Tips Emas Public Gold
739 subscribers
4.5K photos
212 videos
13 files
2.02K links
Bukan emas yang menjadikan kita kaya tapi ilmu.Jemput baca tips2 emas dan kewangan berguna di Chanel Telegram ini.
Info lanjut tentang Public Gold jemput ke websites, klik👇
https://publicgold.me/azreekasim

Moga bermanfaat.
Download Telegram
Pagi ni saya nak ajar 1 doa yang Rasulullah SAW baca setiap pagi selepas solat Subuh.

Baca dan hafaz ye. Supaya kita boleh baca setiap pagi. Doa dia pendek saja.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا ، وَرِزْقًا طَيِّبًا ، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

‘Allāhumma innī as aluka ‘ilman nāfi’an. Wa rizqan thoiyyiban. Wa ‘amalan mutaqabbalan’.

‘Ya Allah, aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima’.

Baca doa ni setiap pagi. InsyaAllah hidup kita akan lebih tenang sebab pagi-pagi dah mulakan dengan doa yang baik kepada Allah.

Kita nak ilmu yang bermanfaat. Kita nak rezeki yang baik. Kita nak semua amalan kita pada hari ini diterima oleh Allah.

Betul tak?

Jangan lupa lepas baca doa ni, terus #share doa ni untuk pahala ilmu bermanfaat yang berpanjangan.

Terima kasih.

#KAB
#StayAtHome
Bila berurusan dengan Public Gold, mesti ingat beberapa perkara.

1. Kita beli emas fizikal dengan Public Gold. Tak kira la beli gold bar atau dinar atau akaun emas GAP.

2. Beli emas fizikal dengan Public Gold bukanlah pelaburan saham. Kita beli emas fizikal.

3. Public Gold tidak menjamin sebarang keuntungan dalam bentuk tunai kepada pembeli emasnya.

4. Tidak ada sebarang tempoh khusus untuk kita membeli, menyimpan dan menjual emas.

5. Harga emas naik dan turun. Tapi dengan emas fizikal, kita tidak akan untung atau rugi selagi kita tidak menjual emas yang kita miliki.

6. Apa kelebihan emas fizikal berbanding pelaburan saham emas dan sebagainya? Kelebihannya ialah emas di tangan kita. Naik atau turun harga emas tidak akan menjejaskan gram emas yang kita telah miliki. Kita boleh buat apa saja dengan emas kita sebab ianya fizikal.

Ada lagi yang tak faham tentang emas fizikal?

Boleh tanya dalam ruangan komen.

#KAB

Emas patuh Syariah ni ada 3 jenis saja.

1. Emas fizikal yang kita pegang dan simpan sendiri.

2. Akaun emas yang kita boleh keluarkan fizikalnya.

3. Saham/unit amanah yang bersandarkan kepada emas fizikal yang boleh kita fizikalkan jika kita mahu.

Dalam semua-semua yang di atas, memang tak boleh lawan la kehebatan emas yang berada dalam tangan kita secara fizikal.

Apa kelebihannya?

❤️ Jika harga naik, kita boleh buat keputusan sada untuk menjual dan dapat untung atau biarkan saja dan nilai emas kita meningkat.

❤️ Jika harga turun, kita boleh tambah belian emas fizikal kita atau jika memerlukan duit, kita boleh gadai/rahnu emas fizikal di tangan kita.

❤️ Kita juga boleh jual emas fizikal kita kepada sesiapa saja sebab emasnya dalam tangan kita.

Kalau ia berbentuk gram emas dalam akaun, kita tak ada banyak kelebihan kecuali kita tak perlu pening-pening jaga dan simpan saja.

Takut nanti kalau simpan sendiri, boleh hilang atau tersalah letak pula. Lebih baik biarkan dalam akaun. Kita top up saja gramnya bila sampai masanya.

Kalau ia berbentuk nilai emas dalam saham atau unit amanah yang patuh syariah, selagi ia tidak difizikalkan, nilai emas kita akan mengembang dan menguncup mengikut harga pasaran emas semasa.

Kita pun tak boleh nak buat apa kalau harga emas turun. Kita bawa penyata unit amanah ke pajak gadai atau arrahnu pun takde guna sebab diorang nak emas untuk bagi kita duit.

Ok?

#KAB

Asas simpanan emas ialah simpan duit.

Siapa biasa simpan duit dan gagal, boleh cuba simpan emas pula. Sebab duit nalurinya pada berbelanja. Tapi emas nalurinya pada memgumpul.

Bila kita faham konsep macam ni, maka kita tak akan merapu meraban bertanya soalan yang bukan-bukan.

Cuba faham konsep ini betul-betul. Hadamkan elok-elok dulu.

Tujuan dan matlamat kita simpan duit. Itulah juga tujuan dan matlamat kita simpan emas.

Berapa lama tempoh kita nak simpan duit. Itulah juga tempoh kita simpan emas.

Berapa banyak kita simpan duit. Itulah juga banyak emas yang kita kena simpan.

Berapa kerap kita simpan duit. Itulah juga kekerapan kita kena beli dan simpan emas.

Lepas dah faham konsep simpan emas ni macam simpan duit, barulah kita pindah kepada fungsi-fungsi lain emas selain daripada simpanan.

So, emas sebagai simpanan ni kiranya bottom line la. Itu matlamat paling asas.

Siapa simpan duit, dia tak semestinya akan ada emas.

Siapa simpan emas, dia sudah semestinya akan ada duit.

Dapat sesuatu malam ni?

#KAB
SKIM CEPAT KAYA EMAS DATANG LAGI!

Dalam saya mencari rezeki dengan membimbing orang lain tentang emas, menjadi tanggungjawab saya juga untuk sedarkan orang supaya jangan terjebak dengan skim cepat kaya berasaskan emas.

Beli emas itu penting. Tapi tidak terlibat dengan skim cepat kaya itu jauh lebih penting.

Biarlah saya tak berjaya meyakinkan orang untuk menyimpan emas. Tapi untuk tidak melihat mereka tertipu dengan skim cepat kaya seperti ini adalah satu kewajipan.

Saya kena selalu ingatkan. Sekali, dua kali, sedaya mungkin saya.

Tapi kalau anda semua berdegil juga, saya tak boleh buat apa-apa. Saya bukan polis. Tanggungjawab saya selesai dengan memberi peringatan.

Selebihnya... duit anda, ikut suka hati anda la nak decide macamana.

Macamana nak kenal skim cepat kaya berasaskan emas?

1. Ia mesti sejenis PELABURAN. Masuk sekian banyak duit, dijanjikan dengan sekian banyak keuntungan. Ini semua money game. Selagi ada yang masuk, selagi itu scammer boleh membayar keuntungan.

2. Keuntungan kadang-kadang harian, kadang-kadang bulanan dan kadang-kadang tahunan. Sedangkan kita tahu harga emas turun dan naik. Macamana boleh dijamin keuntungan? Setiap hari pulak tu.

3. Selalu berselindung di sebalik pendaftaran yang sah dengan SSM atau ada perjanjian bertulis. Ini semua wayang semata-mata.

4. Biasanya program begini akan launching secara besar-besaran. Semua ini dengan niat untuk mengelabui mata masyarakat.

5. Gambar dengan kereta mewah (atau penyerahan kunci kereta), rumah banglo, duit berkepuk-kepuk masuk dalam akaun dan lain-lain adalah jarum halus untuk mempengaruhi orang yang tamak, malas bekerja, lapar duit, angan-angan tinggi dan perasan akan kaya tanpa perlu bekerja.

5. Kadang-kadang modal bangsa dan agama juga boleh jadi senjata. Gambar semua orang Melayu/Islam, lengkap dengan kopiah dan songkok (pak haji yang jujur la ni kononnya) adalah juga untuk mengelabui mata orang Melayu yang memang rata-ratanya agak ‘bodoh’ dalam tipu daya sebegini.

7. Jangka hayat pelaburan sebegini tak akan lama. Bila dah kurang orang join, atau dah ramai mula rasa tertipu (mungkin sebab tak dapat wang sebagaimana dijanjikan) ia akan hilang tanpa jejak sedikit demi sedikit.

8. Alamat pejabat dan website yang rapuh dan boleh dicurigai. Ini silap haribulan boleh hilang dari radar dengan pantas.

9. Cerita pasal untung saja. Risiko rugi tak pernah cerita. Too good to be true. Nanti bila dah lingkup, banyak pulak alasan dia. Kena tipu la. Partner bawa lari duit la. Ada orang dengki la. Bla.. bla.. bla.. semua alasan recycle.

10. Apa lagi ciri-cirinya? Lu pikir la sendiri.

Akhirnya, saya nak buat sikit disclaimer.

Saya mungkin salah sebab saya bukan tahu hakikat sebenar semua skim ini pun. Saya buat kesimpulan berdasarkan pemerhatian dan ciri-ciri yang ada.

Tapi prinsip saya dalam hal ini sangat mudah.

Biar kita menyesal tak melabur daripada menyesal bila dah tersalah lebur.

Faham tak?

Adios!

#KAB

- sila share ke serata alam kalau anda sayangkan diri sendiri, ahli keluarga, kawan-kawan dan kenalan yang mungkin akan terjebak -