Forwarded from Daud At-Tetouani
Berinteraksi dengan sunnah menurut Imam al-Syafiey :
1. Al-Quran dan al-Sunnah kedua-duanya wahyu dan beramal dengan sunnah bermakna beramal dengan al-Quran :
- Imam al-Syafi'e (IS) sangat mempertahankan kemaksuman nabi daripada melakukan kesalahan, dan apabila ssseorang memberitahu kepada kita suatu hadith yang sahih daripada nabi maka haram seseorang menolak atau tidak mempercayainya kerana nabi apabila berbicara soal wahyu baginda tidak akan bercakap menurut hawa nafsu.
- Sumber syariah menurut IS adalah menurut turutan berikut :
1. Al-Kitab dan al-Sunnah
2. Al-Ijmak
3. Apa yang disebut oleh sahabat nabi dan tiada kata-kata lain yang bercanggah dengan mereka
4. Ikhtilaf sahabat nabi
5. Al-Qiyas
- khabar ahad adalah lebih rendah berbanding mutawatir dari sudut dilalah
2. Tahqiq terhadap nas yang tsabit :
Ibn Abbas r.a. : "jika kami mendengar seseorang bercakap tentang hadith nabi mata kami akan fokus dan telinga kami akan teliti, jika kami lihat seseorang bermudah-mudahan kami tidak akan mengambilnya melainkan daripada orang yang kami kenal"
- IS telah menggariskan kayu ukur untuk mengetahui hadith yang betul atau salah :
1. Perawi yang benar, bukan penipu, atau dituduh penipu, dhaif atau perawi yang munfarid.
2. Hadith menceritakan sesuatu yang mustahil dari sudut aqal atau dari sudut sejarah.
3. Hadith menceritakan tentang sesuatu yang bercanggah dengan sesuatu yang lebih tsabit dan kukuh.
3. Memahami sunnah berpandukan al-Quran :
Cth : solat Khauf (al-Nisa' : 102) dan IS telah menyenaraikan tentang pelbagai riwayat berkenaan perincian sunnah mengenainya dan IS telah memilih riwayat Imam Malik di dalam hal ini :
"Kami bersolat khauf ketika perang Dzat al-Riqa' sekumpulan sebaris baginda dan sekumpulan menghadap musuh, maka kumpulan yang bersama baginda solat 1 rakaat dan apabila baginda berdiri tegak mereka menghabiskan 1 lagi rakaat mereka kemudian mereka bergerak ke saf yang menghadap musuh dan masuk kumpulan yang satu lagi dan bersolat bersama baginda 1 rakaat apa yang berbaki daripada solat baginda dan apabila baginda telah duduk mereka menghabiskanya dan baginda memberi salam bersama mereka"
Berkata : ada riwayat yang meriwayatkan cara nabi solat khauf lain daripada apa yang Malik riwayatkan, maka kami ambil riwayat Malik kerana ia lebih mendekati al-Quran dan lebih kukuh dari sudut strategi menghadapi musuh, dan pilihan hadith ini sebagai menghadapi riwayat yang rencam.
Cth lain : Berkenaan doa iftitah di dalam mazhab Syafiey lafaz yang dipilih seperti kata Mawardi dalam Alhawi dan Nawawi dalam Majmuk : wajjahtu wajhiya yang mereka panggil sebagai doa tawajjuh, mengapa Syafiey memilih doa tawajjuh ini sedangkan terdapat lafaz dari Abu Hurairah yang lebih sahih dan berada di dalam al-Bukhari?
Seperti kata Mawardi dalam Al-awi bahawa sebab Syafiey memilih doa tawajjuh sebagai lafaz iftitah kerana baginya doa itu lebih sahih matan dan sanadnya dan matanya masyhur di sisi ashabul hadith bahkan satu sisi lain ia lebih mendekati kepada ruh Alquran bahawa seseorang yang ingin menghadap Allah bertawajjuh dihadapaNya..wallahu a'lam...
So terkadang sesuatu qadhiah feqh bukan berlegar di antara sahih dan dhaif sangat bahkan kadang-kadang berkenaan mana yang ada kebersamaan dengan Al-Quran
- Sunnah dari sudut hubunganya dengan al-Quran :
1. Apa yang Allah sebut dalam al-Quran dan nabi menerangkanya sama seperti yang di dalam nas
2. Apa yang disebut di dalam al-Quran nabi terangkan maknanya daripada Allah
3. Nabi tunjukkan sesuatu yang tiada nas di dalam al-Quran.
Bersambung...
#pencintahadithkluang
#bilik35uito
#berinteraksidenganhadith
#stylesyafiey