Tips Emas Public Gold
736 subscribers
4.63K photos
219 videos
13 files
2.05K links
Bukan emas yang menjadikan kita kaya tapi ilmu.Jemput baca tips2 emas dan kewangan berguna di Chanel Telegram ini.
Info lanjut tentang Public Gold jemput ke websites, klik๐Ÿ‘‡
https://publicgold.me/azreekasim

Moga bermanfaat.
Download Telegram
March 31
March 31
March 31
Gais.

31/3/2025 - Trump mengugut untuk mengebom Iran jika rundingan nuklear gagal.

Pengeboman Iran, jika menjadi kenyataan boleh menyebabkan ketidakstabilan geopolitik di Timur Tengah untuk jangka masa panjang.

Ketidakstabilan geopolitik boleh menyebabkan harga emas akan terus menaik.

Saya nampak potensi harga emas menaik cerah jika ini benar-benar berlaku.

#NotaEmasSyukorHashim
April 1
April 1
April 1
April 1
April 2
April 2
April 2
April 2
April 2
BERITA HARIAN ONLINE.

Harga emas dijangka mampu cecah RM500 segram dalam jangka terdekat - MGA

Oleh Alzahrin Alias
April 2, 2025 @ 1:46pm

KUALA LUMPUR: Harga emas global terus melonjak dan dijangka mencecah RM500 segram dalam beberapa bulan akan datang, didorong ketidaktentuan geopolitik, inflasi berterusan serta peningkatan pembelian oleh bank pusat di seluruh dunia.

Presiden Persatuan Emas Malaysia (MGA), Datuk Louis Ng berkata, pembelian emas secara agresif oleh bank pusat, khususnya China, memberi kesan besar kepada pasaran dengan meningkatkan rizab emas negara serta menyokong kenaikan harga logam berharga itu.

"Dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS) turut memainkan peranan penting, terutama kebimbangan mengenai tarif import emas yang menyebabkan peningkatan penghantaran emas dari London ke New York.

"Perkembangan ini memberi impak besar terhadap dinamik perdagangan global dan menyumbang kepada kenaikan harga emas," katanya.

Ng berkata, tekanan inflasi serta jangkaan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan juga menjadikan emas pilihan pelaburan lebih menarik sebagai lindung nilai terhadap penyusutan nilai mata wang.

Beliau berkata, dengan harga emas yang terus meningkat, timbul persoalan sama ada logam berharga itu masih berbaloi untuk dilaburkan.

"MGA menegaskan emas kekal sebagai aset yang stabil, terutama bagi pelaburan jangka panjang.

"Jika inflasi terus tinggi atau ekonomi tidak menentu, harga emas berpotensi meningkat lebih jauh kerana ia lebih selamat berbanding mata wang yang boleh mengalami penyusutan nilai," katanya.

Bagaimanapun, katanya, pelabur jangka pendek perlu lebih berwaspada kerana sebarang pembetulan harga secara mendadak boleh menyebabkan risiko kerugian.

Ng turut menjelaskan pergerakan harga emas berkait rapat dengan kekuatan dolar AS, di mana kenaikan nilai mata wang itu cenderung menekan harga emas, manakala penyusutan dolar akan meningkatkan permintaan global terhadap emas.

"Harga emas global didagangkan dalam dolar AS, menjadikannya lebih mahal bagi pembeli yang menggunakan mata wang lain apabila dolar mengukuh.

"Sebaliknya, jika dolar melemah, harga emas menjadi lebih murah dalam mata wang lain, sekali gus meningkatkan permintaan global," katanya.

Beliau menjangkakan harga emas akan terus meningkat sepanjang tahun ini sekiranya faktor geopolitik dan dasar perdagangan global kekal tidak menentu.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai disarankan mempertimbangkan strategi pelaburan yang lebih bijak, termasuk membeli emas dalam unit kecil seperti jongkong 0.25 gram (g), 0.5g dan 1g yang lebih mampu dimiliki.

โ€œSelain itu, pelabur juga boleh mempertimbangkan emas patuh syariah yang mempunyai permintaan tinggi di luar negara, sekali gus mengekalkan nilainya dalam jangka panjang," katanya.

โ€”โ€”-Endโ€”-

Sumber: https://www.bharian.com.my/bisnes/pasaran/2025/04/1379637/harga-emas-dijangka-mampu-cecah-rm500-segram-dalam-jangka-terdekat?#fpjg1lnn7hon5uwd83f79lel4val2uam

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
April 2
April 2
April 3
April 3
DUIT RAYA ANAK: BELI MAINAN ATAU BELI EMAS?

Anak: "Ayah, duit raya ni saya nak beli emas. Nanti bila cukup gram, boleh tukar jadi 1 Dinar. Cantik kan?"

Jom ibu bapa, kita bantu anak-anak simpan duit raya mereka dalam bentuk emas!

Kenapa emas pilihan terbaik?

โœ… Nilai kekal & bertambah

Duit kertas semakin susut nilai, tetapi emas kalis inflasi dan memberi keuntungan dalam jangka panjang.

โœ… Elak bocor & terguna tanpa sedar

Simpan dalam tabung? Mudah terguna.

Simpan dalam akaun emas GAP? Lebih selamat, hanya boleh dikeluarkan bila betul-betul perlu atau sudah cukup gram yang diinginkan.

โœ… Didik anak menyimpan aset bernilai

Dari kecil, anak belajar menyimpan dalam bentuk emas, bukan sekadar duit yang susut nilai 2% - 3% setiap tahun.

โœ… Boleh tukar kepada emas fizikal

Bila cukup gram yang disasarkan, boleh keluarkan dalam bentuk dinar atau gold bar.

Cara mudah simpan duit raya anak dalam emas:

โœ”๏ธ Kumpul semua duit raya anak.
โœ”๏ธ Masukkan ke dalam akaun GAP.
โœ”๏ธ Ulang proses setiap tahun.

Duit ini boleh menjadi dana pendidikan anak apabila mereka masuk universiti kelak โ€“ tanpa perlu bergantung pada pinjaman seperti PTPTN.

Nampak menarik, kan? Jom mula simpan emas untuk masa depan anak-anak!

Info lanjut klik โคต๏ธโคต๏ธ

https://publicgold.me/azreekasim
https://publicgold.me/azreekasim
April 4
April 4
April 4