Coretan Emas Perak | PG Mall | Cikgu Gram | Farhan Razak
201 subscribers
4.37K photos
181 videos
5 files
2.22K links
Coretan & perkongsian ilmu emas/perak.
Bimbingan untuk buat duit dengan PG Mall.

PG00194050

My Website. 🔗

https://publicgold.me/cikgugram

Referral Link PG Mall. 🛒

bit.ly/REGPGMall

Whatsapp. 📞

http://www.wasap.my/601151539129/emasperak
Download Telegram
Cabar diri anda menabung 😁

Data Bank Negara Malaysia, 5 dari 6 orang penduduk Malaysia tiada simpanan RM1000 sekalipun. jangan masuk dalam statistik ini kawan.

Jadilah orang yang ada simpanan masa depan.

Gegadis tak suka lelaki pokai, mereka suka yang berakal.

Kredit: Azizul Azli

Tambahan daripada saya,

Sekiranya tak boleh tahan bila lihat duit dalam tabung (fikir macam² untuk shopping dll), cuba tukar duit itu kepada emas.

Insyaallah inilah ubat untuk merawat anda daripada menggunakan duit untuk berbelanja tanpa kawalan. 😁

Klik je untuk saya bantu anda

http://www.wasap.my/601151539129/emas+RM100
Perkongsian daripada mentor kewangan.

MENGAPA LAMBAT KAYA?

1. Keluarkan wang tunai dari kad kredit, urgent katanya nak buat bayar rim tayar.

2. Terlalu banyak beli takaful dan takaful yang salah selalunya.

3. Pembiayaan semula hartanah untuk bayar hutang lapuk kita, untung refinance rumah katanya.

4. Masuk MLM dan kopi belalang guna pinjaman peribadi, modal berniaga katanya tadi.

5. Komitmen hutang hingga 70% dari gaji. Luar biasa tinggi, selagi bank bagi.

6. Pergi seminar mahal bayar guna kad kredit, balik kagum dengan kejayaan orang tapi kita nganga sahaja, orang tipu pun kita percaya.

7. Gila buka Lazadada dan semua belian online, abang posmen dah kamceng dengan kita.

8. Tabiat bayar minimum kad kredit, sayang duit yang ada katanya.

9. Hutang dengan along yang mahu tolong.

10. Susah nak cakap tidak bila kawan nak pinjam duit, bangga bila kawan kata kita bank bergerak mereka.

11. Suka bila ada orang jeling dan puji kereta kita, "Lawa giler City lu bro, dah macam Audi".

12.Tiada tabung dan formula simpanan, ada lebih baru kita simpan.

13. Tiada disiplin, awal bulan simpan hujung bulan ambil.

14. Mudah terpedaya dengan skim kaya mudah, cepat dan janji syurga.

15. Beremosi bab belanja, selagi tak beli kita sanggup guling guling hentak kaki kat pavillion tiap hari.

16. Berpegang pada prinsip, yang kaya ini semua yahudi.

Nak jadi pemberi zakat atau penerima zakat bang?

Semoga bermanfaat insyaallah 😁

Kredit: Azizul Azli
Assalamualaikum. Pagi!

Quick Update: Harga kekal seperti semalam. 🔸🔸

Public Gold GAP 14 Jun 2021
RM 100 -> 0.3676 gram
RM 272 -> 1.0000 gram

Boleh rujuk di website Public Gold

https://publicgold.com.my/index.php

Harga terendah tahun ini: RM 240 (9 March 2021)

Harga tertinggi tahun ini: RM 277 (6 January 2021)

Harga tertinggi adalah RM 304 (Ogos 2020)!

Hubungi saya untuk saya bantu anda simpan emas!

Klik je sini untuk mula

http://www.wasap.my/601151539129/emas+RM100
Nasihat daripada mentor.

Ada orang, waktu sekolahnya dulu paling pintar. Hari ini kerjanya biasa biasa aja.

Ada orang, waktu sekolahnya dulu paling belakang. Hari ini kerja dan rezekinya paling lumayan.

Jangan cepat menilai yang bijak itu kaya, yang bodoh itu miskin.

Jika bodoh, tetapi kekal usaha boleh jadi kaya raya.

Jika pintar, tetapi malas usaha boleh papa kedana.

Jangan minta anak pandai untuk jadi doktor dan engineer sahaja.

Bukan itu sahaja pekerjaan yang boleh buat hidup orang bahagia.

Kita semua ada ketentuan rezekinya. Yang paling penting janganlah pernah putus asa untuk berusaha dan berdoa.

Tadbir hidup dengan baik bukanya berserah bulat bulat pada takdir.

Kredit: Azizul Azli
Perkongsian mentor.

Saya dah ada 1 kilogram emas, apa yang patut saya buat?

Ye, sepatutnya sebelum anda memulakan simpanan emas, anda sudah miliki matlamat yang jelas terhadap simpanan tersebut.

Setiap jumlah simpanan emas kita sebenarnya boleh dirancang untuk memenuhi Dream Chart kita.

Ini antara contohnya;

❇️ 1 Dinar : Akikah anak bersamaan seekor kambing

❇️ 20 Gram : Umrah ziarah

❇️ 50 gram : Dana kecemasan 3 bulan gaji

❇️ 10 Dinar : Kos menunaikan haji

❇️ 100 gram : Deposit rumah bernilai RM250k (10% : RM25,000)

❇️ 200 gram : Dana pendidikan anak 18 tahun daripada sekarang

Jika ada matlamat yang jelas, simpanan kita lebih konsisten. Emas, adalah aset yang mudah dimiliki dan mempunyai nilai tersendiri.
Perkongsian rakan Dealer.

Mendapat soalan daripada seorang rakan yang juga pelanggan saya di Public Gold. Soalan dia macam ni,

"Salam. Apa beza Emas XYZ dgn PG eh?"

"Sebab tadi saya beli RM 235/g"

"Aku compare PG RM 272/g"

Terus difikirkan bahawa saya masih kurang sebarkan ilmu emas yang sebenarnya. Jadi saya terangkanlah bahawa emas PG adalah emas 999 yang berbentuk gold bar, coins (dinar) dan gold wafer.

Manakala yang dia pergi beli emas di kedai Emas XYZ tu adalah 916. Iaitu emas perhiasan. Perbezaannya adalah daripada segi purity (ketulenan) emas tersebut.

Tengok nombor pon kita dah agak 999 kan pasti inilah lah lebih pure sebab kandungannya hampir 100% emas. Tetapi emas 916 pula sesuai untuk dibuat perhiasan kerana tidak terlalu lembut untuk dibentuk menjadi pelbagai design. Kena lah keras sikit untuk nampak cantik supaya dapat digunakan sebagai perhiasan.

Jika kita melihat daripada segi pelaburan, berikut faktor yang perlu kita lihat:

1. Ketulenan
Gold bar dan dinar punya ketulenan 999.9 (24K) emas yang hampir tiada bendasing. Manakala barang kemas berketulennan 916 (22K) masih emas tulen tetapi ada campuran.

2. Pelaburan
Gold bar dan dinar lebih sesuai untuk pelaburan dan boleh dimiliki oleh lelaki mahupun wanita. Manakala barang kemas sememangnya perhiasan idaman wanita tetapi lelaki islam haram memakainya.

3. Susut nilai ataupun spread
Gold bar dan dinar mempunyai susut nilai yang rendah dalam lingkungan 6% sehingga 9%. Manakala barangan kemas susut nilai boleh menjangkau hingga 30%. Kos harga upah awal-awal dah tolak dah masa nak jual balik.

4. Kos upah (workmanship)
Untuk gold bar dan dinar, PG menawarkan kos premium yang sangat berpatutan. Makin berat item yang dibeli makin murah kos per gramnya. Manakala kos barangan kemas pula makin berat makin tinggi kos upahnya.

5. Gandaan berat
Untuk Gold bar dan dinar pastinya gandaan berat yang diletakkan adalah tepat contohnya 1 gram, 4.25 gram (bagi 1 Dinar) hinggalah ke 1 kg mengikut emas yang ditawarkan di PG. Manakala barangan kemas banyak titik perpuluhan. Kerana design berbeza.

Begitulah perbezaannya. Tetapi ini semua atas pilihan. Ada yang nak buat simpanan dan pelaburan. Ada juga nak buat perhiasan. Pilih yang sesuai di hati. Jangan gaduh-gaduh. Si suami kalau boleh beli gold bar, takkan tak boleh hadiah isteri pendant bersama 1 Dinar kan.
Update daripada mentor.

Gais,

Jika anda / customer anda terkesan dengan covid-19 dan sukar buat bayaran EPP,

Anda boleh isi borang dan minta penangguhan bayaran EPP (borang google form dibawah) dan sertakan bukti dokumen sokongan.

Buat masa nie, penangguhan diberikan untuk 1 bulan dan kelulusan bergantung berdasarkan kes by case.

HQ nak pantau situasi terlebih dahulu.

Untuk mereka yang terlibat, sila isi google form ini atau sharekan link borang ini kepada customer anda yang terjejas akibat covid-19.
Ini link borangnya (google form) 👇👇👇👇

https://forms.gle/B2NKbe229p5AD1B48

Sekian, terima kasih.
Perkongsian daripada mentor.

RUSSIA DAN CHINA TAMBAH STOK EMAS!

China dan Russia merupakan antara kuasa besar ekonomi dunia. Kenapa mereka nak tambah simpanan emas fizikal? Bukan sikit tuan tuan. Saya pasti mereka nampak apa akan berlaku kepada harga emas dalam 10-20 tahun akan datang.
.
Negara China saja borong 150 tan emas bernilai 8.5 Billion Dolar. Russia pula tambah simpanan emas walaupun dah ada 2200 tan emas.
.
Kita masih lagi berkira kira untuk simpan 1 gram emas. Walaubagaimanapun, kita simpan ikut poket kita, jangan dengar cakap orang dan jangan ikut trend. Pastikan ada target dalam simpanan, kalau tak memang gelong tayar tu dik.
.
Target saya cuma satu, simpan emas nak beli property cash dan bebas hutang.😬
Harga cantik sekarang kalau nk order EPP10 10g BungaMas/Tai Fook 😁
Assalamualaikum. Pagi!

Quick Update: Harga turun RM2/g daripada semalam. 🔻🔻

Public Gold GAP 15 Jun 2021
RM 100 -> 0.3704 gram
RM 270 -> 1.0000 gram

Boleh rujuk di website Public Gold

https://publicgold.com.my/index.php

Harga terendah tahun ini: RM 240 (9 March 2021)

Harga tertinggi tahun ini: RM 277 (6 January 2021)

Harga tertinggi adalah RM 304 (Ogos 2020)!

Hubungi saya untuk saya bantu anda simpan emas!

Klik je sini untuk mula

http://www.wasap.my/601151539129/emas+RM100
Perkongsian rakan Dealer.

5 Fakta Unik Tentang Emas

❇️ Kita Tentukan

Kita sendiri berkuasa ke atas emas yang disimpan sama ada nak jual atau nak beli bila-bila masa yang kita suka.

❇️ Wang Sendiri

Kita cuma tukarkan sejumlah wang kita sendiri dalam bentuk yang lebih baik iaitu emas.

❇️ Rahsia

Emas fizikal yang kita pegang & simpan ini tidak direkodkan oleh mana-mana pihak. Berapa banyak simpanan kita adalah rahsia kita sendiri dan sendiri yang audit.

❇️ Kira Sendiri Benchmark Untung

Benchmark keuntungan dikira sendiri oleh pemilik emas tanpa perlu bayar sebarang yuran proses seperti sesetengah pelaburan lain. Sekiranya melebihi spread emas dah dikira untung.

❇️ Produk Bisnes Yang Tiada Tarikh Luput

Bisnes emas ni tiada risiko tarikh luput. Kalau kita tak dapat jual emas yang kita miliki kita masih dapat nikmati untung kenaikan harga emas untuk jangka masa yang panjang.

Semoga bermanfaat insyaallah 😁
Perkongsian rakan Dealer.

CAWANGAN PUBLIC GOLD

Public Gold mempunyai lebih 18 cawangan di seluruh negeri, termasuk di Indonesia dan Singapura.

Senarai cawangan Public Gold dan nombor untuk dihubungi: https://www.publicgold.com.my/index.php/branch