Emas dan Dinar Masa depan
82 subscribers
523 photos
23 videos
8 files
209 links
Emas Dijadikan Indah Pada Pandangan Manusia
Download Telegram
Emas kali inflasi: Kira-kira 1400 tahun dahulu di zaman Nabi Muhammad SAW, harga 1 dinar boleh membeli seekor kambing. Zaman sekarang 1 dinar masih boleh beli seekor kambing yang harganya sekitar RM670 – RM750.

Membeli emas dapat elak kebocoran wang: Wang kertas sangat mudah dibelanjakan berbanding emas. Apabila kita tukar wang kertas kepada emas dapat mengekang sifat boros.

Menyimpan emas menanam sikap suka menabung: Apabila sudah mula simpan emas kita akan sentiasa mahu menambah jumlah emas simpanan kita.

Simpan emas tidak menjadikan kita miskin: Orang kata simpan emas ini adalah orang kaya. Anda tidak perlu tunggu kaya baru nak simpan emas kerana emas boleh dibeli serendah 1gram. Beli emas tidak menjadi anda miskin.

Jangan biarkan kekayaan kita dirompak: Kita merasakan dengan duit kertas didalam bank menjadikan kita kaya tetapi sebenarnya kekayaan kita dirompak secara senyap. Kalau kita simpan emas sudah pasti nilainya akan meningkat saban tahun berbanding duit semakin susut nilainya.

Emas boleh dijadikan modal pusingan: Anda boleh pajak emas di ArRahu untuk mendapatkan pinjaman pusingan modal perniagaan. Pinjaman anda mematuhi syarak. Apabila perniagaan anda menguntungkan boleh tebus semula emas yang dipajak. Anda dapat balik emas anda tanpa berkurang beratnya.

Emas tiada luput tarikh: Kelebihan simpan emas anda tidak perlu bimbang luput tarikh dan nilai semakin negatif. Nilai emas akan meningkat seiring dengan tahun.

Emas adalah simpanan untuk dilupakan: Berbanding duit simpan didalam bank gatal tangan untuk dibelanjakan berbanding emas fizikal rasa sayang untuk dibelanjakan. Kalau beli hari ini jual esok sekali pun anda akan rugi. Tujuan beli emas adalah untuk simpan. Beli banyak ketika murah dan jual ketika harga naik.

Emas adalah asset pelaburan: Anda boleh mula dengan kos rendah simpan emas serendah 1gram dan ditambah dari semasa ke semasa. Ia adalah pelaburan jangka masa panjang yang berbaloi dan diramalkan harga emas akan mencapai RM503 segram pada tahun 2020.
Kata kanak-kanak kecil yang belum kenal tendang terajang kehidupan, emas hanya logam….

Kata orang dewasa yang kenal sepak terajang dunia, kerja, hutang dan cukai, emas sangat-sangat bernilai.

Kata nenek saya, emas ni nak bagi ke cucu (perempuan sahaja)

Kata orang yang nak kahwin, kenaikan harganya, menyusahkan mereka untuk merancang dan membina istana.

Kata pakar ekonomi pula, “setiap kelebihan yang ada pada pelaburan emas sebenarnya bergantung kepada apa yang anda mahu”
Mengapa EMAS Adalah Simbol Kekayaan Sebenar!

* Ia sukar diperolehi.
* Emas tidak boleh dibinasakan.

* Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan tidak luntur .

* Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.

* Aset yang terunggul.

* Ia tidak boleh dimanipulasikan.

* Nilai yang terpelihara dan kekal.

Sukar Diperolehi - Sememang nya emas amat sukar untuk diperolehi. Ianya adalah sumber mineral dan hasil perut bumi dan ianya tidak boleh dicipta untuk menambah bilangan emas. Senang cerita ianya bukan barang yang boleh dibuat dihasilkan dengan kepandaian manusia melainkan hanya untuk memproses untuk menjadikan ianya produk emas. Ini kerja Allah yang Maha Esa.

Tidak Boleh Dibinasakan - Sebagaimana sukar untuk memperolehinya, begitu juga dengan kesukaran untuk memusnahkannya. Adakah emas boleh dibakar dengan suhu panas biasa? Adakah ianya larut di dalam air? Adakah emas luntur warnanya? Tidak bukan... Jadi ianya terbukti tahan dan kalis musnah.

Warna Kuning Keemasan - Lihat sahaja warnanya ianya sudah melambangkan kemewahan. Bahkan Raja-Raja pun banyak menggunakan warna kuning emas ini sebagai tanda kedaulatan dan kekayaan negeri.

Harga Emas Yang Meningkat - Seperti yang saya dah cerita tadi harga emas akan meningkat sebanyak purata 40% dari tahun ke tahun. Tak percaya boleh Google!

Aset Yang unggul - Jika anda membeli emas dengan kiraan satu Dinar, maka pada masa hadapan anda masih lagi memiliki nilai emas 1 Dinar. Ianya akan tetap berkilau, diterima dan tiada mata wang dunia yang tidak tertakluk oleh emas!

Sukar Untuk Dimanipulasi - Andaikata matawang, ianya amat mudah untuk dimanipulasi. Jika masih ingat bagaimana matawang Ringgit kita di permainkan sehingga pada satu tahap jatuh kepada RM4.50 berbanding dollar. Tetapi tidak pada emas. Emas tidak boleh dicetak, beli secara melampau dan menjual sesuka hati dengan tujuan manipulasi. Bagaimana hendak membeli emas secara banyak jika penghasilannya terhad? Ianya tidak sama sekali lemah seperti matawang

Nilai Terpelihara - Macam yang saya katakan tadi nilai emas adalah unggul dan tidak boleh dimanipulasikan. Sekaligus menjadikan ianya komoditi terpelihara nilainya. Emas adalah absolutely AMAZING and UNBEATABLE!
Contoh: Jika anda bermastautin di Wilayah Persekutuan maka kadar uruf adalah 150 gram emas. (jika anda bermastautin di negeri lain, sila rujuk kadar uruf bagi negeri anda di bawah)
Contoh: Berat emas yang dipakai ialah 250 gram
Berat Emas yang layak dizakatkan adalah:
= 250 gram – 150 gram (uruf)
= 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
(andaian harga emas semasa RM157.00 / gram)
= 2.5% x (100 gram x RM157.00)
= RM392.00

Nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.

Berikut adalah nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.

Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.

Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram

Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram

Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000

Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram

Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram

Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram

Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram

Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf

Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram

Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram

Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram

Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000

Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram
20 soalan lazim berkenaan GAP PUBLIC GOLD.

1. Selepas belian, berapa lama tempoh boleh keluarkan emas fizikal dari akaun GAP?
Emas fizikal boleh terus dikeluarkan dari akaun GAP selepas Public Gold update pembelian tersebut ke dalam GAP Statement di website www.publicgold.com.my. Public Gold ambil masa 2 hari bekerja untuk proses.

2. Bagaimana cara keluarkan emas fizikal dari akaun GAP?
Sebaiknya telefon cawangan Public Gold terdekat terlebih dahulu dan beritahu jenis item dan bilangan item yang nak dikeluarkan dari akaun GAP. Kalau stok dah ready, boleh terus datang ambil. Kalau stok belum ready, minta mereka “reserve” stok dan contact semula bila stok baru dah sampai.Kalau urgent, boleh contact mana-mana 18 cawangan Public Gold lain yang ada ready stock untuk keluarkan emas tu.

3. Apa dokumen yang kena bawa untuk keluarkan emas fizikal?
Perlu tak simpan slip pembayaran asal?
Bawa (1) kad pengenalan dan (2) duit caj premium sahaja. Slip pembayaran asal tak
diperlukan sebab ia sudah disimpan dalam sistem Public Gold.

4. Boleh tak buka akaun GAP untuk anak berumur bawah 18 tahun? Berapa minimum umur untuk buka GAP?
Boleh. Tak ada umur minimum. Bayi baru lahir pun boleh buka Akaun GAP. Cuma untuk 18 tahun ke bawah, perlu buka AKAUN BERSAMA dengan ibu / bapa. Pilih salah seorang penama bersama, samada akaun bersama ibu atau bersama bapa.

5. Boleh tak beli emas GAP dengan hanya RM100?
Boleh, kaedah itu sudah disahkan patuh syariah. Tapi saya syorkan beli mengikut
gandaan 1 gram supaya mudah kiraannya. Genapkan gram terdekat.

6. Kalau nak jual emas GAP, adakah perlu keluarkan emas fizikal terlebih dahulu?
Tak perlu. Boleh terus jual secara online. Login web > My GAP > Buy Back.

7. Berapa caj pengeluaran yang dikenakan semasa keluarkan emas fizikal dari GAP?
Bayar caj premium sahaja atas SETIAP KEPING (bukan setiap gram) mengikut jenis
item yang nak dikeluarkan.

8. Kalau keluarkan emas fizikal, berapa baki minimum perlu tinggalkan dalam akaun GAP? Boleh tak keluarkan kesemua emas dari akaun?
Boleh keluarkan kesemunya tanpa tinggalkan baki. Tetapi paling baik tinggalkan baki
minimum 1 gram supaya akaun GAP tersebut kekal aktif. Kalau keluarkan semua
tanpa tinggalkan baki, Public Gold anggap akaun GAP itu ditutup (sama macam akaun
bank juga). Bila nak buat belian akan datang, Public Gold kenakan caj activation fee
RM50. Jadi saya syorkan tinggalkan bagi 1 gram, kecuali memang dah tak nak beli
melalui GAP pada masa akan datang.

9. Adakah syarat wajib kena beli setiap bulan?
Tak ada. Kita bebas untuk beli dan jual pada bila-bila masa tanpa had.

10. Berapa lama tempoh masa dibenarkan simpan dengan Public Gold? Berapa had kuantiti emas? Dan berapa cajnya?
Tiada had masa, dan tiada had kuantiti. Ianya PERCUMA.

11. Adakah harga GAP lebih mahal berbanding pembelian non-GAP?
Tak tentu. Harga emas GAP disemak setiap pukul 12.00 malam, manakala harga emas
pembelian biasa (non-GAP) disemak setiap 20 minit mengikut harga emas dunia.
Kalau harga emas dunia menaik, biasanya harga GAP lebih murah. Kalau menurun,
biasanya harga GAP lebih mahal.

12. Apa item yang boleh dikeluarkan dari akaun GAP?
Semua jenis dinar dan gold bar (kecuali item gold bar 0.5 gram) LBMA, Bungamas dan
Tai Fook. Sebahagian foto item emas tersebut boleh lihat DI SINI.

13. Boleh tak saya keluarkan item “dinar” dari akaun GAP?
Boleh. Asalkan cukup gram dalam akaun GAP. 1 dinar = 4.25 gram. Maksudnya kena
ada sekurang-kurangnya 6 gram dalam akaun GAP supaya dapat tinggalkan minimum
1 gram dalam akaun.

14. Bolehkah emas fizikal yang sudahpun dikeluarkan, dimasukkan semula ke akaun GAP?
Tak boleh. Kena jual emas tu dulu, kemudian beli balik masuk ke akaun GAP. Kaedah
begitu merugikan.

15. Bolehkah wakilkan kepada orang lain untuk keluarkan emas fizikal dari akaun GAP bagi pihak kita?
Tak boleh. Sama macam akaun bank, hanya pemilik akaun sahaja dibenarkan keluar
emas fizikal dari mana-mana cawangan Public Gold. Walaubagaimanapun anda boleh guna kaedah GIT. Emas anda dipos kerumah anda. Caj dikenakan.
16. Adakah GAP dilindungi insuran?
Ya. Emas GAP disimpan di safe deposit box di bawah kendalian Public Safe
(www.publicsafe.com.my). Dan ianya dilindungi insuran.

17. Apakah bukti emas yang disimpan di dalam GAP itu wujud?
Buktinya, kita boleh keluarkan emas itu bila-bila masa dari mana-mana 18 cawangan
seluruh Malaysia. Kalau item yang kita pilih belum ada ready stock di cawangan
terdekat, kita diberi pilihan:
a. tunggu stok baru sampai dari HQ, atau
b. keluarkan daripada cawangan lain, atau
c. pilih item lain yang sama berat dengannya.

18. Kalau berlaku apa-apa kepada Public Gold, bagaimana cara keluarkan emas tersebut?
Pertama sekali, kena jelaskan apa yang dimaksudkan dengan “berlaku apa-apa” itu.
Sebarang perkara yang luar jangka, kita pun tak dapat jangka apa yang berlaku.
Sebagai contoh tahun 2015, berlaku krisis kewangan di Greece yang menyebabkan
duit di bank pun tak dapat dikeluarkan! Ia perkara luar jangka.Jadi kalau rasa 'tak lena tidur' simpan emas dengan Public Gold, kita boleh keluarkan emas tersebut dan simpan sendiri sahaja. GAP lebih sesuai untuk siapa yang takut risiko simpan emas sendiri, dan percayakan Public Gold untuk simpankan.

19. Kalau berlaku kematian, bolehkah waris keluarkan emas tersebut?
Boleh. Syaratnya, ahli waris mesti bawa Surat Kematian & Surat Kuasa Pentadbir
Harta Pusaka. Ini prosedur biasa mengurus harta si mati sama seperti akaun bank.

20. Boleh nak tengok emas yang kita beli itu?
Boleh tengok item-item emas itu di cawangan Public Gold, tetapi pembelian GAP bukanlah membeli ITEM, tetapi kita membeli GRAM emas. Emas yang kita beli itu disimpan dalam bentuk “pool” bersama dengan pembeli yang lain.Katakanlah kita membeli 5 gram, dan kesemua pembeli GAP seluruh Malaysiaberjumlah 100kg, maka Public Gold akan simpankan 100kg emas dalam pelbagai saiz di Public Safe Deposit Box (di Penang). Kita memiliki 5 gram daripada 100kg itu.
Bila nak keluarkan emas fizikal dan simpan sendiri, waktu itu barulah kita pilih apakah
jenis item yang mahu dikeluarkan. Boleh pilih samada (1) gold bar 1 gram x 5 keping,
atau (2) gold bar 5 gram x 1 keping. Bila dah keluarkan dari mana-mana cawangan
Public Gold, maka bahagian kita akan dihapus (dalam rekod) daripada 100kg itu.

Persoalan anda masih belum terjawab?
Kurang penjelasan? Keliru? Atau nak daftar terus?

www.wasap.my/60126246131/ACCGAPPG
*KENAPA ORANG BERJAYA ITU BERJAYA*

1️⃣ Sikap dia berbeza, Orang berjaya dia tak suka komplen, orang gagal. Semua nak komplen.. "Apa la tak ada parking", "Apa la tak ada makan?" " Apa la pen kertas pun tak bagi" dan banyak lagi

Orang gagal sibuk kira benda yang tak jadi. Mentaliti dia berbeza. Sikap dia berbeza. Kesabaran dia berbeza. Orang nak berjaya tak suka duduk saja. Walaupun dia tak ada kerja, dia cari kerja.
.
2️⃣ Orang berjaya pantas buat keputusan, pantas buat tindakan. Dia nak, dia buat.. dia usaha, tak fikir pun macamana nak jadi. Nak nampak jadi buat je dulu. Ada orang pikir langit dan bumi, tapi orang berjaya buat je dulu, dia tau Allah akan uruskan seterusnya
.
3️⃣ Mereka sanggup berkorban masa untuk kejayaan mereka. Invest wang, tenaga dan masa.
.
4️⃣ Mereka bina networking yang bagus. Maksud networking: Anda adalah siapa kawan anda. Siapa nak hidup berubah? Upgrade kawan. Siapa kawan kita itu la menentukan hala tuju kita...
.
5️⃣ Mereka dah buat keputusan dari awal yang mereka nak berjaya. Tak percaya? Pegi tanya mereka yang berjaya.
.
6️⃣ Mereka berkawan dengan orang yang betul
.
7️⃣ Mereka tidak bertangguh. Fast action fast result. Kepantasan membuat keputusan boleh mempengaruhi keputusan dalam organisasi dia. Kalau sikap kita lembap, agaknya bila perancangan kita dapat dilaksanakan... ?
.
8️⃣ Orang berjaya tidak menghiraukan kritikan orang lain terhadap dia. Orang gagal sibuk melayan apa orang cakap.
.
9️⃣ Fokus - Fokus 1 masalah pada 1 masa. Di mana ada masalah, di situ ada peluang. Di mana ada peluang, di situ ada ruang. Di mana ada ruang, di situ ada kekayaan.
.
🔟 Mereka konsisten & persisten. Persistent, tak mudah putus asa. Dia nak, doa nak jugak. Kalau mentaliti biasa mesti tak dapat ler.. selalu fikir negatif
𝐏𝐞𝐧𝐣𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐰𝐚𝐦.


Orang awam ni maksudnya orang yang tidak belajar dalam bidang syariah. Dia bergantung kepada ilmu orang yang lebih pakar dalam membuat keputusan. Untuk orang awam, urusniaga belian secara 𝙀𝙖𝙨𝙮 𝙋𝙖𝙮𝙢𝙚𝙣𝙩 𝙋𝙪𝙧𝙘𝙝𝙖𝙨𝙚 ini telah disahkan patuh syariah oleh penasihat syariah Public Gold iaitu Amanie Advisors https://amanieadvisors.com/ Amanie Advisors adalah salah sebuah syarikat konsultan yang menawarkan khidmat dalam bidang syariah. Ia diterajui oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, seorang pakar di dalam bidang syariah. Beliau menjadi sumber rujukan samada di dalam mahupun di luar negara.
Amanie Advisors bertanggungjawab menasihati dan menyediakan SOP yang perlu diikuti oleh Public Gold agar selari dengan kehendak syariah. Kemudian bila Public Gold mengikut SOP tersebut maka Public Gold mendapat sijil patuh syariah untuk urusniaga tersebut.

Saya sertakan sijil ini untuk rujukan anda (tengok gambar). Jadi untuk orang awam. Ini sijil bukti kepatuhan syariah.


𝐏𝐞𝐧𝐣𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐡𝐥𝐢.

Prinsip syariah yang digunakan untuk urusan belian secara EPP adalah seperti berikut:

Apabila membuat order, itu adalah proses mengunci harga emas yang ingin dibeli. Ini dipanggil ‘𝒘𝒂’𝒂𝒅’ atau persetujuan untuk membeli emas/perak pada harga tertentu.

Setelah mengunci harga, pembeli akan membuat pembayaran secara berperingkat-peringkat kepada Public Gold. Pembayaran yang dibuat secara bulanan ini dianggap sebagai deposit sekuriti. Ia dipanggil ‘𝑯𝒂𝒎𝒊𝒔𝒚 𝑱𝒊𝒅𝒅𝒊𝒚𝒚𝒂𝒉’.

Pembayaran ini bukanlah bayaran ansuran untuk belian emas. Sepanjang proses pembayaran tidak berlaku sebarang akad jual beli diantara Public Gold dan pembeli.
Setelah pembeli menyelesaikan semua pembayaran deposit sekuriti, maka pembeli boleh datang ke cawangan Public Gold untuk mengambil emas/perak yang dikunci harga oleh pembeli berkenaan.
Pada waktu ini barulah dianggap pembeli menyerahkan semua deposit sekuriti sebagai bayaran belian emas/perak kepada Public Gold dan Public Gold akan menyerahkan emas/perak tersebut kepada pembeli.
Waktu inilah akad jual beli akan berlaku. Emas/perak akan bertukar tangan di office Public Gold dan Public Gold akan mengeluarkan resit bayaran kepada pembeli.

Semoga penjelasan ini membuatkan anda yakin untuk anda berjual beli dengan Public Gold
10 tahun harga emas
Kenapa saya memilih Public Gold ?

Public Gold ialah syarikat jual beli emas yang telah beroperasi sejak 2008, Public Gold merupakan syarikat emas pertama di dunia yang patuh syariah (World’s first syariah compliance, sumber PublicGold.com.my) dipantau oleh panel syariah Amanie Advisors Sdn Bhd, dan dilindungi insurans Lonpac. Public Gold berkerjasama dengan Koperasi Dagang Emas, Pos Malaysia, Pos Ar-Rahnu dan mempunyai 18 cawangan seluruh Malaysia.

2 cara mudah

1. Beli emas secara terus melalui online dan ambik baranv dimana mana cawangan public Gold , Public Gold ada 18 cawangan seluruh malaysia
https://publicgold.com.my/index.php/branch.

2. Buka ACC EMAS GAP PUBLIC GOLD. Beli dan simpan emas secara percuma dengan nilai min RM 100 ataj 1 gram .boleh kumpul sikit sikit dan boleh keluarkan bila bila masa di mana mana cawangan public gold ..
Prestasi Harga Emas Malaysia – Public Gold GAP (Disember 2019)



31-Dis: RM214 
30-Dis: RM214 
29-Dis: RM214 
28-Dis: RM214 
27-Dis: RM214 
26-Dis: RM212 
25-Dis: RM212 
24-Dis: RM210 
23-Dis: RM209 
22-Dis: RM209 
21-Dis: RM210 
20-Dis: RM209 
19-Dis: RM209 
18-Dis: RM209 
17-Dis: RM209 
16-Dis: RM209 
15-Dis: RM209 
14-Dis: RM208 
13-Dis: RM208 
12-Dis: RM208 
11-Dis: RM207 
10-Dis: RM207 
09-Dis: RM207 
08-Dis: RM207 
07-Dis: RM207 
06-Dis: RM209 
05-Dis: RM209 
04-Dis: RM209 
03-Dis: RM207 
02-Dis: RM207 
01-Dis: RM207 

Tertinggi: RM214
Terendah: RM207
Purata: RM209.16