Emas dan Dinar Masa depan
81 subscribers
523 photos
23 videos
8 files
209 links
Emas Dijadikan Indah Pada Pandangan Manusia
Download Telegram
PATUH SYARIAH PUBLIC GOLD : Part 4.

Nak faham tentang prinsip asas patuh Syariah ni mudah saja.

Berikut saya berikan beberapa point penting :

1. Patuh Syariah itu berkenaan dengan halal atau haram dan sah atau batal sesuatu transaksi kewangan.

2. Kita boleh berpandukan kepada hukum sedia ada jika persoalan itu adalah straight forward, serupa dan telah diputuskan hukumnya samada oleh nas (Al-Quran dan Al-Hadith) yang jelas atau ijtihad para ulamak terdahulu.

3. Namun begitu, jika hukum itu adalah berdasarkan ijtihad kerana tidak ada nas yang jelas, ia masih boleh berlaku perubahan berdasarkan ijtihad semasa yang lebih sesuai dengan situasi semasa.

4. Teramat bagus jika sesebuah syarikat emas itu mempunyai penasihat Syariahnya sendiri. Ini kerana beliau boleh menjadi sumber rujukan jika berlaku khilaf atau ketidaksepakatan semua orang yang terlibat dalam menentukan status patuh Syariah sesuatu urusniaga.

5. Jika tidak dilantik penasihat Syariah, tidaklah bermakna urusniaga dengan Syarikat terbabit tidak patuh Syariah. Cuma ia mungkin boleh menimbulkan pertikaian.

6. Dalam keadaan sesebuah syarikat itu telah melantik penasihat Syariah secara rasmi, maka terletak di atas bahu penasihat Syariah tersebutlah segala tanggungjawab untuk membuat ketetapan terhadap segala isu Syariah yang timbul.

7. Bagi semua pelanggan yang berurusan dengan syarikat tersebut, mere la sepatutnya memberi sepenuh kepercayaan kepada penasihat Syariah tersebut Dan menggunapakai segala ketetapan yang telah ditetapkan oleh penasihat Syariah tersebut.

8. Jika mereka tidak bersetuju, atau mempunyai pendapat yang lain, mereka boleh memilih untuk tidak berurusan dengan syarikat tersebut.

9. Tidak sepatutnya apabila sudah dilantik penasihat Syariah, kita masih mendahulukan ilmu yang kita ada atau mendengar pendapat dari orang lain yang tidak dilantik dalam menentukan sah atau batal dan halal atau haram sesuatu urusniaga yang berlalu dalam syarikat tersebut. Keadaan ini amatlah canggung dan tidak sepatutnya kerana ia hanya akan menimbulkan perbalahan yang tidak berkesudahan.

10. Penasihat Syariah yang dilantik akan menetapkan sesuatu hukum setelah mengambil kira pelbagai perkara. Ia bukan semata-mata teori tetapi melibatkan juga aspek praktikal, uruf dan sebagainya.

11. Kadang-kadang kita boleh dapati keputusan yang dibuat itu secara kasarnya seperti tidak patuh Syariah. Tetapi sebenarnya kita perlu tahu perinciannya mengapa urusniaga tersebut disahkan patuh Syariah oleh penasihat Syariah tersebut.

12. Bertanyalah untuk mengetahui, bukan bertanya untuk menafikan. Banyak ijtihad yang dibangkang oleh ramai orang kerana merasa tidak tahu dan tidak faham mengapa ijtihad sebegitu dibuat.

13. Dalam masalah berkaitan Fiqh mualamat, tiada hukum yang objektif. Ia memerlukan perbincangan dan perincian yang teliti. Biasanya hukum yang berlainan akan terhasil dari masalah yang berlainan.

14. Datuk Dr. Mohd Daud Bakar adalah seorang ahli yang pakar dalam bidang Fiqh muamalat. Beliau seorang alim yang sangat mantap asasnya dan sangat meraikan uruf dan situasi semasa.

15. Pengalaman saya dalam urusan pengesahan pematuhan Syariah PG ini, ia mengambil masa yang sangat lama untuk diperhalusi. Jika tak silap saya hampir setahun juga masa yang diambil sebelum pengesahan patuh Syariah untuk outright purchase (full payment dan EPP) dan GAP dapat diisytiharkan patuh Syariah.

16. Proses ini tidak terhenti setakat itu saja. Ia akan disusuli kemudiannya oleh semakan Syariah dan audit Syariah. Semua itu akan menjadi tanggungjawab penasihat Syariah dan pasukannya.

17. Penasihat Syariah juga berhak mencadangkan penambahbaikan untuk apa saja inisiatif yang berlaku dalam PG supaya semuanya patuh Syariah. Ini adalah sesuatu yang dijangka kerana perniagaan PG juga telah berkembang maju dengan pesatnya.

Begitulah serba sedikit prinsip patuh Syariah yang perlu kita fahami bagi sebuah syarikat yang mempunyai penasihat Syariahnya sendiri seperti PG.

Nanti saya sambung lagi. Episod kita masih panjang.
Kelebihan Dan Kekurangan Emas LBMA

Secara ringkasnya, ini saya senaraikan kelebihan dan kekurangan emas LBMA untuk makluman sahabat pembaca:
Kelebihan emas LMBA Public Gold

Pembeli jimat dari membayar cukai GST sebanyak 6%

Emas ini diiktiraf peringkat antarabangsa. Maksudnya kalau nak jual di luar negara, ia diterima dengan harga yang lebih tinggi.

Ianya sangat cantik, nampak high-class, dan saya yakin kita bangga memiliknya. Emas LBMA ni menyelesaikan rungutan pembeli emas Public Gold sebelum ni tentang packaging yang rendah standard.

Kekurangan emas LBMA Public Gold

Emas ini berseal kekal. Kalau buka plastik seal tu, Public Gold hanya akan beli balik sebagai “used gold” dengan spread sekitar 10% (kalau tak buka seal, spread cuma setinggi 8% sahaja).

Emas ini diterima oleh banyak ar-rahnu, tapi kebanyakkan ar-rahnu mensyaratkan seal tu mesti dibuka untuk ujian ketulenan. Kalau buka, maksudnya kita rugi susut nilai 10%. Buat masa ni, cuma Ar-Rahnu Pos Malaysia sahaja yang terima emas Public Gold tanpa perlu buka seal.

Susut nilai lebih tinggi sedikit.

Gold premium lebih tinggi sedikit.
TUNTUTAN EMAS DI PUBLIC GOLD JIKA BERLAKU KEMATIAN
.
Jika ada berlaku kematian pada penyimpan emas GAP, dokumen yang diperlukan oleh waris untuk menuntut emas di cawangan Public Gold adalah :

Sijil Kematian

Sijil Perkahwinan (Suami/Isteri), (jika anak adalah pewaris maka kemukakan surat beranak)

Salinan IC pewaris

Surat mahkamah – pindah milik/tadbir harta simati kepada pewaris (isteri/anak-anak).

Setelah semua dokumen ada, serahkan semua dokumen lengkap kepada Public Gold di cawangan yang berdekatan untuk proses pindah milik.

Jika Easy Payment Purchased (EPP), waris boleh juga buat tuntutan. Ada 2 kemungkinan ;
jual kembali kepada Public Gold pada harga semasa atau
waris boleh buat pembayaran baki nilai emas dan menuntut emas tersebut.

Harap Maklum.

* Tertakluk kepada perubahan terma & syarat dari Public Gold International Berhad
.
Jika anda seorang dealer, anda hanya perlu mengisi borang penama (nominee) yang boleh di dapati di web Public Gold. Hanya dengan
1️⃣ Mengisi borang yang di muat turun, tanda tangan anda dan penama di borang tersebut

2️⃣ Muat naik borang 1️⃣ beserta salinan kad pengenalan anda dan penama

3️⃣ Apabila selesai, anda akan menerima email notifikasi bahawa permohonan anda telah berjaya.

4️⃣ Jika berlaku kematian hanya bawa pengenalan diri ke cawangan Public Gold untuk pengesahan
Perkongsian Nota Syukor Hashim berkenaan emas 99.99 dan 999.9

Baru-baru ini saya menerima soalan berkenaan emas yang berketulenan 99.99 dan emas 999.9


Apa bezanya ke ketulenannya?

Jawapan: Kedua-duanya merujuk kepada ketulenan yang SAMA.

1) Apabila pengeluar emas mencetak nombor 99.99 (biasanya tanpa tanda %) diatas jongkong emas tersebut , mereka merujuk ketulenan di dalam bentuk peratus (tengok gambar gold bar Perth Mint)

99.99 bermaksud emas ini berketulenan 99.99% daripada 1000 bahagian emas (99.99% from 1000 part of gold)

2) Apabila pengeluar mencetak nombor 999.9, mereka merujuk kepada kandungan emas adalah sebanyak 999.9/1000 bahagian emas (999.9 per 1000 part of gold). Tengok gambar jongkong emas Public Gold.

Mari kita convert 99.99% kepada per thousand part of gold.
Pengiraannya adalah seperti berikut:

(𝟵𝟵.𝟵𝟵/𝟭𝟬𝟬) 𝘅 𝟭𝟬𝟬𝟬 = 𝟵𝟵𝟵.𝟵 <== 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝟵𝟵𝟵.𝟵
Dengan kata lain, ketulenan 99.99 dan 999.9 adalah sama.

Cuma bila pengeluar tak letak tanda peratus, itu yang orang jadi keliru.

Kemudian, apa beza diantara fine gold dan pure gold?
Jawapan tiada beza. Itu adalah istilah bahasa Inggeris sahaja.
Contoh, madu asli dan madu tulen. Apa beza tulen dan asli? Sama ajer.

Last sekali, kalau nak bagi senang faham, saya bagi konteks yang lain sikit.
Apakah beza tali panjang 100 cm dan tali panjang 1 meter?
Jawapan: Sama ajer panjangnya.

Cuma satu disebut dalam cm dan satu lagi disebut dalam meter.

Dapat tangkap sekarang?

#NotaEmasSyukorHashim
Kalau ada yang masih lagi tak tahu atau masih fikir2 lagi cara yang sesuai untuk menyimpan emas, boleh cuba cara ini.

Challenge yourself 💪 and YOU CAN BE NEXT!!!