Coretan Emas Perak | PG Mall | Cikgu Gram | Farhan Razak
201 subscribers
4.37K photos
181 videos
5 files
2.22K links
Coretan & perkongsian ilmu emas/perak.
Bimbingan untuk buat duit dengan PG Mall.

PG00194050

My Website. πŸ”—

https://publicgold.me/cikgugram

Referral Link PG Mall. πŸ›’

bit.ly/REGPGMall

Whatsapp. πŸ“ž

http://www.wasap.my/601151539129/emasperak
Download Telegram
Coretan daripada mentor.

Orang Bankrap Boleh Simpan Emas

"Kalau saya bankrap, boleh ke saya simpan emas?"

Boleh. Tak ada masalah.

"Ok, saya nak 50gram" katanya sambil tersenyum.

Perbualan ringkas saya dengan seorang klien saya sebelum ni.

Menurut Robert Kiyosaki, emas satu-satunya aset kewangan yang tiada rekod dalam sistem kewangan dunia.

Ya, tak ada dalam rekod bank, rekod pejabat tanah atau pun rekod percukaian. Sebab tu, orang bankrap pun boleh simpan emas.

Tak siapa pun boleh ambil dan bekukan simpanan emas tu.

Berbeza dengan aset lain seperti saham, akaun bank, Tabung Haji, ASB dan KWSP. Semua tu akan dibekukan bila kita diisytiharkan bankrap.

Ini istimewa nya bila kita simpan emas. Bukan saja dapat 'tali hayat' terakhir kalau ada keruntuhan sistem kewangan dunia.

Tapi dapat jadi 'tali hayat' terakhir kalau berlaku keruntuhan kewangan peribadi seperti kisah beliau tadi.
Perkongsian daripada mentor.

Saya nak share sikit pengalaman pertama beli rumah, kemudian buat loan rumah 30 tahun dan habis bayar loan ini pada tahun ke 12.

Yes!!

Mungkin kisah ini boleh menjadi aspirasi untuk orang-orang muda 😁

Saya bekerja makan gaji kat universiti Multimedia pada tahun 2001.

Gaji starting RM2100.

Kemudian, saya kahwin dengan CikJun Jonaina Nordin pada 25 Disember 2002.

Tahun 2002 sehingga tahun 2008 kami menyewa sahaja. Waktu tu sewa rumah kat Melaka murah Dalam RM250 dah boleh sewa sebiji rumah.

Dalam 6 tahun menyewa, kami cuba-cuba untuk cari rumah teres satu tingkat yang sub sale, corner lot dan hampir dengan universiti tempat saya kerja.

Maklumlah, waktu tu income saya tak berapa kuat πŸ˜…

Pengalaman menyewa beberapa rumah menyebabkan kami tertarik untuk mencari rumah corner lot sebab pencahayaan yang lebih baik dan ada extra tanah untuk buat aktiviti luar dan bercucuk tanam.

Akhirnya peluang tiba apabila sebuah rumah corner lot yang hampir dengan rumah sewa kami tiba-tiba nak dijual.

Mulanya owner tu sewakan kepada sorang staff universiti Multimedia. Namun staff tu beli rumah baru dan owner tak nak sewakan lagi. Dia nak jual.

Bila saya telefon owner, dia cakap nak jual pada harga RM115 ribu. Saya dan cikjun pun beli rumah tersebut. Waktu tu umur saya 30 tahun πŸ˜….

Pada waktu tu, baru saya tahu bahawa loan rumah nie sampai 30 tahun. Mak ai.. lamanya bisik hati saya.

Namun, Alhamdulillah, kami berjaya selesaikan loan rumah tersebut dalam masa 12 tahun sahaja.

Jadi saya nak bagi tips sikit, especially untuk orang muda.

First sekali, elakkan hutang kereta. Especially kereta baru.

Semasa mula kerja, saya tak beli kereta. Lepas kahwin, baru saya beli kereta second hand milik ayah saya dengan harga RM10 ribu. Kereta tu dah berusia 13 tahun.

tanpa hutang kereta yang besar, takdelah rasa beban sangat nak bayar loan rumah sekitar RM530 sebulan. Masa apply loan, terus approve aja.

Masa tu saya keluarkan duit kwsp untuk bayar deposit rumah. So kwsp membantu.

Semasa loan berlangsung, ada 2 kali saya dan cikjun keluarkan duit kwsp untuk bayar prinsipal loan rumah.

Lepas tu, tahun 2010, saya dah full time buat Public Gold, jadi ada duit simpanan extra.

Mula-mula saya tak terniat pun untuk buat loan settlement. Saya bayar bulan-bulan macam biasa.

Namun, tahun lepas 2020, setelah banyak membaca buku-buku kewangan, saya meletakkan priority untuk selesaikan semua hutang.

Jadi, bila loan berbaki RM24 ribu++, saya terus buat settlement tahun lepas.

Jadi bila congak-congak balik, loan nie habis bayar dalam tempoh 12 tahun aja. Jimat 18 tahun.

Ah! Rupanya loan rumah boleh habis bayar awal jika kita fokus nak selesaikannya.

Kalau ada duit simpanan extra pun, tapi kalau kita tak fokus bayar hutang tu maka hutang tetap tak habis.

Kesimpulan:

1. Elakkan hutang kereta yang tinggi. Ia boleh membantutkan hasrat anda beli rumah awal. Beli kereta second hand yang harga RM10k kebawah cukuplah. Elakkan juga hutang personal loan dan kad kredit.

2. Cari side income dengan buat apa-apa bisnes. Saya buat bisnes Public Gold tahun 2008 dalam bulan 10. Income nie anda kumpulkan untuk dapat dana selesaikan hutang.

3. Keluarkan duit kwsp untuk bayar prinsipal hutang rumah. Saya tak ingat berapa tahun sekali boleh buat.

4. Letakkan fokus untuk bebas hutang secepat mungkin. Wujudkan rasa hati tak selesa diikat hutang, walaupun ia adalah hutang rumah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Sumber: Nota Emas Syukor Hashim
Assalamualaikum. Pagi!

Quick Update: Harga naik RM1/g daripada semalam. πŸ”ΊπŸ”Ί

Public Gold GAP 3 Jun 2021
RM 100 -> 0.3623 gram
RM 276 -> 1.0000 gram

Harga terendah tahun ini: RM 240 (9 March 2021)

Harga tertinggi tahun ini: RM 277 (6 January 2021)

Harga tertinggi adalah RM 304 (Ogos 2020)!

Hubungi saya untuk saya bantu anda simpan emas!

Klik je sini untuk mula

http://www.wasap.my/601151539129/emas+RM100
Coretan daripada rakan Dealer.

E M A S I B U D U I T

Bila cerita bab emas, semua fikir tentang pelaburan. Sebenarnya emas lebih dari sekadar pelaburan. Saya boleh katakan rugi kalau fikir emas hanya untuk pelaburan, ianya mempunyai kelebihan yang lain yang kita boleh dapat bila kita simpan emas.

Hari ini saya nak kongsikan LIMA cara bagaimana untuk kita dapat duit dengan emas, saya ceritakan secara ringkas dan santai untuk semua dapat faham.

1. Emas sebagai simpanan.
Bila kita simpan emas, emas sendiri adalah duit. Malah emas adalah duit yang sebenar yang laku sejak beribu tahun dulu. Ramai yang simpan emas untuk mencapai matlamat simpanan, antara matlamat simpanan yang kita boleh buat adalah kahwin, beli rumah, beli kereta, dana pendidikan, pergi haji/umrah dan banyak lagi.

Kaedah simpan duit dalam bentuk emas jauh lebih senang berbanding simpan duit di bank, simpan emas dapat menutup masalah kebocoran duit secara berkesan.

Orang simpan emas tidak akan nampak nombor digit dalam akaun bank, apa yang ada adalah kepingan goldbar dan dinar dalam simpanan. Ajaibnya bila simpan emas ini akan datang perasaan untuk menambah gram yang seterusnya.

2. Emas sebagai pelaburan.
Ramai yang diantara kita menjadikan emas sebagai pelaburan jangkamasa sederhana dan panjang, faktor utama emas dijadikan sebagai pelaburan disebabkan oleh kejatuhan matawang negara, β€˜supply & demand’ emas dan isu geopolitik.

Pelaburan emas sangat menguntungkan, dianggarkan kenaikan emas pernah mencapai 660% untuk 20 tahun. Purata 33% untuk setahun, satu ROI yang tinggi untuk satu pelaburan.

Harga emas ada turun dan naik untuk jangkamasa pendek, ianya tidak sesuai untuk orang yang ingin cepat kaya. Pelaburan emas sesuai untuk tempoh minimum 3-5 tahun, makin lama makin tinggi ROI pelaburan emas.

3. Jual beli emas.
Jika simpanan dan pelaburan emas untung, buat jual beli emas berkali ganda lagi untung. Tak perlu tunggu harga emas naik baru nak untung, beli emas waktu pagi lepas tu jual pada waktu petang pun dah untung.

Uniknya jual beli emas, beli waktu mahal dan jual waktu murah pun tetap ada untung. Malah hasil jualan berlipat kali ganda untung bila harga emas turun, walaupun margin untung sikit tapi bila angka jualan boleh cecah jutaan sebulan tetap boleh dapat untung yang besar.

4. Jadi ejen atau dealer syarikat emas.
Bila kita beli emas, kita berisiko untuk rugi jika tiada ilmu emas yang betul. Carilah ejen atau dealer syarikat emas yang berdaftar untuk belajar selok belok tentang emas.

Manfaatkan ilmu yang diberikan oleh dealer untuk kita dapat untung maksimum dengan emas. Kita tak rugi sedikit pun dengan melantik dealer untuk membimbing kita dalam urusan simpanan dan pelaburan emas.

Sebagai ganjaran membimbing penyimpan dan pelabur emas, syarikat emas akan memberikan sedikit komisyen sebagai upah. Jadi dealer juga boleh dijadikan karier β€˜full time’ dan β€˜part time’, sambil diri sendiri simpan emas apa salahnya ajak orang ramai buat benda baik sekali.

5. Gadai emas di arrahnu.
Bab gadai adalah bahagian yang paling last bagi saya untuk dapat duit, gadai bermaksud kita cagarkan emas simpanan kita untuk pinjam duit dari arrahnu.

Urusannya memang mudah dan cepat tapi risiko tetap ada, jika tidak buat kiraan yang tepat silap hari bulan emas kita kena lelong. Sebaiknya buat kiraan bergantung pada bajet kita, jika mampu tebus emas di kemudian hari baru layak untuk masuk arrahnu.

Arrahnu bukan badan kebajikan senang-senang nak bagi duit pada kita, manfaatkan kemudahan arrahnu untuk memudahkan urusan seharian kita dengan sebaiknya.

Begitulah bagaimana kita boleh dapat duit dengan emas, emas bukanlah segalanya tapi bila ada emas kita boleh buat banyak benda. Pilih kaedah yang sesuai dengan poket kita, kalau boleh pilih semua kaedah lebih baik.

Nak untung maksimum dengan emas kena ada mental dan disiplin yang kuat, harga rendah kita senyum dan harga tinggi pun kita senyum. Hehehe.

Hari ini urusan nak simpan emas dah jadi mudah, klik-klik smartphone dari rumah dah boleh simpan emas. Bayar duit postage, emas dah boleh sampai depan pintu rumah.
Alhamdulillah. 1 Dinar 999 selamat mendarat dengan menggunakan GIT. 😁

Jangan ragu² lagi untuk beli emas secara online. Emas akan selamat diposkan ke rumah anda. Anda hanya tunggu dengan senyuman. 😊

Klik je untuk saya guide anda

http://www.wasap.my/601151539129/emas
Harga emas jatuh gaung?

Bagi penyimpan emas yang berilmu, mereka tak akan menggelabah.

Keep calm & top-up the gram 😁
Assalamualaikum. Pagi!

Quick Update: Harga turun RM6/g daripada semalam. πŸ”»πŸ”»

Public Gold GAP 4 Jun 2021
RM 100 -> 0.3704 gram
RM 270 -> 1.0000 gram

Harga terendah tahun ini: RM 240 (9 March 2021)

Harga tertinggi tahun ini: RM 277 (6 January 2021)

Harga tertinggi adalah RM 304 (Ogos 2020)!

Hubungi saya untuk saya bantu anda simpan emas!

Klik je sini untuk mula

http://www.wasap.my/601151539129/emas+RM100
Bangsawan. Semua ada keinginan untuk tergolong dalam kelompok bangsawan atau lebih kita kenali kini sebagai golongan kayangan.

Tetapi hakikat nyata, jika kita telusuri sejarah golongan bangsawan ini adalah kelompok Bangsa Usahawan (diringkaskan menjadi Bangsawan).

Anda ingin tahu bagaimana emas berfungsi untuk bangsa usahawan ini. Atau anda sendiri adalah usahawan yang masih mencari aset terbaik di kala pandemik sebagai "Emergency Exit" kepada bisnes anda.

Kami bawakan, co-founder Coperto juga merupakan One Star Founder Master Dealer di bawah rangkaian AmazingJE24K untuk berkongsi kepada anda tentang Emas & BangsaWan.

Pengalaman beliau dalam dunia usahawan dan sebagai business owner kepada Publicgold, sudah pasti banyak rahsia dan kisah beliau. Beliau juga punya access besar dalam dunia usahawan dengan tokoh hebat iaitu Tuan Fahdi Ghazali. Beliau akan kongsikan khas kepada keluarga besar AmazingJE24K.

Pastikan !! Anda kosongkan jadual jumaat malam ini jam 8.30 malam untuk dengarkan perkongsian eksklusif dari Tuan Hanip Muin.

Beliau adalah mentor saya. Banyak yang saya belajar daripada beliau. Insyaallah saya juga akan hadir sebagai guest malam ni. Jemput hadir yee.

Semoga bermanfaat insyaallah 😁
Perkongsian daripada rakan Dealer mengenai penurunan harga emas.

Analisis teknikal: disebabkan oleh Luminous Daily Roadmap (LDR).

HARGA EMAS JATUH RM6 HARINI. KENAPA? CE CITER. CE CITER.

Puan Faezah, do u know what triggers harga emas jatuh hari ni? Saya faham naik turun harga emas ni ada banyak faktornya. Tapi untuk harga hari ni, ada ke apa2 latest news ke yang menyebabkan harganya jatuh?

Begini kawan, dalam ilmu analisis teknikal, ada pasal Luminous Daily Roadmap (LDR). Apa itu LDR? LDR ialah jadual pertukaran tren atau sambungan tren yang lebih besar, ia biasa berlaku semasa sesi London Open dan berterusan hingga ke New York Open.

Biasanya pada tarikh tarikh ini ada berlaku satu pergerakan besar dalam market, boleh cecah ke 300 – 800 Pip. Ia berlaku samada pada tarikh ni atau sehari sebelum atau selepasnya.

Peluang ini tak datang selalu. Ambil peluang ini untuk hentak gram yang banyak, supaya dapat Dolar Cost Averaging (DCA) yang rendah.

Secara amnya tahun ini vs tarikh sama 04/06/2020 adalah RM255. Hari ini adalah RM270. Maknanya, harga emas telah meningkat sebanyak 5.89% dalam setahun. Boleh ambil kesempatan ini untuk tukar duit raya anak2 kepada emas dalam akaun GAP. Berdikit-dikit kumpul emas, dan sasrkan minimum 200 gram untuk dana pendidikan anak.

Nasihat saya mudah : emas kekal emas. Ambik peluang tingkatkan gram selagi berpeluang. Kerana emas bukan digit di akaun semata-mata. Harga naik atau turun, gram emas anda kekal sama – tapi NILAI nya semakin meningkat!

Bagi yang baru nak mulakan simpanan emas, sila ambil peluang keemasan ini. Harga emas sekarang dalam trending menaik, maka harga rendah seperti hari ini adalah peluang baik yang tak datang selalu, kawan!

Analisis fundamental:
Semalam data ekonomi yang dikeluarkan oleh US adalah lebih baik daripada jangkaan.

Malam ini akan lagi ada data ekonomi utama yang dikeluarkan.