Emas dan Dinar Masa depan
82 subscribers
523 photos
23 videos
8 files
209 links
Emas Dijadikan Indah Pada Pandangan Manusia
Download Telegram
TIP SIMPANAN JANGKA PANJANG!

Untuk jangka panjang, simpan emas lebih berbaloi berbanding Tabung Haji atau ASB.Harga emas boleh dikatakan confirm naik disebabkan nilai duit kertas sentiasa merosotdalam jangka panjang. Kalau nak simpan duit untuk tempoh sekurang-kurangnya 2 -3 tahun, simpanlah dalam bentuk emas. Nilai dan kuasa beli emas lebih terjamin.

Kalau ada bajet yang lebih besar, boleh pertimbangkan simpan kekayaan dalam bentukrumah pelaburan ataupun tanah yang diusahakan.Saya secara peribadi menjadikan Tabung Haji atau ASB hanya untuk simpanan kecemasan(berjumlah 3 bulan gaji) dan duit yang nak digunakan dalam jangka waktu terdekat sahaja.Selebihnya saya simpannya dalam bentuk emas dan hartanah.
Zaman Nabi Muhammad s.a.w, seekor kambing boleh dibeli dengan syiling emas 1 dinar(berat 4.25 gram, ketulenan 999.9).

Hari ini, harga 1 dinar sekitar RM1,100, juga cukupuntuk beli seekor kambing. Emas mengekalkan kuasa belinya selama 1,400 tahun.Berbeza dengan duit kertas; tahun 1980-an dulu, duit 50 sen cukup untuk budak sekolahmakan kenyang di sekolah. Tapi hari ni RM2.00 sehari pun belum tentu cukup! Ini buktiduit kertas sentiasa susut kuasa belinya. Emas selamat dari kesan inflasi.
saya hanya akan kongsikan satu teknik arrahnu saya sukai yang boleh membantu menjana pendapatan anda. Suka saya syorkan agar semua pembaca membiasakan diri dahulu dengan arrahnu pajak gadai tempat anda supaya anda biasa dan kenal dengan pekerja serta sistem mereka sebelum anda mula menggunakannya untuk pelaburan

Untuk keuntungan maksima hasil daripada manipulasi arrahnu atas tujuan pelaburan, anda perlu mengenal pasti Arrahnu yang mempunyai kriteria berikut

Kedai pajak tersebut mestilah Arrahnu yang patuh syariah (upah simpan jauh lebih murah dan ia menjaminkan kebersihan keuntungan yang anda miliki – bebas riba’)

Nilai Pinjaman setinggi 70% – 75% (nilai pinjaman tinggi menyebabkan anda tidak perlu mengeluarkan wang tambahan yang banyak untuk membeli emas lain setelah anda memajak emas sedia ada)

Upah simpan rendah < 0.70% dan dikira per hari (kebanyakan arrahnu menawarkan upah simpan sebegini namun kebanyakannya juga akan mengira upah simpan sebulan walaupun anda tebus emas tersebut kurang sebulan, maka adalah lebih bagus sekiranya anda dapat memilih arrahnu yang mengenakan upah harian)

Harga emas berubah setiap hari (jika nilai emas tidak berubah maka anda hanya akan menanggung rugi upah simpan, hal ini kerana keuntungan tersebut hanya akan terhasil jika ada margin kenaikan harga antara dua tempoh masa berbeza)

Staf Arrahnu yang teliti dan cekap (Staf yang sambil lewa boleh menyebabkan berat emas anda berkurangan atau gred emas dikira tidak setara dengan yang sepatutnya menyebabkan anda tidak dapat memaksimakan keuntungan anda)

Cukup berkenaan arrahnu, jika anda dapat mengenal pasti arrahnu sebegini maka 50% masalah anda sudah selesai dan anda tidak perlu bimbang keuntungan anda akan terjejas. Ini kerana arrahnu sedemikian cukup untuk menjaga kepentingan anda sebagai pelabur, namun jika anda terlepas kriteria 2 pun tidak mengapa, akan tetapi kriteria bakinya wajib dipenuhi.

*Membongkar Rahsia Arrahnu
Jika anda perlukan arrahnu yang mempunyai 6 kriteria sedemikian, maka anda juga tertakluk pada syarat pelaburan berikut untuk mengelak kerugian hasil daripada kecuaian pelabur itu sendiri, yakni

Ilmu manipulasi arrahnu (Insya Allah saya akan ajar dalam artikel ini)

Berat emas melebihi 100g (lagi berat lagi bagus, kerana keuntungan bergantung kepada berat mana emas anda dan tinggi mana nilai emas naik per gram)

Cakna dengan nilai emas semasa (lagi sedikit masa yang diambil oleh emas anda dalam pajakan maka lagi tinggi keuntungan yang dijana kerana anda akan mengurangkan kos upah simpan)

Mempunyai kenalan atau kedai yang boleh menjual dan membeli semula emas simpanan atau barang kemas anda pada harga yang berpatutan untuk tujuan “rolling” modal

Berani mengambil risiko dan tidak takut gagal

Jika anda cukup 5 syarat ini, maka anda sudah bersedia untuk melabur dan insya allah. saya akan terangkan semampu boleh teknik manipulasi arrahnu dengan gantian pajak ini beserta scenario supaya mudah difahami
Tarikh pelaburan : 1 March 2017, nilai emas semasa : RM 160/g, Arrahnu Exchange : Pinjaman 70% dengan upah 0.70%, emas pada simpanan pelabur : 250g

Pajak 250g anda di Arrahnu Exchange, maka anda akan mendapat pinjaman sebanyak RM 28k dengan upah simpan RM 280 sebulan

Beli emas simpanan buyback (used) atau barang kemas terpakai melalui dealer ataupun ahli lain pada harga serendah mungkin menggunakan RM 28k tersebut.

Mengambil kira dapat membeli nilai emas buyback (used) pada nilai RM 144/g, maka RM 28k membolehkan anda membeli emas seberat 195g

Simpan emas tersebut dan tunggu sama ada nilai emas naik minima RM 4/g atau sebulan tempoh emas berada dalam pajakan (mana satu yang tiba dahulu), sekiranya nilai emas naik RM 4/g dalam masa sebulan, maka anda boleh jual emas itu pada nilai buyback juga namun pada RM 148/g (berikutan kenaikan emas pada RM 4/g) sekaligus anda akan mendapat pulangan sebanyak RM 28860

Tebus emas di arrahnu yakni pada nilai RM 28280 (termasuk upah sebulan) maka anda akan mendapat baki bersih sebanyak RM 580. Anda boleh menggunakan keuntungan ini untuk membeli emas yang baharu

Jika nilai emas tidak naik melebihi minima RM 4/g atau nilainya turun dalam masa sebulan, maka anda perlu tebusnya juga untuk mengelakkan kerugian yang lebih besar

Anda boleh ulang cara ini beberapa kali yang anda mahu dalam sebulan dan anda boleh menjana keuntungan sebanyak RM 2000 – 4000 sebulan jika pergerakan harga emas aktif turun naik dalam bulan tersebut

*modal besar bagus teknik ini
TEKNIK GADAIAN DI AR-RAHNU

PAJAK EMAS DAN BELI LAGI EMAS FIZIKAL


1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu.Beli lagi emas fizikal dengan hasil pajakan tersebut tersebut  

2. Pajak semula emas fizikal tersebut di Ar-Rahnu. Gunakan hasil pajakan kali kedua tersebut untuk membeli lagi emas fizikal.Anda boleh ulang-ulang proses ini sehingga 2-3 kali (kalau modal besar seperti
 RM100,000, maka anda boleh ulangi proses pajak ini banyak kali)

3. Di hujung proses ini, pastikan anda ada emas fizikal ditangan. Apabila harga emas naik, anda jual emas fizikal di tangan anda. Kemudian hasil jualan itu anda tebus emas di dalam Ar-Rahnu.Ulangi proses ini sehingga kesemua emas anda habis ditebus.

4. Di akhir proses, anda akan mendapat semula emas anda yang pertama.Anda akan mendapat untung kerana jualan emas hasil gadaian pada harga tinggi boleh menampung upah simpan di Ar-Rahnu bagi emas-emas yang digadaikan.

*teknik yang boleh jika modal besar
Teknik Ar-Rahnu dalam Pelaburan Emas

Kesedaran masyarakat hari ini terhadap pelaburan emas semakin meningkat. Ramai sudah mengetahu kenapa mereka harus menyimpan emas. Ada yang menyimpan emas dalam bentu fizikal dan ada juga yang mula melabur dalam akaun simpanan emas.

Salah satu keistimewaan emas fizikal (jongkong emas) adalah ianya boleh di Ar-Rahnukan (Ar-Rahnu ialah sistem gadaian Islam). Ia membolehkan kita meminjam wang daripada institusi Ar-Rahnu dengan menyandarkan emas milik kita. Nilai maksima pinjaman yang diberikan ialah 65% – 75% daripada nilai emas yang kita pajakkan.

Ilustrasi di bawah akan di tunjukkan bagaimana membuat keuntungan dari pelaburan emas dan menggunakan Ar-Rahnu untuk menggandakan keuntungan tersebut.

Ilustrasi 1

Andaian

Nilai emas: RM20,000
Pinjaman: 70%
Kadar upah: 70 sen setiap RM100 nilai emas
Tempoh matang : 6 bulan
Kadar kenaikan emas: 10% selama 6 bulan

Teknik Ar rahnu 4 Teknik Ar Rahnu dalam Pelaburan Emas

Jika anda mempunyai jongkong emas bernilai RM20,000 dan anda menggadaikan ke Ar-Rahnu, pinjaman yang anda perolehi ialah sebanyak 70% dari nilai emas tersebut iaitu RM14,000 dengan upah simpan sebanyak RM840 selama enam bulan. Dan wang tersebut kesemuanya terus digunakan untuk membeli emas fizikal lagi dan anda membuat gadaiaan ke 2 sehingga lah gadaian ke-6.

Dalam tempoh 6 bulan, jika kenaikkan emas ialah sebanyak 10% (untuk rekod, kenaikan emas 2010 melebihi 25%), anda telah membuat keuntungan sebanyak RM3,412. Jika anda tidak menggadaikan langsung pembelian pertama anda, anda hanya untung RM1,000 dalam masa 6 bulan.

Jadi jelaslah bahawa teknik Ar-Rahnu ini mampu menggandakan keuntungan anda pada kadar kenaikkan emas 10%.

Ok, bagaimana pula jika emas naik hanya 5%? Mari kita lihat ilustrasi 2.

Ilustrasi 2

Andaian

Nilai emas: RM20,000
Pinjaman: 70%
Kadar upah: 70 sen setiap RM100 nilai emas
Tempoh matang : 6 bulan
Kadar kenaikkan emas: 5% selama 6 bulan

Teknik Ar rahnu 11 Teknik Ar Rahnu dalam Pelaburan Emas

Jika kenaikkan emas hanya 5%, anda akan untung hanya RM471. Jika anda tidak menggunakan Ar-Rahnu dan menyimpannya sahaja keuntungannya lebih besar iaitu RM1,000 (Kenaikan emas pada gadaian 1 jika anda tidak menggadaikannya).

Macammana jika emas mengalami penurunan harga? Mari lihat ilustrasi 3

Ilustrasi 3

Andaian

Nilai emas: RM20,000
Pinjaman: 70%
Kadar upah: 70 sen setiap RM100 nilai emas
Tempoh matang : 6 bulan
Kadar penurunan emas: 5% selama 6 bulan

Teknik Ar rahnu 2 Teknik Ar Rahnu dalam Pelaburan Emas

Jika emas jatuh sebanyak 5%, kerugian anda akan berganda-ganda. Daripada kerugian sepatutnya sebanyak RM1,000 diatas penurunan harga emas, anda sudah kerugian RM5,412 jika anda menggunakan teknik tersebut.

Apa yang boleh disimpulkan di sini ialah, jika harga emas mengalami kenaikan harga melebihi dari kos simpan tersebut iaitu dalam lingkungan 8%, anda boleh menggunakan teknik Ar-Rahnu. Tetapi siapa yang boleh buat andaian yang tepat? Inilah risiko yang terpaksa pelabur-pelabur emas hadapi jika anda ingin melabur dalam emas.

Untuk rekod, ramai yang telah berjaya membuat keuntungan menggunakan teknik ini sebelum ini kerana kenaikkan emas setahun melebihi 25%. Anda boleh mengenai Kenaikan Harga Emas 2010.

Apa yang penting, anda perlu bijak merancang. Harga emas mempunyai masa turun dan naik. Jika tepat membuat pelaburan anda akan perolehi keuntungan, jika tidak anda kerugian.

Ramai juga yang mengunakan Ar-Rahnu pada gadaian pertama sahaja. Duit pinjaman yang di perolehi di gunakan untuk membuat pusingan modal dalam perniagaan emas atau pun menyimpan sahaja di dalam pelaburan-pelaburan yang lain seperti Amanah Saham Bumiputra (ASB) ataupun perniagaan-perniagaan lain. Anda yang tentukan.
EMAS ADALAH ASET YANG TERUNGGUL DITERIMA DISELURUH DUNIA

Tidak ada aset lain yang boleh menandingi Kecairan Emas. Emas boleh ditukarkan kepada tunai pada bila-bila masa. Perkembangan Institusi Ar-Rahnu di Malaysia memudahkan anda mendapat pinjaman dalam bentuk tunai sehingga 70% daripada nilai Emas anda.

Emas bukan sahaja bernilai di Malaysia tetapi bernilai dan boleh dicairkan di seluruh dunia. Katakanlah negara kita dilanda peperangan (Harap dijauhkan). Kita lari dengan membawa Emas simpanan kita ke negara lain. Ianya boleh ditukarkan kepada wang kertas negara itu. Dan dengan Emas itu, kita mampu hidup di negara tersebut.

Lain pula jika kita membawa wang kertas kita, adakah ianya laku di negara lain? Ibarat ‘wang kertas Iraq’ yang sama sekali tidak bernilai akibat peperangan.Inilah yang berlaku ketika Perang Vietnam (1955-1975). Beribu-ribu pelarian Vietnam lari meninggalkan kampung halaman mereka dengan membawa Emas kerana mereka percaya Emas sahaja yang akan di terima di seluruh dunia. Bayangkan jika mereka membawa wang kertas Vietnam?
Prinsip Yang Kaya Berjaya!!
Prinsip Yang Kaya Berjaya!!

Ramai orang yang tidak perasan bahawa orang kaya berjaya tidak seperti orang biasa. Mereka mempunyai prinsip hidup yang mudah tetapi sukar dicapai oleh orang biasa. Mereka sanggup bersusah susah dahulu sebelum mencapai kesenangan pada masa akan datang. Mereka merupakan seorang yang penjimat dan suka menyimpan. Kebanyakkan daripada mereka mempunyai matlamat yang jelas; mereka tahu dengan tepat berapa banyak yang mereka mahukan dan berapa lama ianya boleh dicapai. Orang kaya tahu apa yang disimpan pada hari ini boleh membesar sepanjang hidup mereka.
Di sini saya membongkar 12 prinsip kekayaan yang boleh rakan2 ikut:

1. Mereka rancangkan kejayaa mereka. Mereka menyematkan matlamat 
berapakah pendapatan yang diperlukan, mereka tahu berapa banyak yang perlu disimpan dibank setiap tahun, dan mereka tahu berapa banyak modal yang diperlukan untuk persaraan. Adalah satu kemestian bahawa jumlah tersebut ditulis dengan jelas, kerana ia menjadi asas untuk tindakan. Dengan memberi tumpuan kepada matlamat sekarang tidak akan menjejaskan jika terdapat sebarang halangan.

2. Mereka merancang dan bertindak. Mereka membuat satu simpanan tetap dan terus menyimpan setiap bulan tanpa henti.

3. Orang kaya mempunyai disiplin. Mereka bertindak mengikut rancangan matlamat dan mengelakkan mengambil wang dari simpanan persaraan. Mereka tahu mengambil wang dari simpanan persaraan seperti “mencuri” daripada masa depan mereka.

4.Mereka membuat perlindungan 
daripada bencana. Ini bermakna mereka mengambil insuran untuk melindungi diri daripada kehilangan aset penting seperti rumah atau kereta. Mereka juga mengambil insuran perlindungan diri sebagai persediaan jika terjadi sebarang bencana keatas diri sendiri.


5. Mereka cuba mengelakkan hutang. Seorang pengurus kewangan yang bijak cuba untuk mengelakkan hutang dan membayar dengan lebih awal jika boleh.

6.Mereka menjadikan pendapatan sementara kepada tetap dengan menyimpan dengan bijak.

7. Mereka berjimat keatas setiap ringgit yang dibelanjakan.

8.Mereka sukakan menyimpan. Mereka tahu setiap wang yang disimpan akan memberikan hasil yang lumayan pada masa depan.

 9. Mereka benci berbelanja

10. Mereka terus belajar daripada guru-guru yang sudah berjaya, oleh itu mereka akan lebih berjaya.

12. Mereka selalu mencari peluang untuk membuat wang dan menyimpan sebanyak yang boleh.

Oleh yang demikian, fikir-fikirkanlan untuk masa depan anda semua..bukan kerana orang lain..tapi untuk diri sendiri
MATLAMAT SAYA SEBAGAI PGBO DALAM PLATFORM PUBLIC GOLD

Mendidik masyarakat tentang pentingnya simpanan emas untuk kelangsungan hidup sewaktu kegawatan ekonomi dan politik.Melahirkan masyarakat yang celik ilmu tentang emas yang kalis inflasi.Memberi peluang kepada Bumiputra untuk meningkatkan ekonomi melalui simpanan emas dan perniagaan emas .

#RAHSIAARRAHNU
#emasmasadepan
Saya nak kongsika kiraan gadaian di arrahnu exchange untuk nilai emas hari ni ,gadaian emas gold bar 10 gram x 5 kpg ..

Harga PUBLIC GOLD 1 GRAM RM 257
HARGA 10 GRAM RM 2,580.00

Harga ARRAHNU EXCHANGE EMAS 999 RM 267

Tarikh Gadaian : 01/07/2021

Marhun : 13,373.50
Kadar Untung = 0.85


Bulan ke 6
Bulan ke 12
Bulan ke 18

Tarikh Matang
Jumlah Untung
Bil Hari

01/01/2022
687.65
184


01/07/2022
676.44
181


01/01/2023
687.65
184


Jumlah Untung 1 hari : 3.7372495446266

Jumlah Untung Keseluruhan : 2,051.75

Bil Hari Keseluruhan : 549

Pembiayaan Maksimum (RM)
=> Margin [70%] x Nilai Marhun [13,373.50] : 9,360.00

Jumlah Keuntungan CPR
==> (Nilai Marhun[13,373.50] x Kadar Keuntungan[0.85] / 100) x 12 x 549/365 hari2,051.75 *UPAH ARRAHNU KESELURUHAN ( 3 X EXSTAND 549 HARI )

*Jika tebus awal kiraan ikut hari / bulan .kurang la upah


HARGA JUALAN BANK : 11,411.75
TOTAL TEBUS
10 gram Gold bar 999 .

Tarikh Gadaian : 01/07/2021

Marhun : 2,674.70


Kadar Untung = 0.75 (70%)

Bulan ke 6
Bulan ke 12
Bulan ke 18


Tarikh Matang
Jumlah Untung
Bil Hari

01/01/2022
121.35
184
hari

01/07/2022
119.37
181
hari

01/01/2023
121.35
184
hari

Jumlah Untung 1 hari : 0.65950819672131

Jumlah Untung Keseluruhan : 362.07

Bil Hari Keseluruhan : 549

Pembiayaan Maksimum
(RM) => Margin [70%] x Nilai Marhun [2,674.70] : 1,870.00

Jumlah Keuntungan CPR
==> (Nilai Marhun[2,674.70] x Kadar Keuntungan[0.75] / 100) x 12 x 549/365 hari : 362.07

HARGA JUALAN BANK : 2,232.07
Peratus Pinjaman 70%

Gold bar 5 gram 24k @ 999

Tarikh Gadaian : 01/07/2021

Marhun : 1,337.35

Kadar Untung = 0.75

Tarikh Matang
Jumlah Untung
Bil Hari

Bulan ke 6
01/01/2022
RM 60.68
184 hari


Bulan ke 12
01/07/2022
RM 59.69
181 hari


Bulan ke 18
01/01/2023
RM 60.68
184 hari


Jumlah Untung 1 hari : 0.32976320582878

Jumlah Untung Keseluruhan : RM181.04

Bil Hari Keseluruhan : 549

Pembiayaan Maksimum
(RM) => Margin [70%] x Nilai Marhun [1,337.35] : RM 930.00

Jumlah Keuntungan
CPR ==> (Nilai Marhun[1,337.35] x Kadar Keuntungan[0.75] / 100) x 12 x 549/365 hari : RM 181.04

HARGA JUALAN BANK : RM 1,111.04

*Pilihan 6 bulan + 6 bulan + 6 bulan ..
Atau kalau 3 bulan .upah kira 3 bulan .

Tebus Nilai pinjaman + upah 3 bulan saja .
Peratus Pinjaman 70%
1 Dinar 999.


Tarikh Gadaian : 01/07/2021

Marhun : 1,136.75

Kadar Untung = 0.75





Bulan ke 6
01/01/2022 Tarikh Matang
51.57 Jumlah Untung
184 Bil Hari

Bulan ke 12
01/07/2022 Tarikh Matang
50.73 Jumlah Untung
181 Bil Hari

Bulan ke 18
01/01/2023 Tarikh Matang
51.57 Jumlah Untung
184 Bil Hari

Jumlah Untung 1 hari : 0.28029143897996

Jumlah Untung Keseluruhan : 153.88

Bil Hari Keseluruhan : 549

Pembiayaan Maksimum (RM) => Margin [70%] x Nilai Marhun [1,136.75] : 790.00

Jumlah Keuntungan CPR ==> (Nilai Marhun[1,136.75] x Kadar Keuntungan[0.75] / 100) x 12 x 549/365 hari : 153.88

HARGA JUALAN BANK : 943.88