Emas dan Dinar Masa depan
82 subscribers
523 photos
23 videos
8 files
209 links
Emas Dijadikan Indah Pada Pandangan Manusia
Download Telegram
Channel photo updated
Gold Premium (GP) = Caj one time bila nak beli/withdraw emas fizikal. Caj transportation ke cawangan. Selagi tuan simpan dalam GAP tak perlu bayar. Bila nak keluarkan emas je. Rate GP ikut berat. Contoh nak beli/keluarkan 10 gram di Semenanjung, perlu bayar RM15 di kaunter..
Baginda Nabi SAW juga turut bersabda;

“Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia melainkan dinar dan dirham.”(Hadis dari Musnad Imam Ahmad Bin Hanbal)
JIKA PELABURAN EMAS MENGUNTUNGKAN? PERNIAGAAN EMAS 9 KALI LEBIH UNTUNG

Sejak berzaman, orang tua suka menyimpan emas

Ya untung, tetapi tauke emas lebih untung

Zaman sudah berubah, berniaga emas sudah tidak perlu membuka kedai dengan kos yang tinggi

Perniagaan kini lebih mudah di platform online

9 dari 10 pintu rezeki adalah berniaga

Berniaga emas pun satu pelaburan

Walaupun item tak terjual, harga tetap naik

Emas tiada expired date, value tetap tinggi
Teknik Arrahnu .. Beli emas saat harga rendah ..simpan jual bila harga tinggi ,itu biasa kita dengar dan ramai dah lakukan ...tetapi rugi sangat ...Kenapa saya kata Rugi .sebab emas itu sudah terjual sebab kita nampak keuntungan .dan ketika kita jual memang kita dapat untung akan tetapi nak beli semula emas dengam harga kita beli dulu tak kan mungkin kita dapat lagi...

Disini saya nak kongsikan teknik Arrahnu ..

BAGAIMANA IA BOLEH BERI LEBIH KEUNTUNGAN PADA KITA MASA DEPAN .. BELI EMAS GADAI .BELI EMAS GADAI ...
Kenapa Emas?

1. Keselamatan (Security)

Wang yang disimpan di bank akan hilang secara perlahan-lahan dek caj-caj pengurusan bank, caj kad debit, dan sebagainya. Malah sekiranya, akaun simpanan anda dorman atau tidak aktif, bank mungkin akan memotong beberapa ringgit dari akaun antara RM10-RM30 dan berkemungkinan wang simpanan anda akan terus lesap sepenuhnya apabila pihak bank mengambil tindakan untuk menutup terus akaun tersebut. Simpanan emas anda walaubagaimanapun sama sekali selamat dari caj-caj dan kemungkinan yang berlaku seperti wang kertas kerana ia adalah milik mutlak dan peribadi.

BELAJAR EMAS, EBOOK ILMU ASAS JUAL BELI EMAS 101



2. Perlindungan (Protection)

Simpanan dalam bentuk wang fiat kertas akan sentiasa dimamah inflasi setiap hari tetapi tidak pada emas. Nilai emas anda akan sentiasa meningkat. Anda tidak akan hilang kekayaan jika menyimpan emas.

3. Mudah Dicairkan (High Liquidity)

Pelaburan dalam saham, hartanah, properti, kenderaan, bon, barang antik, artifak, lukisan, dan sebagainya tidak mudah dicairkan. Ianya mungkin memerlukan masa yang minimum sehari atau lebih untuk ditukarkan kepada duit bagi urusan transaksi urusniaga seharian. Ini kerana permintaan segera ke atasnya adalah terbatas, peminatnya tidak selalu ada dengan memetik jari sahaja, malah nilainya mungkn menyusut akibat caj pengurusan, cukai-cukai, upah broker, inflasi, dan pelbagai caj lagi. Untungnya, apabila anda ada emas, dengan mudah anda boleh mencairkannya di mana-mana sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia sekali pun. Terdapat permintaan yang sangat tinggi terhadap emas di mana-mana. Kedai-kedai emas, institusi pajakan, peminat-peminat emas, pengumpul koleksi emas, wakil-wakil bank tertentu, dan mana-mana ejen Jongkong Emas dan ramai lagi. =)]

4. Menguntungkan (Profitable)

Keuntungan dari simpanan emas sesungguhnya tidak perlu diperdebatkan lagi. Ini kerana, tidak ada pelaburan lain, yang cukup selamat dan kurang risikonya, tetapi mampu memberikan pulangan yang sangat lumayan setiap tahun. Pelaburan emas secara puratanya memberikan antara 15 – 35% kadar keuntungan setahun bergantung kepada spread emas yang anda beli.

5. Mudah Dipindahkan (Portable)

Sekiranya anda ingin memindahkan wang kertas RM160,000 dari satu tempat ke tempat yang lain, sudah tentu anda akan memerlukan satu beg yang besar untuk mengisinya. Biasanya dipaparkan dalam drama-drama atau filem, pertukaran barang dan wang dalam jumlah yang banyak dilakukan, dengan meletakkan duit tersebut dalam sebuah ‘briefcase’. Sungguh mencurigakan dan tinggi kebarangkalian untuk anda diragut atau dirompak bukan?! Namun, jika anda membawa RM160k dalam bentuk emas, iaitu 1kg jongkong emas, anda mungkin meletakkannya dalam poket anda sahaja tanpa orang menyedarinya ke sana sini dengan selamat.

6. Tahan Lama (Durable)

Rumah, kedai, bangunan, hartanah, kereta, surat-surat berharga, lukisan seni, wang kertas dan sebagainya akan mudah terbakar, terendam air atau musnah dalam bencana alam dengan begitu sahaja. Dengan itu, nilainya juga akan hilang sama sekali. Sebaliknya, emas yang tahan terhadap segala keadaan cuaca, anti karat, air bahkan api sekalipun hanya melebur sahaja pada suhu yang tinggi (di atas 1083 darjah celcius), emas tetap logam mulia dan tetap bernilai hanya bentuknya saja berubah setelah kembali sejuk dan mengeras. Nilainya emas terus ada sampai bila-bila.

7. Hak pemilikan dan Pengelolaan sendiri (Ownership & Stewardship)

Anda beli emas, anda dapat emas, anda pegang emas, anda simpan emas dan anda yang menguruskan segalanya. Bukan pihak lain atau pihak ketiga. Sama ada anda menyimpannya dirumah atau di peti simpanan(safety deposit), tiada siapa yang mampu menghalang diri anda sendiri untuk mengambilnya apabila perlu. Sekiranya anda ingin memajak atau menjualnya, bagi mendapatkan wang, bila-bila masa sahaja boleh dilaksanakan. Namun, sekiranya aset anda dalam bentuk yang lain, ianya mungkin mengambil masa yang lama, mungkin 10 hari bekerja, walaupun dalam keadaan kecemasan, disaat anda memerlukan, kerana tidak mudah dicairkan. Lihat sahaja pada tabung in
surans atau tabung KWSP anda sendiri sebagai contoh, agak sukar untuk mengeluarkannya, walaupun ianya untuk pembiayaan ahli keluarga anda yang sedang tenat memerlukan kos pembedahan atau rawatan yang segera. Pelbagai prosedur perlu diikuti. Kemungkinan besar, ada yang meninggal terlebih dahulu, nauzubillah.

8. Sangat peribadi (Total Privacy)

Aset dalam bentuk properti yang lain seperti akaun simpanan bank, amanah saham, bon, saham, insurans, rumah, bangunan, tanah, dan sebagainya, malah akaun simpanan emas seperti Public Bank GIA atau Maybank GSPA sekalipun akan dapat diketahui, dikesan, direkod dan dinilai oleh pihak lain. Pihak BNM, jabatan audit negara, SPRM, LHDN dan pelbagai agensi lagi mampu mendapatkan jumlah kekayaan sebenar seseorang itu melalui pelbagai cara. Tambahan pula, di era digital money dan jaringan jalur lebar ini, semuanya hanya beberapa saat sahaja. Maka, dengan itu, gerakan freemason dan sistem kewangan yahudi yang sememangnya ingin memerhati dan mengawal ekonomi setiap individu di dunia ini adalah satu matlamat yang telah tercapai. Dengan mengenakan tekanan ekonomi yang hebat bagi melemahkan gerakan penentang mereka menjadi satu perkara yang sangat mudah bagi mereka yang sedia ada mengawal bank-bank pusat dunia, IMF dan Federal Reserve.
Maybank Gold Saving Passbook Account (GSPA). Walaupun spreadyang kecil, tetapi, anda tidak boleh melihat, pegang, atau memajaknya.
Public Bank Gold Investment Account (GIA) merupakan produk yang sama seperti Maybank GSPA. Tidak boleh dijual pada bila-bila masa yang anda mahu.
Namun, pemilikan emas anda adalah suatu yang peribadi. Jumlah kekayaan anda, hanya anda sahaja yang tahu. Berapa gram atau kilogram emas yang anda miliki bukanlah pengetahuan umum, kerana komoditi emas adalah logam pemilikan bebas.Tiada undang-undang yang melarang anda untuk memilikinya seberapa banyak mana sekalipun. Jadi tidak ada siapa yang tahu jumlah sebenar gram yang anda simpan, apatah lagi pihak bank dan kerajaan, kecuali anda menceritakannya pada umum.

9. Risiko rendah (Low Risk)

Dalam jangkamasa panjang, boleh dikatakan risiko melabur dalam emas adalah sangat kecil dan lansung tiada. Anda mungkin hanya perlu membiayai caj simpanan di safety deposit box sahaja sebagai beban tahunan. Memanglah ada masa dan ketika harga emas jatuh sedikit pada jangkamasa pendek dan sederhana, namun, jika dilihat pada rekod, harga emas setiap tahun tidak pernah jatuh, malah melonjak ke paras harga yang lebih tinggi. Tahun ini sahaja, emas telah mencatatkan kenaikan untuk lebih 34%. Jadi risikonya hanya melibatkan sama ada kehilangan, kecurian atau rompakan sahaja, di mana kebarangkaliannya adalah sangat kecil.
p.s: risiko rompakan terhadap apa benda dan aset kita sekalipun adalah perkara yang tidak boleh diketepikan. Begitu juga wang kertas yang tambahan pula terdedah pada risiko terbakar, bencana alam dan sebagainnya.

10. Bebas Cukai & Caj Pengurusan (Tax & Admin Free)

Aset hartanah, saham, bon, bangunan dan lainnya akan dibebankan dengan pelbagai cukai dan caj pengurusan rutin. Cukai pintu, pendapatan, perkhidmatan, perniagaan, dan banyak lagi. Jadi, semakin banyak aset anda, maka semakin tinggi pula kos pembiayaan yang yang membebani kewangan anda. Itu belum dikira kos baikpulih, kos maintainence, penyusutan nilai harta dan juga kos-kos biaya yang tak terduga. Namun tidak pada Emas, If you choose fine gold, fee become free..!
Pemilikan aset seperti hartanah adalah wajib dikenakan cukai dan sekiranya anda tidak menjelaskannya, tindakan undang-undang seperti kompoun, penyitaan, pindahmilik atau dipenjarakan mungkin terjadi.

11. Keindahan dan Kebanggaan (Beauty & Pride)

Kilauan kuning keemasan telah mewarnai sejarah umat manusia, sebagai lambang kemakmuran, kejayaan, kekayaan, kehormatan, kemurnian dan keindahan yang bernilai seni tinggi pada berbagai bentuk perhiasan, artifak, syiling, jongkong, peralatan dan perlengkapan yang dapat dijadikan sebagai collector items. Dengan memiliki emas, anda akan dapat menikmati sendiri aset dan pemilikan sendiri yang mutlak dengan rasa bangga dan puas. Aset in
i kemudiannya dapat diwariskan pula.


sumber – jongkongemas.com
Jika EMAS yang korang pakai MELEBIHI berat ini, baru dikenakan zakat.

Selangor,KL = 800 gram
Johor,Ganu = 850 gram
Perak,Pahang = 500 gram
N9 = 200 gram
Melaka = 180 gram
Kedah = 170 gram
Penang = 165 gram
Sabah = 152 gram
Sarawak = 90 gram
Perlis = 85 gram
Kelantan = Tiada Uruf
.Emas 24K atau emas 999 atau 999.9 atau emas sepuluh

Ketulenan emas 24K : Kandungan emas adalah 99.9%

Kegunaan emas 24K : Digunakan untuk pelaburan , barang perhiasan, barangan elektronik, dan peralatan perubatan.

Kelebihan emas 24K : Emas tulen dengan harga paling mahal dan sesuai untuk pelaburan

Kekurangan emas 24K  : Lembut tidak sesuai untuk perhiasan
Emas 22K atau emas 916 atau 917

Ketulenan emas 22K : Kandungan emas adalah 91.6% atau 22/24 dari bahagian emas.

Kegunaan emas 22K : Emas perhiasan wanita kosong tanpa permata dengan hanya satu warna kekuningan emas

Kelebihan emas 22K : Emas perhiasan paling tulen dalam barang kemas mempunyai warna kuning keemasan

Kekurangan emas 22K : Barang kemas yang lembut jadi tidak boleh dicampur permata dan tidak sesuai untuk pelaburan.
Emas 21K atau emas 875

Ketulenan emas 21K : Kandungan emas adalah 87.5%

Kegunaan emas 21K : Emas perhiasan wanita kosong tanpa permata dengan hanya satu warna kekuningan emas

Kelebihan emas 21K : Emas perhiasan tulen dalam barang kemas mempunyai warna kuning keemasan

Kekurangan emas 21K : Barang kemas yang lembut jadi tidak boleh dicampur permata dan tidak sesuai untuk pelaburan.
Emas 20K atau emas 833

Ketulenan emas 20K : Kandungan emas adalah 83.3%

Kegunaan emas 20K : Emas perhiasan wanita kosong tanpa permata dengan hanya satu warna kekuningan emas

Kelebihan emas 20K : Emas perhiasan tulen dalam barang kemas mempunyai warna kuning keemasan

Kekurangan emas 20K :Barang kemas yang lembut jadi tidak sesuai dicampur permata dan tidak sesuai untuk pelaburan.
Emas 18K atau emas 750

Aurora Italia Terbaru

Ketulenan emas 18K : Kandungan emas adalah 75.0%

Kegunaan emas 18K : Emas perhiasan dengan bentuk menarik, mempunyai permata dan pelbagai warna

Kelebihan emas 18K : Emas perhiasan yang seimbang antara ketahanan dan ketulenan emas dengan aloi lebih keras, kukuh, lebih tahan lama dan selamat dari tindak balas alergi pada orang yang sensitif kepada nikel. Klik KELEBIHAN EMAS 18K AURORA ITALIA untuk maklumat kelebihan memiliki rantai emas 750 Aurora Italia.
Kekurangan emas 18K : Emas lebih lembut dimana kurang tahan lama, tercalar dan kurang tahan lasak berbanding emas 14K dan tidak sesuai untuk pelaburan.
Emas 14K atau emas 585

Ketulenan emas 14K : Kandungan emas adalah 58.5%

Kegunaan emas 14K :  Emas perhiasan dengan bentuk menarik, mempunyai permata dan pelbagai warna

Kelebihan emas 14K : Emas perhiasan yang seimbang antara ketahanan dan ketulenan emas dengan aloi lebih keras, kukuh, lebih tahan lama dan lebih lasak namun tidak selamat dari tindak balas alergi pada orang yang sensitif kepada nikel.

Kekurangan emas : Emas perhiasan yang boleh memberikan tindakbalas alergi atau ruam kerana lebih banyak logam dari emas dan tidak sesuai untuk pelaburan.  
Tolong KLIK like/share ILMU BERGUNA DAPAT PAHALA.Panduan ilmu PELABURAN EMAS PUBLIC GOLD

Klik WHATSAPP 0199185593



Skip to content

MENU



MENU

 POSTED INILMU EMAS

INFO TENTANG EMAS JENIS KETULENAN DAN KEGUNAANNYA

 AUTHOR:MOHD ZAIDI JUNUS  PUBLISHED DATE:12/06/2017

Info Tentang Emas

Info tentang emas iaitu jenis, ketulenan, kegunaan, kelebihan dan kekurangan setiap jenis emas sebagai panduan membeli emas dan promosi emas sempena raya

Emas mempunyai pelbagai jenis kualiti dan ketulenan yang berbeza berdasarkan kandungan emas, iaitu logam Aurum (Au) dalam sesuatu produk emas dan mempunyai kegunaan, kelebihan dan kekurangannya masing-masing. Kualiti atau mutu emas berdasarkan karat atau nombor yang menunjukkan peratus kandungan emas. Semakin tinggi nombor karat, semakin tinggi peratus kandungan emas. Karat adalah perkataan Latin iaitu kerátion atau carato yang bermaksud Biji Kacang Carob yang mempunyai bijinya yang sama berat. Pengiraan standard, emas 24K atau emas 999.9 adalah emas paling tulen dengan peratus ketulenan emas 99.99% , iaitu logam emas tanpa campuran logam lain. 24 Karat adalah ketulenan emas terbesar. Contoh pengiraan, emas 22 karat iaitu mengandungi 22/24 iaitu 0.916667 emas atau dikenali emas 916 atau emas 917 dimana emas 22K, emas 916 atau emas 917 adalah sama saja.
Emas adalah logam lengai yang paling selamat kerana ia tidak bertindakbalas dengan unsur lain yang menyebabkan emas sangat sesuai di gunakan sebagai emas perhiasan wanita. Setiap mutu emas mempunyai fungsi atau kegunaannya yang berbeza kerana sifat emas yang berbeza. Contohnya, emas 24K atau emas 999.9 yang mempunyai ketulenan 99.99% adalah emas yang sangat lembut kerana tiada campuran logam lain, jadi emas 24K ini digunakan sebagai jongkong emas sebagai pelaburan.  Karat emas lagi rendah adalah lagi kukuh kerana bercampur dengan logam lain yang membentuk aloi yang lebih kuat ikatan logamnya. Emas dijadikan perhiasan wanita sejak zaman berzaman untuk kelihatan cantik dan menawan serta melambangkan status kehidupan.
Setiap kualiti emas berbeza warna, kekerasan dan sifat fizikalnya. Emas yang bercampur dengan logam lain akan kelihatan lebih merah berbanding warna emas biasa dan begitulah untuk kualiti-kualiti emas yang lain bergantung kepada logam kedua yang dicampurkan bersama emas untuk menghasilkan barang perhiasan emas. Jadi, warna emas bukan kuning sahaja, emas juga boleh menjadi merah, kuning, hijau bergantung kepada logam kedua yang dicampurkan kepadanya.
Emas boleh dibentuk dengan pelbagai bentuk dan pelbagai campuran logam oleh tukang emas bergantung kepada kepakaran dan kemahirannya. Emas seberat 1 gram dapat ditempa untuk menghasilkan sekeping logam dengan panjang dan sisi 1 meter persegi. Oleh sebab itu emas juga digunakan dalam pembuatan barangan elektronik. Emas sebagai logam lengai yang tidak bertindakbalas dengan unsur atau logam lain adalah selamat kepada pemakai terutama tubuh manusia yang sentiasa mengeluarkan peluh atau orang yang mempunyai alergi kulit atau alahan terhadap logam. Jadi, pemilihan kualiti emas untuk perhiasan adalah penting dan perlu mengenali jenis emas, kualiti dan kegunaan emas.
JENIS, KUALITI, KEGUNAAN, KELEBIHAN DAN KEKURANGAN EMAS
jenis emas
1.Emas 24K atau emas 999 atau 999.9 atau emas sepuluh

Ketulenan emas 24K : Kandungan emas adalah 99.9%

Kegunaan emas 24K : Digunakan untuk pelaburan , barang perhiasan, barangan elektronik, dan peralatan perubatan.

Kelebihan emas 24K : Emas tulen dengan harga paling mahal dan sesuai untuk pelaburan

Kekurangan emas 24K  : Lembut tidak sesuai untuk perhiasan

2.Emas 22K atau emas 916 atau 917

Ketulenan emas 22K : Kandungan emas adalah 91.6% atau 22/24 dari bahagian emas.

Kegunaan emas 22K : Emas perhiasan wanita kosong tanpa permata dengan hanya satu warna kekuningan emas

Kelebihan emas 22K : Emas perhiasan paling tulen dalam barang kemas mempunyai warna kuning keemasan

Kekurangan emas 22K : Barang kemas yang lembut jadi tidak boleh dicampur permata dan tidak sesuai untuk pelaburan.

3.Emas 21K atau emas 875

Ketulenan emas 21K : Kandungan emas ad
Harga emas adalah stabil dan tidak terikut dengan kesan kenaikan inflasi“Kekukuhan nilai emas memang tiada bandingannya. Misalnya, harga 1 dinar emas yang bernilai kira-kira RM50 pada era 1960an dapat membeli seekor kambing pada masa itu; sekarang ini 1 dinar emas telah bernilai kira-kira RM397 dan juga dapat membeli seekor kambing. “Berdasarkan contoh ini, ternyata nilai emas adalah kukuh berbanding wang kertas yang meningkat ekoran kenaikan kadar inflasi,” tambahnya (Berita Harian – 11 Januari 2008)
Tahniah! Sekarang anda dah tahu bagaimana dengan mudah anda boleh menjana keuntungan. Ini juga membuktikan bahawa pelaburan emas ini adalah sesuatu yang benar dan terbukti nilainya akan terus meningkat pada zaman-zaman mendatang. Perkara ini ada disebut di dalam Al-Quran di mana...

Mereka itu disediakan baginya syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas, dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam; mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang semolek-moleknya.

[Surah Al-Kahfi: ayat 31]

Di dalam ayat di atas Allah SWT akan memberikan hadiah kepada manusia-manusia yang masuk kedalam syurga. Ini jelas membuktikan kepada kita bahawa emas bukan sekadar bernilai di dunia, malah ia tetap bernilai di akhirat kelak dan secara logik telah melalui perubahan nilai dari masa ke semasa . Juga perkara tentang emas banyak disebut pada surah yang lain dalam Al-Quran.

Maka tidak hairan lah jika emas telah mula digunakan semenjak dahulu lagi kerana betapa bernilai dan berharganya ia sehingga FIRAUN juga tidak ketinggalan mengkagumi emas.
Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh dilihat semenjak 6000 tahun yang lalu. Orang-orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yang di cop nama firaun Menes sebagai medium pertukaran. Ketika itu, sesiapa yang memiliki emas maka dia dianggap kaya dan berkuasa. Apa yang menarik, jika beribu tahun dahulu orang yang memiliki banyak emas dianggap kaya dan berkuasa dan jika sekarang ini seseorang manusia memiliki banyak emas, maka dia juga dianggap orang yang kaya dan berkuasa.