Emas dan Dinar Masa depan
82 subscribers
523 photos
23 videos
8 files
209 links
Emas Dijadikan Indah Pada Pandangan Manusia
Download Telegram
15
4 perkara mudah yang sukar dibuat oleh kebanyakan orang

1.Menyimpan

Menyimpan sangat mudah,tidak perlu bekerja keras atau pecah kepala memikirkannya.hanya perlu buka akaun dan simpan setiap kali pendapatan atau gaji Simpan dahulu sebelum belanja.Namun ramai yang gagal melakukannya kerana menggunakan kaedah yang salah

Mereka berbelanja dahulu,kalau ada baki baru simpan.
Malangnya tiada baki yang dapat disimpan

Simpanan disini merujuk kepada simpanan atau tabung
Kecemasan yang bernilai sebanyak 6x gaji bagi yang bekerja makan gaji atau setahun pendapatan perniagaan bagi yang berniaga

5 sebab utama gagal menyimpan

1.Tidak mahu menyimpan
2.Tiada matlamat jelas kenapa perlu menyimpan.
3.Tidak menjadi keutamaan dalam hidup untuk menyimpan
4.Dilahirkan dalam budaya yang tidak menyimpan
5.Tidak mencari ilmu

2.Membuat bajet

Bajet atau belanjawan bukan bermaksud menjadi kedekut,seperti diet bukan bermaksud tidak makan.Bajet
Atau belanjawan adalah menetapkan sesuatu perbelanjaan mengikut keutamaan keperluan pada nilai yang telah dikira dan ditetapkan mengikut masa dan tempoh tertentu.

Perkara ini pun ramai yang gagal buat kerana ambil sikap tidak peduli dan hanya mengikut hati dan perasaan ketika berbelanja

3.Mengira atau berkira-kira

Kenapa orang kaya berkira? Berkira bukan bermaksud bakhil atau kedekut tetapi seperti namanya,berkira bermakna kira,menggunakan Aritmetik yang dipelajari disekolah dahulu.campur,tolak,bahagi dan darab.

Daripada kiraan yang dibuat barulah kita tahu akan kesan aliran tunai,untung atau rugi,berbaloi atau tidak sesuatu perkara yang ingin dibelanjakan atau dilaburkan

4.Menyediakan tabung kecemasan

Mengikut perangkaan,lebih 50% rakyat malaysia tidak mempunyai minimum RM1000 sebagai tabung kecemasan.kita sering dengar ungkapan 'lari bajet' kerana berlakunya kecemasan.

Sering kali juga apa yang dikatakan sebagai kecemasan bukannya kecemasan pun,sebagai contoh tiada siapa pun akan mati kalau kita tidak beli,berbelanja atau bayar sesuatu produk atau perkhidmatan yang tidak melibatkan nyawa

Namun mengikut definisi hati dan perasaan,ia dianggap satu kecemasan!.

Hanya sekadar memyebarkan ilmu
Tiada yang lain hanya memberi peringatan.

Sumber inspirasi oleh:
Tuan Zaidi Ismail
ZAKAT EMAS

Bila sebut pasal simpan emas, ramai pelanggan baru kami di Public Gold yang rasa gerun pasal zakat emas.

Tiba2 timbul rasa takut nak simpan emas pasal kena tunaikan zakat walaupun baru simpan 0.35gram.

Zakat emas hanya wajib ditunaikan setelah cukup nisab dan haul iaitu memiliki lebih 85g emas pelaburan atau 800g barang kemas (nisab ikut negeri masing2) dan telah dimiliki selama cukup setahun.

Nak tau 85g tu banyak mana? Sila lihat gambar pertama.

Bunga Mas 50g
5 Dinar 21.25g
Tai Fook 10g
1 Dinar 4.25g

Total 85.5g.

Nilai zakat yang diwajibkan ialah 2.5% atau bersamaan dengan 1/2 Dinar. (gambar ke 2).

Zakat hanya diwajibkan bagi "orang kaya". Manakala "orang miskin" yang tak memiliki lebih 85g emas ini tetapi memiliki kira-kira RM22,900 (nilai bersamaan 85g emas) juga wajib tunaikan zakat setelah cukup haul.

Zakat bukan hanya diwajibkan ke atas emas, tetapi juga terhadap wang ringgit & harta benda kita.

Zakat menyuburkan harta. Jadi jangan takut untuk tunaikan rukun Islam ke 4 ini.

Ramai pelanggan kami yang bercita-cita nak simpan 85g emas bagi melayakkan mereka untuk tunaikan zakat.

Moga bermanfaat.