UiTO Channel: Bicara CR
539 subscribers
415 photos
168 videos
137 files
1.25K links
Berkongsi apa yang ada dalam pemikiran dan apa yang dirasa dalam hati. Kita sama2 menuju kepadaNya. Dunia penuh tipu daya yg membelenggu manusia menyebab mereka lupa Allah.

Web rasmi www.uito.org
Channel rasmi @UiTO2017
CR @RektorUiTO
Download Telegram
Forwarded from UiTO Channel: Berinteraksi Dengan Hadis
[Hukum sujud syukur]

Soalan : Assalamualaikum ustaz. Baru-baru ini kita semua sedia maklum peperiksaan SPM dah tamat. So ramai lah yang celebrate lepas habis sekolah dengan berbagai macam gaya. Salah satu nya yang ramai netizen lakukan adalah pelajar-pelajar yg sujud syukur beramai-ramai lepas habis exam. Ada di dalam dewan, ada dekat luar dewan secara open dan macam-macam lagi. Soalan saya, adakah begitu caranya untuk sujud syukur yg diajar oleh Nabi Muhammad Shallahu 'alaihi wa sallam? Bagaimanakah cara yang sujud syukur yang mengikut sunnah?

Barakallahu fikum.

Jawapan : Alhamdulillah, berikut ringkasan sujud syukur :

1. Sujud syukur dianjurkan untuk dilakukan apabila seseorang diberikan oleh Allah nikmat yang menggembirakan dirinya seperti dibebaskan daripada hutang, bebas daripada malapetaka, mendapat zuriat dan sebagainya, ia berdasarkan hadith :

1.1 Daripada Abu Bakrah r.a daripada nabi saw :

"Jika seseorang mendapat berita gembira berkenaan sesuatu atau diberitahu tentang sesuatu yang menggembirakan maka turun bersujudlah untuk menyatakan syukur kepada Allah" (A.D 2757)

Al-Syafiey dan Ahmad menjadikan hadith ini sebagai dalil kesunnahan sujud syukur, kerana mazhab Maliki dan Hanafi tidak menganggapnya sebagai sunnah, bahkan bagi mereka bersyukur mendapat nikmat hanya perlu menyatakan syukur dengan lisanya atau bersolat sunat mutlaq 2 rakaat, bahkan bagi Maliki ia sesuatu yang makruh untuk dilakukan (rujuk al-Mudawwanah 1/197)

1.2 Ia merupakan perlakuan yang biasa dilakukan para salaf dan dianggap adat mereka apabila sampai apa-apa berita gembira kepada mereka antaranya Abu Bakar r.a yang terus bersujud syukur apabila mendengar kematian Musailamah al-Kazzab. (Rujuk: Aun al-Ma'bud 7/463)

Bahkan dianggap khilaf tentang kesunnahan sujud syukur adalah khilaf yang dhaif disebabkan banyaknya riwayat-riwayat yang tsabit daripada nabi dan para sahabat r.a.a tentang sujud ini.

2. Tiada apa-apa zikir tertentu atau doa tertentu yang boleh dibaca apabila bersujud syukur, seseorang itu boleh berdoa dengan apa-apa doa yang menyatakan syukur dan membesarkan Allah di dalam sujud syukurnya, kerana tiada dalil khusus berkenaan hal tersebut (rujuk al-Sail al-Jarrar 1/286)

3. Sujud ini tidak disyaratkan seperti apa yang disyaratkan di dalam solat seperti kewajipan berwudhuk, seseorang boleh bersujud syukur tanpa wudhuk bahkan boleh bersujud jika sedang dalam janabah, tak perlu menghadap qiblat juga tak perlu menutup aurat.

4. Yang sahih adalah tak disyaratkan takbir sebelum sujud, duduk tasyahhud atau memberi salam, dan ini apa yang mansus daripada mazhab al-Syafiey, kerana tiada apa-apa dalil yang menyatakan ia ada dilakukan nabi dan para salaf r.a.a

Sujud ini nabi tak pernah menamakanya sebagai solat, disebabkan itu ia tiada kewajipan-kewajipan seperti dalam solat, ia adalah sujud yang di luar solat, tak perlu disiapkan saf, dijemput imam ke hadapan kerana tiada dalil yang mendasarinya, bahkan ia bid'ah untuk dilakukan begitu (rujuk Majmuk al-Fatawa 23/171)

5. Diharuskan qadha' sujud syukur pada waktu lain jika ketika mendapat nikmat tersebut dia tidak mampu melakukan sujud syukur mungkin disebabkan tempat yang sempit contohnya.

6. Jangan bersujud syukur di dalam solat, solat akan terbatal jika dilakukan dengan sengaja, ini pandangan mazhab al-Syafiey.

7. Sujud syukur boleh dilakukan ketika seseorang itu di atas kenderaan, iaitu dengan sujud secara isyarat yang melebihi kadar rukuk.

#pencintahadithkluang
#gengbacabidayah
#msjfeqh
#mohsoaljawab
#ustdaud
#bilik135uito