Emas dan Dinar Masa depan
81 subscribers
523 photos
23 videos
8 files
209 links
Emas Dijadikan Indah Pada Pandangan Manusia
Download Telegram
Harta Sebagai Pelaburan Dunia dan Akhirat

Harta dan kekayaan, seperti mana kedudukan dan kekuasaan, kesemuanya akan ditinggalkan di dunia ini.
Namun sekiranya harta dan kekayaan yang dimiliki dibelanjakan pada jalan kebaikan seperti wakaf, sedekah dan nafkah, maka pahalanya akan berterusan dinikmati oleh pemiliknya walaupun selepas kematiannya.
Dalam hal ini, Imam Muslim telah meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah bersabda:

Jika manusia itu mati, maka akan putus amalannya kecuali dari tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang diambil manfaatnya dan anak soleh yang mendoakan orang tuanya.

Berdasarkan hadith tersebut, dapat kita fahami bahawa harta menurut Islam bukan hanya dapat dinikmati hasilnya di dunia, bahkan ia juga dapat dijadikan pelaburan akhirat sekiranya ia dilaburkan pada jalan kebaikan dan ketaatan semasa di dunia.
Bahkan lebih daripada itu Allah SWT yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang telah menjanjikan pulangan pelaburan berlipat kali ganda buat para dermawan dari kalangan hambaNya melalui firmanNya dalam Surah al-Baqarah ayat 261 yang bermaksud:

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (Ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya.

Sesungguhnya penjagaan dan pengurusan harta bukan sahaja berkait dengan kepentingan seseorang atau sesebuah organisasi.
Bahkan, ia adalah untuk kelestarian masyarakat dan negara.
Penjimatan Berganda

Penjimatan berganda beli emas KAEDAH AKAUN GAP yang mungkin ramai tak tahu dan ini antara penjimatannya.

• Jimat Harga •
Harga jauh lebih murah jika dibandingkan dengan pembelian secara runcit (retail price). Jimat lebih kurang hampir RM100 per gram.

• Jimat Tenaga •
Pembeli tidak perlu keluar ke cawangan untuk buat belian. Hanya perlu buat pindahan wang terus ke akaun GAP samada melalui CDM atau Internet Banking Transfer.

• Jimat Masa •
Pembeli tidak perlu tergesa-gesa untuk tebus keluar emas yang dibeli. Emas boleh dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut keperluan pembeli gunakan Gold In Transit.

• Jimat Kos Simpanan •
Emas yang dibeli dan disimpan secara PERCUMA selagi mana emas tidak dikeluarkan.

• Jimat Kos Tambahan •
Yang penting pembeli tidak perlu membayar kos yuran atau kos pemprosesan pembukaan Akaun GAP. Apa yang dibayar, itu yang pembeli dapat.

Credit to :
Khaja Nazimudeen
Gold Knight Empire
Gais,

FBlive saya yang lepas telah ditonton oleh hampir 1400 orang. Terima kasih saya ucapkan.

Topik yang saya kongsikan bertajuk: 𝐒𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧 𝐄𝐦𝐚𝐬 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐈𝐥𝐦𝐮.

Topik ini penting sebab ia lebih kepada persediaan mindset pelabur emas.

Saya berkongsi ilmu ini berdasarkan pengalaman 13 tahun berkecimpung di dalam bidang ini.

Pelaburan emas boleh diletakkan di dalam kategori pelaburan jangka masa panjang.

Dengan kata lain, semakin lama anda boleh melabur di dalam emas. Semakin besar peluang anda membina keuntungan.

Namun, walau pun emas meningkat dalam jangka masa panjang, ia bukannya naik straight line. Ia bergerak dalam bentuk ombak yang turun naik (tengok ajer gambar)

Kalau tak tahan ombak, nescaya akan mabuk laut gais.
Muntah hijau 🤮

Kemudian, saya juga berikan analogi berikut. Pelabur emas ibarat pelari maraton. Ia adalah acara larian jarak jauh.

1. Ciri-ciri maraton adalah ia larian jarak jauh. (42 kilometer). Bila berjaya habiskan 42 kilometer, baru dikira lulus dan tamat dengan jayanya.

2. Tidak ada orang lari maraton dengan memecut dari awal sampai 42 kilometer gais. Itu acara larian 100 meter.

3. Ia memerlukan anda lari secara konsisten sebab jaraknya jauh.

Gais. Pelaburan emas akan memberikan ganjaran kepada mereka yang faham perkara ini.

Saya pernah berjumpa dengan pelabur yang cakap pelaburan emas rugi. Sebab dia bagi contoh beli emas tahun 2011 ketika harga tertinggi.

Uiks! takkan beli emas satu kali aja, lepas tu tunggu naik? Itu bukan melabur. Itu namanya berjudi (gamble).

Saya sendiri beli emas ketika harga tinggi 2011 Dan saya beli bila harga menurun tahun 2012 - 2015. Naik ke turun ke, saya beli aja. Kalau harga menaik, itu adalah averaging up. Kalau harga turun, itu adalah averaging down.

Sebab itu saya langsung tak kisah pasal harga emas. Yang penting adalah GRAM MESTI BERTAMBAH.

Itu KPI penyimpan emas berilmu 😃

#NotaEmasSyukorHashim
Picture - Public Gold 10 Dinar

Item Description

Metal: Au
Weight (g): 42.50g
Purity: 999.9
Diameter: 38mm
Harga rendah terbaik
Dealer sekalian.

Ini adalah gambar 5 gram BungaMas.

Dah ready untuk dijual.

InsyaAllah jualan akan start esok (Jumaat 16/4/21) jam 9.00 pagi di PGMall (under Gold Museum)

Jadi, sesiapa yang banyak c-wallet tu, boleh habiskan kat sana 😄

Bila sistem GAP dah stabil baru akan letak kat GAP.

Buat masa nie, beli kat PGMall dulu ye 😄

Jom simpan aset emas bermula RM 100
9 Tentang Simpanan Emas Public Gold Rasa Nak Menabung.

Simpanan emas ini antara produk yang sangat popular dari Public Gold kerana langkah pertama paling mudah untuk menabung emas.
Nak tahu kenapa simpanan emas Public Gold ini sangat disukai pelanggan-pelanggan Public Gold?
Jom baca 9 tentang simpanan emas Public Gold.

#Pertama: Simpan emas bermula RM100

Pertama: Simpanan emas Public Gold ini boleh bermula dengan RM100 atau harga per gram. Dengan RM100 dalam tangan sudah boleh mula menabung emas. Harga emas murah dan harga rakyat marhaen.

#Kedua: Tiada yuran keahlian

Kedua: Tiada yuran keahlian. Simpanan emas Public Gold tidak ada yuran keahlian dan yuran tahunan yang akan membebankan pelanggan.

Beli emas kali pertama akan didaftar akaun simpanan emas PERCUMA. Saya ulang PERCUMA.

#Ketiga: Harga emas sentiasa dikemaskini

Ketiga: Senang nak semak harga emas terkini kerana harga simpanan emas dipaparkan secara online 24 jam dan dikemas kini setiap hari.

Tak perlu nak telefon cawangan Public Gold semata-masa untuk tahu harga emas hari ini.

Taip address link website Public Gold www.publicgold.com.my akan terpapar senarai penuh harga emas dari 0.5g hingga 1kg tanpa selindung. Rujuk pada harga PG Sell untuk buat belian emas.

Nak beli emas melalui simpanan emas lihat pada harga Gold Accumulation Program akan terpapar harga 1g emas.

#Keempat: Tiada caj simpanan

Keempat: Tiada caj simpanan emas yang disimpan di dalam simpanan emas.

Biasanya yang memiliki emas fizikal boleh simpan emas yang dibeli dengan menyewa peti keselamatan deposit.

Ada caj tahunan yang perlu dibayar untuk menyewa kotak keselamatan mengikut saiz dan harga yang berbeza.

Pelanggan Public Gold yang menyimpan emas tidak perlu mengeluarkan kos untuk penyimpanan emas kerana Public Gold simpan emas mereka tanpa sebarang caj serta diinsuranskan.

#Kelima: Tiada komitmen bulanan

Kelima: Tiada komitmen bulanan. Public Gold tak akan menganggu hidup kalian bila nak tambah gram emas kerana objektif Public Gold untuk memudah pemilikan emas yang kos rendah dan mudah.

Hidup kalian lebih tenang tidak ganggu dari panggilan ejen menawarkan produk kepada kalian.

#Keenam: Produk emas Patuh Syariah

Keenam: Produk simpanan emas Public Gold mempunyai pensijilan Patuh Syariah. Public Gold telah melantik Panel Syariah untuk memberi nasihat pematuhan syariah.

#Ketujuh: Tiada had simpanan emas

Ketujuh: Tiada had untuk mengumpul gram emas. Kalian boleh kumpul emas sehingga 1kg mengikut kemampuan dan tempoh masa.

#Kelapan: Simpanan emas disokong emas fizikal

Kelapan: Simpanan emas disokong emas fizikal. Kalian mempunyai simpanan emas yang boleh keluar emas fizikalnya.

Pengeluaran emas fizikal bermula 1g hingga 1kg. Pengeluaran emas fizikal boleh dibuat dengan hadir ke cawangan Public Gold setiap negeri.

Hanya tunjukkan MyKad untuk pengesahan dan buat pembayaran caj premium. Tak perlu lagi bayar harga emas.

Sekarang lebih mudah dengan kaedah GIT - *GOLD IN TRANSIT* penghantaran terus Alamat anda

#Kesembilan: Simpanan emas untuk anak-anak

Kesembilan: Boleh buka simpanan emas untuk anak-anak. Akaun simpanan emas untuk anak-anak berusia dibawah umur 18 tahun akan diletakkan dibawah akaun ibubapa yang telah mempunyai akaun simpanan emas.