Emas dan Dinar Masa depan
82 subscribers
523 photos
23 videos
8 files
209 links
Emas Dijadikan Indah Pada Pandangan Manusia
Download Telegram
5 Tip Simpan Emas 1 Bulan 1 Gram

Kali ni saya nak kongsikan tips simpanan emas yang diberikan oleh salah seorang penyimpan emas tegar dan juga dealer Public Gold iaitu Cikgu Steven Blanda.

1⃣ Letak Target simpan emas 1 bulan 1 gram sebagai "forgotten saving" (simpanan untuk dilupakan).

Simpan, dan lupakan. Duit simpanan lain boleh disimpan di tempat lain seperti Tabung Haji atau ASB.

2⃣ Setiap kali dapat gaji, terus beli 1 gram emas.

Jangan tunggu duit Iebih baru nak menyimpan sebab memang tak akan ada duit Iebih. Mindset menyimpan iaitu, “simpan dulu belanja selebihnya" bukan "belanja dulu simpan selebihnya".

3⃣ Jangan tunggu harga terbaik.

Kalau tunggu pun selalunya tak berbaloi dengan risiko duit itu bocor. Takut-takut nanti, bila harga dah rendah, duit pula yang habis!

4⃣ Beli emas melalui kaedah Akaun Emas GAP (Gold Accumulation Program) Public Gold.

Itu kaedah termudah dan termurah di Malaysia buat masa ini bagi sesiapa nak simpan 1 bulan 1 gram.

5⃣ Bila cukup 6 gram, keluarkan gold bar 5 gram sekeping. Atau cukup 11 gram, keluarkan gold bar 10 gram sekeping dan simpan dalam dompet!

Buat begini supaya terasa aura dan keseronokkan simpan emas! Memang "feel" akan berbeza.

Emosi kita terhadap duit ialah untuk berbelanja, emosi kita pada emas ialah pada menyimpannya.

Ingat, beli emas bermakna kita simpan duit. Simpan duit belum tentu simpan emas.

Jom mulakan simpanan emas💪🏻💪🏻😊

#Tip