Emas dan Dinar Masa depan
93 subscribers
523 photos
23 videos
8 files
209 links
Emas Dijadikan Indah Pada Pandangan Manusia
Download Telegram
Harga Emas 1 Gram (Mei 2022)
1/5/22 = RM285/gram ⬇️ - RM2
2/5/22 = RM285/gram ➡️
3/5/22 = RM281/gram ⬇️ - RM 4
4/5/22 = RM281/gram ➡️
5/5/22 = RM281/gram ➡️
6/5/22 = RM284/gram ⬆️+RM3
7/5/22 = RM285/gram ⬆️+RM1
8/5/22 = RM284/gram ⬇️ - RM1
9/5/22 = RM284/gram ➡️
10/5/22 = RM282/gram ⬇️ - RM2
11/5/22 = RM280/gram ⬇️ - RM2
12/5/22 = RM281/gram ⬆️ - RM1
13/5/22 = RM278/gram ⬇️ - RM3
14/5/22 = RM274/gram ⬇️ - RM4
15/5/22 = RM275/gram ⬆️+RM1
16/5/22 = RM275/gram ➡️
17/5/22 = RM275/gram ➡️
18/5/22 = RM276/gram ⬆️+RM1
19/5/22 = RM277/gram ⬆️+RM1
20/5/22 = RM279/gram ⬆️+RM2
21/5/22 = RM280/gram ⬆️+RM1
22/5/22 = RM280/gram ➡️
23/5/22 = RM280/gram ➡️
24/5/22 = RM281/gram ⬆️+RM1
🔥Tertinggi 2022 >> RM301 pada Mac 2022
🔥Rekod tertinggi RM304 pada Ogos 2020

Daftar percuma. Akaun anak bawah 18 tahun pun sama.
https://publicgold.me/pggold2u

Harga emas terkini klik:
https://publicgold.com.my
*Bagaimana dengan akaun Public Gold jika penyimpan meninggal dunia?*

Jika ada berlaku kematian pada penyimpan emas GAP, dokumen yang diperlukan oleh waris untuk menuntut emas di branch Public Gold adalah:

▪️Sijil Kematian
▪️Sijil Perkahwinan (Suami/Isteri), (jika anak adalah pewaris maka kemukakan surat beranak)
▪️Salinan IC pewaris
▪️Surat mahkamah – pindah milik / tadbir harta simati kepada pewaris (isteri/anak-anak)

Setelah semua dokumen ada, serahkan semua dokumen lengkap kepada Public Gold di branch yang berdekatan untuk proses pindah milik.

Jika Ada *Buat Easy Payment Purchased (EPP), waris boleh juga buat tuntutan*. Ada 2 kemungkinan ;

(a) Jual kembali kepada Public Gold pada harga semasa tolak 10% penalti atau

(b) Waris boleh buat pembayaran baki nilai emas dan menuntut emas tersebut.

*Tertakluk kepada perubahan terma & syarat dari Public Gold International Berhad.
Easy Payment Purchase (EPP)

EPP adalah salah satu kaedah membeli dan memiliki emas fizikal secara bayaran bulanan yang dipanggil deposit sekuriti samada 6 bulan atau 10 bulan (jika ada promosi). Kaedah ini amat sesuai bagi anda yang mempunyai pendapatan bulanan.

Konsep EPP adalah seperti anda beli emas pada masa hadapan dengan harga hari ini. Dengan kata lain, anda bayar dengan harga yang sama setiap bulan sebagaimana harga yang anda beli pada hari tersebut.

EPP disahkan patuh syariah. Apabila anda selesai pembayaran EPP setiap bulan, emas akan dipos secara berinsuran kepada anda.
Nota Ringkas Penerangan EPP

Kaedah EPP sesuai jika anda mempunyai pendapatan setiap bulan.

EPP boleh dibuat bagi tempahan emas yang bernilai RM1,000 ke atas.

Pembayaran bulanan EPP boleh dibuat melalui akaun public gold pada atau sebelum sebagaimana tarikh di dalam jadual pembayaran. Paling lewat 7 hari selepas tarikh bayaran bagi mengelakan tempahan terbatal.

Terdapat caj tambahan kecil yang dikenakan iaitu caj EPP Premium dan juga caj Gold Premium. Caj ini adalah sangat murah mengikut berat emas.

Jika tiada pembayaran dibuat sebagaimana jadual bayaran sehingga public gold membatalkan tempahan EPP atau anda ingin membatalkan tempahan EPP, maka anda akan dikenakan caj pengurusan sebanyak 10% daripada jumlah harga tempahan.

Setelah selesai pembayaran EPP, emas akan dipos kepada anda melalui pos berinsuran bagi jumlah emas bawah 21gram dan bagi emas melebihi 21gram boleh dituntut di cawangan public gold yang terdekat.
Harga emas EPP dikemaskini setiap 20 minit mengikut harga emas dunia. Sebagai contoh, harga emas 10gram bungamas pada 27 Februari 2022 adalah RM2,781.

Jika anda tiada budget sebanyak itu, anda boleh beli 10gram bungamas samada melalui EPP6 atau EPP10.

Jika pilih EPP6 anda perlu bayar sebanyak RM459/bulan selama 6 kali dan jika pilih EPP10 anda perlu bayar sebanyak RM275/bulan selama 10 kali.

Jadi tidak perlu risau jika harga emas pada bulan-bulan akan datang naik tinggi kerana anda perlu bayar harga yang sama mengikut jadual.

Selepas habis pembayaran, emas tersebut akan menjadi milik anda dan boleh disimpan sendiri.
Hukum Membeli Emas Secara EPP

Pembelian emas secara ansuran adalah haram tetapi pembelian emas melalui kaedah EPP adalah patuh syariah. Kaedah EPP telah disahkan patuh syariah oleh Amanie Advisors pada 16 Disember 2016.

Apabila anda membuat EPP, itu adalah proses mengunci harga emas yang dipanggil “Waád” iaitu persetujuan untuk membeli emas dengan harga tertentu.

Setelah itu, anda akan membuat pembayaran bulanan mengikut jadual yang dipanggil “Hamisy Jiddiyyah” iaitu deposit sekuriti.

Setelah selesai kesemua bayaran, baru lah akad jual beli antara anda dan public gold berlaku dan emas akan diserahkan kepada anda.

Untuk penjelasan yang lebih mudah, tonton video penerangan daripada Dr. Ahmad Sufian iaitu pensyarah kanan akademi pengajian islam universiti Malaya.
Sijil Patuh Syariah

"Produk Public Gold adalah transaksi emas secara fizikal yang pertama diluluskan sebagai patuh syariah di Malaysia" - Tan Sri Mohd Daud Bakar, Executive Chairman Amanie Advisors Sdn. Bhd.

Amanie Advisors adalah firma perunding syariah yang dilantik oleh World Gold Council (WGC) dan AAOIFI dalam menyediakan Piawaian Syariah Antarabangsa untuk transaksi emas.

Pengesahan patuh syariah termasuk kaedah belian Bayaran Penuh, Easy Payment Purchase (EPP), dan Gold Accumulation Program (GAP), serta buyback.
Gold Accumulation Program (GAP)

GAP adalah salah satu kaedah pembelian dan pengumpulan emas secara sedikit demi sedikit melalui akaun simpanan emas dengan modal serendah RM100 secara atas talian.

Konsep GAP sama seperti akaun bank online , bezanya adalah akaun bank memaparkan simpanan dalam bentuk duit manakala GAP memaparkan simpanan dalam bentuk gram emas .

Dengan kata lain apabila anda membeli emas, duit akan ditukarkan kepada gram emas mengikut harga semasa.

Simpanan emas GAP sesuai bagi anda yang ada bajet sekitar RM100 - RM1000 untuk menyimpan emas dan tidak mahu terikat dengan apa-apa komitment bulanan. Ia juga sangat sesuai bagi anda yang belum bersedia untuk simpan sendiri emas fizikal yang di beli ini kerana simpanan emas di akaun emas GAP adalah percuma tanpa sebarang yuran simpanan.

Simpanan emas GAP adalah simpanan emas yang bersandarkan 100% kepada emas fizikal dan telah pun disahkan patuh syariah pada 29 September 2017 oleh Amanie Advisors.


Daftar Percuma

MENU

Gold Accumulation Program (GAP)

GAP adalah salah satu kaedah pembelian dan pengumpulan emas secara sedikit demi sedikit melalui akaun simpanan emas dengan modal serendah RM100 secara atas talian.

Konsep GAP sama seperti akaun bank online , bezanya adalah akaun bank memaparkan simpanan dalam bentuk duit manakala GAP memaparkan simpanan dalam bentuk gram emas .

Dengan kata lain apabila anda membeli emas, duit akan ditukarkan kepada gram emas mengikut harga semasa.

Simpanan emas GAP sesuai bagi anda yang ada bajet sekitar RM100 - RM1000 untuk menyimpan emas dan tidak mahu terikat dengan apa-apa komitment bulanan. Ia juga sangat sesuai bagi anda yang belum bersedia untuk simpan sendiri emas fizikal yang di beli ini kerana simpanan emas di akaun emas GAP adalah percuma tanpa sebarang yuran simpanan.

Simpanan emas GAP adalah simpanan emas yang bersandarkan 100% kepada emas fizikal dan telah pun disahkan patuh syariah pada 29 September 2017 oleh Amanie Advisors.

Nota Ringkas Penerangan GAP

Selepas anda mendaftar akaun Public Gold , anda akan menerima username (PG Code) dan password untuk login akaun GAP samada melalui website atau aplikasi public gold.

Anda boleh membuat pembelian pertama serendah RM100 . Selepas itu terpulang kepada anda untuk membeli emas berapa pun asalkan RM100 keatas pada bila-bila masa .

Tiada had simpanan, tiada upah simpan, tiada tempoh matang dan tiada tarikh luput.

Anda boleh mengeluarkan emas fizikal (goldbar atau dinar) melaui akaun GAP apabila baki terkumpul telah mencukupi.

Anda boleh menjual atau pajak emas di dalam akaun secara online tanpa perlu mengeluarkan emas tersebut.

Anda boleh menggunakan fungsi autodebit jika ingin mendisiplinkan diri menyimpan setiap bulan.
Harga emas GAP dikemaskini setiap hari selepas jam 12 tengah malam . Sebagai contoh, harga emas pada 2 Mac 2022 adalah RM281/gram.

Jadi, jika anda membeli emas RM281 pada hari berkenaan, maka anda akan terima 1 gram emas.

Jika anda beli RM100 , anda akan terima 0.3559 gram.

Gram emas yang dibeli akan disimpan oleh Public Gold secara percuma tanpa sebarang caj simpanan. Setiap kali buat pembelian emas, jumlah gram emas akan bertambah dan terkumpul di dalam akaun GAP.

Anda boleh semak jumlah simpanan emas bila-bila masa secara online melalui website atau aplikasi public gold.
Bayaran Penuh (Full Payment)

Anda boleh membeli dan memiliki emas fizikal secara pembayaran penuh. Kaedah ini amat sesuai bagi anda yang mempunyai budget besar atau lebih daripada RM1,000 ke atas dan berkeinginan untuk dapatkan emas fizikal secara terus.

Konsepnya mudah iaitu anda membeli emas yang anda inginkan dengan membuat bayaran penuh mengikut harga emas semasa yang dikemaskini setiap 20 mini
Nota Ringkas Penerangan Bayaran Penuh

Kaedah ini sesuai kepada anda yang berkeinginan untuk membeli emas fizikal secara terus.

Boleh dapatkan emas fizikal yang bernilai RM1,000 ke atas seperti 10g, 20g, 50g, 100g, 250g, 1kg, 1dinar, 5dinar dan 10dinar dengan kaedah bayaran penuh.

Terdapat caj Gold Premium yang sangat murah mengikut berate mas.

Anda boleh mengunci tempahan emas melalui akaun public gold dan boleh membuat pembayaran penuh selewat-lewatnya 7 hari dari tarikh ditempah.

Jika tiada pembayaran dibuat dalam masa 7 hari selepas tempah atau anda ingin membatalkan tempahan, maka anda akan dikenakan caj pengurusan sebanyak 10% daripda jumlah harga tempahan.

Setelah pembayaran selesai, emas akan di pos secara berinsuran bagi berat bawah 21gram, manakala berat emas di atas 21gram boleh dituntut di cawangan public gold yang terdekat.
10 KELEBIHAN PUBLIC GOLD

Kalau tanya saya, mana bagus beli emas Public Gold atau emas jenama lain?

Jawab saya, tentunya Public Gold.

Saya mula beli emas Public Gold sejak 2020. Public Gold yang paling:
– senang beli emas.
– telus tengok harga beli dan jual.
– mudah dijual.
– untung maksimum.
– dan urusniaganya sangat telus.

Pendek kata, ia adalah platform terbaik untuk pelaburan emas fizikal di Malaysia dari tahun 2008 sampai sekarang.

Tapi tunggu dahulu.

Jangan percaya cakap saya. Cuba teliti 10 perkara penting yang saya senaraikan ini. Kemudian, bandingkan Public Gold secara pakej dengan emas-emas jenama lain yang ada dalam pasaran.

#1 – Harga Lebih Murah dan Bebas GST!

Harga emas Public Gold lebih murah berbanding harga kedai emas. Malah, ia lebih murah berbanding harga kebanyakkan pengeluar emas lain.

Public Gold boleh jual harga lebih murah sekitar RM15 – RM20 per gram atau sekitar 15% berbanding kedai emas.

Public Gold adalah kilang emas, seolah-olah kita beli terus dari kilang. Apabila harga lebih murah, kita boleh dapat lebih banyak emas dengan bajet yang sama.

#2 – Kadar Spread Terendah Di Pasaran

Spread (susut nilai) adalah kriteria paling penting kalau nak dapat untung maksimum dalam pelaburan emas.

Kadar spread emas Public Gold cuma 6% – 9% sahaja, bergantung kepada jenis item yang kita pilih.

Kadar spread ini antara yang terendah di pasaran. Selain Kijang Emas Maybank, emas fizikal yang dijual di UOB Bank, dan emas Kuwait Finance House (KFH).

Kalau kalian perhati, pembeli emas Public Gold lah yang paling aktif jual beli emas di Malaysia! Ini disebabkan spread yang rendah dan nipis. Bila harga emas naik sikit sahaja, pembeli dah boleh jual untuk dapat untung.

Jika jadi dealer Public Gold, anda dapat jimat lebih. Dengan rebat yang Public Gold bayar, kita boleh kurangkan susut nilai sebenar sebanyak:

1.3% (Normal Dealer)

1.8% (Priority Dealer)

2.3% (Master Dealer)

Contohnya, kalau Master Dealer beli gold bar 250 gram (susut nilai 6%), susut nilai sebenar cuma 3.7% (6% tolak 2.3% rebat).

Maksudnya, kalau harga emas naik 5% pun dah untung 1.3%! Tak perlu tunggu lama-lama untuk ambil untung.

Contoh di bawah, katakan saya beli jongkong emas berat 250 gram pada 4 Jun 2019.

Harganya waktu itu RM46,905 (Rujuk harga PG Sell).

Hari ini, 07/04/2020 kalau saya nak jual semula emas 250 gram, rujuk harga PG BUY iaitu RM55,835.

Sebagai dealer Public Gold, kita dapat ekstra 0.3% lagi iaitu RM167.50. Public Gold bagi total RM56,002.50

#3 – Stok Tiada Had

Kalau harga emas menjunam berapa banyak sekalipun, kita boleh beli seberapa banyak emas yang kita mahu.

Dulu saya fikir, kalau harga emas jatuh menjunam, Public Gold akan ‘hold stock’. Hentikan jualan buat sementara waktu.

Tapi realitinya, lagi banyak harga emas turun, lagi agresif Public Gold promote suruh beli. Dan ini menguntungkan pelabur untuk buat short-term profit.

Saya perhati, ada syarikat lain, bila harga menjunam, barang terus out of stock. Harga murah pun tak berguna.

Bila harga tinggi baru muncul stok-stok itu. Bila macam ini, pelabur emas akan terlepas peluang beli emas pada harga murah.

#4 – Banyak Cawangan Seluruh Malaysia

Urusan jual beli emas Public Gold senang sebab banyak cawangan seluruh Malaysia. Setakat tahun 2022, Public Gold ada lebih 18 cawangan termasuk satu di Jakarta, Indonesia.

Setiap negeri ada cawangan Public Gold kecuali Perlis. Jadi kita tak terlalu bergantung kepada dealer. Urusniaga pun lebih selamat dan terjamin.

Biasanya kalau nak beli emas mana-mana syarikat memang senang. Namun bila nak jual balik, itu yang agak bermasalah kalau cawangan tak banyak.

Masa nak beli, mungkin ramai dealer yang boleh bantu. Tapi masa nak jual balik, tak ramai dealer yang sanggup beli.

Kalau emas Public Gold, kita boleh jual terus di cawangan terdekat. Tak kisah berapa kilogram kita nak jual semula.

#5 – Jaminan Beli Balik Walaupun Rosak

Sejak tahun 2020 saya melibatkan diri dalam pelaburan emas, Public Gold syarikat paling tak cerewet bila kita nak jual balik emas.
Public Gold jamin beli balik emas dengan harga yang tinggi (rujuk harga PG Buy di website).

Public Gold tetap terima walaupun emas kita calar, kemik, bengkok dan hilang resit. Asalkan beratnya masih kekal.

Kalau hilang sijil ketulenan, Public Gold cuma tolak RM10 sahaja atas setiap item.

#6 – Diterima Meluas Oleh Ar-Rahnu

Emas Public Gold paling diterima meluas oleh Ar-Rahnu di Malaysia. Jadi kalau nak pakai tunai untuk buat pusingan modal, boleh terus pajak emas Public Gold untuk dapatkan pinjaman bercagarkan emas.

Kemudahan pajakan ini penting terutamanya bagi mereka yang berniaga.

Emas Public Gold boleh dikatakan diterima hampir di semua institusi Ar-Rahnu termasuk dua Ar-Rahnu terbesar di Malaysia iaitu Pos Ar-Rahnu dan Ar-Rahnu Bank Rakyat.
#7 – Sistem Booking Harga 24 jam Sehari

Harga emas Public Gold dikemasikini setiap 20 minit mengikut real-time harga emas dunia. Kita boleh booking harga untuk beli dan jual 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Kalau harga menjunam tengah malam, kita boleh book harga beli yang rendah walaupun keesokan paginya harga dah naik balik.

Kalau harga emas dunia naik mencanak, kita boleh booking harga jual yang tinggi walaupun harga dah turun balik waktu kita serahkan emas di pejabat Public Gold.

Book dulu harga waktu nak beli, buat bayaran, dan terus collect emas. Nak jual balik pun sama. Book dulu harga, dan serahkan emas dalam tempoh 1 hari bekerja di cawangan terdekat.

Tak perlu susah-payah datang office Public Gold semata-mata nak kejar harga terbaik. Kita boleh beli secara online 24 jam sehari dan simpan dengan Public Gold secara percuma tanpa sebarang caj.

Kalau nak keluarkan emas fizikal dari Akaun Emas GAP, kita masih boleh keluarkan pada bila-bila masa. Kalau nak jual pula, boleh jual secara online untuk emas yang ada dalam akaun. Rujuk artikel Gold Accumulation Plan.

#8 – Keupayaan Beli Balik Jumlah Besar

Banyak syarikat boleh jual emas, tapi tak banyak syarikat yang mampu beli balik terutamanya dalam jumlah yang besar.

Dah beberapa syarikat yang saya dengar, bila orang nak jual balik dalam jumlah yang besar ketika harga tinggi, syarikat tak mampu beli!

Ini memang jadi masalah kepada pelabur besar yang kaut keuntungan.

Sejak Public Gold mula beroperasi tahun 2008, belum ada isu Public Gold tak mampu beli balik.

Dah banyak kali harga emas mencanak naik, Public Gold dapat beli balik masa harga mahal dengan nilai jutaan ringgit sehari.

Public Gold pernah beli balik dalam jumlah RM8 juta sehari dan tiada sebarang masalah dari sudut pembayaran!
#9 – Emas Disertakan Sijil Ketulenan

Setiap gold bar dan dinar keluaran Public Gold disertakan sijil ketulenan yang disahkan oleh Assayer bebas dan bertauliah.

Baca profil Assayer emas Public Gold, Tuan Abdul Shukor Anuar di sini.

Sejak 2008 lagi, tak pernah timbul apa-apa isu tentang ketulenan. Bahkan hari ini, ianya diterima meluas oleh Ar-Rahnu di Malaysia.

Banyak emas yang dijual dipasaran tak ada sijil ketulenan, bahkan Dinar Kelantan dan Kijang Emas Maybank pun tak ada sijil ketulenan.
#10 Jual Beli Emas Patuh Syariah

Public Gold telahpun mendapatan sijil patuh syariah oleh panel syariah Public Gold iaitu Datuk Dr Mohd Daud Bakar.

Beliau adalah Pengerusi Majlis Penasihat Shariah untuk Bank Negara Malaysia.

Jadi pembeli emas Public Gold boleh beli emas dengan penuh yakin dan tak perlu risau tentang hukum jual beli emas bersama Public Gold.

Ianya telah pun disahkan oleh pakar mualamat yang ternama
#11 Peluang jana pendapatan pasif dengan Public Gold 

Seperti dimaklumkan di atas, insentif Public Gold berikan kepada dealer rasmi Public Gold adalah:

Normal Dealer – 1%

Priority Dealer – 1.5%

Master Dealer – 2%

Dan ini adalah salah satu daripada belian dari customer guru saya tahun lepas berjumlah RM415,560.00.

Komisyen sifu saya adalah 2% daripada belian ini. Kiralah.