Emas dan Dinar Masa depan
82 subscribers
523 photos
23 videos
8 files
209 links
Emas Dijadikan Indah Pada Pandangan Manusia
Download Telegram
Forwarded from GLT - Teknikal / Skrip
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Semua item 20 gram & 5 dinar ke bawah sudah boleh ditebus secara terus di My GAP GIT Withdrawal. Tak perlu wasap staf untuk buat. 5 gram pun ada tu.

Boleh cuba.
Forwarded from Bank Content JE24K
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Forwarded from Nota Emas Kak Ina Public Gold (Mazlifah Kak Ina)
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
CARA Top UP GAP atau Pembelian Pertama GAP
APA ITU GAP?

GAP ialah singkatan dari Gold Accumulation Program. Ia adalah salah satu cara bagaimana kita boleh membeli emas secara sedikit demi sedikit serendah 1 gram atau RM100 (0.3g++).

Ia kaedah terbaik dan termurah untuk mendapatkan emas serendah 1 gram di Malaysia.

Hari ini 18/02/2021 segram emas harganya RM253

Kalau korang nak mula terus simpan 10g kiraanya adalah RM253 x 10g = RM2530

PRINSIP SYARIAH DALAM GAP.

Kita membeli GRAM EMAS milik Public Gold dengan memindahkan sejumlah wang ke akaun Public Gold. Akad jual beli termeterai secara sah (ijab dan qabul) apabila Public Gold mula merekod pembelian GAP ke dalam penyata atas talian (online statement) pembeli. Ketika memindahkan wang, ia hanyalah sebagai deposit keselamatan (security deposit) atau hamisy jiddiyyah.

APA KEISTIMEWAAN GAP?

Antara kelebihan GAP ialah:

1. Boleh beli emas 999.9 dengan bajet minimum serendah RM100 atau 1 gram.

2. Beli gram emas melalui akaun GAP dan emasnya disimpan serta dijamin oleh Public Gold. Tiada upah simpan dikenakan. Dari masa ke semasa, kita boleh menambah gram emas kita dengan pembelian seterusnya.

3. Beli gram emas melalui akaun GAP dan emasnya kita boleh keluarkan dalam bentuk gold bar atau dinar di mana-mana cawangan Public Gold yang terdekat dengan kita.

4. Urusniaga 24 jam sehari 365 hari setahun. Boleh beli dan jual secara online.

5. Tiada komitmen bulanan.

APA LAGI YANG ANDA PERLU TAHU?

1. Untuk mengaktifkan akaun GAP, baki minimum sebanyak 1 gram perlulah ada pada setiap masa.

Kita boleh mengeluarkan kesemua baki gram dalam akaun GAP, tetapi ia akan diklasifikasikan sebagai "tutup akaun".

Caj pembukaan akaun akan dikenakan bila kita ingin membeli melalui kaedah GAP pada masa hadapan.

2. Setiap gram yang terkumpul dalam akaun GAP, boleh dikeluarkan dalam apa saja item dalam bentuk gold bar atau dinar.

Gold premium yang minimum akan dikenakan, bergantung kepada item emas apa yang kita keluarkan.

Bayaran gold premium hendaklah dibayar secara tunai ketika pengambilan emas.

3. Akaun GAP boleh dibuka untuk sesiapa saja yang memiliki kad pengenalan.

Bagi yang berumur di bawah 18 tahun, akaun akan dinamakan secara bersama dengan ibu atau ayah.

SIAPA YANG PATUT MEMBELI SECARA GAP?

Sesiapa saja boleh membeli emas di Public Gold menggunakan kaedah GAP.

Tetapi biasanya kumpulan berikut akan menjadikan akaun GAP sebagai prioriti :

1. Orang yang mahu mengumpul emas secara sedikit-sedikit sehingga tercapai gram yang diinginkan, barulah dikeluarkan emas itu.

2. Orang yang mahu mengumpul emas secara sedikit-sedikit atau banyak tetapi ada isu keselamatan apabila menyimpan sendiri.

3. Orang yang mahu mengalih simpanan tunai menjadi simpanan emas seperti akaun simpanan di bank.

4. Orang yang bekerja atau menetap di luar negara. Sesekali pulang ke Malaysia, bolehlah diambil emas yang dikumpul sekian lama di dalam akaun GAP.

Info tambahan:
Harga GAP dikemaskini sekali sehari pada pukul 12 tengah malam.

Nak buka acc GAP, klik aje
http://www.wasap.my/60126246131/BukaGAP
Forwarded from Tips Kewangan & Emas Public Gold (Azril Hisham) (Azril Hisham)
Last day promosi
Forwarded from Gold Science by Lina Halim
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Cantiknya 10 Dinar ni !
Jom sama-sama kumpul dalam akaun GAP
Hujung tahun kita keluarkan fizikal.

PUBLIC GOLD 10 DINAR 42.5G (AU999.9)

Item Description

Metal : Au
Weight (g) : 42.50 gram
Purity : 999.9
Diameter : 38mm
Tak perlu kaya baru nak bermula
Tak perlu payah dan susah macam awal dulu

Nak beli emas mudah bila ada PG CODES

Tak payah nak beratoq kat kedai emas
Tak payah nak bawa cash
Tak payah modal besar

Hanya Dengan ACC GAP Public Gold
Bila bila masa
Dimana saja
Login , masukan pg codes & paswood

Klik Menu
Klik My Gap
Klik Go to New site
Klik Buy Gap Now
Tick Fpx payment
Masukkan nilai emas nak beli

Nila RM atau gram yang kita nak beli
* min belian Dalam acc Gap RM 100 .. ye RM 100 ..tak caya ..RM 100 saja

Klik Procees payment
Dapat Fpx system ..follow step.payment ikut bank anda

Sampai keluar Back to SGAP PORTAL

KLIK AKAN TERTERA SUSSECC

KLIK HOME
KLIK BALANCE AVALIABLE UNTUK TGK DETAIL

TERTERA PROCESSING .. & GRAM EMAS YG BELI TADI

STATMENT NI MACAM SAVING ACC

TUNGGU PROCESS UPDATE AMBIK MASA ..30.MINIT KE 24 JAM

NANTI BALANCE AKAN UPDATE JUMPAH GRAM EMAS TADI

INILAH ACC EMAS ANDA ..

Nak saya bantu anda punyai ACC EMAS PUBLIC

AMEID OMAR
PG00284438
60126246131
๐Ÿ”ฅPROMOSI PAYWEEK BONANZA 25/2/2021 HINGGA 5/3/2021๐Ÿ”ฅ

Utk belian barang kemas PG Jewel

Status Normal Dealer

๐Ÿ“ŒBelian RM3000 + RM200 wealth card layak dapat status Normal dealer

๐Ÿ“Œjumlah RM3000 termasuk upah dan juga selepas masukkan kod diskaun ๐— ๐— ๐— ๐—ก๐——

๐Ÿ“Œbelian ini boleh EPP 6 kali, iaitu bayaran bulanan selama 6 bulan.

๐Ÿ“Œstatus dealer akan berkuat kuasa sebaik sahaja bayaran bulan pertama dan wealth card dijelaskan , tak perlu tunggu habis bayar

Status Priority Dealer

๐Ÿ“ŒBelian RM5000 + RM200 wealth card layak dapat status Priority dealer

๐Ÿ“Œjumlah RM5000 termasuk upah dan juga selepas masukkan kod diskaun ๐— ๐— ๐— ๐—ฃ๐——

๐Ÿ“Œbelian ini boleh EPP 6 kali, iaitu bayaran bulanan selama 6 bulan.

๐Ÿ“Œstatus dealer akan berkuat kuasa sebaik sahaja bayaran bulan pertama dan wealth card dijelaskan , tak perlu tunggu habis bayar


๐Ÿ’special, kod diskaun ๐— ๐— ๐— ๐—ก๐—— dan ๐— ๐— ๐— ๐—ฃ๐—— boleh juga guna utk pembelian biasa utk 3K dan 5K tidak semestinya hanya utk belian sebagai dealer

status Normal dealer dan Priority dealer ini ialah untuk keseluruhan PG Group iaitu public gold dan pgmall sekaligus, jadi anda dapat dua dua insentive dari apa saja belian di public gold dan pgmall

Teruskan belian di sini dengan senyuman ๐Ÿ˜€โค๏ธ
https://bit.ly/38vbIfh


Setiap belian akan mendapat
Shopper cash back 0.5%
Super Supper 1.0%
Premium Shopper 1.5%
Elite Shopper 2.0%
Kisah 3 Abdul dan 100 Dinar.

KISAH ini berlaku di Isketambola.  Ahli perniagaan yang terkenal, Ismet Ulam Raja, mempunyai tiga anak lelaki โ€“ Abdul Wahab, Abdul Wahib, dan Abdul Wahub.

Pada suatu hari, Ismet Ulam Raja memanggil ketiga-tiga orang anaknya.

โ€œWahai anak-anakku Abdul Wahad, Abdul Wahib dan Abdul Wahubโ€.

โ€ Ya bapakโ€ ,  jawab mereka serentak

โ€œMinggu depan bapak akan sambut birthday yang ke 80. Jadi bapak ingin memberi hadiah kepada kamu.

โ€œBapak akan kasik kamu semua seorang 100 dinarโ€. Ini kerana bapak bersyukur pada tuhan kerana memanjangkan usia bapak.. hahahahahaโ€ฆโ€ ketawa si Ismet Ulam Raja dengan gembira.


Maka mereka pun ambil sorang 100 dinar seorang 

โ€œKamu semua bebas untuk membuat apa sahaja dengan dinar ini. Tapi ingat! bapak nak tengok anak-anak bapak pandai guna hadiah daripada bapak nieโ€.

โ€œYahoo!โ€ฆ bestnyerโ€ฆ terima kasih bapakโ€ฆ jerit mereka bertiga.

Kemudian Ismet Ulam Raja pun memberikan 100 dinar kepada Abdul Wahab, Abdul Wahib dan Abdul Wahub.

Apa yang berlaku selepas itu?
Mari kita tengok satu persatu apa yang dilakukan oleh Abdul Wahab, Abdul Wahib dan Abdul Wahub.

1 . Cerita Abdul Wahab.

Abdul Wahab rasa sangat gembira mendapat 100 dinar tu.. dalam hatinya berkata

โ€œWah.. aku kayaโ€ฆ bestnyer. Aku boleh joli sakan.

Maka Si Abdul Wahab pun joli sakanโ€ฆ beli kereta, beli baju.. pergi night club, berfoya-foyaโ€ฆ

Cukup sebulan habislah duit 100 dinar tu.

2. Cerita Abdul Wahib.

Si Abdul Wahib nie pun gembira dapat duit 100 dinar tu.

โ€œWah! pokcik kayaโ€ฆ katanya di dalam hatiโ€.

Memandangkan Abdul Wahib nie seorang yang kedekut maka dia ambil keputusan untuk menyimpan dinar-dinar nie di dalam peti besi. Maklumlah, takut hilang. Nak belanja pulak takut abisโ€ฆ

Abdul Wahib simpan ajer dinar-dinar ini dan tutup peti besi tuโ€ฆ

Jadi, bapak kasik 100 dinar..maka tetap tinggal 100 dinar jugak.

3. Cerita Abdul Wahub

Abdul Wahub โ€“ anak ketiga Ismet Ulam Raja adalah yang paling pintar kepala otaknya. 100 dinar tersebut digunakan untuk membuka ladang kambing. Abdul Wahub beli 60 ekor kambing (30 pasang), buat kandang dan mengupah 2 orang pekerja.


Abdul Wahub: dapat dinar terus buka ladang kambing.

Abdul Wahub tahu kambing nie cepat beranakโ€ฆ selepas itu dia boleh start jual daging kambing, susu kambing, bulu kambing, anak kambing dan baja tahi kambing.

Wah! semua tu mendatangkan pendapatan lumayan kepada Abdul Wahub.

โ€œHehehehe..pokcik kayoโ€ฆ jerit hati Abdul Wahub.. nanti bisnes kambing ana akan besar..kambing ana makin banyak.. untung ana makin tinggilah โ€

Akhirnya.. Abdul Wahub jadi kaya-raya dengan menjadi saudagar kambing.

Apakah kesimpulan daripada cerita diatas?

Daripada cerita diatas, kita akan mendapati rahsia menjana keuntungan lumayan dengan emas
sebenarnya bergantung kepada ilmu anda mengenai emas. 

Keyword: your knowledge will make money for you.

Yang lebih penting ialah apa yang anda tahu tentang emas.

Seperti cerita diatas:

1. Dinar jika dibelanjakan maka ia akan habis.

2. Dinar jika ia disimpan sahaja ia tetap tinggal 100 dinar.

3. Dinar + kepintaran kewangan = lebih banyak dinar.

Semakin banyak yang anda tahu tentang emas, semakin banyak teknik-teknik yang anda boleh gunakan bagi menjana keuntungan.

 Kepentingan emas + ilmu yang betul.

Saya ingin berkongsi kata-kata Robert T. Kiyosaki di dalam bukunya yang bertajuk 

Rich Dadโ€™s Conspiracy of The Rich โ€“ The 8 new rules of money.

Beliau menulis:

New Rule of Money

#1: Money is knowledge. Given the financial crisis we are in today, and with money becoming worth-less and less, a person with a financial education has an unfair advantage over those with a traditional education.

Buku ini sangat bagus untuk dibaca. Beliau menerangkan bagaimana masalah krisis ekonomi yang berlaku di dunia sekarang adalah kesan daripada tindakan President Richard Nixon memutuskan ikatan diantara USD dan emas pada tahun 1971.

Ini telah menjadikan USD dan matawang negara lain secara serentak menjadi wang fiat (tidak bersandarkan kepada apa-apa aset berharga, cuma berdasarkan kepercayaan terhadap kerajaan negara pengeluar wang tersebut.
Beliau juga menerangkan bagaimana kita boleh survive dari segi kewangan dalam situasi pada masa kini. Di dalam buku ini beliau menceritakan bagaimana peranan emas dan perak sebagai penangkis inflasi dan pentingnya anda menyimpan emas dan perak.

Anda boleh mendapatkan buku ini di kedai buku terkemuka seperti Popular, MPH, Borders etc.

 Daripada pembacaan ini anda akan dapat ilmu emas yang sangat banyak. Ia boleh menjawab soalan-soalan basic seperti bagaimana cara memulakan pelaburan. Apa jenis emas yang nak dipilih, kelebihan dan kekurangan setiap jenis emas, bagaimana menjana keuntungan dengan emas dan banyak lagi tips-tips mengenai pelaburan emas.

Ameid Omar
Gais,


Ada orang tanya saya tentang situasi harga emas yang menurun. Apa nak buat?

Jadi saya nak bagi 3 tips untuk anda.

Ini adalah pengalaman saya dan ibu saya (seorang peminat emas tegar)

Saya melabur emas secara serius sejak tahun 2008 (dah 13 tahun).

Mak saya pula dah beli emas sejak tahun 80an (40 tahun ++ gais). Dengan pengalaman sebegitu lama dengan emas, maka kami boleh berkongsi tips ini dengan anda.

๐Ÿ. ๐“๐ข๐ฉ๐ฌ ๐ฉ๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ฆ๐š:
Letak dalam minda anda. Emas adalah simpanan @ pelaburan untuk jangka masa panjang. Paling bagus 3 tahun minima. Paling bagus, beli dan pegang selama yang mungkin (anggap emas sebagai harta)

Semakin lama anda memegang emas, maka semakin bagus untuk anda. Waktu saya nak kahwin ) tahun 2001, saya beli emas 916 dengan hanya RM45 segram. Sewaktu serius melabur emas tahun 2008, harga emas 999.9 lebih kurang RM100 segram.

๐“๐ข๐ฉ๐ฌ ๐ค๐ž๐๐ฎ๐š: ๐Š๐จ๐ง๐ฌ๐ข๐ฌ๐ญ๐ž๐ง.
Strategi pelaburan emas yang terbaik adalah konsisten membeli.
Strategi paling tak boleh pakai ialah beli emas sekali, lepas tu harap harga emas naik (namun ini adalah benda yang sering saya jumpa). Ini bukan strategi pelaburan. Ini adalah perjudian (gamble)

๐“๐ข๐ฉ๐ฌ ๐ค๐ž๐ญ๐ข๐ ๐š: ๐Œ๐ข๐ง๐๐ฌ๐ž๐ญ
Bila harga turun, anggaplah itu peluang untuk anda beli barang mahal pada harga murah.
Memandangkan emas ialah aset fizikal yang mahal, maka anggaplah anda berpeluang beli benda mahal pada harga diskaun.

Seronok kan?

Dengan kata lain, pelaburan emas boleh jadi mindset game. Jika anda faham game ini maka anda akan menang.

Senang kan?

#NotaEmasSyukorHashim
AR-RAHNU

1. Apakah jenis emas yang diterima untuk gadaian?

Semua jenis barang kemas diterima KECUALI jongkong dan syiling emas.

2. Mutu emas manakah yang diterima untuk gadaian?

Mutu emas tidak kurang dari 75%.

3. Adakah barang kemas yang mempunyai permata boleh digadai?
Ya, tetapi jumlah berat permata (anggaran) akan ditolak untuk membuat gadaian. Bergantung kepada budi bicara penilai.

4. Kenapa Pos Ar-Rahnu Sdn Bhd menerima barang emas yang mempunyai permata sedangkan Ar-Rahnu di bank-bank lain tidak menerimanya?

Kerana Pos Ar-Rahnu Sdn Bhd menggunakan tiga kaedah untuk menguji emas:

-Kaedah timbang air;
-Kaedah gores pada batu menguji;
-Kaedah menggunakan asid.

5. Berapakah nilai minima gadaian?
Nilai minima gadaian adalah RM100.00 dari nilai emas.

6. Berapa kadar upah simpan yang diambil?

Di antara RM0.60 hingga RM0.80 (sebulan) bagi setiap RM100 nilai emas bergantung kepada nilai semasa dan tempoh pinjaman.

7. Cara pembayaran balik pinjaman.
-Tebus penuh;
-Tebus sebahagian
-Bayar ansur
-Bayar upah apabila cukup tempoh enam bulan.

8. Berapa lama tempoh pegangan barang yang digadai?

Tempoh matang bagi pembayaran upah adalah enam bulan. Jika pelanggan ingin melanjutkan tempoh gadaian selama 6 bulan berikutnya, pelanggan perlu membayar kadar upah bagi tempoh gadaian enam bulan sebelumnya. (Nota: Upah belum ditolak dari nilai pinjaman asal )

9. Berapakah kadar pegangan nilaian emas (sandaran untuk gadaian)?
Kadar pegangan nilai emas adalah mengikut nilai pasaran emas semasa.

10. Berapakah had pinjaman bagi seorang pelanggan?

-Had pinjaman adalah sehingga 80% (tertakluk kepada terma dan syarat yang ditentukan)
-Jumlah pinjaman maksimum bagi setiap pelanggan: RM30,000 (pada hari yang sama)
-Jumlah pinjaman terkumpul bagi setiap pelanggan: RM100,000.00.

11. Bagaimanakah cara yang perlu dilakukan sekiranya surat gadaian pelanggan hilang?

-Aduan perlu dibuat segera oleh Penggadai (wakil tidak dibenarkan) kepada cawangan ArRahnu@POS di mana gadaian dibuat
-Penggadai dikehendaki mengisi borang Aduan Surat Gadaian Hilang dan hendaklah mendapatkan pengesahan Pesuruhjaya Sumpah
-Pelanggan perlu datang semula ke cawangan ArRahnu@POS bersama dokumen di atas (item ii.) bagi mendapatkan salinan surat akuan gadaian.

12. Berapa lamakah tempoh untuk mendapatkan salinan surat gadaian?
Serta-merta jika kesemua dokumen seperti di no.11 (i, ii dan iii) lengkap diperolehi.

13. Adakah penebusan boleh dilakukan oleh wakil (selain dari penggadai asal)?

Ya, penebusan boleh dibuat dengan membawa Surat Gadaian Asal, Kad Pengenalan Diri Wakil (asal), Surat Kebenaran daripada Penggadai dan Salinan Kad Pengenalan Diri Penggadai. Wakil mestilah warganegara Malaysia. Penggadai akan dihubungi untuk pengesahan.

14. Bolehkah barang yang digadai (kuantiti yang lebih daripada satu)ditebus sebahagian?

Boleh, dengan syarat upah keseluruhan bagi gadaian yang dibuat perlu dijelaskan terlebih dahulu. Baki emas yang belum ditebus akan dinilai semula dan surat pajakan baru akan dikeluarkan.

15. Syarat-syarat gadaian dan dokumen yang perlu dibawa?
-Hadir sendiri
-Emas sahaja
-Warganegara Malaysia
-Berumur 18 tahun dan ke atas;
-Bawa pengenalan diri MyKad/ lesen memandu/ passport;

16. Adakah tambahan pinjaman boleh dilakukan?

-Boleh, jika penggadai tidak mengambil nilai gadaian maksimum yang dibenarkan iaitu RM100,000.00;
-Penggadai perlu membayar upah yang dikenakan bagi gadaian yang dibuat sebelum ini;

-Wakil tidak dibenarkan untuk membuat tambahan pinjaman.

17. Jika barang yang dilelong mempunyai baki, adakah pelanggan boleh menuntut baki tersebut?
Baki lelongan akan dipulangkan kepada pelanggan setelah ditolak kos upah.

18. Siapakah yang boleh dihubungi untuk sebarang pertanyaan lanjut?
Pelanggan boleh mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkhidmatan ArRahnu@POS melalui:
-Laman web www.pos.com.my; atau
-Menghubungi talian khidmat pelanggan iaitu 1-300-300-300; atau
-Menghubungi Cawangan Pos Ar-Rahnu di Cawangan Pos Malaysia Bandar Baru Bangi di talian 03-89221261 / dan Kuala Terengganu di talian 09-6224760.

19. Bilakah waktu operasi ArRahnu@POS?
Mengikut waktu operasi pejabat pos iaitu 8.30 pagi sehingga 5.00 petang (kecuali cuti umum dan sabtu minggu pertama setiap bulan).

20. Berapakah bayaran/nilai yang perlu dijelaskan ketika barang gadaian dituntut/ditebus?
Bayaran adalah seperti semasa emas dipajakkan.

21. Bolehkah pelanggan membuat tambahan kepada nilai pajakan sedia ada sekiranya aduan ke atas kehilangan surat pajak terdahulu masih dalam proses?
Tidak.

22. Bolehkah pelanggan membuat pajakan baru sekiranya aduan ke atas kehilangan surat pajak terdahulu masih dalam proses?

Boleh, tetapi tertakluk kepada jumlah terkumpul setiap individu.

23. Apakah jaminan sekuriti yang boleh ArRahnu@POS tawarkan kepada Pelanggan yang membuat transaksi di sana?

Urusniaga adalah dilaksanakan dengan telus dan di hadapan pelanggan. Ruang operasi adalah dalam premis pejabat pos yang dilengkapi kelengkapan keselamatan. Pihak ArRahnu@POS menekankan pematuhan kepada standard operasi dalam operasinya.

Ameid Omar
Emas adalah lambang kekayaan

Emas adalah lambang kecantikan

Emas adalah lambang kekuasaan

Emas adalah lambang kejayaan di akhirat

Emas sebagai lambang kekayaan.