UiTO Channel: Bicara CR
539 subscribers
415 photos
168 videos
137 files
1.25K links
Berkongsi apa yang ada dalam pemikiran dan apa yang dirasa dalam hati. Kita sama2 menuju kepadaNya. Dunia penuh tipu daya yg membelenggu manusia menyebab mereka lupa Allah.

Web rasmi www.uito.org
Channel rasmi @UiTO2017
CR @RektorUiTO
Download Telegram
Pendirian yang selamat dalam politik

Politik ini dahsyat, orang baik pun boleh kelihatan jahat dan orang jahat pun boleh nampak baik.

Tidak tahu siapa yang benar, dengar cakap A macam B yang salah dan apabila mendengar cakap B nampak A pula yang salah.

Rugi dan teraniayalah sesiapa yang cepat percaya dan terima cakap ahli politik.

Jangan sampai jadi macam dalam firman Allah tentang nasib ahli neraka yang berkata;

وَقَالُوا رَبَّنَا إِنَّا أَطَعْنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَاءَنَا فَأَضَلُّونَا السَّبِيلَا

"Dan mereka berkata: "Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar)." (Al-Ahzab: 67)

Justeru prinsip yang selamat ialah;

1. Sokong politik sekadarnya dan jangan mengikut emosi dan perasaan sampai melakukan perkara yang boleh melanggar syarak seperti mengumpat lawan, mencerca, menipu dan melampaui batas dalam menghukum orang lain.

2. Jangan fanatik dan taasub kepada mana-mana pihak, kerana kita tidak tahu segala maklumat dan hakikat sesuatu perkara. Sebaliknya kita hanya menyokong atau menentang berdasarkan maklumat dan informasi yang kita terima dan percaya.

Itu pun belum tentu 100 peratus benar.

Oleh itu, sentiasa ada ruang untuk 'pembaikan' dan mencari informasi baru dan jangan taklid buta atau taasub.

3. Buat keputusan atau tindakan dalam politik berdasarkan bukti, hujah dan maslahat umat bukan mengikut sangkaan atau pendapat kita.

Ini kerana kita memang tidak akan pernah tahu yang mana satu yang betul kecuali ada nas wahyu dari Allah. Jadi serahkan pada Allah keputusan atau hakikat sebenar sesuatu perkara.

Kita hanya perlu buat yang terbaik yang kita mampu.

📜Keadilan sebenar di akhirat, manusia akan dihisab di padang Mahsyar. Betapa banyak rahsia, skandal dalam dunia ini yang hanya terbongkar setelah beratus tahun dan ada pula rahsia atau skandal yang terus senyap menjadi rahsia sehingga hari kiamat.

Sebelum itu, kita tidak payah sibuk menghukum atau menuduh sesiapa tanpa bukti, tanpa hujah kecuali buat sahaja apa yang kita yakin benar dan serahkan pada Allah.

Sekian, jazakumullahukhairan.

@EmranAhmad
Assalamu’alaikum wr wt,
Saya ingin mengucapkan Tahniah dan jazakumullahu khairan kepada semua ahli Panel, admin dan editor yang bertungkus lumus melalui wadah UiTO untuk menyebarkan ilmu pengetahuan kepada orang ramai. Moga usaha tuan puan diberkati Allah dan menjadi saham akhirat yang pahalanya berterusan walaupun kita tidak ada lagi di dunia.

@RektorUiTO
*SEHARI TANPA MELIHAT MUSHAF*

لو أن قلوبنا طهرت ما شبعنا من كلام ربِّنا وإني لأكره أن يأتي عليَّ يوم لا أنظر في المصحف،

Pesan Usman - radhiyalLaahu ‘anhu -: ‘Seandainya hati kita telah benar-benar suci, kita pasti tidak akan pernah merasa kenyang dengan kalam Tuhan kita. Sungguh.. aku sangat membenci akan berlalunya sehari (dalam hidupku) tanpa aku melihat mushaf (yakni: membaca al-Quran).’

[Syu'ab al-Iman]

*Buah fikiran: Dalam sehari, walau sekadar beberapa ayat, bacalah al-Quran. Ia bukan tanda kita jadi lebih beragama atau alim secara tiba-tiba. Tetapi ia tali pegangan kita agar kekal teguh menghadapi kehidupan ini di bawah naungan rahmat dan redha-Nya. Ambillah sedikit ruang masa.. bacalah, nikmatilah. Hati kita sangat perlu berinteraksi dengannya.*
__
#BroSyariefShares #HikmahSalaf #Sebarkan
*Kenapa imam sujud tilawah pada pagi Jumaat?*

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” كَانَ يَقْرَأُ فِي الصُّبْحِ يَوْمَ الْجُمُعَةِ بِ الم تَنْزِيلُ فِي الرَّكْعَةِ الْأُولَى ، وَفِي الثَّانِيَةِ هَلْ أَتَى عَلَى الْإِنْسَانِ حِينٌ مِنَ الدَّهْرِ لَمْ يَكُنْ شَيْئًا مَذْكُورًا “
Daripada Abu Hurairah Radiallahu ‘anhu bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam sering membaca dalam solat Subuh di hari Jumaat “Alif Lam Mim Tanzil …” (surah As-Sajdah) pada rakaat pertama dan surah al-Insan pada rakaat kedua.”
[Sahih Muslim, Kitab al-Jumu'ah, no: 880].

Berdasarkan hadis ini, maka di sisi mazhab Al-Syafie disunatkan untuk membaca surah Al-Sajdah dan Al-Insan pada solat Subuh hari Jumaat.

Oleh kerana pada surah Al-Sajdah ada ayat yang disunatkan sujud tilawah, maka selepas imam membaca ayat yang ke 15, maka imam dan makmum akan sujud tilawah.

*Sujud Sajdah/Tilawah ini disunatkan sama ada di dalam dan di luar solat.*

عَنِ ابْنِ عُمَرَ، قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يَقْرَأُ السَّجْدَةَ وَنَحْنُ عِنْدَهُ فَيَسْجُدُ وَنَسْجُدُ مَعَهُ فَنَزْدَحِمُ حَتَّى مَا يَجِدُ أَحَدُنَا لِجَبْهَتِهِ مَوْضِعًا يَسْجُدُ عَلَيْهِ‏.‏
Daripada Ibnu ‘Umar radiallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam membaca ayat al-Quran yang mengandungi ayat al-Sajdah, ketika itu kami ada bersama baginda. Lalu baginda sujud, kami pun sujud bersama baginda, kami bersesak-sesak sehingga sebahagian daripada kami tidak mendapati tempat untuk meletakkan dahi ketika sujud. [Sahih al-Bukhari, Kitab Sujud al-Quran, no: 1076.]

Di bawah kami ringkaskan serba sedikit hukum-hakam berkaitan sujud tilawah.

*Ringkasan berkaitan hukum-hakam sujud tilawah*

- Sujud tilawah di sunatkan kepada yang membaca al-Quran dan yang mendengar bacaan al-Quran, sama sahaja sama ada yang membaca itu dalam solat atau di luar solat.

- Di sisi mazhab Syafie dan majoriti ulama: Diharamkan melakukan sujud tilawah bagi wanita haidh. Ini kerana ianya seperti solat dan antara syarat sahnya adalah suci. Ia perlu kepada syarat-syarat sah solat seperti suci daripada hadas dan najis, menghadap qiblat dan menutup aurat.

- Tetap disunatkan untuk sujud bagi yang mendengar bacaan al-Quran walaupun yang membaca tidak sujud.

- Jika seseorang solat secara bersendirian dan dia membaca ayat yang disunatkan sujud, maka sunat untuknya sujud. Akan tetapi jika dia terlupa sujud, maka tidak perlu dia sujud apabila dia telah ruku'. Akan tetapi jika dia belum ruku', maka boleh dia sujud.

- Apabila imam melakukan sujud tilawah, maka wajib makmum turut melakukan sujud tilawah. Jika dia tidak sujud mengikut imam, maka batal solatnya kerana telah menyelisihi imam.

- Apabila imam tidak melakukan sujud tilawah walau pada ayat yang disunatkan sujud, maka tidak boleh makmum sujud. Jika makmum sujud, maka batal solatnya.

- Jika makmum tidak mengikut imam sujud tilawah kerana tidak tahu imam sujud, dan hanya menyedari selepas imam bangun daripada sujud, maka solat makmum tidak terbatal kerana dia menyalahi imam disebabkan keuzuran.

[Ringkasan daripada Al-Majmu' Syarah Al-Muhazzab]

#MMMR 12/9/2019.
*Nasihat Utk Setiap Penggiat Dakwah*

_Tidak bosan2nya kita baca lagi Masya Allah, dengan halus, santun, dan cerdasnya, *Buya Hamka* menasehati kita semua tentang Dakwah…._

Dakwah itu *membina*, bukan menghina.
Dakwah itu *mendidik*, bukan ‘membidik’
Dakwah itu *mengobati* bukan melukai.
Dakwah itu *mengukuhkan* bukan meruntuhkan.
Dakwah itu *saling menguatkan*, bukan saling melemahkan.
Dakwah itu *mengajak*, bukan mengejek.
Dakwah itu *menyejukkan*, bukan memojokkan.
Dakwah itu *mengajar*, bukan menghajar.
Dakwah itu saling *belajar*, bukan saling bertengkar.
Dakwah itu *menasehati* bukan mencaci maki.
Dakwah itu *merangkul* bukan memukul.
Dakwah itu ngajak *bersabar*, bukan ngajak mencakar.
Dakwah itu *argumentative*, bukan provokatif.
Dakwah itu *bergerak cepat*, bukan sibuk berdebat.
Dakwah itu *realistis* bukan fantastis.
Dakwah itu *mencerdaskan* bukan membodohkan.
Dakwah itu *menawarkan solusi* bukan mengumbar janji.
Dakwah itu *berlomba dalam kebaikan* bukan berlomba saling menjatuhkan.
Dakwah itu *menghadapi masyarakat* bukan membelakangi masyarakat.
Dakwah itu *memperbarui masyarakat*, bukan membuat masyarakat baru.
Dakwah itu *mengatasi keadaan* bukan meratapi kenyataan.
Dakwah itu *pandai memikat*, bukan mahir mengumpat.
Dakwah itu *menebar kebaikan* bukan mengorek kesalahan.
Dakwah itu *menutup aib dan memperbaikinya,* bukan mencari2 aib dan menyebarkannya.
Dakwah itu *menghargai perbedaan*, bukan memonopoli kebenaran.
Dakwah itu *mendukung semua program kebaikan* bukan memunculkan keraguan.
Dakwah itu memberi *senyum manis*, bukan menjatuhkan vonis.
Dakwah itu *berletih-letih menanggung problema umat*, bukan meletihkan umat.
Dakwah itu *menyatukan kekuatan*, bukan memecah belah barisan.
Dakwah itu *kompak dalam perbedaan*, bukan ribut mengklaim kebenaran.
Dakwah itu *siap menghadapi musuh* bukan selalu mencari musuh.
Dakwah itu *mencari teman*, bukan mencari lawan.
Dakwah itu *melawan kesesatan* bukan mengotak atik kebenaran.
Dakwah itu *asyik dalam kebersamaan* bukan bangga dengan kesendirian.
Dakwah itu *menampung semua lapisan*,bukan memecah belah persatuan.
Dakwah itu kita mengatakan: *”aku cinta kamu”* bukan “aku benci kamu”
Dakwah itu kita mengatakan: *”Mari bersama kami”* bukan “Kamu harus ikut kami”.
Dakwah itu *”Beaya Sendiri”* bukan “Dibeayai/Disponsori”
Dakwah itu *”Habis berapa ?”* bukan “Dapat berapa ?”
Dakwah itu “Memanggil/ *Mendatangi* bukan “Dipanggil/Panggilan”
Dakwah itu *”Saling Islah”* bukan “Saling Salah”
Dakwah itu di masjid, di sekolah, di pasar, di kantor, di parlemen, di jalanan, hingga dimana saja, *bukan hanya di pengajian.*
Dakwah itu dengan *”Cara Nabi”* bukan dengan “Cara Sendiri”

*_Buya Hamka_*
SAAT ISTRI MERASA TINGGI DARI SUAMINYA

🕌 Syaikh Rabi' bin Hadi al Madkhali hafizhahullah

"Jika seorang istri memandang suaminya dengan perasaan dirinya lebih utama daripada suaminya atau tandingan suaminya atau pun dirinya setara dengan suami dalam hak dan kewajiban..

niscaya kehidupan rumah tangga akan berganti menjadi pertikaian sengit dan hidup seperti di neraka...

ketentraman dan ketenangan jiwa pun jadi hilang serta lenyap sudah cinta dan kasih sayang."

📚 Al Majmu' 4/402

http://t.me/ukhwh

#قال_الشيخ_ربيع_المدخلي_حفظه_الله

إذا كانت المرأة تنظر إلى الرجل بأنها أفضل منه أو ندًا له وأنها تساويه في الحقوق والواجبات..

تحولت الحياة إلى صراع مرير وجحيم لا يطاق..

وذهبت السكينة والاستقرار النفسي أدراج الرياح وذهبت المودة والرحمة .

📚المجموع (٤/٤٠٢

AL- lLMU:
Menebar cahaya sunnah
https://telegram.me/alilmuu
Don't promise when you're happy. Don't reply when you're angry. And don't decide when you're sad.
KONVENSYEN UITO KE-5 2019
Sabtu, 30 November 2019
Kuala Lumpur

UiTO mengalu-alukan dan menghargai sumbangan Artikel Ilmiah daripada Panelis, ahli Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia dan orang awam untuk dijadikan Prosiding Konvensyen UiTO Ke-5 2019 dengan tajuk "Keluarga Sakinah Negara Rahmah".

Sila berhubung dengan Puan Norsiah @NorM99 atau wassap http://www.wasap.my/+60192831337/artikelilmiah untuk keterangan lanjut.
adab-masjid.pdf
126.6 KB
adab-masjid.pdf
indonesian-21.pdf
1.7 MB
indonesian-21.pdf
Meniti jalan tauhid
40 Nasehat Memperbaiki Rumah Tangga.pdf
126.2 KB
40 Nasehat Memperbaiki Rumah Tangga.pdf