47 subscribers
276 photos
16 videos
8 files
167 links
💥Gabungan nota-nota emas dari sifu dan mentor emas terkenal.
💥Ilmu tentang emas untuk dikongsi dan disebarkan.
💥Kenapa emas dan bagaimana cara terbaik menabung emas secara konsisten.
Download Telegram
#TabungWang

"Bagus nie main 'Kutu' boleh la menyimpan "

Tidak sebenarnya, jika kita buat arahan tetap potongan gaji atau buat My Goal di M2U yang saya kongsikan akan lebih bagus.

Kutu ini hanya untungkan orang pertama dapat wang sahaja.

Orang yang PALING RUGI adalah orang terakhir.

Orang pertama, bayar sekali boleh dapat semua duit!.

Macam bayar 10% rumah, dapat rumah sebiji.

Ia adalah aktiviti sosial dipejabat atau masayarakat kita.

Ia juga boleh jadi 'Simpanan Paksa' bagi yang culas menyimpan.

Wang kutu tiada pulangan, jika simpan ASB dan TH ada jugalah 4.5% setahun.

Banyak kejadian 'ibu kutu' atau 'kepala kutu' yang hilang ker Artatika bila dapat banyak wang.

"ish kawan pejabat kami kot, nak lari kemana lagi dia?"

Belum kena kita akan hujah begitu. Bila dah jadi.

"Ish, tak sangka ya dia macam tu. Kita sepejabat kot setakat RM12,000 tu apalah sangat"

Kawan kawan yang baik.

Kita hidup di zaman Corona yang mulia ini. Berhentilah kefahaman bab menyimpan dengan kutu ini.

Ia juga salah disisi undang undang Akta Larangan Kumpulan Wang Kutu 1971.

Menyimpanlah dengan bijak dan baik.

Kutu emas juga elakkan sertai. Apa sahaja hujah baik yang ada sekiranya ia dilarang oleh agama dan undang undang.

Maka hindarilah kawan kawan.

Azizul Azli Ahmad
Kutu Buku Sahaja

#Kongsikan agar kita semua faham tentang kebohongan bab wang ini dimasa depan.
#TabungWang

7 FASA URUS WANG.

1. MULA MENYIMPAN

Simpan 10% dari gaji tiap bulan dalam akaun berbeza. Manfaatkan 20% untuk pelaburan.

2. PENDIRIAN TETAP

Jangan berubah walau air bah, kekal hidup tanpa gaya. Tak pakai kereta import bukan dosa masuk neraka .

3. 'SELF REWARD'

Jarakkan self reward kepada dua bulan sekali atau sekadar beli sekeping kek sekret resepi. Tak perlulah beg tangan gucci.

4. BEZA KEPERLUAN DAN KEHENDAK

Kenderaan adalah keperluan, jenama kereta adalah kehendak.
Jam casio tunjuk masa yang sama dengan jam Rolex.

5. SIMPAN UNTUK BERSARA.

Simpan dan lupakan sejumlah wang, cari agensi yang sediakan skim persaraan.

6. TAKAFUL

Lindungi diri kita dengan memiliki takaful Perlindungan Pendapatan bukannya kad perubatan. Kad perubatan cucuk kat ATM tak keluar duit.

7. LABURKAN

Jangan terlalu banyak menyimpan hingga lupa melabur. Bila labur, jangan sampai lebur.

Azizul Azli Ahmad
Forwarded from Tips Kewangan & Hartanah Azizul (AZIZUL)
#TabungWang

"Aku tak pandai bahagi duit nie bro?"

"Tulis berapa gaji kau sekarang, kata gaji kau RM2000, 50% gaji kau untuk belanja hidup kau. RM1000 jer. Jangan lebih"

"Baki lagi RM1000 kau kena guna 30% untuk kau simpan dan labur la, kau bujang lagi"

"Kehendak tu kurangkanlah sikit orang bujang".

"Ok aku cuba buat, tapi kalau tak cukup?"

"Cari pendapatan tambahan untuk cukupkan".

Kawan kawan,

Hitung baik baik gaji kita. Jika masih ada kerja, bersyukurlah.

Azizul Azli Ahmad

#Buat Bajet Keluarga Kita
#SharJer kawan
#Buku ini bantu anda bajet ensem untuk jadi bijak kewangan nantinya
https://bit.ly/37pfhE0
https://bit.ly/37pfhE0