Coretan Emas Perak | PG Mall | Cikgu Gram | Farhan Razak
201 subscribers
4.37K photos
181 videos
5 files
2.22K links
Coretan & perkongsian ilmu emas/perak.
Bimbingan untuk buat duit dengan PG Mall.

PG00194050

My Website. ๐Ÿ”—

https://publicgold.me/cikgugram

Referral Link PG Mall. ๐Ÿ›’

bit.ly/REGPGMall

Whatsapp. ๐Ÿ“ž

http://www.wasap.my/601151539129/emasperak
Download Telegram
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
February 20, 2023
February 20, 2023
๐Ÿคฉโ€ผ ๐Š๐€๐‘๐๐ˆ๐•๐€๐‹ ๐๐†๐Œ๐€๐‹๐‹ ๐Š๐„๐Œ๐๐€๐‹๐ˆ ๐‹๐€๐†๐ˆ โ€ผ๐Ÿคฉ

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk lihat sendiri Emas Tulen 24K 999.9 di ๐Š๐€๐‘๐๐ˆ๐•๐€๐‹ ๐๐†๐Œ๐€๐‹๐‹

Terdapat pelbagai aktiviti dan hadiah yang menarik menanti Anda ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ›

๐Ÿ—“ 2โƒฃ5โƒฃ - 2โƒฃ6โƒฃ ๐…๐„๐๐‘๐”๐€๐‘๐ˆ 2โƒฃ0โƒฃ2โƒฃ3โƒฃ

Jom ramai - ramai serbu
๐Ÿ“Menara Public Gold @ TRX
๐Ÿš— ๐—ช๐—ฎ๐˜‡๐—ฒ: bit.ly/3HxKh5J
๐Ÿš— ๐—š๐—ผ๐—ผ๐—ด๐—น๐—ฒ ๐— ๐—ฎ๐—ฝ: bit.ly/3tCyEEM

Belum ada PG code?
Daftar percuma โคต๏ธ

bit.ly/REGPGMall
bit.ly/REGPGMall

๐‰๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐š ๐€๐ง๐๐š ๐ƒ๐ข ๐’๐š๐ง๐š ๐Ÿ‘‹
February 21, 2023
February 22, 2023
Coretan daripada mentor.

Pertama, konsep beli emas guna duit belanja, pajak dan guna duit pajakan untuk tampung belanja harian adalah tahi lembu (baca dalam bahasa Inggeris).

Jika di ambil kira harga emas dari tahun 2018 hingga sekarang (5 tahun kebelakang) tak dinafikan memang harga emas naik laju.

Ada sebab kenapa ia naik mendadak. Dan kena faham pattern harga emas. Faham pattern ni, kita takkan tersilap langkah.

Cuba ambil harga emas dari tahun 2011 hingga 2016. Pun masih dalam kerangka 5 tahun. Kenapa penjual emas tak highlights tahun ni?

Sebab tahun ini, adalah tahun kesedihan bagi pelabur emas lagi-lagi yang guna teknik rempit Ar-Rahnu. Semuanya tersadai.

2011 harga emas naik laju.
2012 harga emas naik tertinggi sekitar USD1900 dalam ringgit Malaysia sekitar RM220.
2013 harga emas jatuh sampai sekitar USD1500 dalam RM sekitar RM120.
2014-2016 harga emas stagnant sekitar 140-160.
Bahkan sehingga 2019, harga emas stagnant dan bermain sekitar 170-190.

Asasnya, memang ada kenaikan. Tetapi kenaikan yang sedikit tak mampu nak tampung kos-kos tersembunyi yang ada jika kita gagal buat kira-kira sendiri.

Bermakna harga emas tak naik banyak dari tahun 2013-2019, hampir 7 tahun. Cuba apply tahun 2020 sampai 2023. Dan adakah pattern yang sama akan berulang kembali. Sanggup tunggu 7 tahun dna pusing modal sampai abang Jamil pergi bertemu Illahi.

Apa pula jadi kalau kena buang kerja. Kalau hilang sumber pendapatan. Kalau itu kalau ini. Ini semua perlu diambil kira agar pelaburan tersebut tak terganggu.

Jangan dengar cakap agen. Cakap saya ni pun tak payah percaya, sebab saya tak suruh percaya.๐Ÿ˜

Cuma buat kira-kira sendiri. Ambil tempoh bertenang. Fikir masak-masak. Jangan biar agen buat keputusan ke atas duit kita. Agen tetap buat duit, sama ada kita untung atau rugi.

Philosophy mudah dalam pelaburan, rugi itu pasti, untung belum tentu.

Philosophy mudah agen dan broker, untung itu pasti, rugi itu tiada dalam kamus hidup.

Maka, cadangan saya.

1. Fahami pattern harga emas. Ke arah mana sebenarnya emas hari ini. Naik? Turun? Stagnant? Jika tengok graf emas dah pening kepala, maka go for physical gold.

2. Buat kira-kira. Kiraan jika untung dan kiraan jika rugi. Bila waktu untuk lepaskan semua emas digital tersebut. Kerana sefaham saya (kalau comp kawan tu adalah ehem ehem, sebab tak ada mana-mana agen syarikat ajar teknik tu, hehe) jika emas ganda-ganda tu tak boleh ditebus fizikal (betulkan jika salah). Ia adalah emas atas kertas. Maka pemahaman terhadap trend harga emas perlu mantap dan padu. Jika sekadar ikut-ikutan, maka go for physical gold.

3. Jika berkeras juga mahu cuba-cuba. Maka, guna duit lebihan sahaja dulu. Jangan sekali-kali guna duit belanja harian untuk beli emas. Jangan. Jangan. Jangan.

Ketahuilah bahawa agen-agen ni sedang kumpul sales untuk naik pangkat. Lebih tinggi pangkat mereka lebih banyak komisyen mereka. Apa jadi pada pelaburan emas anda? Ya, kalau untung mereka akan ambil kredit. "Tengok, kan aku dah kata, mesti untung punya, jom rolling balik modal dan keuntungan ni, boleh jadi next Bill Gates kau nanti".

Tetapi kalau rugi, mereka akan kata, "biasalah pelaburan mana selalu untung. Ini masanya untuk tambah pelaburan emas kau ni. Tambah 5k je, boleh cover loss yang lepas". Pada masa yang sama, bulan depan nya mereka pergi bercuti kerana capai target jualan.

Mereka happy go lucky. Kita, sedu sedan.

Gittew. Maaf jika panjang lebar, harap membantu.

๐Ÿซฐ๐Ÿผโค๏ธ
February 22, 2023
Coretan daripada team Delaer.

๐—™๐—”๐—›๐—”๐— ๐—œ ๐Ÿฑ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—”๐—ก๐—š ๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ

1๏ธโƒฃ Emas tidak sama seperti simpanan/pelaburan lain. Emas satu-satunya instrumen kewangan yang tiada dalam sistem kewangan. Jika sistem kewangan runtuh, emas tidak terjejas.

2๏ธโƒฃ Kita tahu emas sangat bernilai tetapi ruginya kita masih was-was menyimpan emas. Kita tak pandang emas masa kita senang, tapi bila susah baru rasa perlu ada simpanan emas.

3๏ธโƒฃ Emas adalah simpanan yang istimewa. Kita tidak akan sedar dan tidak faham tentang keuntungan. Mana taknya, tahun 90an simpan 1kilo emas. Tahun 2022 masih 1kilo. Bezanya Tahun 90an harga 1kilo sekitar RM30,000 tetapi tahun 2022 harga 1kilo sekitar RM265000. Susah kan nak faham?

4๏ธโƒฃ Lebih lama kita โ€˜memegangโ€™ emas, lebih tinggi nilai emas. Kebanyakkan individu yang tidak faham emas akan tewas pada awal simpanan.

5๏ธโƒฃ Betul, simpan emas boleh rugi. Rugi jika hanya simpan sikit-sikit . Kena simpan banyak-banyak ๐Ÿ˜

๐Ÿ“ฒ publicgold.me/farhanrazakgold
February 23, 2023
February 23, 2023
February 24, 2023
Hai Assalamualaikum. Pagi!

Sempena harga emas tengah rendah hujung minggu ini, anda boleh grab ansuran hot seperti di bawah.

1๏ธโƒฃ Ansuran 1dinar berat 4.25gram dengan 10kali bayar hanya RM118+/- bulan. Habis bayar, dapat emas.

2๏ธโƒฃ Ansuran 2 keping, 1dinar total berat 8.5gram dengan 10kali bayar hanya RM237+/- bulan. Habis bayar, dapat emas.

3๏ธโƒฃ Ansuran 10gram dengan 10kali bayar hanya RM279+/- bulan. Habis bayar, dapat emas.

4๏ธโƒฃ Ansuran 3 keping, 1 dinar total berat 12.75gram dengan 10kali bayar hanya RM356+/- bulan. Habis bayar, dapat emas.

5๏ธโƒฃ Ansuran 20gram dengan 10kali bayar hanya RM558+/- bulan. Habis bayar, dapat emas

6๏ธโƒฃ Ansuran 5 dinar berat 21.25gram dengan 10kali bayar hanya RM594+/- bulan. Habis bayar, dapat emas

Terus whatsapp saya di sini http://www.wasap.my/601151539129/NakAnsuran10KaliBayar
February 24, 2023
February 27, 2023
Coretan daripada team Delaer.

Bila perlu bayar zakat emas?

Target kita simpan emas biarlah sampai boleh bayar zakat. Tetapi bilanya yang kita perlu bayar zakat emas?

Zakat emas terbahagi kepada dua iaitu zakat emas yang dipakai dan zakat emas yang disimpan. Dan zakat yang perlu kita bayar adalah sebanyak 2.5% daripada jumlah nilai emas yang kita miliki.

Zakat Emas Yang Dipakai

Emas yang dipakai merujuk pada emas atau barang kemas yang dipakai sebagai perhiasan. Dan kiraan zakat emas yang dipakai ini bergantung pada negeri kerana kadar urufnya berbeza bagi setiap negeri.

Sebagai contoh, uruf bagi emas yang dipakai bagi Negeri Sembilan adalah 200 gram. Jadi jika isteri saya mempunyai emas yang dipakai sebanyak 300 gram, maka kiraannya adalah:


300 gram โ€“ 200 gram (uruf) = 100 gram

100 gram x RM225 (kadar emas segram) = RM22,500

RM22,500 x 2.5% = RM562.50

Maka jumlah yang dikenakan zakat ke atas emas yang dipakai adalah sebanyak RM562.50 sahaja.

Zakat Emas Yang Disimpan

Bagi zakat emas yang disimpan pula adalah tetap pada nisab 85 gram. Bermakna jika kita ada simpan emas (termasuk dengan barang kemas yang tidak dipakai selama setahun) akan dikenakan zakat apabila jumlahnya bersamaan dengan 85 gram atau lebih.

Sebagai contoh, saya mempunyai 90 gram emas simpanan yang terdiri dari goldbar dan dinar. Maka kiraan zakat emas saya adalah:


90 gram x RM225 (kadar emas segram) = RM20,250

RM20,250 x 2.5% = RM506.25

Jadi jumlah zakat emas simpanan yang perlu saya bayar adalah sebanyak RM506.25 sahaja.

Namun begitu, untuk kiraan yang lebih tepat dan nilai uruf yang sebenar, perlulah dirujuk dengan Pusat Pungutan Zakat negeri masing-masing.

Bila sudah selesai bayar zakat, barulah terasa lapang dan senang untuk tambah lagi simpanan emas kita.
February 28, 2023
February 28, 2023