UiTO Channel: Bicara CR
539 subscribers
415 photos
168 videos
137 files
1.25K links
Berkongsi apa yang ada dalam pemikiran dan apa yang dirasa dalam hati. Kita sama2 menuju kepadaNya. Dunia penuh tipu daya yg membelenggu manusia menyebab mereka lupa Allah.

Web rasmi www.uito.org
Channel rasmi @UiTO2017
CR @RektorUiTO
Download Telegram
UiTO Asas Ilmu Hadis & Biografi Ahli Hadis
Mari belajar Ulum Hadis.

UiTO Asas Ilmu Hadis & Biografi Ahli Hadis

Diadaptasi dari Ikhtisar Mushthalahul Hadits, Drs. Fatchur Rahman & lain2 sumber yg tsiqah.

Pautan Bilik Perbincangan Ilmu Hadis: Coming Soon.
https://t.me/ulumhadis
Fiqh Wanita Soal-Jawab dengan ahli panel

https://t.me/joinchat/Ans5Kjv-PUptYrbbK3LVLA
"Mana mungkin penuntut ilmu itu tidak bangun malam"! l Mufti Wilayah Persekutuan.

SUBSCRIBE SEKARANG Youtube Dr Zulkifli Al Bakri untuk kami terus share video yang terbaik untuk anda.

(Bantu kami share dan capai 20,000 subscriber)

Tekan link dibawah dan Subscribe
https://www.youtube.com/watch?v=gFMLwshRtCU&t=26s
Iyadh bin Hammar ra. berkata, bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Sesungguhnya Allah mewahyukan kepadaku agar kalian semua bersikap tawadlu’, agar tak ada seorang pun merasa lebih mulia dari yang lain.” (HR Muslim)
|Membetulkan Salah Faham Di Dalam Menafsirkan Ayat

إِنَّ اللّهَ لاَ يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنْفُسِهِمْ

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri" . (Al-ra'd:11)

Terlalu ramai yang tafsirkan makna ayat ini dengan mengatakan Allah tidak akan mengubah nasib dan keadaan suatu kaum kepada arah yang lebih baik melainkan kaum itu sendiri yang mula menciptakan perubahan. "Perubahan mesti datang dari kita sebagai pendakwah", ujar mereka.

Ini tafsiran yang batil dan bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah. Seolah ada unsur Aqidah muktazilah pula iaitu manusia boleh mencipta amalannya sendiri.

Begitu juga ia batil kerana seolah menghadkan kuasa Allah untuk memperbaiki keadaan suatu kaum hanya setelah kaum tersebut mula melakukan kerja dakwah, sedangkan jika kaum tersebut tidak lakukan apa-apapun Allah boleh sahaja mengubah keadaan kaum tersebut kepada keadaan yang lebih baik dengan pelbagai lagi cara.

Lalu, tafsiran yang masyhur bagi ayat tersebut ialah:

"Allah tidak memberikan bala atau menarik nikmat pada suatu kaum melainkan setelah kaum itu berubah dari mentaati Allah kepada bermaksiat kepadaNya".

atau

"Allah tidak menambah nikmat & 'aafiyat melainkan setelah kaum tersebut berubah dengan bertaubat dari kemaksiatan kepada ketaatan"

Wallahu a'lam
Takziah Ustaz Azlizan Nueq @azlizannayan
إنا لله وإنا إليه راجعون
البقاء لله

 إِنَّ لِلَّهِ مَا أَخَذَ، وَلَهُ مَا أَعْطَى وَكُلُّ شَيْءٍ عِنْدَهُ بِأَجَلٍ مُسَمَّى... 
فَلْتَصْبِرْ وَلْتَحْتَسِبْ
 أَعْظَمَ اللَّهُ أَجْرَكَ، وَأَحْسَنَ عَزَاءَ ك وَغَفَرَ لِمَيِّتِكَ

اَللهُمَّ اغْفِرْلَها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْها
Catatan Lynnda Abbas

Dunia sementara

Subuh jam 5am saya menerima panggilan talipon dari sahabat saya kak faridah yang juga jiran kepada Ust Azlizan Nueq..

Agak lama juga saya tak berjumpa Ust Azlizan Nueq dan isterinya..kali terakhir bertemu beliau kelihatan sihat lagi isterinya walau keluar masuk hospital..

4 tahun yang lepas disahkan Dr isterinya 'Atie' menghidapi kanser Luekimia selepas melahirkan anak pertama yang kini berusia 6 tahun.. ketika anak itu berusia 2 tahun si ibu disahkan menghidap leukemia...penantian yang panjang untuk mendapatkan zuriat ini berhasil selepas 13 tahun.. akhirnya Allah kurniakan beliau seorang puteri..namun kegembiraan itu dirasai seketika..diuji pula ujian yang lebih besar lagi..Allahhu..

Allah tidak akan membebani seseorang hamba melainkan ia mampu. Semua ujian itu baik bagi hambaNya selagi ia mampu bersabar.

Ujian berat itu terus dihadapi dengan sabar dan redha..saya hanya melihat dari jauh perkembangan mereka ini..si isteri yang kuat dan pasrah..si suami yang sabar dan setia menemani dan menjaga isterinya hingga di hembusan terakhir beliau kelihatan kuat menghadapi ujian ini.

Sewaktu saya membaca screenshoot whats app ini..saya terharu..sebab nama saya yang disebut untuk bantu uruskan pengurusan jenazah isterinya..walhal kami lama tak berhubungan...Allah yang atur semua ini untuk dipermudahkan urusan itu untuk beliau..ia berlaku mengikut kehendakNya.

Lebih kurang 11am saya dimaklumkan arwah telah pun menghembuskan nafas terakhirnya.
Team PJM yang turun membantu terdiri dari saya, farra, k nurul, aya, dan zuli berada di bilik jenazah untuk proses mandi dan kafan sebelum dibawa pulang kerumah..

Sebelum memulakan proses ' ghusl 'Ust Azlizan Nueq menyatakan hasrat untuk mandikan jenazah isterinya dan dibantu juga oleh ibu isterinya iaitu Dato Prof Ramlah Adam..kami mengatur tugasan dan sama² membantu dan membimbing Ustaz dan Ibu isterinya untuk proses ghusl dan kafan..

Pada saat Ustaz sendiri yang mahu uruskan bahagian 'stoma' dan diapers isterinya semasa kami memulakan ghusl, beliau berkata " takpe biar saya buat yang ini, memang saya pun yang urus ini setiap hari"...kami masing2 bergenang airmata bila melihat.. Subhanallah..bukan semua suami mampu lakukan ini..
Beliau bersungguh memandikan jenazah isterinya hingga ke syampu rambut pun dia mahu lakukan sekali lagi walau ibu si isterinya sudah lakukan sebelumnya..katanya " atie suka syampu rambut ni". Diberi kan lebihan buih pada rambut si isterinya sambil mengosok gosok rambut si isteri buat kali terakhirnya..

Saya terus melihat penuh hikmah...sambil melihat wajah jenazah si isteri yang tersenyum itu..seperti perginya diredhai..lagilah hati kami tersentuh..sayunya perasaan ini..cuba memahami erti kehilangan orang yang paling dicintai..

Selesai 'ghusl' (mandi jenazah) kami dapat sempurnakan solat jenazah sebelum dibawa pulang.. diimamkan oleh Ustaz Azlizan sendiri dan jenazah dibawa pulang kerumah selepas itu..dikebumikan selepas Asar..Alhamdulillah ramai yang hadir ziarah dirumah mendoakan dan solat jenazah dilakukan 2 kali sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

Sewaktu jenazah diusung ke tanah perkuburan..kelihatan Ust Azlizan dan Ibu Arwah Dato Prof Ramlah Adam juga bergerak ke tanah perkuburan yang terletak tidak jauh dari rumah mereka..sempat saya rakam 2 wajah ini yang memberi seribu makna..
Seorang ibu kehilangan seorang anak..seorang suami kehilangan seorang isteri...yang paling menyedihkan seorang anak kecil berusia 6 tahun kehilangan seorang ibu di usianya masih kecil..

Begitulah hakikat kehidupan..tiada yang kekal di dunia ini melainkan tempat persinggahan semata mata.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهآ وَارْحَمْهآ وَعَافِهآ وَاعْفُ عَنْها

Ya Allah! Ampunilah dia, rahmatilah dia, selamatkanlah dia, maafkanlah dia.

L.A

#NotaLA
AUD-20191018-WA0055.m4a
2.8 MB
Audio from CikguRahim
Aluan Al-Fajr oleh ahli panel UiTO @Suhailan27
AUD-20191018-WA0056.m4a
1.8 MB
Audio from CikguRahim
Al-Ghasyiyah oleh ustaz SUHAILAN.
APAKAH ORANG YANG LUPUT DARI SALAT BERJAMAAH KARENA TERTIDUR SALAT DI RUMAH ATAU DI MASJID

🎙Fatwa: Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz rahimahullahu Ta'ala

Pertanyaan:
Jika saya tertidur dari salat dan tidak bangun melainkan setelah shalat berjamaah selesai, maka saya salat di rumah atau di masjid?

Jawaban:
Anda salat di rumah. Sebuah Hadits menyebutkan bahwa orang yang terluput salat berjamaah karena alasan (udzur) syar'i, dihukumi seperti orang yang melakukan salat berjamaah. Demikian pula sekiranya ia berwudhu lalu datang ke masjid kemudian ia tertinggal salat berjamaah karena udzur, maka ia dihukumi seperti orang yang salat berjamaah. Adapun orang yang tertinggal salat berjamaah tanpa udzur syar'i, maka ia terluput pahala salat berjamaah

📔Fatawa ad Durus

http://t.me/ukhwh


إذا نمتُ عن الصلاة ولم أستيقظ إلا بعد فوات الجماعة، أُصلي في البيت أو في المسجد؟

في البيت، الحديث أنَّ مَن فاتته الجماعة لعذرٍ حكمه حكم مَن صلَّاها في الجماعة، وهكذا لو توضَّأ وأتى المسجد ثم تخلَّف لعذرٍ حكمه حكم صلاة الجماعة، أما مَن تخلَّف لغير عذرٍ يفوته أجر الجماعة.