ADA EMAS & NAK PAKAI 'CASH' SEGERA
Semalam jumaat, ada nak pakai 'cash' dalam kadar segera, tak cukup lagi beberapa jumlah. Teringat, ada simpan emas, terus capai 'gold bar' 10 gram untuk dipajak.
Saya pilih Ar Rahnu POS sebab lebih selamat, tak masuk CCRIS dan kadar pinjaman juga lebih tinggi, 75% daripada harga emas yang kita pajak tu. Satu lagi, sebab dekat dengan rumah untuk berurusan. Upah simpan pun kira rendah.
Sampai saja kat Ar Rahnu, tunggu giliran, ada dua orang di kaunter, tengok keduanya nak pajak rantai emas. Lama juga makan masa kaunter nak semak ketulenan dan berat emas. Tunggu je la.
Sambil kat tangan saya pegang 'gold bar' 10 gram, belek-belek dulu sebelum dipajakkan kat Ar Rahnu POS. Rasa sayang pulak, tak apa, boleh tebus balik.
Sampai saja giliran, staf Ar Rahnu POS tanya, "Ya, nak buat apa?".
"Saya nak pajak emas ni, kalau harini dapat berapa ya?", sambil hulurkan emas berat 10g. Dia ambil, pegang, semak sijil ketulenan, semak berat.
"Kalau harini, nilai di Ar Rahnu POS, RM2374.00 untuk 10gram, kadar pinjaman 75%, jadi encik akan dapat RM1780.00."
Saya tanya balik, "Upah simpan berapa ya?"
"Untuk 6 bulan, RM122.09 encik.", maksudnya, kalau saya nak tebus balik emas tersebut dalam masa 6 bulan, saya kena bayar semula pinjaman tambah dengan upah simpan tersebut. (RM1780.00 + RM122.09).
Tapi tak da lah niat nak tunggu sampai 6 bulan baru nak tebus, nak pakai sekejap saja ni. InsyaAllah, bulan depan atau 2 bulan lagi boleh tebus dah. Jadi saya hanya perlu pulangkan pinjaman RM1780.00 tersebut dan upah simpan selama 2 bulan sahaja.
Berapa upah simpan 1 bulan? RM122.09/6 akan dapat hanya RM20.35 sebulan. Jadi kalau saya tebus bulan depan, saya hanya perlu pulangkan RM1780.00 dan bayar upah simpan RM20.35 dan dapat balik 'gold bar' 10 gram saya punya. Mudah.
Inilah kelebihan emas, ada emas ada duit. Sebab tu orang dulu-dulu, nenek-nenek kita suka simpan emas, nilainya terjaga. Kita tidaklah kaya dengan simpan emas, tapi sifat emas ini kalis inflasi dan terjamin nilainya dalam jangka masa panjang. Sebab tu popular sangat orang sebut "1 dinar zaman Rasulullah boleh dapat kambing seekor, sekarang pun nilai 1 dinar boleh dapat kambing seekor.", betul lah tu.
Apa pun, untuk pajak emas di Ar Rahnu, pastikan ada perancangan nak bayar balik bila dan bagaimana untuk membayar semula. Jangan pajak buta tanpa ada perancangan, kalau tak ada perancangan, jual saja emas tu, dapat 'cash', tak perlu dah fikir untuk bayar semula.
Lebih kurang 10 minit, mula daripada saya bagi emas, semak, isi borang, tanya-tanya sikit, selesai urusan di POS Ar Rahnu. Faktor lain urusan cepat adalah saya bagi dia emas Public Gold, dia tak semak banyak dah, ada emas, ada sijil, jalan. Kelebihan kita beli berurusan emas dengan syarikat yang dah 'establish'. Alhamdulillah.
#IlmuArrahnu