Coretan Emas Perak | PG Mall | Cikgu Gram | Farhan Razak
200 subscribers
4.37K photos
181 videos
5 files
2.22K links
Coretan & perkongsian ilmu emas/perak.
Bimbingan untuk buat duit dengan PG Mall.

PG00194050

My Website. ๐Ÿ”—

https://publicgold.me/cikgugram

Referral Link PG Mall. ๐Ÿ›’

bit.ly/REGPGMall

Whatsapp. ๐Ÿ“ž

http://www.wasap.my/601151539129/emasperak
Download Telegram
Kita usahakan untuk cari keberkatan dalam rezeki. Utamakan infaq & sedekah kepada ahli keluarga terdekat, kemudian kepada orang-orang Islam yang lain.

Jaga amal terutamanya solat kerana janji Allah dalam amal. Kita sibuk cari rezeki tetapi kadangยฒ kita lupa kepada Yang Maha Memberi Rezeki.

Utamakan keperluan daripada kehendak. Kawal perbelanjaan, selesaikan hutang yang ada, jangan tambah hutang baru ketika ini.

Tambah kemahiran kewangan & pelaburan. Jangan malu untuk belajar daripada orang lain.

Usahakan untuk tambah pendapatan dengan pelbagai cara. Hendak 1000 daya, tak mahu 1000 dalih.

Usahakan sebaik mungkin untuk hindari riba' dalam mualamat kita. Insyaallah, Allah akan beri keberkatan dalam kehidupan kita.

Semoga bermanfaat insyaallah ๐Ÿ˜
Perkongsian rakan Dealer.

Emas, Perak & Zakat

Ada orang cakap "Pelaburan emas nie tak seronok sebab kena bayar zakat"

Saya cakap, kelebihan emas adalah... bila orang beli dan simpan emas, maka dia akan teringat zakat.

Namun, tahukah anda.

Zakat sebenarnya bukan hanya tertakluk pada emas (dan perak),

Zakat meliputi zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat wang simpanan (ya, duit yang anda simpan kat bank pun kena zakat juga bila cukup syarat), zakat pelaburan, zakat kwsp dan juga zakat takaful.

Orang membayangkan seolah-olah emas sahaja yang kena zakat.

Jadi, posting ini adalah untuk menyedarkan kita semua bahawa zakat ini bukan hanya jatuh kepada emas dan perak, namun banyak lagi harta-harta yang bukan emas perak tertakluk kepada zakat.

Ingatlah. Zakat itu menyucikan harta dan memberikan keberkatan kepada harta anda.

Jika anda berminat untuk belajar pasal zakat, antara laman web yang banyak maklumat tentang zakat adalah Zakat Selangor.

https://www.zakatselangor.com.my/info-zakat/zakat-kewajipan-berzakat/jenis-jenis-zakat/zakat-emas-perak/

Semoga bermanfaat insyaallah ๐Ÿ˜
Perkongsian mentor.

7 Strategi Bebas Dari Hutang

Saya suka kongsikan ilmu bebas hutang. Ini antara โ€˜stepโ€™ saya gunakan untuk langsaikan semua hutang dalam masa singkat:

โ‡๏ธ Strategi #1: Jangan buat hutang lagi.

Selagi boleh hidup tanpa hutang tu, jangan sekali-kali berhutang. Beli apa sahaja secara tunai.

Kalau terpaksa berhutang untuk beli sesuatu, itu bermaksud kita tak mampu. Jadi, kumpul duit dulu kemudian dah cukup baru beli. Banyakkan bersabar, bersabar, bersabar.

โ‡๏ธ Strategi #2: Langsaikan hutang yang interest ratenya paling tinggi dulu.

Contoh, hutang kad kredit (interest 18% setahun) kena settlekan dulu sebelum loan kereta. Elak terperangkap term, โ€œbayar minimaโ€.

Jadi, cuba senaraikan semua hutang yang ada mengikut kadar #Interest paling tinggi.

Hutang โ€˜berkatโ€™ seperti housing loan perlu disettlekan paling last sekali sebabnya ia dikategorikan sebagai โ€œgood debtโ€ iaitu hutang yang membuatkan kita bertambah kaya!

โ‡๏ธ Strategi #3: Buka Dana โ€œFull-settlement Hutangโ€.

Buka akaun khas untuk simpan duit yang akan digunakan untuk buat full-settlement hutang-hutang yang ada.

Bayar ansuran pinjaman macam biasa, dalam masa sama kumpul duit lain ke dalam dana tersebut. Bila duit tu dah cukup, buat full-settlement terus.

Dengan full-settlement, kita jimat dari bayar interest berbanding dengan tambah nilai ansuran bulan-bulan.

Full-settlement maksudnya kita bayar nilai โ€œpokokโ€ jer, ansuran bulan-bulan maksudnya kita bayar nilai โ€œpokokโ€ + โ€œinterestโ€!

Antara sebab saya suka settlekan semua hutang jauh lebih awal dari tempoh sepatutnya ialah nak kurangkan bayar interest.

Tak nak bazirkan duit hasil titik peluh, hanya untuk bayar bunga!

โ‡๏ธ Strategi #4: Gunakan duit โ€˜durian runtuhโ€™ seperti bonus tahunan untuk langsaikan hutang dulu.

Dalam tempoh 4 tahun tu, saya gunakan sebahagian besar duit bonus syarikat untuk bayar hutang! Kena mujahadah la sikit. Tekan nafsu berbelanja.

โ‡๏ธ Strategi #5: Simpan duit kenaikan gaji tahunan 100% ke dalam Dana Full-settlement Hutang.

Jangan gatal tangan usik dana tu! Setiap kali kenaikan gaji, saya akan kira berapa kenaikan kos sara hidup untuk setahun akan datang.

Contohnya, gaji naik RM200, kos sara hidup bertambah RM120 sebulan sebab seorang lagi anak masuk sekolah.

Jadi, saya masukkan lebihan RM80 (RM200 โ€“ RM120) sebulan ke dalam Dana Full-settlement Hutang.

โ‡๏ธ Strategi #6: Bila dah settle satu hutang, simpan duit โ€˜installmentโ€™ bulan-bulan seterusnya ke dalam Dana Full-settlement Hutang.

Contohnya, bila dah buat full-settlement โ€˜loanโ€™ kereta sebanyak RM600 sebulan, simpanlah dalam akaun Dana Full-settlement Hutang tadi.

Jangan sekali-kali anggap duit tu sebagai โ€˜kenaikan gajiโ€™, apatah lagi untuk tukar kereta baru!

โ‡๏ธ Strategi #7: Bayar hutang secara automatik!

Buat potongan gaji atau standing instruction di bank supaya kita tak lupa bayar. Bila terlupa bayar, itu yang jadi tertunggak tu.
Nasihat mentor kewangan Dr Azizul Azli Ahmad.

Waktu ini adalah waktu yang sesuai untuk kita nilai kembali hidup kita.

Kita dimana dalam garis hayat ini?

Apa kita lakukan untuk kebaikkan dan akhir hayat kita?

Tanya diri kita,

1. Apakah kita telah ada kerjaya yang baik?

2. Apakah simpanan kita sudah baik?

3. Apakah pelaburan persaraan kita nanti ?

Semak, dan tandakan dimana kita sekarang. Berapa tahun lagi berbaki sebelum bersara.

Jangan ceritakan pada sesiapa, jawapan itu untuk kita nilai kembali hidup kita.

Bersara dengan tenang dan beribadah kepada yang Maha Esa atau masih kekal bekerja siang dan malam kita.

Jangan pilih untuk kalah, pilihlah untuk menang.

Semoga bermanfaat insyaallah ๐Ÿ˜
Perkongsian mentor.

Gais.

Selain daripada emas, silver juga pelaburan yang saya rasa sangat bagus.

Saya sangat recommend untuk anda memasukkan silver ke dalam portfolio pelaburan anda.

Minima letakkan 20% dalam silver dalam portfolio (jika baru nak start)

Jika anda lihat prestasi silver sejak setahun lepas, peratus kenaikan harganya lebih bagus untuk emas.

Jadi jika silver pun boleh untung, masukkan silver kedalam portfolio anda.

Kelebihan silver adalah harganya jauh lebih murah berbanding emas dan potensi kenaikan harganya lebih tinggi dari emas.

Kelemahan silver adalah, jika trend harganya adalah menurun maka peratus penurunannya juga lebih banyak dari emas.

Ia juga sukar digadaikan di Arrahnu. Biasanya mereka tak terima. Tapi kalau jenama Public Gold, anda boleh gadaikan silver bar tersebut kat mana-mana opis Public Gold (under koperasi dagang emas).

Untuk melabur di dalam silver, saya cadangkan anda pegang sekurang-kurangnya 3 tahun. Itu yang terbaik.

Terdapat 2 cara melabur silver di Public Gold.

Paling mudah, murah dan patuh syariah adalah membuka akaun simpanan silver SAP (Silver accumulation program)

Cara kedua, anda boleh terus beli jongkong silver 250g, 500g dan 1kg.

Public Gold menyediakan kemudahan pos jongkong silver kerumah anda dengan berlindungan insurans (maksima 1kg dalam 1 parcel).

Jika emas boleh untung, silver boleh untung. Maka masukkan aje kedua-duanya dalam portfolio pelaburan anda ๐Ÿ˜„

Semoga bermanfaat insyaallah ๐Ÿ˜
Kredit: FB Mentor Syukor Hashim
Assalamualaikum.

Quick Update: Harga emas turun RM2/g daripada semalam. ๐Ÿ”ป๐Ÿ”ป

Public Gold GAP 25 Jun 2021
RM 100 -> 0.3861 gram
RM 259 -> 1.0000 gram

Boleh rujuk di website Public Gold

https://publicgold.com.my/index.php

Harga terendah tahun ini: RM 240 (9 March 2021)

Harga tertinggi tahun ini: RM 277 (6 January 2021)

Harga tertinggi adalah RM 304 (Ogos 2020)!

Hubungi saya untuk saya bantu anda simpan emas!

Klik je sini untuk mula

http://www.wasap.my/601151539129/emas+RM100
โœจWow! Masanya sudah TIBA! Yahooooooo!!!๐Ÿ™Œ๐Ÿป

๐Ÿ’ฐMinggu Gaji sentiasa dinantikan dengan penuh kesabaran.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini! Offer yang diberikan memang sangat berbaloi untuk anda beli emas! โ˜๐Ÿป

โœ… BOLEH DAPATKAN BARANGAN YANG KITA AIM NAK BELI.

โœ… BOLEH BAYAR SECARA ANSURAN.

โœ… BOLEH DAPAT FREE SHIPPING ๐Ÿ‘ˆ๐Ÿป๐Ÿ‘ˆ๐Ÿป (MEMANG BERBALOI).

โœ… BELI EMAS BOLEH JADI DEALERRRRRRR!!

Jika tiada PG code boleh daftar dulu secara percuma.

๐Ÿ“ฒ http://bit.ly/REGPGMall

Dah daftar? Dah ada PG code?

Jom jangan tunggu lagiโ€ผ๏ธ Masuk website PG Jewel NOW! ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป

๐Ÿ›’ pgmall.my/PG-Jewel

Minggu Gaji is BACK selama 11 hari yee.

Free Shipping seluruh Malaysia termasuk Sabah & Serawak. ๐Ÿšš๐Ÿ›ณ๐Ÿ›ซ๐ŸŽ
Assalammualaikum. Salam jumaat. ๐Ÿ˜‡

Tips Emas hari ini.

Hari ini beli & simpan emas, esok lusa terus tanya berapa banyak dah untung.

Kawan-kawan, penyimpan emas yang berilmu bukan begitu mindsetnya. Emas adalah long term investment.

Semoga bermanfaat insyaallah ๐Ÿ˜
Sale MINGGU GAJI yang paling dinanti2!

OFFER PRICE + FREE SHIPPING + RM6 DISCOUNT ๐Ÿ˜

Jika tiada PG code boleh daftar dulu secara percuma.

๐Ÿ“ฒ http://bit.ly/REGPGMall

Dah daftar? Dah ada PG code?

๐Ÿ› Shop at PG Museum website:

https://pgmall.my/PG-Gold-Museum

T&C apply