Coretan Emas Perak | PG Mall | Cikgu Gram | Farhan Razak
203 subscribers
4.37K photos
181 videos
5 files
2.22K links
Coretan & perkongsian ilmu emas/perak.
Bimbingan untuk buat duit dengan PG Mall.

PG00194050

My Website. ๐Ÿ”—

https://publicgold.me/cikgugram

Referral Link PG Mall. ๐Ÿ›’

bit.ly/REGPGMall

Whatsapp. ๐Ÿ“ž

http://www.wasap.my/601151539129/emasperak
Download Telegram
Apa Hukum Pelaburan Emas Yang Dijanji Bonus?

Hati-hati dengan pakej pelaburan emas yang menjanjikan bonus atau dividen setiap bulan. Hukumnya tidak sah.

Pelaburan emas sebenar tiada dividen seperti pelaburan wang, ianya 100% bersandarkan kepada harga emas dunia. Fahami perkongsian oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di bawah:

SOALAN

Ada pelaburan berbentuk emas (syarikat dinar dirham). Apakah hukum jika syarikat pelaburan tersebut memberikan dividen setiap bulan antara 8-15% bergantung kepada harga semasa di pasaran. Apakah pelaburan seperti ini mengikut ketetapan yang telah disyariatkan?

JAWAPAN

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Dalam kitab Fiqh Manhaji, pelaburan dikenali sebagai qirad atau mudharabah yang membawa maksud pelabur atau pemodal memberikan hartanya kepada amil atau pengusaha untuk menguruskan hartanya. Seterusnya keuntungan yang diperolehi akan dibahagi sesama mereka sepertimana yang telah disepakati di dalam akad yang telah dibuat.

Antara dalil-dalil yang menunjukkan kepada pengharusan muamalah pelaburan ini adalah daripada hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abbas R.Anhuma daripada bapanya al-Abbas bin Abdul Mutalib RA:

ุฅูุฐูŽุง ุฏูŽููŽุนูŽ ู…ูŽุงู„ุงู‹ ู…ูุถูŽุงุฑูŽุจูŽุฉู‹ ุงุดู’ุชูŽุฑูŽุทูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุตูŽุงุญูุจูู‡ู ุฃูŽู†ู’ ู„ุงูŽ ูŠูŽุณู’ู„ููƒูŽ ุจูู‡ู ุจูŽุญู’ุฑู‹ุง ูˆูŽู„ุงูŽ ูŠูŽู†ู’ุฒูู„ูŽ ุจูู‡ู ูˆูŽุงุฏููŠู‹ุง ูˆูŽู„ุงูŽ ูŠูŽุดู’ุชูŽุฑูู‰ูŽ ุจูู‡ู ุฐูŽุงุชูŽ ูƒูŽุจูุฏู ุฑูŽุทู’ุจูŽุฉู ููŽุฅูู†ู’ ููŽุนูŽู„ูŽ ููŽู‡ููˆูŽ ุถูŽุงู…ูู†ูŒ ููŽุฑูููุนูŽ ุดูŽุฑู’ุทูู‡ู ุฅูู„ูŽู‰ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ูŽู‘ู…ูŽ ููŽุฃูŽุฌูŽุงุฒูŽู‡ู

Maksudnya: โ€œApabila dia menyerahkan harta untuk pelaburan, dia akan meletakkan syarat kepada sahabatnya iaitu dia tidak boleh membawa barangan ini melalui laut dan melalui lembah dan tidak menggunakan harta ini untuk membeli haiwan yang mempunyai hati yang lembab (masih hidup). Jika dia melakukannya juga, dia perlu menggantikannya. Syarat ini telah disampaikan kepada Rasulullah SAW dan Baginda membenarkannya.โ€

(Lihat Sunan al-Kubra al-Baihaqi no 11611 dan Darqutni no 3081)

Seterusnya hadis daripada Suhaib RA bahawa Nabi SAW bersabda:


ุซูŽู„ุงูŽุซูŒ ูููŠู‡ูู†ูŽู‘ ุงู„ู’ุจูŽุฑูŽูƒูŽุฉู ุงู„ู’ุจูŽูŠู’ุนู ุฅูู„ูŽู‰ ุฃูŽุฌูŽู„ู ูˆูŽุงู„ู’ู…ูู‚ูŽุงุฑูŽุถูŽุฉู ูˆูŽุฅูุฎู’ู„ุงูŽุทู ุงู„ู’ุจูุฑูู‘ ุจูุงู„ุดูŽู‘ุนููŠุฑู ู„ูู„ู’ุจูŽูŠู’ุชู ู„ุงูŽ ู„ูู„ู’ุจูŽูŠู’ุนู

Maksudnya: โ€œAda tiga perkara yang diberkati iaitu jual beli secara hutang, muqaradhah dan mencampurkan gandum dan barli untuk kegunaan rumah bukan untuk dijual.โ€

Riwayat Ibn Majah (2289)

Sebelum kami mengupas dengan lebih lanjut berkaitan permasalah diatas, suka kami nyatakan rukun-rukun pelaburan yang telah digariskan dalam Islam. Antaranya ialah, pertama lafaz (sighah) iaitu penawaran (ijab) dan persetujuan (qabul), kedua Dua pihak yang berkontrak iaitu pelabur dan pengusaha dan ketiga ialah, modal yang diberikan oleh pelabur kepada pengusaha.

Manakala terdapat beberapa syarat sah sesuatu pelaburan yang telah dinyatakan dalam syariat Islam antaranya ialah pengusaha bebas melakukan apa-apa urusan perniagaan tanpa disyaratkan oleh pelabur. Seterusnya, keuntungan yang diperolehi dari hasil pelaburan hanya dikongsi antara pelabur dan terakhir ialah pengusaha mestilah bebas menguruskan modal dan bekerja dan bekerja.

Berdasarkan kepada syarat-syarat sah sesuatu pelaburan, terdapat syarat yang menyatakan bahawa keuntungan yang diperolehi dari hasil pelaburan tersebut mestilah dibahagikan antara pelabur dan pengusaha.

Dalam permasalah diatas, pihak syarikat telah menjanjikan keuntungan yang akan diperolehi oleh setiap pelabur adalah sekitar antara 8-15% sebulan. Dalam kitab Fiqh Manhaji mengatakan bahawa tidak sah sesuatu pelaburan itu jika kadar keuntungan yang bakal diperolehi oleh salah satu pihak ditentukan menurut kadar jumlah tertentu. Contohnya dalam akad tersebut menyatakan bahawa pelabur akan memperolehi keuntungan bulanan berjumlah RM 100 atau 5%. Hal ini jelas bertentangan dengan konsep pelaburan yang sebenar yang telah ditetapkan oleh Islam kerana kita tidak mengetahui kadar keuntungan sebenar yang akan diperolehi dari sesuatu perusahaan tersebut.
Jika ditelusi dengan lebih mendalam lagi, kontrak pelaburan seperti ini telah berubah menjadi kontrak pinjaman yang mengandungi riba disebabkan pengusaha telah menjamin secara mutlak deviden yang akan diterima oleh setiap pelabur. Justeru kontrak seperti ini jelas menyalahi sistem muamalat Islam yang telah digariskan dalam syariat berdasarkan kepada satu kaedah :

ูƒูู„ู‘ ู‚ูŽุฑู’ุถู ุฌูŽุฑูŽู‘ ู†ูŽูู’ุนุงู‹ ููŽู‡ููˆูŽ ุงู„ุฑูู‘ุจุง

Maksudnya : โ€œSetiap pinjaman yang membawa kepada manfaat (bagi pemberi pinjam) maka ia adalah riba.โ€

Hukum Pelaburan Emas Yang Dijanji Bonus Atau Dividen
Oleh sebab itu pelaburan yang dijalankan ini jelas tidak sah dan harus dijauhi oleh pelabur-pelabur. Akhir sekali, semoga Allah mempermudahkan segala urusan seharian kita dalam memahami dan mempelajari ajaran agama Islam ini. Amin.

sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Alert ๐Ÿ”บ๐Ÿ”บ

Sesiapa nak topup Akuan GAP, sila buat sebelum pukul 12 tgh malam ni. Esok harga naik. ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ
๐Ÿ”บ๐Ÿ”บHarga emas GAP naik, RM2/g lebih tinggi berbanding semalam.

Harga hari ini (20 May 2022):

RM 100 = 0.3584 gram
RM 279 = 1.0000 gram

Statistik Mei 2022
Tertinggi: RM285 (01/05)
Terendah: RM274 (14/05)

Statistik 2022
Tertinggi: RM301 (09/03)
Terendah: RM264 (07/01)
Coretan mentor.

Bahasa mudah untuk faham tentang konsep jutawan dalam emas dan wang kertas.

โœ… Harga emas pada tahun 2000 ialah RM35 segram.

โœ… Harga emas pada tahun 2020 ialah RM300 segram.

โœ… Pada tahun 2000, wang RM1,000,000 boleh membeli sebanyak 28,571.4286 gram (28.6 kg) emas.

โœ… Pada tahun 2020, wang RM1,000,000 hanya boleh membeli sebanyak 3,333.333 gram (3.3 kg) emas.

โœ… Ini bermaksud, RM1,000,000 tersebut tidak mampu lagi mengekalkan kuasa belinya terhadap emas kerana nilainya telah susut walaupun angkanya tidak berubah.

Haaa, gittewww. Faham?
Perkongsian mentor.

Pasal sijil patuh syariah produk-produk Public Gold yang dikeluarkan oleh penasihat Syariah kita iaitu Amanie Advisors Sdn. Bhd.

Untuk pengetahuan anda. Sijil patuh syariah hanya dikeluarkan sekali sahaja.

Kemudian, setiap tahun Amanie Advisors akan mengenakan 2 jenis fee kepada Public Gold iaitu:

1. Shariah Advisory Fee
2. Shariah Compliant Audit Fee

PG membayar 2 fees ini kepada Amanie Advisory setiap tahun.

Setiap tahun Amanie Advisors akan melakukan audit tahunan untuk memastikan kepatuhan syariah Public Gold.

Dengan sistem ini, sijil patuh syariah Public Gold tidak perlu dicetak setiap tahun.

Ps: Setiap penasihat syariah mempunyai sop yang berbeza-beza. Ada penasihat syariah yang mengeluar sijil yang mempunyai tempoh laku tertentu, namun untuk Public Gold, penjelasan adalah seperti diatas.
๐Ÿ”บ๐Ÿ”บHarga emas GAP naik, RM1/g lebih tinggi berbanding semalam.

Harga hari ini (21 May 2022):

RM 100 = 0.3571 gram
RM 280 = 1.0000 gram

Statistik Mei 2022
Tertinggi: RM285 (01/05)
Terendah: RM274 (14/05)

Statistik 2022
Tertinggi: RM301 (09/03)
Terendah: RM264 (07/01)
Perkongsian rakan Dealer.

6 Perkara basic perlu tahu

Sebelum sertai mana-mana pelaburan emas

1. Jangan beli emas kalau hanya dapat kertas

2. Jangan beli emas kalau janjikan hibah

3. Jangan bayar yuran ahli kononnya untuk dapatkan emas murah, kemudian ditawarkan bonus tinggi kerana cari ahli (dah jadi ahli harga masih mahal)

4. Jangan serah semula emas kepada penjual untuk dapat keuntungan. (untung sebenar Buy Low, Sell High)

5. Jangan sertai Syarikat yang terdapat dalam senarai peringatan BNM (Alert list)

6. Beli emas kena dapat emas.

Jangan tak mulakan langsung simpan emas sebab anda bakal ketinggalan jauh kebelakang.

Banyak gram yang bakal tercicir.

Perlukan bimbingan untuk simpan emas? Klik je โคต๏ธ
https://publicgold.me/farhanrazakgold
Alhamdulillah. Tahniah!

Puan Azie (PG00784280) atas inisiatif untuk membuka akaun Public Gold.

Insyaallah, saya sedia bantu 40 insan untuk mulakan simpanan emas pertama mereka.

โœ”๏ธ Pendaftaran percuma
โœ”๏ธ Patuh syariah
โœ”๏ธ Boleh bermula serendah RM100

Apabila anda register di Public Gold dan join team saya, anda akan dapat:

1๏ธโƒฃ E-book tentang emas GAP - FOC
2๏ธโƒฃ Petunjuk & bimbingan saya di group whatsapp โ€“ juga FOC!

Jadi anda akan mendapat tip, tunjuk ajar serta petunjuk daripada saya secara langsung.

Anda juga akan menyelamatkan masa, tenaga dan juga wang ringgit kerana anda akan tahu strategi pelaburan emas yang tepat, selamat dan betul. Dalam masa yang sama, anda akan mengelak daripada melakukan kesilapan atau terperangkap dalam scam.

Boleh singgah ke website saya untuk tahu lebih lanjut tentang Public Gold. โคต๏ธ

https://publicgold.me/farhanrazakgold

Hubungi saya segera untuk mulakan simpanan emas. ๐Ÿ˜

#FarhanRazak
#PriorityDealerPublicGold
#PG00194050
#JE24K
#PGBOGoldenGroup
Perkongsian rakan Dealer.

๐—œ๐—ก๐—™๐—Ÿ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐——๐—”๐—ก ๐——๐—จ๐—œ๐—ง ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—ฆ

Inflasi wujud sebab duit kertas tiada nilai sebenar. Nilai asal duit kertas ialah kosong . Ia diberi dan diperakukan nilai oleh kerajaan pemerintah supaya dapat digunakan sebagai medium transaksi.

Walaupun angkanya sama, tetapi nilainya berubah-ubah disebabkan oleh

1๏ธโƒฃ Supply of money
2๏ธโƒฃ Demand of the currency

Jadi secara asasnya, kenaikan harga barang dalam jangka panjang adalah pasti, bukan sebab demand & supply kepada barangan tu, tetapi sebab nilai duit yang sentiasa merosot.

Duit kertas gagal memenuhi fungsi sebenar duit sebab;

โœ… Ia tidak mampu menyimpan nilai;

โœ… Ia tidak mampu menjadi unit pengukur sebab nilainya berubah-ubah;

โœ… Ia gagal menjadi medium transaksi yang adil disebabkan nilainya yang berubah-ubah itu.

Berbeza dengan emas. Nilai emas dipegang kukuh oleh berat dan ketulenannya. Simpanlah beribu tahun sekalipun, nilainya kekal.

Sebagai contoh, nisbah 1 ekor kambing dan 1 dinar (emas 4.25 gram) adalah kekal sejak 1400 tahun dulu hingga sekarang.

Dengan emas 1 dinar hari ini, kita masih mampu membeli seekor kambing. Walaupun kambing ada banyak jenis dan saiznya, tapi 1 dinar itu masih munasabah ditukarkan dengan seekor kambing.

Kesimpulannya dalam situasi ini, berapa peratuskah kadar inflasi kambing sejak 1400 tahun dulu berbanding emas?

Jawabnya IALAH 0%.

Jadi buatlah pilihan bijak.
๐Ÿ“ฒ publicgold.me/farhanrazakgold
Coretan rakan Dealer.

Semalam kawan saya yang juga pelanggan Public Gold saya bagitahu arwah isteri dia meninggal dunia tahun lepas dan meninggalkan emas yang nilai keseluruhan hampir RM30 ribu.

Saya pun terus respon tanpa fikir panjang.

โ€œBagus, boleh diwariskan kepada anak-anak terus. Jadi harta mereka.โ€

Lepas itu baru saya terfikir, emas itu sudah menjadi harta si mati yang kena difaraidkan. Jadi dia tak boleh diserahkan terus 100% kepada anak-anaknya.

Saya berpendapat, alangkan baiknya kalau emas itu terus dinamakan atas nama anak masa ibu/bapa masih hidup untuk mudahkan urusan selepas kematian ibu/bapa.

Anak-anak yang masih kecil tidak tahu menahu apa-apa. Ibubapa lah yang bertanggungjawab kepada harta untuk anak-anaknya warisi kelak.

Di Public Gold, ada akaun emas Junior untuk anak yang berusia 18 tahun ke bawah.

Ataupun kalau emas fizikal, boleh terus masukkan emas itu dalam simpanan atas nama anak-anak dalam gold cardfolder. Di cardfolder itu tulis terus nama anak sebagai pemilik emas itu.

Kalau ibu/bapa meninggal masa mereka masih kecil, pemilikan emas itu tidak ada siapa boleh usik dan ia tak jadi harta yang kena faraid.

Ini berdasarkan kefahaman saya yang cetek.
Perkongsian rakan Dealer.

Berita Emas

Penyusutan Dolar AS pada pembukaan pasaran awal minggu ini mendorong kenaikan harga emas.

Harga emas $1864 per auns ketika ini.