Coretan Emas Perak | PG Mall | Cikgu Gram | Farhan Razak
201 subscribers
4.37K photos
181 videos
5 files
2.22K links
Coretan & perkongsian ilmu emas/perak.
Bimbingan untuk buat duit dengan PG Mall.

PG00194050

My Website. πŸ”—

https://publicgold.me/cikgugram

Referral Link PG Mall. πŸ›’

bit.ly/REGPGMall

Whatsapp. πŸ“ž

http://www.wasap.my/601151539129/emasperak
Download Telegram
Sewaktu mula belajar tentang emas, sifu saya pernah bercerita.

Katanya "Syukor.. jika orang tahu ilmu emas, maka cara dia melihat dunia akan berubah sama sekali"

"Kenapa sifu cakap begitu?" balas saya.

"Jika orang tak belajar ilmu emas, mereka cuma kenal duit RM.

"Salah satu fungsi duit adalah alat mengukur nilai"

Contohnya... awak beli rumah pada tahun 2010 dengan nilai RM110,000. Setelah 10 tahun, bagaimana awak mengukur nilai rumah tersebut? Awak akan pakai RM juga kan?

Katakan tahun ini rumah tersebut bernilai RM250,000.

Jadi awak akan cakap "Setelah 10 tahun, harga rumah ini meningkat sebanyak 127.27%".

Kesimpulan: Harga rumah yang diukur dalam RM, ia meningkat 127.27%

KEHEBATAN EMAS.

"Syukor, untuk pengetahuan awak, kita juga boleh ukur nilai sesuatu dengan berat emas" Ujar sifu saya.

"Sebagai contoh, pada tahun 2010, harga emas sekitar RM135 segram. Jadi rumah yang berharga RM110,000 itu adalah bersamaan 814.81 gram emas" Ujar sifu saya (RM110,000 bahagi RM135)

"Dengan kata lain, jika awak nak beli rumah ini, maka awak perlukan 814.81 gram"

Sekarang, tahun 2020, berapa nilai rumah jika kita ukur dalam berat emas?

Harga rumah RM250,000. Manakala harga emas hari ini adalah RM269 segram (19/12/2020)

Nilai rumah ini dalam berat emas adalah adalah 929.36 gram. (RM250,000 bahagi RM269)

Jadi, di dalam berat emas:

Tahun 2010 = 814.81 gram boleh beli rumah ini
Tahun 2020 = 929.36 gram boleh beli rumah ini

Kenaikan harga rumah ini, diukur dalam berat emas, hanya naik 14% dalam masa 10 tahun.

Syukor. you nampak tak? Jika diukur dengan nilai RM, maka kenaikan harga rumah adalah purata naik 12.727% setahun.

Jika kita ukur dalam berat emas, rumah ini cuma naik 1.4% setahun. Awak nampak tak jauh benar bezanya?

Sebenarnya bukan salah rumah tu. Tapi salah kayu pengukur. Sebab kayu pengukur dalam RM adalah lemah.

In fact, apa sahaja kayu pengukur dalam duit kertas adalah lemah. Sebab duit kertas ini direka untuk jatuh nilainya dalam jangka masa panjang.

Sebab itu orang yang dapat gaji dalam RM akan sengsara. Sebab kenaikan gaji mereka tak mampu mengejar kenaikan harga rumah dan harga barang-barang.

Awak tengok zaman datuk nenek dan ayah awak.

Datuk ajer yang perlu bekerja. Nenek tak perlu.
Ayah aja yang perlu bekerja, mak tak perlu kerja.
Duit gaji cukup dan boleh sara satu keluarga.

Tapi tengok zaman sekarang.

Kalau suami aja yang kerja, alamat sesaklah kewangan keluarga tersebut. Kenapa? Sebab nilai RM merosot teruk. Pendapatan seorang kerja tak mampu nak tampung kos sara hidup yang tinggi.

Sebab itu, jika awak tahu ilmu emas, ia akan mengubah hidup awak. Awak akan ukur nilai dengan berat emas.

Kemudian awak dapati apa-apa sahaja benda yang diukur dalam berat emas, sama ada harga dia stabil atau ia jadi lagi murah.

Itulah kelebihan emas.

Gais.

Ilmu ini telah mengubah hidup saya selama-lamanya.

Ia bukan sekadar simpanan dan pelaburan, malah ia boleh membantu menukar cara anda melihat kehidupan :)

Silakan share jika bermanfaat.
#NotaEmasSyukorHashim
Perkongsian daripada sahabat Dealer saya..

Ini berita besar bagi siapa yang faham ekonomi dan kesannya kepada dunia termasuk kita. Dengan terma yang sukar difahami oleh orang kebanyakkan, beginilah cara negara kuasa besar merompak kekayaan dunia.

Cara nak lindungi kita daripada kesannya ialah dengan memilik emas. Dan pastikan boleh dapatkan emas fizikal, bukan emas kertas.

https://www.cnbc.com/2020/12/20/mcconnell-says-congress-has-agreed-to-900-billion-coronavirus-stimulus-deal.html?__source=iosappshare%7Ccom.apple.UIKit.activity.CopyToPasteboard
Perkongsian daripada sahabat Dealer saya..

Di negara Jepun, pelan pengumpulan emas atau Gold Accumulation Plan (GAP) sudah diperkenalkan sejak tahun 1980. Sudah 40 tahun usianya.

Maksudnya masyarakat di negara maju tersebut sudah amalkan tabiat menabung emas lebih 40 tahun yang lepas.

Muzium emas terbesar di dunia juga berada di negara matahari terbit itu, iaitu Toi Gold Museum, yang mempamerkan jongkong emas terbesar di dunia seberat 250 kilogram (bernilai anggaran RM45 juta).

Kalau di Malaysia, kita ada program pengumpulan emas, singkatannya GAP juga.

GAP atau nama gelarannya akaun emas GAP, dibawah syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia Public Gold ini mula diperkenalkan sejak tahun 2012.

Dengan akaun emas GAP, kita boleh mula mengumpul emas dengan modal serendah RM100.

Siapa yang tak ada modal besar, GAP lah kaedah menabung emas paling mudah dan murah di Malaysia buat masa ni.

Pendek kata, semua orang hatta student IPT pun sudah boleh mula kumpul aset kecil bernilai besar ini. πŸ™‚
Ramai yang tanya anak sekolah rendah boleh buka acc gap tak? Sebab nak simpan duit raya dia.

Jawapannya boleh, anak baru lahir pon boleh asalkan ada MyKid.

Duit raya kita anak kita, kita belikan emas (fizikal atau simpan dalam akaun GAP). Didik anak dengan nilai emas. Utamakan hadiah emas daripada hadiah gajet & lain². 😁
Perkongsian daripada sahabat Dealer saya..

Dapat duit I-Sinar KWSP kalau anda nak simpan duit saya rasa berisiko terguna. Bahkan kalau simpan saja tanpa gandakannya maka anda melakukan kesilapan. RM10k hari ini tak akan sama nilanya dengan RM10k semasa kita pencen nanti.

Adalah lebih baik baik kita tukar kepada emas dulu. Kerana duit akan susut dimakan inflasi dan terdedah juga kepada situasi politik dan ekonomi dunia.

Gais,

Kalau beli emas simpanan pula elakkan beli barang kemas. Belilah jongkong emas. Kerana susut nilai barang kemas sebanyak 25%. Ada mencecah 40%! Besar tu susut nilai. Jongkong emas Public Gold paling tinggi susut nilai 9% sahaja.

Beli dengan ilmu, untung pun maksimum.

Untuk membeli emas atau maklumat lanjut sila klik:

www.wasap.my/601151539129/SayaNakBeliEmas
Perkongsian daripada sahabat Dealer saya..

PUBLIC GOLD PATUH-SYARIAH

Salah satu sebab mengapa saya memilih dan melabur dalam emas PG ialah kerana produknya adalah patuh-syariah. Saya, sepertimana semua orang islam lain, mahu kaya bukan saja di dunia tapi juga di akhirat. Jadi PG memenuhi poin kritikal ini.

FYI, akaun emas yang ditawarkan oleh bank2 tempatan adalah akaun konvensional, dan tidak patuh-syariah. Oleh kerana itu, pelabur yang beragama Islam should seriusly consider untuk mengeluarkan semua wang dalam akaun tersebut dan memilih pelaburan yang patuh-syariah.

Dan jika anda memang sudah mempunyai akaun di PG, you might as well transfer all that money into your GAP account.

Tindakan ini akan menguntungkan anda dunia dan akhirat.
Coretan daripada sahabat Dealer saya..

Dan simpanlah sebahagian 10%-30% dari gaji bulanan kpd aset seperti emas..

Emas ini dijanjikan nilainya sehingga akhir zaman. Kenapa nak simpan tunai sedangkan tiada janji nilainya kekal.
Sharing is caring..

Pesan mentor saya : selagi tak mulakan belian emas pertama, selagi itulah kita tak akan faham pasal emas.

#learningbydoing
Tahniah!

Bro Sabree dari Shah Alam atas inisiatif untuk menyimpan emas 3.7313g (RM1000) dengan GAP.

Mohamad Farhan
Authorized Dealer Public Gold
PG00194050
Coretan daripada sahabat Dealer saya..

Gaji?

Dari bank ia datang. Kepada bank ia kembali.

Itulah tabiat kita sejak dulu. Kena ubah dah tu. Sebab takde apa akan berubah kalau takde apa yang berubah.

Duit gaji, wajib paksa simpan. At least 10% mesti paksa simpan. Lagi banyak paksa simpan lagi bagus.

Maksudnya kalau gaji kita RM2,000, kita kena anggap gaji kita RM1,800 je. Barulah kita akan berjaya paksa simpan.

Cumanya naluri simpan duit ni jahat sikit. Nalurinya ialah berbelanja dan berhabis.

So, siapa yang selalu gagal simpan duit, kena ubah cara simpan. Paling mudah, simpan dalam bentuk emas.

Meh saya ajar simpan dalam bentuk emas. Tak susah, hanya serendah RM100. Lagi besar lagi bagus.

Klik link whatsapp di bawah. Saya akan bantu :

www.wasap.my/601151539129/simpanemasGAP


Jangan bertangguh. Nanti duit gaji tu habis tak tahu ke mana!
Harga terkini, 24 Dec 2020.
RM268/g.

Boleh mulakan beli emas & simpan dalam akaun GAP serendah RM100 (0.3g ++).

Mudah jer. Klik link di bawah ni untuk saya bantu anda

http://www.wasap.my/601151539129/emasGAP
Perkongsian daripada sahabat Dealer saya..

FAKTA INFLASI DAN MELAWAN INFLASI

Fakta :

Kenaikan harga emas sejak tahun 2000 ialah 400%.
Kenaikan nilai inflasi sejak tahun 2000 ialah 150%.

Apa maksud inflasi naik?

Inflasi naik = barang naik = nilai RM turun = kuasa beli turun = kita makin jatuh miskin walau ada banyak duit.

Maksudnya, dengan jumlah wang yang sama, kita sudah tidak boleh membeli barang yang sama dengan kuantiti yang sama. Nilai inflasi yang menaik merujuk kepada kuasa beli yang semakin melemah. Sejak tahun 2000 kita jatuh miskin 150% dengan jumlah duit yang kita ada.

MELAWAN INFLASI.

1. Sekarang zaman kena buat dua kerja. Lagi-lagi untuk fresh graduate gaji ciput. Ataupun, kita kena buat satu kerja hakiki, tambah dengan dua pelaburan.

2. Isteri-isteri yang tak bekerja kena buat sesuatu menggunakan kemahiran sendiri utk menambahkan pendapatan keluarga.
Cthnya menjahit , buat kuih atau nasi lemak utk letak di gerai, mengasuh anak2 jiran, ambik upah iron pakaian dan macam -macam lagi.

3. Harga rumah naik lagi laju daripada kenaikan gaji kita. Harga barang pun naik bagai nak gila. Nak marah pun tak guna, tetap akan naik juga.

4. Kalau nak tau, kadar inflasi kita lebih kurang 3%. Jadi, nak tak nak, untuk melawan inflasi, kita kena buat pelaburan yang bagi untung 3% ke atas.

5. Tabung Haji dividen 5%. Jadi, kita dapatlah melawan inflasi dalam 5% - 3% = 2%. ASB dividen 7.25%, dapatlah dalam 7.25% - 3% = 4.25%.

6. Tukarkan duit2 simpanan kita dlm bentuk biskut kuning iaitu emas yang tak lut dek inflasi.
Tukar dlm bentuk goldbar dan dinar dlm simpanan jangkamasa panjang.
Nak guna boleh pajak dan kemudian bayar balik bulan-bulan.

7. Sebagai back up, tukarkan juga duit anda dalam bentuk batu-bata. Maksud saya, beli rumah. Rumah dapat melindungi duit kita daripada dimamah inflasi.

8. Kalau dulu masa kita sekolah, duit belanja sehari RM2. Budak-budak sekarang kena ada paling kurang RM4 sehari. Inilah kesan inflasi.

9. Kalau dulu, duit hantaran RM5K dah cukup sangat. Sekarang ni, paling kurang kena ada RM10K barulah mak bapak si perempuan tersenyum lebar.