UiTO Channel: Bicara CR
539 subscribers
415 photos
168 videos
137 files
1.25K links
Berkongsi apa yang ada dalam pemikiran dan apa yang dirasa dalam hati. Kita sama2 menuju kepadaNya. Dunia penuh tipu daya yg membelenggu manusia menyebab mereka lupa Allah.

Web rasmi www.uito.org
Channel rasmi @UiTO2017
CR @RektorUiTO
Download Telegram
(Percuma) Buku 10 Wasiat Perlindungan Diri Dari Wabah(2)
1 MB
(Percuma) Buku 10 Wasiat Perlindungan Diri Dari Wabah(2)
Memahami agama dengan kefahaman betul

Para ulama' membahagikan agama ini kepada beberapa bahagian seperti;

👉Bab Aqidah, contohnya persoalan tauhid, syirik, qadha qadar atau takdir

👉Bab Ibadah, seperti masalah solat, puasa, zakat, haji.

👉Bab Akhlak seperti jujur, sabar, adil dan pemaaf.

Justeru, seseorang yang memiliki tauhid yang betul (seperti percaya hanya Allah boleh beri manfaat dan mudharat) tetap boleh melakukan kesalahan dalam bab feqah, ibadah dan akhlak.

Seseorang yang aqidahnya sahih, tauhidnya betul dan imannya kuat sampai ke langit, tetap boleh sahaja melakukan kesalahan feqah dalam bab ibadah seperti dalam bab solat, puasa dan zakat atau muamalat atau lemah dalam akhlak SEKALIPUN IMANNYA SETINGGI LANGIT.

Bab aqidah= Imannya kuat, tauhidnya sahih.

Tetapi,

Bab ibadah = Solatnya boleh sahaja tidak sah atau batal sebab ada najis walaupun Imannya kuat.

Bab akhlak = Dia seorang yang kurang sabar dan pemarah walaupun solatnya kusyuk, kaki masjid dan Iman tinggi.

Contoh lagi,

Seseorang menjadi Imam solat Jumaat dengan khusyuk dan ikhlas (bab aqidah= bagus) lengkap sah rukun solat semuanya (bab ibadah= bagus) tetapi dia menjadi Imam solat Jumaat hanya memakai baju singlet tanpa lengan yang nampak ketiak dengan kain pelikat sahaja di dalam masjid negara, dirakam untuk ditonton satu dunia.

(Bab akhlak= buruk sangat)

-----------------------------

📜 Jadi menyakini hanya Allah boleh memberi mudharat dan bukannya virus Covid-19 dan menganggap virus Covid-19 hanyalah makhluk lemah adalah BETUL, TEPAT, SAHIH, dalam bab AQIDAH/TAUHID.

Tetapi itu sama sekali bukan jaminan dalam bab fiqh atau IBADAH bahawa tindakan anda untuk ke masjid, tidak kuarantin, tidak melaporkan diri kepada KKM jika terlibat dengan wabak Covid-19 adalah betul.

Bab Ibadah = Seseorang dilarang oleh Nabi salallahualaihiwassalam dari ke masjid jika memakan bawang seperti hadith مَنْ أَكَلَ الْبَصَلَ وَالثُّوم وَالْكُرَّاث فَلا يَقْرَبَنَّ مسْجِدَنَا maka tuntutan menjauhi masjid dan orang ramai jika terkena wabak adalah lebih wajib dan dituntut.

Jadi mereka yang tidak ambil langkah pencegahan wabak Covid-19 ini...

Dalam bab tauhid dia betul tetapi dalam bab feqah pula dia salah. Kemudian dalam bab Akhlak, ada yang menipu dan penting diri atau berdegil serta keras kepala.

Maka bab Akhlak pun salah.

Manhaj beragama yang diajar oleh Nabi salallahualaihiwassalam adalah lengkap dan sempurna.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ

"Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kalian ke dalam agama Islam secara kaffah dan janganlah mengikuti jejak langkah syaitan.” (Al-Baqarah: 208)

👉Aqidah mesti betul
👉Ibadah pun mesti betul
👉 Akhlak pun mesti betul

Sebab itu Nabi salallahualaihiwassalam walaupun bertawakal (BAB AQIDAH) baginda tetap memakai baju besi perisai ketika perang dan solat khauf (BAB IBADAH) serta menerima taktik dan teguran sahabat dan bermesyuarat bagi menghadapi musuh (BAB AKHLAK).

📗 Mohon kerjasama sahabat-sahabat yang faham akan penjelasan ringkas ini, sudi menulis 'faham' di ruangan komen 👇di bawah.

Jazakumullahukhairan
Ustaz Emran Ahmad)

@EmranAhmad
*DUA PAHALA BAGI JEMAAH MASJID APABILA MASJID DIPERINTAH TUTUP*

Dari Abu Musa RA, Rasulullah SAW bersabda,

إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ ، كُتِبَ لَهُ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا

“Jika seorang hamba sakit atau bermusafir, maka dicatat baginya pahala sebagaimana kebiasaan dia ketika bermukim dan ketika dia sehat.” (HR. Bukhari, no. 2996)

Sesiapa yang sudah kebiasaannya berjemaah di masjid atau bersedekah atau berwirid atau membaca Quran atau apa2 ibadat, kemudian dia tertahan dari melakukan ibadat2 tersebut kerana musafir, sakit atau dihalang oleh Pemerintah, maka Allah akan terus memberi pahala seperti mana dia sihat atau tidak musafir.

Itu pahala pertama. Pahala kedua yang dia dapat ialah kerana taat kepada Pemerintah.

MasyaAllah, rahmat besar dari Allah kepada hamba2Nya. Syaratnya cuma kita memang istiqamah sebelum itu dan merasai rindu tidak dapat melakukannya. Sikit pun tiada kerugian. Pastikan berjemaah dirumah bersama semua ahli keluarga dan gunakan peluang itu untuk merapatkan lagi silaturrahim dengan isteri & anak2.
Audio
Audio from Imam1
‼️ RAYUAN KECEMASAN COVID-19‼️

Setakat 21 Mac, jumlah bilangan meningkat kepada 1,183 kes dan kematian sebanyak 8 orang.

Perintah Kawalan Pergerakan telah dikeluarkan. Namun, sikap tidak ambil peduli sesetengah pihak amat mengecewakan.

Sejuta penghargaan diucapkan kepada 'frontliners' yang banyak berkorban demi menangani kemelut ini.

Kami di Islamic Relief Malaysia dengan ini turut melancarkan kempen Rayuan Kecemasan Covid-19 bagi membantu mengikut keperluan kecemasan yang diperlukan.

Kami memerlukan sokongan anda dan titipkan doa buat mereka yang sedang diuji.

♦️https://bit.ly/COVID-19-EmergencyAppeal

Fikir Kemanusiaan, Fikir ISLAMIC RELIEF!
#islamicrelief #islamicreliefmalaysia #mulasekarang #darikuuntukmu #ramadanbersamasama #covid19 #rayuankecemasan #staystronger #staystrongertogether
Jom kita semua menjadi Muktazilah

Apabila sesuatu kumpulan itu menyalahi dasar Al-Quran dan Al-sunnah, berkiblatkan India dalam beragama, taksub dan fanatik dengan guru-guru mereka, menyempitkan pengertian ibadah dan syariat Islam dengan hanya di masjid, menyeru kepada kesufian, bid'ah, hadith dhaif dan pelbagai lagi ajaran bathil.

Tiba-tiba ramai yang mempertahankan ajaran ini dengan alasan berikut;

Ada ramai maulena di dalamnya, alim hadith dan ulama pun menyertainya.

Mereka berdakwah dan ajak orang pergi masjid, keluar 3 hari dan sebagainya.

Mereka banyak jasa kepada Islam.

📜 Aljawab,

Para ulama salaf menyebut;

الحق فيها واحد وهو ما وافق الكتاب والسنة
`Kebenaran itu cuma satu dan ia adalah apa yang menepati Al-Qur’an dan Al-sunnah.'

Kumpulan Muktazilah yang digelar sebagai ahli bid'ah dalam sejarah Islam adalah lebih baik statusnya dan mengatasi jasa kumpulan di atas.

1. Ramai ulama dan tokoh hebat menganut faham Muktazilah.

👉Antaranya Imam Al-Zamaksyari (wafat 537 H) yang terkenal dengan karyanya Tafsir Al-Kasyaf.

👉Selain beliau yang masyhur ialah Al-Jahiz (wafat 252 H) pengarang kitab Al-Hayawan dan ramai lagi tokoh terkenal sejarah.

2. Ketika umat Islam diserang oleh golongan atheist, kaum dahriyyah dan zanadiqah maka golongan Muktazilah adalah antara pihak yang paling hebat mempertahankan Islam dan menyelamatkan keyakinan orang awam tentang kewujudan Tuhan.

👉Mereka juga orang yang paling awal membangunkan ilmu kalam, teori dan usul kewujudan Tuhan sehingga membawa kepada idea penciptaan teori sifat 20 oleh Imam Abu Hasan Al-Asyari dan Abu Mansor Al-Maturidi yang pernah menjadi pengikut Muktazilah.

Oh ya, beberapa orang Khalifah Islam juga pernah menganut faham Muktazilah.

👉Yang paling terkenal ialah Khalifah Bani Abbasiyah yang bernama Al-Muktasim yang pernah diseru namanya oleh seorang muslimah yang dicabul di pasar...

👉Muslimah itu memanggil nama Al-Muktasim untuk membela maruahnya, Khalifah hebat yang bernama Al-Muktasim itu pun mengirimkan tentera untuk membela maruah wanita tersebut pada tahun 223 Hijriyyah, yang dikenali dengan peristiwa penaklukan kota Ammuriah.

[Al-Kamil fi al-Tarikh, Ibn Al-Athir]

👉Khalifah Al-Muktasim ini jugalah yang melantik Ibn Abi Du’ad sebagai Ketua Mahkamah Agung, yang bermazhab Mu’tazilah, dan bertanggungjawab menyeksa ramai ulama Sunnah termasuk Imam Ahmad bin Hanbal (wafat 241 H).

✔️ Namun setelah mengetahui bahawa fahaman Muktazilah itu mempunyai pelbagai kebaikan, jasa dan kelebihan, adakah ianya menjadi benar?

✔️Adakah ianya sudah tidak sesat?

Jawapannya tidak. Ulama Ahli Sunnah wal Jamaah sejak dahulu sehingga sekarang tetap bertegas menyatakan bahawa fahaman Muktazilah adalah kumpulan yang sesat kerana ianya menyalahi pegangan Al-Quran dan Al-sunnah.

3. Kita diajar untuk menilai kebenaran dalam Islam berpandukan hujah, dalil dan keselarian sesuatu perkara dengan Al-Qur’an dan Al-sunnah serta amalan para sahabat dan ulama salaf.

Khalifah Umar bin ‘Abdul ‘Aziz rahimahullah (wafat 101 H) berkata;

مَنْ عَبَدَ اللهَ بِغَيْرِ عِلْمٍ كَانَ مَا يُفْسِدُ أَكْثَرَ مِمَّا يُصْلِحُ

“Barangsiapa yang beribadah kepada Allah tanpa memiliki ilmu, maka dia akan membuat banyak kerosakan daripada mendatangkan kebaikan..."

[Al-Tabaqat Al-Kabir, Ibn Saad]

👉 Kalau setakat mengatakan si dia banyak jasa, si dia baik, maka tokoh Ibnu Sina (wafat 428 H) yang terkenal dalam sejarah itu juga hebat, baik dan berjasa namun dia bermazhab Syiah Ismailiyah yang sesat.

Inilah fitnah besar yang disebut oleh para ulama;

فأما إذا أقبلت فإنها تُزَيّن , ويُظن أن فيها خيراً

'Adapun jika ianya datang (fitnah) maka ia akan menyamar (menghiasi dirinya dengan perkara baik) sehingga orang pun menyangka padanya ada kebaikan.'
(Percuma) Buku 10 Wasiat Perlindungan Diri Dari Wabah (1).pdf
1 MB
(Percuma) Buku 10 Wasiat Perlindungan Diri Dari Wabah (1).pdf
Ibn Mas’ood said: “Know the people by their friends. The Muslim follows the Muslim and the faajir (disobedient one) accompanies the faajir.” “Know the people by their friends, since a man only befriends one whom he admires and who is like himself.” [Al-Ibaanah of Ibn Battah]
COVID-19 : APA NAK BUAT BILA KENA DUDUK RUMAH?

Peluang Keemasan untuk semua Rakyat Malaysia yang duduk di rumah 😀😀😀
.
Masa terbaik untuk kita semua mula hafal surah-surah pilihan dari kitab Suci Al Quran.🧐
.
Apa kata,
.
Cuba mulakan Hafaz Quran dlm tempoh 14 hari sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan.😱
.
Menarik? Bila lagi?
.
Jom😍
.
Kami sediakan buku latihan Rahsia Seorang Al-Hafiz untuk memudahkan hafalan.
.
😱

*-*-*

KONSEP BUKU :
.
1. Buku ini berkonsep buku latihan, untuk membantu anak-anak / ibu bapa / individu menghafal.

2. Juga sesuai buat ibu bapa yang mencari-cari modul aktiviti untuk anak-anak kesayangan anda sepanjang tempoh cuti ini.👦

3. Pengguna hanya perlu ikut step, buat bila-bila masa.

4. Tetapi tips yang diberikan adalah untuk membantu.

5. Setelah berjaya konsep ni, boleh gunakan cara yang sama ke surah-surah yang lain
.
Mudah je 😀

💥💥

*-*-*

PROMOSI PROMOSI PROMOSI

RM30 SAHAJA PERCUMA POS ke seluruh Malaysia!

ya RM30 SAHAJA 😲

Harga asal RM40 tidak termasuk pos

Jom rebut tawaran ini

Rasakan berbaloi pengorbanan masa duduk di rumah 🏡

☺️🤩🥳

*-*-*

BONUS / TRIVIA

5 dalam 1 dalam buku ini

🔰Khas untuk anda :

Info Surah
Modul Hafazan
Semakan Tasmik/Hafazan
Tips Hafazan
Kisah Tokoh Al-Hafiz

Jom!

Mulakan hari ini 😀😀😀

Dapatkan Buku Rahsia Seorang Al-Hafiz🧚‍♀️

Manfaatkan Masa bersama Al-Quran di rumah 🏡
😍

Semoga Allah berkati kita semua.

*-*-*

“14 HARI SAHAJA : SPECIAL PRICE,
PROMOSI BUKU RAHSIA SEORANG AL HAFIZ
RM 15 (tidak termasuk pos)

18 MAC - 31 MAC 2020


http://www.wasap.my/60192831337/RahsiaAlHafiz

http://www.wasap.my/60192831337/RahsiaAlHafiz

http://www.wasap.my/60192831337/RahsiaAlHafiz

#dudukrumahhafalquran
#covid19
#bukurahsiaalhafiz
Listen please


Remember: when you talk, you only repeat what you already know. If you listen, you may learn something.
Life is harder when you complicate the simple things. Enjoy what you have and live your life.
Baca 3 kali
Baca 3 kali pagi dan petang
Katil ready untuk gelombang ketiga.
Forwarded from Thtl al jazani TG
Dengan kuasa Allah, benda yang menjadi rebutan manusia sejak 1930 akhirnya jatuh merudum ke paras terendah RM1.38 (USD$0.30 sen) utk RON 95. Tidak siapa lagi yang mahu membelinya, di mana manusia ketakutan dengan covid19 yang melumpuhkan semua sistem pengangkutan. Minyak murah, tapi manusia tidak boleh pergi ke mana mana.