Emas dan Dinar Masa depan
81 subscribers
523 photos
23 videos
8 files
209 links
Emas Dijadikan Indah Pada Pandangan Manusia
Download Telegram
𝑰𝑳𝑴𝑼 𝑨𝑺𝑨𝑺 𝑷𝑨𝑱𝑨𝑲 𝑬𝑴𝑨𝑺.

4 perkara penting yang anda kena tahu bila nak pajak emas.

1. Harga emas.
2. Kadar pinjaman.
3. Kadar upah simpan.
4. Tempoh pinjaman.

KETERANGAN.

1. Harga emas.

Harga emas akan mengikut harga semasa dan berbeza mengikut mutu emas. Setiap harga emas akan berbeza di setiap tempat pajak/arrahnu. Ada yang ambil tinggi dan ada yang ambil rendah.

Jenis mutu emas.

• 999
• 950
• 916
• 875
• 835
• 750
• 585

Makin tinggi ketulenan emas anda, maka tinggilah harga emas yang anda akan dapat.

2. Kadar pinjaman.

Kadar pinjaman adalah jumlah pinjaman yang anda akan dapat daripada jumlah harga emas yang ada pajak. Setiap tempat pajak/arrahnu berbeza kadar pajak. Ada yang beri 60%, 65%, 70%, 75%, 80%. Malah yang lebih tinggi pun ada. Makin tinggi kadar pinjaman, maka makin tinggilah duit anda dapat pinjam.

3. Kadar upah simpan.

Caj yang dikenakan sebagai upah mereka menyimpan emas kita. Kadar upah simpan juga berbeza mengikut tempat pajak/arrahnu. Biasanya akan dinilai berdasarkan nilai emas yang kita pajak. Yang berbeza adalah kaedah yang digunakan. Ada yang setiap RM100, ada yang berdasarkan peratus. Contoh seperti di bawah.

Nilai Marhun Kadar upah simpan bulanan bagi setiap RM100 nilai marhun

RM2000 pertama ke bawah RM0.70
RM2001 hingga RM10000 RM0.75
RM10001 ke atas RM0.80

Contoh kiraan, kalau nilai marhun emas anda RM2000.

RM2000 ÷ RM100 = 20
20 x RM0.70 = RM14

Maka, upah simpan anda untuk sebulan ialah RM14

4. Tempoh pinjaman

Tempoh pinjaman adalah tempoh masa yang diberikan untuk anda bayar balik pinjaman yang telah dibuat termasuk upah simpan. Tempoh pinjaman juga berbeza mengikut tempat pajak/arrahnu. Ada yang tempoh pinjaman setahun, ada yang 6 bulan. Ada juga yang 6 bulan + 6 bulan. Ada juga yang dapat buat 6 bulan + 6 bulan sehingga 5 tahun. Kebiasanya kalau anda mahu + 6 bulan anda perlu bayar dulu upah simpan yang asal.

Bagi cara bayaran, ada tempat yang anda boleh bayar bila-bila masa sahaja, bayar sikit-sikit. Ada yang boleh bayar bulan-bulan. Ada yang perlu bayar sekaligus. Dan ada juga yang fleksibel terpulang pada anda nak bayar macam mana.

CONTOH PENGIRAAN PINJAMAN YANG ANDA AKAN DAPAT BERDASARKAN SITUASI SEBENAR.

Anda nak pajak/arrahnu 10gram jongkong emas anda yang berketulenan 999.

1. Harga emas 999 hari ini RM280
2. Kadar pinjaman 75%

10gram x RM280 = RM2800
RM2800 x 75 = RM210000
RM210000 ÷ 100 = RM2100

Maka, jumlah pinjaman yang anda akan dapat ialah RM2100

BAGI PEMBAYARAN PULA ANDA KENA BAYAR JUMLAH PINJAMAN + UPAH SIMPAN. HABIS BAYAR ANDA AKAN DAPAT BALIK EMAS ANDA.

MANFAAT DARI PAJAK/ARRAHNU EMAS.

1. Dapat buat pinjaman tanpa ada unsur riba.
2. Dapat buat pusingan modal atau besarkan bisnes bagi peniaga tanpa perlu meminjam dengan bank.
3. Rata-rata orang memajak emas kerana mahu beli sesuatu. Contoh anda nak beli TV LCD berharga RM2000. Nak bayar terus RM2000 mungkin tidak mampu atau bajet bulanan anda lari. Cara terbaik, pajak/arrahnu emas anda, duit dari hasil gadaian anda beli TV LCD. Bulan-bulan anda hanya perlu bayar di arrahnu. Kaedah ini jauh lebih jimat berbanding buat pinjaman kedai atau bank, sebab anda perlu bayar kaedah faedah yang tinggi. Habis bayar anda dapat TV dan EMAS.
4. Dapat digunakan waktu kecemasan tanpa perlu menyusahkan orang lain.

NOTA TAMBAHAN.

1. Pajak di arrahnu (pajak gadai Islam) lebih selamat kerana simpanan emas anda dijamin dan tiada unsur riba.
2. Pajak hanya bila perlu dan ada matlamat yang jelas. Jangan pajak emas anda hanya kerana mahu ada duit di tangan semata-mata.
3. Pengalaman saya, dinar dan jongkong emas Public Gold paling senang diterima untuk dipajak/arrahnu.

KESIMPULAN.

Anda perlu bijak membuat perbandingan di setiap tempat pajak/arrahnu berdasarkan 4 perkara utama tadi. Kemudian, anda nilailah sendiri tempat yang mana yang lebih berbaloi untuk anda pajak/arrahnu emas anda.

SEMOGA BERMANFAAT.
Pelan pembayaran mudah patuh syariah 10 bulan yang dinamakan Syariah Easy Payment Plan 10 (SEPP10) baru sahaja dilancarkan pada Khamis 26 September 2019 yang lalu oleh syarikat Public Gold terbuka kepada mana-mana pembelian minima 10 gram Goldbar LBMA / Bunga Mas / Tai Fook dan juga pembelian minima 1 Dinar Emas LBMA.
Pelan pembayaran SEPP10 ini BUKAN merupakan ansuran bulanan seperti hutang. Pelan SEPP10 ini ialah pembayaran deposit sekuriti (security deposit) selama 10 bulan dan setelah cukup, barulah anda ambil stok emas pelaburan anda di Public Gold.
Gold Accumulation Program (Program Akumulasi Emas) bertujuan memudahkan orang ramai untuk membuat simpanan emas dengan modal serendah RM100 sahaja. Program ini disokong 100% oleh emas fizikal.
Pembeli boleh mengeluarkan emas yang telah dikumpulkan di dalam akaun GAP ke dalam bentuk jongkong emas di mana-mana cawangan Public Gold di seluruh negara.
Minima pengeluaran adalah 1 gram goldbar. Manakala baki minima dalam akaun hanyalah 1 gram sahaja.
Saya dapati syarat baki minima sebanyak 1 gram dalam akaun simpanan GAP ini jauh lebih rendah daripada syarat yang ditetapkan oleh bank-bank komersial.

Ciri-ciri & Kelebihan:

Pengumpulan emas fizikal dengan ketulenan Au999.9 (24K)

Pembelian minimum RM100 atau 1 gram

Patuh syariah

Pembelian ini kemudiannya akan ditukarkan kepada berat emas sehingga 4 titik perpuluhan (eg. 0.0001gm).

Disokong 100% oleh emas fizikal Au999.9

Tiada yuran simpanan

Pegangan baki minima di dalam akaun 1 gram sahaja

Pengeluaran sekurang-kurangnya 1gm emas fizikal

Akaun bersama antara ibu bapa dan anak-anak disediakan

Arahan tetap bulanan disediakan (monthly standing instruction)

Diaudit oleh juruaudit bebas

Urusniaga bila-bila masa. 24 jam sehari, 365 hari setahun

Saya dapati program Gold Accumulation Program (GAP) Public Gold adalah yang terbaik di Malaysia.
Pada 29 September 2017, panel penasihat syariah Amanie Advisor telah mengeluarkan Sijil Patuh Syariah ke atas aktiviti jual beli emas akaun GAP Public Gold.
Sijil patuh syariah Program Gold Accumulation (GAP) Public Gold bertarikh 29-10-17
Pengumuman secara rasmi telah dilakukan pada 11.11.2017 lalu di Hotel Tabung Haji, Kelana Jaya.
Mulai sekarang, anda dah tak perlu berasa was-was untuk berjual beli secara online emas pelaburan 24K LBMA yang tidak dikenakan cukai GST / SST melalui akaun GAP. Anda boleh mulakan serendah RM100.
Terdapat DUA (2) jenis Akaun Simpanan Emas GAP:

Akaun Simpanan Emas GAP (Dewasa) – Layak untuk usia genap 18 tahun dan ke atas.

Akaun Simpanan Emas GAP (Junior) – Layak untuk usia sehari hingga bawah 18 tahun. Kesemua transaksi jual balik / Ar-Rahnu memerlukan akaun bank Ibu / Bapa / Penjaga. Akaun Simpanan Emas GAP (Junior) akan secara automatik bertukar kepada Akaun Simpanan Emas (Dewasa) setelah mencapai 18 tahun dan pemegang akaun perlu mengemaskini profil dan info bank dalam sistem.
1.  Rahsia Pelaburan

Saya suka merujuk Tip pelaburan dari Tuan Azizi Ali Mentor Wang yang mengatakan

Antara rahsia bagaimana untuk memaksimakan keuntungan dalam pelaburan ialah ‘Invest Big’

“Ramai orang yang tak tahu akan rahsia ini” katanya lagi.  Melabur besar bukan sahaja kepada emas malahan kepada apa sahaja pelaburan asalkan pelaburan tersebut benar-benar tulin setelah dibuat kajian terlebih dahulu.
Peribahasa Melayu yang mengatakan “Sikit-sikit lama2 jadi bukit” tidak sesuai digunakan dalam pelaburan malahan bila melabur sikit akan jadi “sikit-sikit lama2 jadi sikit”
2.  Senario Pelaburan

Dalam pelaburan kita mesti melabur besar dan ini juga bergantung kepada kemampuan anda.  Beliau juga memberi dua senario yang berbeza:
Senario #1 – Katakan anda mempunyai wang sebanyak 10,000 untuk dibuat pelaburan, jika anda melabur 5,000 dari wang tersebut dengan beli emas bermakna anda telah melabur 50% dari wang tersebut dan
Senario #2 – Katakan anda mempunyai wang sebanyak 100,000, jika anda melabur 5,000 dari wang tersebut untuk beli emas bermakna hanya 5% sahaja dan ini sangat kecil. Apa yang dimaksudkan dengan ‘invest big’ ialah anda melabur 30-40% dari jumlah wang pelaburan iaitu 30,000 – 40,000.
Dalam pelaburan kita mengira ikut kiraan peratus % (percentage). Cuba lihat contoh di bawah ini:
Senario #2 yang mempunyai wang sebanyak 100,000 untuk dibuat pelaburan emas.

Katakan harga emas naik 2 kali ganda, jika anda melabur hanya 5% dari 100,000 ini bermakna pelaburan anda hanya menjadi 10,000.

Tetapi jika anda melabur besar katakan 50% dari 100,000 ini bermakna pelaburan anda sudah menjadi 100,000. Di sinilah kita akan nampak perbezaan yang sangat ketara bila ‘Invest Big’.

“Selalunya saya akan tambahkan duit saya dalam pelaburan secara maksima” kata Tuan Azizi Ali lagi
Sudah tentulah apabila kita mula melabur kita akan mulakan dengan sedikit dahulu untuk mempelajari selok belok tentang jual beli emas dan setelah kita rasa konfiden maka bolehlah kita tambah sehingga mencapai kepada target 40-50%.  Mungkin mengambil masa dalam 6 bulan.
3.  Kesimpulan

Tuan Azizi Ali dalam buku karangan beliau “Masa untuk Emas” pernah buat saranan supaya jadikan 10% aset emas sebagai insuran kewangan tetapi jika anda melihat emas dari sudut pelaburan, anda mesti ‘Invest Big’.
Itulah rahsia untuk memaksimakan keuntungan dalam pelaburan emas dan sudah setentunya mengikut kemampuan anda.
Apa itu Akaun Emas (GAP) – ‘Gold Accumulation Program’

Syarikat Public Gold adalah satu-satunya Syarikat Emas yang bukan sahaja memberi pendidikan yang betul tentang Pelaburan Emas malahan mempunyai Program Tabungan Emas (GAP) untuk kita menabung emas sedikit demi sedikit.
GAP adalah singkatan dari ‘Gold Accumulation Program’ kaedah yang sangat mudah, selamat dan patuh syariah untuk kita menabung emas serendah 1 gram atau lebih setiap bulan.
Forwarded from #NotaEmasSyukorHashim
Gais,

Quick update.

Harga emas sekarang sedang menaik. Apa sebabnya?

Jawapan: Ia disebabkan oleh pandangan daripada Janet Yellen, bakal setiausaha kewangan US.

Yellen menggesa penggubal undang-undang US untuk MENAMBAHKAN PERBELANJAAN untuk program bantuan Covid-19 us.

Bayangkan.

Bakal presiden US, Joe Biden mencadangkan pakej bantuan/ransangan bernilai 1.9 trillion USD yakni cetakan duit yang terlalu tinggi. Tambah pula dengan cadangan Yellen untuk tambah lagi nilai bantuan.

Bila duit yang terlalu banyak masuk kedalam ekonomi, ia menyebabkan risiko inflasi naik. Maklumlah, semua orang ada duit. Semua orang spend duit. Jadi risiko inflasi adalah tinggi.

Jadi, emas dilihat sebagai aset yang boleh melindung nilai daripda inflasi.

Jadi pelabur mula memberikan perhatian kepada emas.

Sebab itu kita lihat harga emas sudah naik.

Gais. Ini adalah contoh bagaimana news boleh menggerakkan harga emas.

Yellen baru buka mulut nak suruh tambah duit bantuan, emas dah naik.

Tapi kita kat Malaysia nie, majoriti adalah pelabur emas fizikal.

Bila harga emas turun, kita rasa gembira. Sebab kita boleh beli aset mahal pada harga murah.

Bila harga menaik balik, kita juga gembira. Sebab aset kita naik harga.

Apapun. Pelaburan emas adalah pelaburan jangka masa panjang.

Keep that in your mind.

#NotaEmasSyukorHashim
Forwarded from #NotaEmasSyukorHashim
Kelebihan Memiliki Bunga Mas & Taifook

Kini Bunga Mas dan Taifook Series dah menjadi pilihan ramai pelabur emas, oleh kerana kelebihan yang ada pada Bunga Mas dan Taifook melebihi dari Gold Bar LBMA.
Sebelum ini, memiliki Bunga Mas dan Taifook adalah sangat mahal oleh kerana GST dan peratus spread tinggi yang tinggi berbanding gold bar LBMA dan Dinar Emas LBMA.
Namun, selaras dengan kerajaan Malaysia memansuhkan GST menjadikan sifar GST kepada produk emas, produk emas kini bergerak lebih rancak dengan sifar GST. Ini memberi kelebihan kepada semua peminat tegar emas, menarik ramai pelabur emas untuk menukarkan simpanan kepada emas.
Dengan pemansuhan ini, harga emas lebih rendah dan banyak kelebihan kepada peniaga emas dan peminat emas khususnya.

Antara 6 Kelebihan Utama Bunga Mas dan Taifook:

Tidak bersampul – Boleh rasa dan pegang emas. Bila dapat pegang emas, auranya lebih menusuk kalbu, dapat merasai aura emas yang selalu diperkatakan orang tu.

Keunikan Dari Unsur Kesenian – Buatannya cantik, mempunyai unsur kesenian tradisional melayu yang sangan halus dan kesenian cina.

Sangat mesra Ar-Rahnu – Sebelum ini hanya Pos Ar-Rahnu Malaysia dan beberapa institusi pajakan yang terima emas bersampul ber cop LBMA, namun bunga emas dan tai fook diterima meluas di semua pajakan emas.

Tidak Cerewet – Tetap bernilai walau kemek, calar atau patah sedangkan jongkong emas LBMA kurang bernilai bila terkoyak sampulnya

Dikecualikan SST – Emas Public Gold semuanya dikecualikan cukai SST, jadi pelabur dan penyimpan emas tidak usah bimbang.

Sebagai hadiah – Emas Non LBMA ini sesuai dijadikan sebagai hadiah kerana design yang ada pada bunga mas dan taifook kelihatan lebih eksklusif.
Fahaman yang “salah” berkenaan GAP

Berikut adalah beberapa fahaman yang salah berhubung GAP iaitu:
1.Menganggap GAP sebagai satu skim. Sebenarnya GAP bukanlah satu skim tetapi ia adalah hanya satu program khas yang dibentuk oleh PG dlm kaedah pembelian dan pengumpulan emas secara sikit-sikit mengikut kemampuan semasa pembeli.
 
2.Menganggap GAP adalah “EMAS MAYA”/akaun semata-mata seperti GOLD SAVING ACCOUNT di bank2. Emas maya “HARAM” dari sudut syariah. Sebenarnya GAP bukanlah emas dlm bentuk maya/akaun tetapi ia adalah pembelian emas fizikal macam biasa cuma dipermudahkan oleh PG dengan menggunakan pendekatan BELI & SIMPAN TERUS DLM PETI SIMPANAN. Tiada had masa/tempoh simpanan dan jumlah simpanan. Cuma dlm tempoh promosi ini, upah simpannya adalah PERCUMA! Siapa yang beli dlm tempoh ini, upah simpannya PERCUMA hingga akhirnya. Emas fizikalnya juga boleh dikeluarkan bila-bila masa sahaja tanpa batasan waktu. Cuma dlm masa tdekat ini, PG terpaksa menggunakan tempahan secara manual dahulu memandangkan sistem tempahan online dlm proses pembangunan.
 
3.Menganggap GAP sebagai kaedah ‘deposit taking’. Sebenarnya ia bukan ‘deposit taking’ tetapi ia adalah pembelian emas fizikal secara tunai. Bayar dan terus dpt emas fizikal.
 
4.Menganggap GAP tidak relevan dan memberikan tekanan. Sebenarnya GAP adalah amat relevan dan ia bertepatan dengan syariah. Beli emas dan dapat emas fizikal. Admin nak bagi satu cth: katakan Wazir beli 11gram emas GAP dan berhasrat utk mengeluarkan kesemua 11gram emas tersebut dlm btk fizikal, jawapannya adalah boleh keluarkan semuanya. Secara otomatiknya akaun GAP milik wazir telah ditutup. Tetapi jika Wazir berhasrat untuk membuat belian baru, Wazir dikehendaki membuat bayaran tambahan sebanyak RM20 sebagai bayaran buka akaun baru dan diikuti dengan jumlah harga belian emas yang dibeli. Bagi mengelak bayaran RM20 tersebut berlaku, Wazir dicadangkan untuk meninggalkan baki 1gram di dalam akaun dan akaun GAP milik Wazir tidak akan ditutup secara otomatik. Konsep dan prosedurnya adalah sama dengan amalan bank-bank di Malaysia. Insyaallah.
100gram GOLD BAR BUNGA RAYA Public gold