Coretan Emas Perak | PG Mall | Cikgu Gram | Farhan Razak
203 subscribers
4.37K photos
181 videos
5 files
2.22K links
Coretan & perkongsian ilmu emas/perak.
Bimbingan untuk buat duit dengan PG Mall.

PG00194050

My Website. 🔗

https://publicgold.me/cikgugram

Referral Link PG Mall. 🛒

bit.ly/REGPGMall

Whatsapp. 📞

http://www.wasap.my/601151539129/emasperak
Download Telegram
Update GIT Withdrawal from GAP account.

Tuan² & puan², anda boleh keluarkan emas fizikal 1 Dinar (4.25g, Emas 24K) yee. 😁

Cepat top-up emas di akaun GAP anda sekarang.

Belum ada akaun GAP? Klik je

https://wasap.my/+601151539129/emasGAP
Coretan daripada sahabat Dealer saya..

1. Emas adalah alat untuk meningkatkan tahap kewangan kita menjadi lebih baik. Kalau dulu nak simpan Rm 1000 pun payah tapi dengan 20 gram mudah sangat. Tak percaya? Cuba dulu.

2. Fungsi emas tak sama dengan fungsi wang. Ada wang kita nak berbelanja. Ada emas kita rasa nak simpan. Kekayaan kita bertambah apabila simpan dalam bentuk emas. Orang kaya simpan aset. Kita?

3. Harga emas naik kita akan seronok sebab ada peluang untuk untung dengan jual emas kita. Harga emas jatuh kita lagi seronok sebab boleh beli secara borong. Beli barang mahal dengan harga yang lebih murah. Ok tak?

4. Emas umpama pengikat nilai. Apapun berlaku emas tetap berharga. Berbeza dengan wang. Ekonomi tak stabil, nilai wang jatuh. Politik tak stabil, nilai wang jatuh. Nilai wang boleh jadi “zero”. Tapi emas?

5. Wang, makin lama kita simpan makin banyak susut nilainya. Bahasa mudah, wang dimakan inflasi. Tapi emas, lagi lama kita simpan lagi bernilai. Harganya akan terus meningkat. Emas adalah alat kewangan dulu, kini dan selamanya.

6. Simpan emas untuk kita dapatkan aset yang lebih besar. Macam tanah ataupun rumah. Cukup masa, kita jual atau pajak. Bergantung kepada matlamat kita.

7. Harga emas hari ini Rm 264. Masih dalam kategori “ Market Price below” sebab harga emas tertinggi pada Ogos 2020 iaitu Rm 304 per gram. Kalau nak mulakan, sesuai sangat.

Nak buka akaun simpanan emas, klik terus

http://www.wasap.my/601151539129/emas+RM100
Perkongsian daripada sahabat Dealer saya..

Hari gaji adalah hari yang penting. Ia hari yang sibuk. Malah, ia juga hari yang gembira dan sedih dalam satu masa.

penting kerana di hari ini kita dapat lunaskan bayaran-bayaran.
sibuk kerana memindahkan nombor dari bank sendiri ke bank orang lain dan bank.
gembira kerana dapat beri ganjaran kepada diri sendiri.
sedih kerana duit hanya singgah sebentar sahaja.

Hari gaji juga menentukan sama ada kita mampu teruskan perjalanan hingga ke gaji seterusnya.

Untuk kekal manfaat duit, tukarkan sebahagian kepada emas. "Ada emas, adalah duit. Ada duit belum tentu ada emas". Itu pepatah akhir zaman yang saya selalu jumpa.

Azam untuk simpan sahaja tidak cukup. Ia perlu disusuli dengan tindakan. Perkara yang paling susah adalah gram yang pertama. Selepas itu anda akan tahu perjalanannya. Ramai yang dah kena getah.

Lepas tu mulalah ramai yang tak tepati kata-kata. Asalnya kata nak simpan satu gram satu bulan. Tiba-tiba jadi dua gram sebulan. Ada yang nak simpan rm100 sebulan. Tiba-tiba laju aje naik gramnya. Tapi tak apa, ini perkara yang bagus bukan?

Simpanlah untuk diri sendiri. Ia bagus. Simpan untuk orang lain. Ianya mulia. Contoh simpanan untuk orang lain? Simpanan emas untuk anak-anak 😊
Perkongsian daripada sahabat Dealer saya..

Mengikut mentor saya Dr Azizul Azli, manusia ini terbahagi kepada tiga kelompok dalam menabung.

1. Gila Menabung,

Pantang jumpa duit semua masuk tabung. Duit orang pun dia nak tabung.

2. Belanja seadanya jika lebih baru tabung.

Biasanya banyak yang tak lebih.

3. Kelompok ketiga "alah duit banyak bukan boleh bawak masuk kubor".

Ehm...

Pilihan ditangan kita, menabung yang sihat adalah konsisten. Buat potongan gaji secara tetap.

Paling minimum 10% dari pendapatan kita.

Jika kita bujang sebaiknya 35% dari gaji.

Zaman gawat ini besarkan tabung kecilkan nafsu.

Ada banyak jenis tabung kita boleh buat.

Tabung Hijau = Duit RM 5
Tabung Oren = Duit RM 20
Tabung Syiling = Ini paling mudah
Tabung Emas = Ini boleh bermula serendah RM 100 (0.3g ++).

Nak mulakan tabung emas, klik sini

https://wa.me/601151539129
Coretan daripada sahabat saya..

Tahukah anda mengapa emas yg disimpan perlu dizakatkan? Sebab ia sebenarnya membekukan harta. Ia tidak menyebabkan pusingan aktiviti ekonomi berkembang. Katakan nilai RM1000 dilaburkan kepada emas, emas itu hanya akan kekal keadaan sedemikian. Tetapi jika RM1000 itu dibelanjakan, ia akan memberi banyak menfaat kepada aktiviti ekonomi.

Dahulu, emas hanya medium bagi menilai harta seseorang. Harta itu banyak dalam bentuk aset seperti tanah, rumah, kenderaan dan perniagaan. Mereka menyimpan emas dan perak dengan kadaran yang sedikit untuk.memudahkan urusan harian, manakala lebihan akan ditukar kepada aset lain.

Namun begitu, emas secara umumnya kini tidak lagi menjadi medium pertukaran dan menilai harta. Ia diganti dengan wang fiat. Sebaliknya, ia telah menjadi komoditi untuk diperdagangkan. Ia telah menjadi instrumen jual beli dengan pendedahan kepada turun naik harga.

Pasaran dan harga emas banyak bergantung kepada harga di London Metal Exchange (LME). Perdagangan dan pengaruh harga emas sudah tidak lagi mengikut demand dan supply yang sebenar, tetapi ia diperdagang secara pendek berbentuk kertas (paper trade).

Namun secara fundamental, emas sentiasa akan menjadi pasaran terbalik kepada mata wang fiat dan ekonomi. Disaat ekonomi baik dan inflasi stabil, emas akan mengalami saat rendah nilai, dan sebaliknya jika ekonomi buruk dan inflasi tidak stabil, emas akan mengalami kenaikan.

Bila orang bertanya saya apakah emas bagus untuk pelaburan, maka saya akan ada perasaan bercampur.

Pertama saya tidak suka emas ini diperdagangkan sedemikian kerana ia menyebabkan nilai sebenar emas tidak kelihatan. Buy low sell high, memiliki hanya untuk mendapat keuntungan. Tak ubah seperti jual matawang untuk mendapat keuntungan.

Kedua, sekiranya emas itu disimpan secara fizikal dalam tempoh jangka panjang, ia hanya menyebabkan emas itu tidak menyumbang dalam kegiatan ekonomi. Ia akan terus beku sehingga ditransaksikan. Ya zakat ada untuk menyeimbangkan keadaan itu, itupun kalau dia layak membayar zakat dan membayarnya.

Ketiga, saya lihat jika emas disimpan dan satu hari semua matawang fiat ini hancur sistemnya, waktu itu emas adalah pelindung nilai yang paling baik terhadap semua harta, dan menjadi instrumen kecairan yang akan diterima semua.

Keempat, saya sedih kerana industri perlombongan dan perdagangan emas dikuasai negara takers (barat dan non muslim), bukan makers (negara miskin, membangun dan muslim). Margin industri ini besar tetapi kita tidak mempu menguasainya.

Maka pilihlah niat, kaedah dan jalan yang betul bila bermuamalah dengan emas ini.

Selamat maju jaya!
Secara rasminya Public Gold telah menerima pengesahan patuh Syariah dari Penasihat Syariah yang dilantik iaitu Amanie Advisors Sdn. Bhd. bagi 3 produk iaitu :

1. Belian biasa dengan bayaran penuh (Outright Purchase).

2. Belian biasa dengan bayaran berperingkat (Easy Payment Purchase EPP).

3. Jualan balik (Buy Back).

Suka untuk saya menulis sesuatu berkaitan 3 produk di atas khususnya untuk warga Public Gold (kakitangan, dealer dan pelanggan) dan juga masyarakat Malaysia secara amnya agar semua orang boleh memahami pengesahan Syariah ini dan bercakap dalam bahasa yang sama.

Semua orang sedia maklum bahawa antara syarat asas bagi urusan jual beli emas ialah emas dan bayaran mesti bertukar secara LANI (spot) ketika MAJLIS AKAD. Sebarang penangguhan salah satu daripadanya akan mencetus isu riba (tidak patuh Syariah).

Tidak sukar sebenarnya untuk mengesan sesuatu urusniaga jual beli emas itu ada mengandungi unsur penangguhan atau tidak. Tetapi isu yang lebih penting sebenarnya ialah; bila dan di mana sebenarnya berlakunya akad jual beli emas supaya dapat dipastikan sebarang bentuk penangguhan itu tidak berlaku.

Untuk menjawab persoalan ini, kita memerlukan situasi yang khusus seperti 3 produk di atas kerana sesuatu hukum hakam agama itu bergantung kepada situasi dan kes tertentu serta sudut pandang bagaimana kita melihat sesuatu urusniaga itu dijalankan.

BELIAN BIASA DENGAN BAYARAN PENUH.

Proses utama dalam produk ini ialah :

1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk membeli emas tertentu pada harga tertentu.

2. Pembayaran : Ketika ini juga akad belum berlaku. Ia hanyalah bayaran deposit keselamatan (security deposit) sebagai menandakan komitmen pembeli terhadap urusniaga tersebut.

3. Pengambilan emas : Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Emas akan bertukar dengan bayaran (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.

BELIAN BIASA DENGAN BAYARAN SECARA BERPERINGKAT.

Proses utama dalam produk ini ialah :

1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk membeli emas tertentu pada harga tertentu.

2. Pembayaran secara berperingkat : Ketika ini juga akad belum berlaku dan emas kekal menjadi milik Public Gold. Ia hanyalah bayaran deposit keselamatan (security deposit) sebagai menandakan komitmen pembeli terhadap urusniaga tersebut.

3. Pengambilan emas : Emas hanya boleh diambil apabila selesai semua proses pembayaran. Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Emas akan bertukar dengan bayaran berperingkat (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.

JUALAN BALIK.

Proses utama dalam produk ini ialah :

1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk menjual emas tertentu pada harga tertentu.

2. Penyerahan emas : Ketika ini juga akad belum berlaku. Ia hanyalah penyerahan deposit keselamatan (security deposit) dalam bentuk emas sebagai menandakan komitmen penjual terhadap urusniaga tersebut.

3. Pembayaran melalui pindahan wang ke akaun : Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Bayaran akan bertukar dengan emas (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas ini.
Sejak kecil lagi, Ummi Abah dah melatih saya & adik beradik untuk menyimpan. Biasa kami simpan di Tabung Haji.

Mulai 2019, saya buat keputusan untuk buat simpanan emas di akaun GAP. Insyaallah saya akan pastikan anak² saya juga ada simpanan emas. Al Fateh dah ada. Sekejap lagi Fakhri Ziyad punya giliran. 🤭

Tahniah untuk ibu bapa yang dah mulakan simpanan emas untuk anak². Siapa yang nak mulakan, saya akan guide. 😁

Klik je

http://www.wasap.my/601151539129/emas+RM100

#AmazingJE24K
#PGBOGoldenGroup
Alhamdulillah. Rezeki saya kali ini untuk closing junior account GAP sebanyak RM170k. 😁💪🏻💪🏻

Terima kasih atas doa & sokongan ibu bapa, isteri & keluarga saya. Serta mentor & sahabat saya Hanip & Syawal. Saya tak sampai setahun jagung pon dalam Public Gold. Status saya adalah Normal Dealer (PG00194050) & direct frontline saya tak sampai 20 orang lagi. Saya mula jadi Dealer Public Gold sejak 13 Oct 2020. Banyak lagi otai² & sifu² yang lebih berpengalaman daripada saya. Izinkan saya berkongsi secebis daripada pengalaman saya.

Saya ceritakan serba ringkas kronologi untuk customer saya ini.

1. Mula daftar junior account GAP pada 22 Oct 2020. Pembelian pertama approved pada 24 Oct 2020 adalah RM100 (0.3584g).

2. Pembelian kedua pada 29 Oct 2020 sebanyak 2.1818g.

3. Seterusnya berlaku beberapa perbualan (seperti screenshot yang tertera) mengenai cara² top-up emas dalam akaun GAP menggunakan app, keuntungan daripada emas fizikal yang dibeli 10 tahun yang lalu dll. Di samping itu, saya konsisten update info² mengenai kelebihan emas Public Gold di media sosial (FB, Instagram, WhatsApp stories, Telegram, LinkedIn).

4. Baru² ini customer saya menyatakan hasrat untuk mengeluarkan sebahagian hasil daripada pelaburan ASB kepada emas fizikal untuk anaknya. Dia berhasrat untuk menyimpan di akaun GAP kerana risau untuk pegang sendiri emas fizikal.

5. 27 Jan 2021. Bukti pembelian (bank-in) sebanyak 643.9394g telah dihantar untuk diproses.

Saya petik kata sifu saya Syawal:

"Kita orang kecil, kita hanya bilis, cuba berenang di lautan dalam bersama jerung. Jika tersalah, sila tegur. Jangan dimakan."

Tahniah untuk ibu bapa yang dah mulakan simpanan emas untuk anak². Siapa yang nak mulakan, saya akan guide. 😁

#FarhanRazak
#NormalDealerPublicGold
#PG00194050
#AmazingJE24K
#PGBOGoldenGroup
"Gold is a good hedge against inflation; it is the ultimate store of value. Even if economic fundamentals evolve, and requirements can vary from advanced to emerging economies, gold’s strengths remain."

- Róbert Rékási

(Central Bank of Hungary)

#sharingnota
#AmazingJE24K
#PGBOGoldenGroup
Mutiara kata daripada sifu saya..

Emas dicipta untuk menyimpan nilai dan menukarkan nilai.

Matawang dicipta untuk mencuri nilai.

Clear?
Tahniah!

Bro Nazrin dari Selangor atas inisiatif untuk membuka akaun junior GAP & menyimpan emas sebanyak 0.3802g (RM100).

#FarhanRazak
#NormalDealerPublicGold
#PG00194050
#AmazingJE24K
#PGBOGoldenGroup
📈Harga emas hari ini : RM263/g

Ayuh mula simpan emas. Boleh whatsapp sekarang!

👉🏻http://www.wasap.my/601151539129/NakBeliEmas
7 Cabaran Untuk Mula Simpan Emas.

Yang mana satu lebih mencabar? Lain orang, lain cabarannya.

Berminat untuk mula? Insyaallah saya akan guide sampai jadi. 😁

Boleh whatsapp sekarang!

👉🏻http://www.wasap.my/601151539129/NakBeliEmas
#TabungEmas

Dalam pelaburan hartanah golongan ini juga ada.

"Beli rumah banyak banyak, sebab itu rumah tak cukup dan mahal".

"Asik suruh orang beli emas, habis nak makan apa?"

Ada orang,

apa yang dia lihat akan ditafsir berdasarkan tahap pemikiran semasa dia sahaja.

"Asik tunjuk emas jer, menunjuklah tu. Ingat semua orang kaya ka?"

"Bagus juga emas nie untuk simpanan bagi anak isteri bila tak ada nanti".

Ia bergantung tahap kefahaman kita bab kewangan dan aset. Sebab itu lahir perkaraan 'Bodahlah awak ini' pada akhir status ini.

Kawan kawan yang baik.

1. Jangan simpan emas dengan duit keperluan harian kita. Duit gaji untuk belanja dapur jangan guna beli emas.

2. Fahami tujuan kita simpan emas, simpan untuk kahwin, untuk bersara, untuk hadiah pada isteri bila tiada nanti, untuk beli tanah, beli rumah, simpanan perniagaan, untuk menjaga nilai wang dari ditelan inflasi ada macam macam tujuan.

3. Emas adalah pelaburan jangka panjang. Jika ada impian beli telur masin, bawang dan beras jangan simpan emas dulu. Simpanan emas yang baik 5 tahun dan kedepan.

4. Penjual emas juga, jangan persenda orang yang tak beli emas sebagai tidak bijak. Itu tidak adil, kefahaman kewangan tiap orang berbeza. Bersyukurlah jika ada kesedaran awal. Sama seperti menabung, tak semua orang rasa menabung itu wajib.

5. Jika belum ada duit lebih, jangan menyimpan emas. Nanti kita canang satu dunia emas ini rugi sebab beli semalam nak jual hari ini.

6. Jangan juga tunggu duit lebih baru beli, adakala duit selagi tidak dipaksa menyimpan. Ia tak akan lebih, maklumlah nafsu kita dan kuda sama sama naik bila jualan bonanza merdeka!

Bagi pendidikan kewangan, jangan putus asas. Menyimpanlah dan jaga keluarga kita.

Kredit : Dr. Azizul Azli Ahmad
Perkongsian daripada sahabat Dealer saya..

30 seconds read

Penyata akaun emas Public Gold (GAP) boleh dijadikan sebagai dokumen sokongan untuk kita beli rumah. Untuk yakinkan banker yang kita ada simpanan yang mantap.

Beli aset kecil (emas) hari ni untuk beli aset lebih besar (rumah) pada hari esok.

Simpan sikit-sikit secara konsisten.