UiTO Channel: Bicara CR
539 subscribers
415 photos
168 videos
137 files
1.25K links
Berkongsi apa yang ada dalam pemikiran dan apa yang dirasa dalam hati. Kita sama2 menuju kepadaNya. Dunia penuh tipu daya yg membelenggu manusia menyebab mereka lupa Allah.

Web rasmi www.uito.org
Channel rasmi @UiTO2017
CR @RektorUiTO
Download Telegram
Forwarded from Muslim.or.id
Masih suka menunda-nunda amal shalih?
SUMBANGAN TAJAAN KONVENSYEN UITO KE-5 2019
Sabtu, 30 November 2019
Dewan Perdana Seri Kalsom,
Kg Baru Kuala Lumpur
"Keluarga Sakinah Negara Rahmah"

UiTO mengalu-alukan serta amat menghargai sumbangan/penglibatan daripada individu/syarikat untuk sama-sama menjayakan Konvensyen UiTO Ke-5 2019 dengan menaja perbelanjaan Konvensyen seperti berikut:

1. Sewa Dewan RM1,650.00

2. Barangan Cenderahati - RM10 x 150 - RM1,500.00

Sumbangan atas nama: Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia
Maybank - 562058070928

Sila hubungi Cikgu Rahim 0175248120 @cikgurahim untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Moga sumbangan kita akan dikira sebagai amal saleh oleh Allah SWT.

Jazaakumullahu khayran.

TUAN HASSAN TUAN LAH (THTL)
Pengarah
Konvensyen UiTO ke-5 2019
🌿 Majlis Al-Quran 🌾🌼

27 Rabiulawal 1441H

Firman Allah SWT:



قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ [الأعراف : 23]

Ertinya: "Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi." (Surah Al-'Araaf: 23)

🌼 Keterangan Ayat:

1. Allah SWT menjelaskan bahawa Nabi Adam dan Hawa berdoa memohon keampunan dari Allah! Mereka menyesal dan bertaubat!

2. Mereka mengakui kesalahan yang telah mereka lakukan! Mereka mengakui telah melakukan kezaliman pada diri mereka!

3. Mereka merayu keampunan dan rahmat Allah! Mereka memohon agar diterima taubat mereka! Mereka tidak mahu menjadi orang yang rugi!

Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.

🌼 Antara Petunjuk Ayat:

1. Nabi Adam dan Hawa segera bertaubat setelah melanggar perintah Allah! Namun iblis enggan untuk bertaubat setelah melanggar perintah Allah!

2. Orang yang beriman segera bertaubat kepada Allah! Mengakui kesalahan yang telah dilakukan! Segera memohon keampunan!

3. Orang yang tidak beriman enggan untuk bertaubat kepada Allah! Enggan untuk mengakui kesalahan yang telah dilakukan! Tidak ingin memohon keampunan!

🌼 Kaedah Beramal:

1. Hendaklah kita segera bertaubat jika telah melakukan dosa! Jangan jadi macam iblis!

2. Hendaklah kita bertaubat kepada Allah! Mengakui kesalahan yang kita lakukan! Pohonlah keampunan!

3. Hendaklah kita segera kembali kepada Allah! Jangan tangguh! Jangan sombong seperti syaitan!

Ya Allah, kami telah menganiaya diri kami sendiri, jika Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi. Aamiin.

Sila tambah petunjuk-petunjuk ayat...

والله أعلم وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وسلم والحمد لله رب العالمين

fb.me/drwifaq
t.me/MajalisAlQuran
Solat tiang agama
📍Sudahkah anda mendaftar sebagai ahli Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia (UKHUWAH)

⁉️Kenapa anda perlu mendaftar sebagai Ahli UKHUWAH?

📌 Belajar ilmu Islam secara online 24/7 secara PERCUMA pada bila-bila masa.

📌 Bantu UiTO untuk terus beroperasi mengembangkan DAKWAH dan ILMU.

📌 NOTA syarah dan soaljawab dimuatnaik secara berkala dan boleh diakses dengan mudah di web uito.org.

📌 Merapatkan UKHUWAH sesama ahli bilik, Panelis dan wargakerja UiTO melalui program/aktiviti yang dijalankan.

📌 Mendapat DISKAUN untuk hadir Konvensyen tahunan dan produk UiTO.

💪🏾Ayuh daftar segera demi untuk ukhuwah dan manfaat bersama.

📝Borang keahlian boleh didapati di link berikut:
http://bit.ly/Ukhuwah2019

Yuran Keahlian:
RM10.00 Daftar (Wajib bayar)
RM20.00 Setahun
RM200.00 Seumur Hidup

Bayaran keahlian:
Maybank - Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia
No Akaun: 562058070928


CIKGU RAHIM
Pengerusi
Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia

web rasmi: uito.org
Forwarded from UiTO Channel: Berinteraksi Dengan Hadis
[Hukum sujud syukur]

Soalan : Assalamualaikum ustaz. Baru-baru ini kita semua sedia maklum peperiksaan SPM dah tamat. So ramai lah yang celebrate lepas habis sekolah dengan berbagai macam gaya. Salah satu nya yang ramai netizen lakukan adalah pelajar-pelajar yg sujud syukur beramai-ramai lepas habis exam. Ada di dalam dewan, ada dekat luar dewan secara open dan macam-macam lagi. Soalan saya, adakah begitu caranya untuk sujud syukur yg diajar oleh Nabi Muhammad Shallahu 'alaihi wa sallam? Bagaimanakah cara yang sujud syukur yang mengikut sunnah?

Barakallahu fikum.

Jawapan : Alhamdulillah, berikut ringkasan sujud syukur :

1. Sujud syukur dianjurkan untuk dilakukan apabila seseorang diberikan oleh Allah nikmat yang menggembirakan dirinya seperti dibebaskan daripada hutang, bebas daripada malapetaka, mendapat zuriat dan sebagainya, ia berdasarkan hadith :

1.1 Daripada Abu Bakrah r.a daripada nabi saw :

"Jika seseorang mendapat berita gembira berkenaan sesuatu atau diberitahu tentang sesuatu yang menggembirakan maka turun bersujudlah untuk menyatakan syukur kepada Allah" (A.D 2757)

Al-Syafiey dan Ahmad menjadikan hadith ini sebagai dalil kesunnahan sujud syukur, kerana mazhab Maliki dan Hanafi tidak menganggapnya sebagai sunnah, bahkan bagi mereka bersyukur mendapat nikmat hanya perlu menyatakan syukur dengan lisanya atau bersolat sunat mutlaq 2 rakaat, bahkan bagi Maliki ia sesuatu yang makruh untuk dilakukan (rujuk al-Mudawwanah 1/197)

1.2 Ia merupakan perlakuan yang biasa dilakukan para salaf dan dianggap adat mereka apabila sampai apa-apa berita gembira kepada mereka antaranya Abu Bakar r.a yang terus bersujud syukur apabila mendengar kematian Musailamah al-Kazzab. (Rujuk: Aun al-Ma'bud 7/463)

Bahkan dianggap khilaf tentang kesunnahan sujud syukur adalah khilaf yang dhaif disebabkan banyaknya riwayat-riwayat yang tsabit daripada nabi dan para sahabat r.a.a tentang sujud ini.

2. Tiada apa-apa zikir tertentu atau doa tertentu yang boleh dibaca apabila bersujud syukur, seseorang itu boleh berdoa dengan apa-apa doa yang menyatakan syukur dan membesarkan Allah di dalam sujud syukurnya, kerana tiada dalil khusus berkenaan hal tersebut (rujuk al-Sail al-Jarrar 1/286)

3. Sujud ini tidak disyaratkan seperti apa yang disyaratkan di dalam solat seperti kewajipan berwudhuk, seseorang boleh bersujud syukur tanpa wudhuk bahkan boleh bersujud jika sedang dalam janabah, tak perlu menghadap qiblat juga tak perlu menutup aurat.

4. Yang sahih adalah tak disyaratkan takbir sebelum sujud, duduk tasyahhud atau memberi salam, dan ini apa yang mansus daripada mazhab al-Syafiey, kerana tiada apa-apa dalil yang menyatakan ia ada dilakukan nabi dan para salaf r.a.a

Sujud ini nabi tak pernah menamakanya sebagai solat, disebabkan itu ia tiada kewajipan-kewajipan seperti dalam solat, ia adalah sujud yang di luar solat, tak perlu disiapkan saf, dijemput imam ke hadapan kerana tiada dalil yang mendasarinya, bahkan ia bid'ah untuk dilakukan begitu (rujuk Majmuk al-Fatawa 23/171)

5. Diharuskan qadha' sujud syukur pada waktu lain jika ketika mendapat nikmat tersebut dia tidak mampu melakukan sujud syukur mungkin disebabkan tempat yang sempit contohnya.

6. Jangan bersujud syukur di dalam solat, solat akan terbatal jika dilakukan dengan sengaja, ini pandangan mazhab al-Syafiey.

7. Sujud syukur boleh dilakukan ketika seseorang itu di atas kenderaan, iaitu dengan sujud secara isyarat yang melebihi kadar rukuk.

#pencintahadithkluang
#gengbacabidayah
#msjfeqh
#mohsoaljawab
#ustdaud
#bilik135uito
Mentertawakan aib orang lain adalah cerminan lupa diri (ghaflah) yang sangat parah. Dia lupa bahawa aib itu boleh juga menimpa dirinya. Jika tidak hari ini, mungkin esok hari. Jika bukan dirinya, mungkin anak cucunya. Semasa mentertawakan aib tersebut, bayangkanlah perasaan kita apabila mendapat ujian ini di masa hadapan.

Diriwayatkan dalam sebuah hadith riwayat al-Tirmidhi: "Siapa yang menghina seorang muslim kerana dosa yang dilakukannya, ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut."

*#Dr Umar Muhammad Noor*
*Download PERCUMA buku2 islamic* ada 263 buku dalam format *pdf* (hibah dari Rumah Fiqih). Silakan memuat turunnya , semoga bermanfaat

https://t.co/NUEnSGMq7a

Note :
1. Buku pdf ini diformat untuk selesa dibaca melalui HP, meski tetap boleh dengan laptop, desktop atau tablet.

2. Buku ini waqaf dari pengarangnya. Doakan agar mereka selalu mendapatkan kebaikan di dunia dan akhirat. Aamiin.

3. Sila kongsikan link ini biar kita pun ikut kebagian pahala menyebarkan ilmu agama.