Emas dan Dinar Masa depan
82 subscribers
523 photos
23 videos
8 files
209 links
Emas Dijadikan Indah Pada Pandangan Manusia
Download Telegram
Kenapa Emas?

1. Keselamatan (Security)
Wang yang disimpan di bank akan hilang secara perlahan-lahan dek caj-caj pengurusan bank, caj kad debit, dan sebagainya. Malah sekiranya, akaun simpanan anda dorman atau tidak aktif, bank mungkin akan memotong beberapa ringgit dari akaun antara RM10-RM30 dan berkemungkinan wang simpanan anda akan terus lesap sepenuhnya apabila pihak bank mengambil tindakan untuk menutup terus akaun tersebut. Simpanan emas anda walaubagaimanapun sama sekali selamat dari caj-caj dan kemungkinan yang berlaku seperti wang kertas kerana ia adalah milik mutlak dan peribadi.

2. Perlindungan (Protection)
Simpanan dalam bentuk wang fiat kertas akan sentiasa dimamah inflasi setiap hari tetapi tidak pada emas. Nilai emas anda akan sentiasa meningkat. Anda tidak akan hilang kekayaan jika menyimpan emas.

3. Mudah Dicairkan (High Liquidity)
Pelaburan dalam saham, hartanah, properti, kenderaan, bon, barang antik, artifak, lukisan, dan sebagainya tidak mudah dicairkan. Ianya mungkin memerlukan masa yang minimum sehari atau lebih untuk ditukarkan kepada duit bagi urusan transaksi urusniaga seharian. Ini kerana permintaan segera ke atasnya adalah terbatas, peminatnya tidak selalu ada dengan memetik jari sahaja, malah nilainya mungkn menyusut akibat caj pengurusan, cukai-cukai, upah broker, inflasi, dan pelbagai caj lagi. Untungnya, apabila anda ada emas, dengan mudah anda boleh mencairkannya di mana-mana sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia sekali pun. Terdapat permintaan yang sangat tinggi terhadap emas di mana-mana. Kedai-kedai emas, institusi pajakan, peminat-peminat emas, pengumpul koleksi emas, wakil-wakil bank tertentu, dan mana-mana ejen Jongkong Emas dan ramai lagi. =)]

4. Menguntungkan (Profitable)
Keuntungan dari simpanan emas sesungguhnya tidak perlu diperdebatkan lagi. Ini kerana, tidak ada pelaburan lain, yang cukup selamat dan kurang risikonya, tetapi mampu memberikan pulangan yang sangat lumayan setiap tahun. Pelaburan emas secara puratanya memberikan antara 15 – 35% kadar keuntungan setahun bergantung kepada spread emas yang anda beli.

5. Mudah Dipindahkan (Portable)
Sekiranya anda ingin memindahkan wang kertas RM160,000 dari satu tempat ke tempat yang lain, sudah tentu anda akan memerlukan satu beg yang besar untuk mengisinya. Biasanya dipaparkan dalam drama-drama atau filem, pertukaran barang dan wang dalam jumlah yang banyak dilakukan, dengan meletakkan duit tersebut dalam sebuah ‘briefcase’. Sungguh mencurigakan dan tinggi kebarangkalian untuk anda diragut atau dirompak bukan?! Namun, jika anda membawa RM160k dalam bentuk emas, iaitu 1kg jongkong emas, anda mungkin meletakkannya dalam poket anda sahaja tanpa orang menyedarinya ke sana sini dengan selamat.

6. Tahan Lama (Durable)
Rumah, kedai, bangunan, hartanah, kereta, surat-surat berharga, lukisan seni, wang kertas dan sebagainya akan mudah terbakar, terendam air atau musnah dalam bencana alam dengan begitu sahaja. Dengan itu, nilainya juga akan hilang sama sekali. Sebaliknya, emas yang tahan terhadap segala keadaan cuaca, anti karat, air bahkan api sekalipun hanya melebur sahaja pada suhu yang tinggi (di atas 1083 darjah celcius), emas tetap logam mulia dan tetap bernilai hanya bentuknya saja berubah setelah kembali sejuk dan mengeras. Nilainya emas terus ada sampai bila-bila.

7. Hak pemilikan dan Pengelolaan sendiri (Ownership & Stewardship)
Anda beli emas, anda dapat emas, anda pegang emas, anda simpan emas dan anda yang menguruskan segalanya. Bukan pihak lain atau pihak ketiga. Sama ada anda menyimpannya dirumah atau di peti simpanan(safety deposit), tiada siapa yang mampu menghalang diri anda sendiri untuk mengambilnya apabila perlu. Sekiranya anda ingin memajak atau menjualnya, bagi mendapatkan wang, bila-bila masa sahaja boleh dilaksanakan. Namun, sekiranya aset anda dalam bentuk yang lain, ianya mungkin mengambil masa yang lama, mungkin 10 hari bekerja, walaupun dalam keadaan kecemasan, disaat anda memerlukan, kerana tidak mudah dicairkan.
Lihat sahaja pada tabung insurans atau tabung KWSP anda sendiri sebagai contoh, agak sukar untuk mengeluarkannya, walaupun ianya untuk pembiayaan ahli keluarga anda yang sedang tenat memerlukan kos pembedahan atau rawatan yang segera. Pelbagai prosedur perlu diikuti. Kemungkinan besar, ada yang meninggal terlebih dahulu, nauzubillah.

8. Sangat peribadi (Total Privacy)
Aset dalam bentuk properti yang lain seperti akaun simpanan bank, amanah saham, bon, saham, insurans, rumah, bangunan, tanah, dan sebagainya, malah akaun simpanan emas seperti Public Bank GIA atau Maybank GSPA sekalipun akan dapat diketahui, dikesan, direkod dan dinilai oleh pihak lain. Pihak BNM, jabatan audit negara, SPRM, LHDN dan pelbagai agensi lagi mampu mendapatkan jumlah kekayaan sebenar seseorang itu melalui pelbagai cara. Tambahan pula, di era digital money dan jaringan jalur lebar ini, semuanya hanya beberapa saat sahaja. Maka, dengan itu, gerakan freemason dan sistem kewangan yahudi yang sememangnya ingin memerhati dan mengawal ekonomi setiap individu di dunia ini adalah satu matlamat yang telah tercapai. Dengan mengenakan tekanan ekonomi yang hebat bagi melemahkan gerakan penentang mereka menjadi satu perkara yang sangat mudah bagi mereka yang sedia ada mengawal bank-bank pusat dunia, IMF dan Federal Reserve.
Maybank Gold Saving Passbook Account (GSPA). Walaupun spreadyang kecil, tetapi, anda tidak boleh melihat, pegang, atau memajaknya.
Public Bank Gold Investment Account (GIA) merupakan produk yang sama seperti Maybank GSPA. Tidak boleh dijual pada bila-bila masa yang anda mahu.
Namun, pemilikan emas anda adalah suatu yang peribadi. Jumlah kekayaan anda, hanya anda sahaja yang tahu. Berapa gram atau kilogram emas yang anda miliki bukanlah pengetahuan umum, kerana komoditi emas adalah logam pemilikan bebas.Tiada undang-undang yang melarang anda untuk memilikinya seberapa banyak mana sekalipun. Jadi tidak ada siapa yang tahu jumlah sebenar gram yang anda simpan, apatah lagi pihak bank dan kerajaan, kecuali anda menceritakannya pada umum.

9. Risiko rendah (Low Risk)
Dalam jangkamasa panjang, boleh dikatakan risiko melabur dalam emas adalah sangat kecil dan lansung tiada. Anda mungkin hanya perlu membiayai caj simpanan di safety deposit box sahaja sebagai beban tahunan. Memanglah ada masa dan ketika harga emas jatuh sedikit pada jangkamasa pendek dan sederhana, namun, jika dilihat pada rekod, harga emas setiap tahun tidak pernah jatuh, malah melonjak ke paras harga yang lebih tinggi. Tahun ini sahaja, emas telah mencatatkan kenaikan untuk lebih 34%. Jadi risikonya hanya melibatkan sama ada kehilangan, kecurian atau rompakan sahaja, di mana kebarangkaliannya adalah sangat kecil.
p.s: risiko rompakan terhadap apa benda dan aset kita sekalipun adalah perkara yang tidak boleh diketepikan. Begitu juga wang kertas yang tambahan pula terdedah pada risiko terbakar, bencana alam dan sebagainnya.

10. Bebas Cukai & Caj Pengurusan (Tax & Admin Free)
Aset hartanah, saham, bon, bangunan dan lainnya akan dibebankan dengan pelbagai cukai dan caj pengurusan rutin. Cukai pintu, pendapatan, perkhidmatan, perniagaan, dan banyak lagi. Jadi, semakin banyak aset anda, maka semakin tinggi pula kos pembiayaan yang yang membebani kewangan anda. Itu belum dikira kos baikpulih, kos maintainence, penyusutan nilai harta dan juga kos-kos biaya yang tak terduga. Namun tidak pada Emas, If you choose fine gold, fee become free..!
Pemilikan aset seperti hartanah adalah wajib dikenakan cukai dan sekiranya anda tidak menjelaskannya, tindakan undang-undang seperti kompoun, penyitaan, pindahmilik atau dipenjarakan mungkin terjadi.
11. Keindahan dan Kebanggaan (Beauty & Pride)
Kilauan kuning keemasan telah mewarnai sejarah umat manusia, sebagai lambang kemakmuran, kejayaan, kekayaan, kehormatan, kemurnian dan keindahan yang bernilai seni tinggi pada berbagai bentuk perhiasan, artifak, syiling, jongkong, peralatan dan perlengkapan yang dapat dijadikan sebagai collector items.
Dengan memiliki emas, anda akan dapat menikmati sendiri aset dan pemilikan sendiri yang mutlak dengan rasa bangga dan puas. Aset ini kemudiannya dapat diwariskan pula.

sumber – jongkongemas.com
Promo terkini
Rujukan nilai gadaian sementara
Forwarded from Nota Emas Hafizul Hakim 🚀 (Hafizul Hakim)
Kalau nak tahu sesuai tak beli emas sekarang, jawapannya ialah YA! Harga ketika ini adalah rendah berbanding harga tertinggi pada 7 Ogos 2021.

Lebih banyak ilmu emas di www.hafizulhakim.com
7 Kelebihan Mejadi Dealer Public Gold

1) Keuntungan Komisyen Jual Beli Emas

Mendapat Komisen 1.0% hingga 2.0% dari setiap belian emas. Komisen terus dimasukkan kedalam akaun pada 20 haribulan setiap bulan. Bila membeli emas untuk diri sendiri atau ahli akan diberi komisen mengikut pangkat :
a) Master Dealer – dapat 2%
b) Priority Dealer – dapat 1.5%
c) Normal Dealer – dapat 1.0%
2) Dapat Komisen Dengan Mempromosikan Emas Public Gold

Kelebihan menjadi pengedar emas Public Gold adalah dapat menjadi INTRODUCER kepada pembeli emas Public Gold. Pengedar emas hanya perlu promosikan emas Public Gold supaya pembeli emas membeli emas Public Gold dengan meletakkan nama dealer sebagai introducer.

Contoh, promosikan kawan atau saudara supaya membeli emas serta menjadi ahli public gold dimana-mana sahaja di 18 CAWANGAN PUBLIC GOLD SELURUH MALAYSIA DAN SINGAPURA, INDONESIA dengan menyuruh meletakkan nama dan kod PG dealer sebagai introducer, maka dealer Public Gold akan mendapat komisen sepanjang hayat apabila ahli tersebut membeli emas.
Pengedar emas Public Gold juga boleh mempromosikan pembelian emas program GAP (Gold Accumulation Program) atau promosikan link referral dealer Public Gold di laman sosial seperti facebook, sebagainya.
3) Keuntungan Berniaga Emas Tanpa Kos Sewa Kedai

Dealer Public Gold dapat lesen jual beli emas Public Gold, iaitu menjadi tokey emas tanpa kos sewa kedai emas. Anda akan dapat menjadi peniaga emas tanpa kedai emas, tak perlukan modal untuk membuka kedai emas atau menyewa lot kedai emas iaitu dapat jual beli emas public gold dan dapat keuntungan dari kenaikkan harga emas dan komisen dari Public Gold.
4) Keuntungan Dari Kenaikan Dan Penurunan Harga Emas

Pengedar emas Pubic Gold mendapat keuntungan daripada kenaikan harga emas. Mendapat keuntungan hasil jual beli emas (berniaga emas). Berniaga emas akan mendapat keuntungan sama ada emas dijual atau tidak dijual. Sebab itu tidak ada Kedai Emas yang bangkrap.
Dealer Public Gold dapat menjual emas kepada kawan-kawan dan mendapat 2 keuntungan iaitu keuntungan komisyen dan dapat keuntungan dari kenaikkan harga emas.
5) Kebebasan Kesempitan Kewangan Terutama Masa Kecemasan

Dealer Public Gold dapat keuntungan dimasa kesusahan,kecemasan atau kesempitan wang, kerana emas mudah dijual mengikut kehendak 1 dinar atau 20g atau 50g dan cepat mendapat wang. Apabila kita menjual emas,kita akan dapat wang dalam masa 24 jam. Berbeza dengan melabur hartanah,susah dan lambat di pecahkan. Komisen akan bertambah mengikut belian emas anda.
6) Mendapat Pendapatan Sampingan Tanpa Bekerja

Memperolehi wang tanpa bekerja jika anda rajin mempromosikan pelaburan dan dapat bina rangkaian dealer anda. Wang komisen akan masuk kedalam akaun bank anda setiap bulan walaupun anda tidak membeli emas tetapi dealer atau pelanggan anda membeli emas.
Contohnya, jika kita berpangkat Master Dealer, kita akan mendapat komisen 0.5 daripada Prioriti Dealer di bawah kita dan 1.0% daripada new dealer. Jika kita berpangkat Priority Dealer, kita akan mendapat 0.5% apabila new dealer di bawah kita membeli emas.
*Public Gold bukan skim cepat kaya atau sistem MLM tapi sistem yang adil yang memberi komisen kepada dealer yang mempromosikan emas public gold kepada orang ramai. Maksudnya, anda kerja,anda dapat komisen tertentu.*
7) Berniaga Emas Tanpa Sempadan Dan Mengurus Pelaburan Sendiri

Pengedar emas dan perak Public Gold boleh mengurus sendiri pelaburan emas dengan lock price harga beli emas atau kunci harga jual emas sendiri dengan mudah pada website public gold atau SMS 24 jam sehari atau manipulasikan emas dengan gadai emas di Ar-Rahnu, cawangan Public Gold atau menyimpan emas di Public Safe di cawangan Public Gold.
Kelebihan menjadi dealer atau pengedar emas Public Gold akan lebih menjamin kewangan masa hadapan kerana emas adalah pelindung kekayaan yang bernilai selama-lamanya bukan sahaja didunia tetapi juga di akhirat.
Rebut peluang 2 dalam 1 iaitu menyertai pelaburan emas dan menjadi dealer Public Gold bersama saya untuk kita sama-sama bekerjasama,tolong menolong,bertukar fikiran dan membina rangkaian perniagaan emas public gold. Public Gold telah menyediakan promosi menjadi dealer setiap bulan terbuka untuk semua.
𝟭𝟬 𝗙𝗔𝗞𝗧𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗧𝗜𝗡𝗚 𝗧𝗘𝗡𝗧𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗨𝗕𝗟𝗜𝗖 𝗚𝗢𝗟𝗗

1) Syarikat pengeluar emas pelaburan terbesar Malaysia

2) Tiada kaitan dengan Public Bank

3) Urusan jual beli emas patuh syariah

4) Ada 17 cawangan seluruh Malaysia

5) Harga emas terendah dalam pasaran

6) Tiada yuran dikenakan untuk menjadi ejen

7) Diterima meluas oleh Ar-Rahnu

8) Syarikat pengeluar emas pertama yang disahkan patuh syariah dalam urusan jual beli emas fizikal

9) Selalu anjurkan seminar percuma tentang emas secara live di fb Public Gold International

10) Public Gold melantik penasihat syariah berpengalaman iaitu Datuk Dr Mohd Daud Bakar (Amanie Advisors Sdn Bhd)

Bagi yg baru nak mulakan simpanan emas saya boleh syorkan beli emas dengan Public Gold berdasarkan kelebihan di atas.