Coretan Emas Perak | PG Mall | Cikgu Gram | Farhan Razak
201 subscribers
4.37K photos
181 videos
5 files
2.22K links
Coretan & perkongsian ilmu emas/perak.
Bimbingan untuk buat duit dengan PG Mall.

PG00194050

My Website. ๐Ÿ”—

https://publicgold.me/cikgugram

Referral Link PG Mall. ๐Ÿ›’

bit.ly/REGPGMall

Whatsapp. ๐Ÿ“ž

http://www.wasap.my/601151539129/emasperak
Download Telegram
February 11, 2021
February 11, 2021
February 11, 2021
Perkongsian daripada sahabat Dealer saya..

Pelbagai persoalan ditanya berkenaan harga emas. Di mana mana nak rujuk, bagaimana nak semak dan sebagainya. Lagi satu ada juga yang berminat nak tahu sejarah pergerakan harga emas dunia yang pernah saya kongsikan sebelum ini kepada anda. Mungkin anda berminat untuk melihat sendiri kan.

Jadi perkongsian kali ini adalah berkenaan laman web yang boleh saya syorkan kepada anda untuk melihat sejarah harga emas dan harga emas semasa.

1. goldprice.org

Laman web ini menawarkan harga emas semasa di saat anda melayarinya dan juga sehingga 36 tahun sebelumnya. Posting saya yang lepas pasal sejarah harga emas dunia saya gunakan laman web ini. Boleh rujuk posting tersebut di sini:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=5114731885235801&id=100000971198548

Yang menariknya anda boleh ubah parameter ikut keperluan sebagai contoh nak tengok harga dalam ringgit Malaysia per gram berbanding USD per oz dan sebagainya. Lagi satu ada juga parameter tempoh yang memberikan anda gambaran contohnya berapa peratus kenaikan harga sepanjang tempoh 20 tahun sebelumnya.

2. lbma.org.uk

LBMA adalah singkatan daripada London Bullion Market Association. Diorang ini merupakan satu badan induk yang berpusat di Kota London untuk mengurus dan mengawalselia pasaran Bullion di sana.

Kawal selia oleh badan ini termasuklah:
โœ” Harga pasaran semasa dunia
โœ” Tahap ketulenan
โœ” Kualiti mengikut spesifikasi
โœ” Standard berkaitan

Penubuhan sejak tahun 1987 oleh โ€˜Bank of Englandโ€™ dengan keahlian sehingga kini sekitar 145 syarikat seluruh dunia dari pelbagai sektor antaranya pelombong, bank, pelabur, pelebur, pembekal dan pengilang.

Senang cakap diorang punya cop ni macam cop SIRIM kat Malaysia lah untuk memperakui standard emas tersebut. Jadi boleh semak harga di sana ya.

3. kitco.com

Sebuah laman yang bukan sahaja memberitahu carta harga emas tetapi pelbagai data dan berita tentang emas dan precious metal yang lain. Kalau anda seorang pelabur emas pastinya tahu laman web ini. Kalau tak tahu tu faham-faham jelah ya.

Anda boleh terus masuk di bahagian CHARTS & Data untuk melihat pergerakan harga emas dunia. Nak tengok harga semasa, sebulan, 6 bulan dan nak 10 tahun pon boleh.

Setakat ini dulu 3 laman web utama yang disyorkan kepada anda untuk semak harga emas dunia. Lagi satu kena faham lah harga emas ini adalah harga spot bukan harga jual oleh syarikat emas lagi. Itu harga lain. Pasal harga spot nantikan perkongsian seterusnya.

Kredit: Abdul Aziz
February 11, 2021
February 11, 2021
February 12, 2021
February 12, 2021
February 12, 2021
February 12, 2021
February 12, 2021
February 12, 2021
February 12, 2021
February 12, 2021
February 12, 2021
Coretan Emas Perak | PG Mall | Cikgu Gram | Farhan Razak
Photo
February 12, 2021
February 12, 2021
February 12, 2021
February 13, 2021