Emas dan Dinar Masa depan
81 subscribers
523 photos
23 videos
8 files
209 links
Emas Dijadikan Indah Pada Pandangan Manusia
Download Telegram
#TabungDuit

MENGAPA LAMBAT KAYA?

1. Keluarkan wang tunai dari kad kredit, urgent katanya nak buat bayar rim tayar

2. Terlalu banyak beli takaful dan takaful yang salah selalunya

3.Pembiayaan semula hartanah untuk bayar hutang lapuk kita, untung refinance rumah katanya.

4. Masuk MLM dan kopi belalang guna pinjaman peribadi, modal berniaga katanya tadi

5. Komitmen hutang hingga 70% dari gaji. Luar biasa tinggi, selagi bank bagi.

6. Pergi seminar mahal bayar guna kad kredit, balik kagum dengan kejayaan orang tapi kita nganga sahaja, orang tipu pun kita percaya.

7. Gila buka Lazadada dan semua belian online, abang posmen dah kamceng dengan kita.

8. Tabiat bayar minimum kad kredit, sayang duit yang ada katanya.

9. Hutang dengan along yang mau tolong

10. Susah nak cakap tidak bila kawan nak pinjam duit, bangga bila kawan kata kita bank bergerak mereka.

11. Suka bila ada orang jeling dan puji kereta kita, "Lawa giler City lu bro, dah macam Audi"

12.Tiada tabung dan formula simpanan, ada lebih baru kita simpan

13. Tiada disiplin, awal bulan simpan hujung bulan ambil

14. Mudah terpedaya dengan skim kaya mudah, cepat dan janji syurga.

15. Beremosi bab belanja, selagi tak beli kita sanggup guling guling hentak kaki kat pavillion tiap hari.

16. Berpegang pada prinsip, yang kaya ini semua yahudi.

Nak jadi pemberi zakat atau penerima zakat bang?

Gegadis tak suka sangat naik motor, cair mek up mereka.

Kredit: Azizul Azli Ahmad