakan Dealer.

Pos Malaysia (Pos ArRahnu) - Rakan niaga PUBLIC GOLD giat mendidik masyarakat setempat mengenai kelebihan menyimpan EMAS. Lihat sajalah cara mereka promosikan EMAS.

Syarikat yang besar seperti Pos Malaysia pun yakin dengan Emas keluaran Public Gold. Kenapa tidak kita.

Kalau nak mulakan simpanan EMAS, bukannya perlu keluarkan ribuan ringgit. Dengan belian minima RM100 sahaja, kita dah boleh mula simpan emas dalam Akaun Emas Public Gold.

Ia telah disahkan patuh shariah oleh Amanie Advisor.
Nota daripada mentor.

Ada orang minta penjelasan tentang isu kepatuhan syariah untuk pembelian emas/perak Public Gold secara ๐™€๐™–๐™จ๐™ฎ ๐™‹๐™–๐™ฎ๐™ข๐™š๐™ฃ๐™ฉ ๐™‹๐™ช๐™ง๐™˜๐™๐™–๐™จ๐™š (short formnya EPP)

Ada dua bentuk penjelasan yang saya ingin berikan.

Pertama, penjelasan untuk orang awam @ masyarakat marhein dan

Kedua, penjelasan untuk orang yang pakar di dalam bidang mualamat (Muamalat itu adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia)

๐๐ž๐ง๐ฃ๐ž๐ฅ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐จ๐ซ๐š๐ง๐  ๐š๐ฐ๐š๐ฆ.

Orang awam nie maksudnya orang yang tidak belajar dalam bidang syariah. Dia bergantung kepada ilmu orang yang lebih pakar dalam membuat keputusan.

Untuk orang awam, urusniaga belian secara ๐™€๐™–๐™จ๐™ฎ ๐™‹๐™–๐™ฎ๐™ข๐™š๐™ฃ๐™ฉ ๐™‹๐™ช๐™ง๐™˜๐™๐™–๐™จ๐™š ini telah disahkan patuh syariah oleh penasihat syariah Public Gold iaitu Amanie Advisors https://amanieadvisors.com/

Amanie Advisors adalah salah sebuah syarikat konsultan yang menawarkan khidmat dalam bidang syariah. Ia diterajui oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, seorang pakar di dalam bidang syariah. Beliau menjadi sumber rujukan samada di dalam mau pun di luar negara.

Amanie Advisors bertanggungjawab menasihati dan menyediakan SOP yang perlu diikuti oleh Public Gold agar selari dengan kehendak syariah. Kemudian bila Public Gold mengikut SOP tersebut maka Public Gold mendapat sijil patuh syariah untuk urusniaga tersebut.

Saya sertakan sijil ini untuk rujukan anda (tengok gambar). Jadi untuk orang awam. Ini sijil bukti kepatuhan syariah. Sekian terima kasih ๐Ÿ˜ƒ

๐๐ž๐ง๐ฃ๐ž๐ฅ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐จ๐ซ๐š๐ง๐  ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐š๐ก๐ฅ๐ข.

Prinsip syariah yang digunakan untuk urusan belian secara EPP adalah seperti berikut:

1. Apabila membuat order, itu adalah proses mengunci harga emas yang ingin dibeli. Ini dipanggil '๐’˜๐’‚'๐’‚๐’…' atau persetujuan untuk membeli emas/perak pada harga tertentu.

2. Setelah mengunci harga, pembeli akan membuat pembayaran secara berperingkat-peringkat kepada Public Gold. Pembayaran yang dibuat secara bulanan ini dianggap sebagai deposit sekuriti. Ia dipanggil '๐‘ฏ๐’‚๐’Ž๐’Š๐’”๐’š ๐‘ฑ๐’Š๐’…๐’…๐’Š๐’š๐’š๐’‚๐’‰'.

Pembayaran ini bukanlah bayaran ansuran untuk belian emas.Sepanjang proses pembayaran tidak berlaku sebarang akad jual beli diantara Public Gold dan pembeli.

Setelah pembeli menyelesaikan semua pembayaran deposit sekuriti, maka pembeli boleh datang ke cawangan Public Gold untuk mengambil emas/perak yang dikunci harga oleh pembeli berkenaan.

Pada waktu ini barulah dianggap pembeli menyerahkan semua deposit sekuriti sebagai bayaran belian emas/perak kepada Public Gold dan Public Gold akan menyerahkan emas/perak tersebut kepada pembeli.

Waktu inilah akad jual beli akan berlaku. Emas/perak akan bertukar tangan di office Public Gold dan Public Gold akan mengeluarkan resit bayaran kepada pembeli.

Semoga penjelasan ini membuatkan anda yakin untuk anda berjual beli dengan Public Gold.

Allah SWT knows best.