47 subscribers
276 photos
16 videos
8 files
167 links
💥Gabungan nota-nota emas dari sifu dan mentor emas terkenal.
💥Ilmu tentang emas untuk dikongsi dan disebarkan.
💥Kenapa emas dan bagaimana cara terbaik menabung emas secara konsisten.
Download Telegram
Apa bezanya Pelabur dan Penyimpan?

Di Public Gold dua-dua boleh, tapi kebanyakannya ialah Penyimpan.

Focus penyimpan ialah untuk mengumpul grams yang banyak untuk mencapai sesuatu matlamat.

Penyimpan juga konsisten menyimpan dan simpanan mereka selalunya untuk jangkamasa sederhana ke panjang. Walaupun mereka pernah membeli pada harga yang tinggi sebelumnya, mereka akan konsisten membeli juga kerana mereka tahu bila mereka konsisten membeli, mereka dapat mengecilkan purata kos harga emas mereka.

Sebagai contoh pembelian yang di buat oleh Penyimpan A dan Penyimpan B di bawah:

Penyimpan A
Jan 2021 10g rm2,800
Feb 2021 10g rm2,750
Mar 2021 10g rm2,680
Apr 2021 10g rm2,700
May 2021 10g rm2,600
Jun 2021 10g rm2,580

Penyimpan B
Jan 2021 1g rm280
Feb 2021 1g rm275
Mar 2021 1g rm268
Apr 2021 1g rm270
May 2021 1g rm260
Jun 2021 1g rm258

*note: harga di atas sebagai contoh

Penyimpan A
Purata harga emas sebanyak 60g ialah rm2685

Penyimpan B
Purata harga emas sebanyak 6g ialah rm268.50

Dua perkara kita dapat bila kita konsisten menyimpan, 1) kita dapat tambah grams emas kita, 2) kita dapat puratakan harga emas

Ada penyimpan yang matlamat mereka ialah untuk simpanan pendidikan anak dan target untuk menyimpan 1g 1 bulan, 10 tahun nak capai 120g.

Ada yang target untuk simpanan persaraan dan sebagainya. Untuk sesiapa yang targetnya besar eg nak capai 300g, 500g, 1 kg etc., saya sarankan pecahkan target kepada target kecil (milestone) supaya senang focus. Target kecil ialah sebagai contoh:

“Nak capai 100g dalam 1 tahun”
“Nak capai 50g dalam 1 tahun”
“‘Nak capai 20g dalam 1 tahun”
“Nak capai 12g dalam 1 tahun”

Nampak tak? focus penyimpan adalah untuk mengumpul grams. Mereka akan konsisten membeli walaupun harga dalam jangkamasa pendek ada naik turun kerana mereka faham konsep pemurataan kos (cost averaging).

Selalunya penyimpan yang faham dan yang masih sikit simpanan mereka atau baru mula, mereka suka bila harga emas rendah sebab mereka berpeluang menambah grams mereka sebelum harga naik.

Penyimpan yang dah lama pula gembira bila harga turun sebab mereka akan berpeluang menambah lagi grams emas mereka dan mereka lagi suka bila harga emas naik. Kenapa mereka lagi suka? sebab simpanan mereka dah banyak dan bila harga emas naik mereka boleh capai matlamat mereka lebih cepat.

Bagus juga ya? penyimpan emas fizikal ni sentiasa happy saja. 🤔 Yang tak happy untuk tujuan apa sekali pun bila tak ada duit je kan?

Ok now, apa pula konsep Pelaburan?

Pelaburan emas fizikal ialah seseorang yang membeli emas dengan kadar banyak
(500g ke atas) pada sesuatu masa mengikut analisa teknikal, bertujuan menjualnya balik bila harga emas tinggi untuk meraih keuntungan.

Cara ini memerlukan kemahiran teknikal analisa, lebih kurang sama cara dengan teknikal analisa di pasaran saham.

Untuk pelaburan emas fizikal jarang adanya pelabur sebegini kerana mereka akan memilih melabur dalam “spot gold” di pasaran saham.

Walaubagaimana pun seorang penyimpan juga bila sudah banyak simpanannya boleh mengikut konsep yang sama untuk meraih keuntungan. Tetapi kena pandai teknikal analisa untuk menjual pada masa yang sesuailah.

Harap dapat memberi sedikit maklumat buat semua 👌

#NotaShuhaidaRamli
#Emas2u
#AmazingJE24K
𝗔LIHKAN 𝗗𝗨𝗜𝗧 KEPADA 𝗘𝗠𝗔𝗦

Salah satu sebab saya tidak berhenti menyimpan emas sejak dahulu hingga sekarang ialah apabila saya mulai faham kelebihan emas sebagai aset kalis inflasi, iaitu aset yang mampu melindungi nilai kekayaan kita daripada hilang kuasa belinya dalam jangkamasa panjang.

Kata pakar kewangan dunia, Robert T Kiyosaki, Savers Are Losers iaitu kita menyimpan tetapi kita semakin miskin kerana nilai kekayaan kita semakin lama semakin merosot akibat inflasi.

Jika kita simpan RM10,000 hari ini, nilainya tidak akan sama nilai (kuasa belinya) 5 tahun akan datang. Kuasa belinya sudah tinggal separuh walaupun nombornya tetap sama.

Apabila saya mulai faham hakikat duit bukan penyimpan nilai yang ampuh dan kaitan emas dengan kewangan.

Saya merasakan tak selamat duit simpanan saya 100% dalam bentuk aset kertas (saham, akaun bank, ASB, dan Tabung Haji).

Saya set posisi saya dalam pelaburan emas fizikal ialah sebagai Penyimpan.

Sebagai Penyimpan focus saya ialah pengumpulan grams emas. Jadi dengan posisi ini strategi saya adalah membeli dan mengumpul emas secara konsisten.


Prinsip saya adalah "alihkan duit kepada emas”. Kerana bila ia berada dalam bentuk wang fiat (duit) nilainya menurun dan tersangatlah rugi lebih-lebih lagi bila simpanan kita adalah untuk jangkamasa yang panjang.

Harga naik pun saya masih beli kerana dalam minda sudah set mahukan penambahan grams. Jadi kalau miss satu bulan tak beli atas sebab harga tinggi saya rasa rugi.

Harga turun saya beli lebih sedikit sebab sayang tak ambil kesempatan menambah pada harga rendah. Seumpama kita membeli pada harga discount.

Tapi masih ramai lagi yang tak nampak peluang bila harga emas rendah dan sebaliknya mereka tak mahu membeli atau berputus asa atas sebab harga emas turun.

Sebagai contoh, bayangkan betapa ruginya (opportunity loss) sekiranya anda membeli sekali saja pada awal tahun kerana menunggu harga emas naik dan tidak membuat penambahan sehingga akhir tahun. Grams emas anda tidak berubah dan duit anda pun sudah dibelanjakan kepada perkara-perkara lain.

Rugilah kan? sepatutnya bukan menunggu harga emas naik baru nak beli kan? Tapi inilah yang sebenarnya terjadi, bila harga emas mula nak naik, ramai yang masuk membeli.

Harap dapat sesuatu.

#NotaShuhaidaRamli
Baru-baru ini ada seseorang yang berhasrat nak membuat simpanan emas. Katanya target nak simpan emas 2kg dalam masa 2 tahun.

Bila bertanya untuk apa, dia mengatakan yang dia target nak beli rumah cash!!!

Dalam hati saya dia sudah apply my success formula iMTP. Ingat tak apa itu iMTP???

Siapa yang dah mengikuti telegram saya akan tahu apa itu iMTP.

Memang saya kagum kerana dia ada target dan ada matlamat kenapa dia nak simpan emas.

Kini dia sudah bersama team saya. Saya doakan dia capai target dan matlamat dia.

#NotaShuhaidaRamli