Emas dan Dinar Masa depan
81 subscribers
523 photos
23 videos
8 files
209 links
Emas Dijadikan Indah Pada Pandangan Manusia
Download Telegram
1. Patuh shariah

Seperti yang kita tahu, emas ialah barang ribawi. Maksudnya kalau transaksi emas dibuat tanpa mengikuti syarat muamalat Islam, kita berisiko untuk terlibat dengan transaksi riba. Alhamdulillah, sekarang kita dah tak perlu gusar. Syarikat Public Gold diiktiraf patuh shariah oleh syarikat Amanie Group yang diterajui oleh Dato Dr Mohd Daud Bakar iaitu salah seorang daripada ahli panel shariah yang terkemuka di dunia. Boleh baca lebih lanjut tentang beliau di sini.

https://amanieadvisors.com/new/dr-mohd-daud-bakar/
TRUSTED (dipercayai)

Nak cari emas yang tulen bukan mudah, takut juga ditipu orang. Syukur sekarang dah tak perlu risau sebab dah ada Public Gold. Public Gold dah jual emas selama 13 TAHUN sejak 2008 dan jumlah pelanggan sekarang dah lebih 550,000 orang. Sepanjang 13 tahun ni, TAKDE seorang pun pembeli emas yang tak dapat emasnya.

Jika anda beli 1kg jongkong emas pada hari ini, bolehkah anda yakin bahawa emas yang anda dapat itu tulen di luar DAN di dalam? Anda hanya akan yakin jika anda beli dengan syarikat yang DIPERCAYAI, betul tak? Tambahan pula, emas Public Gold diperakui kualiti dan ketulenannya di peringkat antarabangsa oleh London Bullion Market Association (LBMA). Baca lebih lanjut tentang LBMA di sini.

https://www.lbma.org.uk/about-us/about-the-lbma
3. Stok tiada had dan Jaminan Beli Balik (Buy Back)

Dulu nak beli emas untuk pelaburan seperti jongkong emas ini susah. Kebanyakan kedai jual emas perhiasan sahaja, jarang-jarang sekali jumpa kedai yang ada jual emas dalam bentuk bullion (jongkong dan dinar). Tu pun selalu takde stok. Paling frust bila kita nak cari kedai yang jual jongkong emas masa harga tengah rendah. Bukan apa, time harga murah, semua jongkong emas di kedai akan habis di’sapu’ oleh pelabur-pelabur besar SEBELUM kita yang biasa-biasa ni sempat beli.

Satu lagi masalah penyimpan emas ialah susah nak cari pembeli emas bila kita nak JUAL emas tu. Bila harga emas naik, tentu kita nak jual sebahagian stok emas yang kita miliki untuk dapatkan keuntungan, tapi kebanyakan kedai enggan beli emas tu dengan alasan takde cash. Dah la kedai emas tanak beli, nak cari orang perseorangan yang nak beli emas tu pula bukan mudah.

Sekarang kedua-dua masalah ni tinggal sejarah. Membeli emas Public Gold sangat mudah sebab stok sentiasa ada (kalau setakat nak beli sekilo dua emas, takde masalahnya hehe).

Kemudian, bila-bila masa anda nak jual emas yang disimpan, Public Gold bagi jaminan 100% yang syarikat akan beli balik emas tu (juga dipanggil buyback), tak kira harga emas masa tu tengah tinggi atau rendah, tak kira anda nak jual sikit atau berkilo-kilo. Terbaiklah, dah tak yah pening-pening nak cari buyer..
4. Susut Nilai serendah 6%

Bila kita simpan emas untuk tujuan simpanan atau pelaburan, antara aspek paling penting yang akan mempengaruhi keuntungan kita ialah spread (susut nilai).

Spread ialah perbezaan antara harga jual versus harga beli pada sesuatu masa. Perbezaan ini dalam bentuk peratus jadi senang kita nak anggar berapa keuntungan kita. Katakan spread 6%, dan harga emas naik sebanyak 10%, maknanya kita dah untung sebanyak 4%.

Formula: 10% (kenaikan harga emas) – 6% (spread) = +4% (keuntungan). Bayangkan kalau spread setinggi 20%, agak-agak lambat ke cepat untung? Kalau untung pun, agak-agak banyak ke sikit? 

Kesimpulannya, semakin rendah susut nilai emas, semakin cepat dan banyak keuntungan yang kita dapat.

Kebanyakan kedai emas akan kenakan spread setinggi 15%-20% untuk emas bullion, tetapi Public Gold hanya kenakan spread 6% -9% sahaje bergantung kepada jenis item yang anda simpan. Semakin besar item emas yang anda beli, semakin rendah spread yang dikenakan. Nak tau tak berapa spread emas perhiasan? Secara umum lebih kurang 25%-30%, sebab tu emas perhiasan tak sesuai dibeli untuk tujuan simpanan atau pelaburan.
5. Pembelian secara online, 24 jam sehari, 365 hari setahun

Seperti yang kita tahu, harga emas dunia berubah setiap masa. Katakan harga emas menjunam pada pukul 3 pagi dan kita mahu ‘kunci’ harga emas time tengah murah tu, agak-agak senang ke nak buat?

Nak telefon kedai emas mana ye yang boleh terima order kita pukul 3 pagi tu? Rasa seperti mustahil nak buat kan? 
Sebenarnya sekarang dah tak mustahil nak ‘kunci harga’ emas pukul 3 pagi dengan menggunakan platform Public Gold .

Tak kira pukul berapa dan di mana sahaja kita berada, kita boleh ‘kunci harga’ emas asalkan kita ada capaian internet untuk access platform online Public Gold.
6. Ada Pilihan untuk buat Pembayaran Secara Penuh atau Ansuran

Misi Public Gold ialah nak memudahkan anda iaitu client untuk memiliki emas fizikal. Sebab tu la Public Gold beri anda pilihan untuk buat bayaran secara bayaran penuh (Full Payment) atau secara ansuran (Shariah Easy Payment Purchase) bagi pembelian melebihi RM1,000.
7. Beli, simpan dan jual emas menerusi Akaun Emas GAP

Saya pasti kita semua tentu ada paling kurang satu Akaun Bank betul? Dalam akaun bank ni la kebanyakan wang ringgit kita disimpan, sebab lebih selamat daripada simpan sendiri di rumah. Dulu kita terpaksa keluar rumah dan pergi ke bank untuk tunaikan cek gaji, bayar bil, buat pemindahan wang ke akaun lain, keluarkan tunai dan sebagainya. Hampir semua transaksi memerlukan kita keluar dari rumah (atau dari tempat kerja) untuk pergi ke bank, betul? Tapi dengan perkembangan teknologi, sekarang hampir semua transaksi boleh dibuat secara online banking je.
Kita HANYA perlu keluar rumah jika rumah jika nak withdraw tunai daripada akaun bank.

Begitu juga konsep Akaun Emas Gold Accumulation Program (GAP) ni, tujuannya ialah nak memudahkan kita semua beli, simpan dan jual emas TANPA perlu kita keluar dari rumah. Kita boleh tambah simpanan emas dalam akaun GAP dengan modal serendah RM100 (bersamaan 0.4+ gram) secara sikit-sikit sehingga jadi banyak. Jika anda nak beli emas GAP sekilo sekaligus pun takde masalah hehe.. Emas dalam akaun ni disimpan oleh syarikat secara percuma tanpa jumlah maksimum dan tiada had masa. Kita juga boleh jual emas GAP ni secara online.

Kita HANYA perlu keluar dari rumah jika kita nak withdraw emas tadi untuk disimpan sendiri.
Contoh: katakan saya ada 20gram emas dalam akaun GAP, dan saya mahu withdraw 5 gram goldbar. Saya pergi ke cawangan PG yang terdekat, di situ staf akan berikan kepada saya goldbar 5 gram DAN mereka akan tolak jumlah emas dalam akaun GAP sebanyak 5g (tinggal lagi baki 15g dalam GAP). Jangan risau jika anda tinggal jauh dari cawangan PG, anda boleh minta emas tu dihantarkan terus ke rumah melalui courier menggunakan servis Gold-In-Transit.
8. Ada 19 cawangan Public Gold

Public Gold sediakan perkhidmatan jual beli emas fizikal bukan sahaja kepada rakyat Malaysia, malah rakyat Indonesia (branch di Jakarta) dan Brunei (client diservis oleh branch Miri). Kini terdapat hampir 19 cawangan Public Gold untuk memudahkan pembelian emas dan inshaAllah akan bertambah lagi pada masa hadapan  Boleh rujuk maklumat setiap Cawangan Public Gold di sini.

https://publicgold.com.my/index.php?route=information/information&information_id=73
9. Mesra Ar-Rahnu

Nak tunggu harga emas naik secara ketara bukan sekejap, kadang-kadang bertahun-tahun lamanya baru naik. Katakan ada kecemasan dan kita nak guna duit tunai segera, macam mana nak buat? Jangan risau, kita boleh tunaikan emas TANPA menjualnya dengan menggunakan khidmat pajakan di Ar-Rahnu. Kita boleh tebus balik emas ni dengan bayaran ansuran bulan-bulan. Mudahnya simpan emas Public Gold sebab hampir SEMUA syarikat Ar-Rahnu di Malaysia terima emas jenama Public Gold sebagai pajakan , antaranya:
10. Bimbingan dan ilmu emas percuma daripada Introducer

Salah satu kelebihan simpan emas dengan Public Gold ialah anda tak perlu risau tentang after-sale support sebab Introducer anda akan jadi pemudahcara untuk anda simpan emas. Ada amanah besar dipikul oleh introducer. Salurkan ilmu, tips dan update terkini tentang emas dan Public Gold. Paling penting ialah jawab pertanyaan anda jika ada sebarang persoalan.

Elakkan introducer touch and go. Lepas customer beli, dibiar macam tu je tanpa follow-up service. Kalau anda nak bimbingan berterusan dari mula beli emas sehingga bertahun lamanya, boleh jadikan saya sebagai sahabat emas anda. Introducer anda: 

ABDUL HAMID BIN OMAR
PRIORITY DEALER
PG00284438

http://www.wasap.my/emasmasadepan