Emas dan Dinar Masa depan
82 subscribers
523 photos
23 videos
8 files
209 links
Emas Dijadikan Indah Pada Pandangan Manusia
Download Telegram
Kos Sebenar Memanipulasi Ar-Rahnu

Tapi syaratnya… Kenaikan harga emas mestilah melepasi dua kos dan kenaikan tu mestilah DALAM TEMPOH PAJAKAN (6 – 12 bulan). Kalau harga emas tidak melepasi kos dalam masa 6 bulan, risiko kerugian sangat besar. Kos yang  dimaksudkan ialah:

Kos #1 – Susut nilai emas yang dibeli dengan duit pinjaman ar-rahnu. Katakanlah anda beli coin 1 dinar Public Gold, maka susut nilainya 6%. Susut nilai emas Public Gold sekitar 4.5% – 8.0% setiap item.

Kos #2 – Kos “upah simpan” di ar-rahnu. Katakanlah 1.15% sebulan. Lagi lama dalam ar-rahnu, lagi meningkat kosnya. Kos sebenar pajakan ar-rahnu ialah sekitar 1.15% – 1.54% sebulan. Ia bergantung kepada kadar “upah simpan” dan “margin pinjaman” yang berbeza-beza antara setiap ar-rahnu.
5 Tips Manipulasi Ar-Rahnu Cara Selamat

Kalau nak buat teknik ini, berikut ialah tips penting untuk kurangkan risiko kerugian:

Tips #1 – Pajak emas hanya bila berlaku penurunan mendadak, at least sekitar 10% – 15%. Biasanya bila harga turun mendadak, harga akan naik balik dalam tempoh tak begitu lama.

Tips #2 – Asingkan sebahagian duit pinjaman untuk kos “upah simpan” selama 6 bulan. Kalau harga emas tak naik, mungkin anda boleh guna duit tu untuk bayar “upah simpan” dan mencuba lagi nasib dengan sambung tempoh pajakan.

Tips #3 – Pajak dalam jumlah berpada-pada. Kalau anda ada 200 gram emas, pajak emas tu jangan lebih 100 gram. Katakanlah harga turun 5% yang menyebabkan anda kerugian 17.90%, anda masih ada ‘modal’ lain untuk tebus emas tu dari ar-rahnu.

Tips #4 – Beli item emas yang “susut nilai”nya paling rendah. Lagi rendah susut nilainya, untungnya lebih cepat, dan lebih banyak. Emas yang susut nilai lebih rendah biasanya berbentuk “jongkong” atau “syiling dinar”, bukan “barang kemas”.

Tips #5 – Berniaga emas! Bila anda berniaga emas, biasanya anda boleh jimat kos “susut nilai” sebab emas tu anda boleh jual kepada pembeli baru pada harga “PG Sell”. Jual emas tanpa susut nilai.
Keuntungan Emas Selepas 2012

Untuk pengetahuan anda, teknik ini memang “dijamin untung” sebelum tahun 2012 sebab harga emas naik secara konsisten. Pendek kata, kalau beli hari ini, 6 bulan akan datang confirm boleh jual sebab harga sudah melepasi susut nilai. Tapi sejak 2012, kenaikan harga emas tidak begitu konsisten. Dan itulah sebabnya pemajak tegar ramai yang kecundang.

Sejak 2012, orang paling gembira ialah pengumpul-pengumpul emas, bukan spekulator. Lagi harga turun, lagi mereka senyum sebab matlamat mereka ialah tambah kepingan emas dari semasa ke semasa sebab mereka percaya, akhir sekali orang yang paling kaya ialah mereka yang memiliki banyak “real asset” seperti emas, perak, tanah dan hartanah. “Real Asset” nilainya akan sentiasa naik dalam jangka panjang. Orang yang simpan duit kertas, kekayaannya confirm susut setiap tahun dimakan inflasi. Itu belum lagi kira duit tu bocor dibelanjakan.
Pengalaman mendewasakan .. sejak kecik kita diajar menabung .. ada yang konsistand amalkan ..alhamdulillah. setiap hari si anak ini menabung lebihan duit syiling kedalam tahung buluh .balik sekolah setiap hari dia menabung RM 0.20 @ 2 kupang .. tujuan asal adalah nak beli mainan yang dia nak sebab dia minta kat mak dan ayah buat tak tahu. Itu yang si anak fikir kan .tapi setelah tabung penuh si anak pecahkan tabung kira duit syiling jumpah yang terkumpul RM 70.55 sen ..

Si anak jumpa ayah dan bagi duit ..Yah adik dah ada duit TUJUH PULUH RINGGIT LIMA KUPANG LIMA DUIT ..RM 70.55 . "Ayah dik nak minta ayah belikan pistok yang tembak melekat tu". Si ayah ambik duit tu dengan relex keluar .. lepas setenfah jam si ayah balik .bawa mainan pada si anak .. Si anak terima kasih ayah ..
Si anak ni bila nal sesuatu dia akan menabung dan bila nak dia minta ayah dia belikan .. selepas anak dapat keputusan nak sambung belajar ke universiti ..

Si ayah membawa anak ke bank untuk membuka acc bank untuk si anak guna di universiti .. pada masa itu anak terkejut yang ayahnya tunjukkan akaun anak itu ada duit simpanan rm 10,767.25 . Dan si Ayah bagitau anaknya..

Tahniah kakak. Kakak anak yang baik .kakak anak yang bagus ..ini adalah hadiah ayah buat kakak untuk masa depan kakak. Semua duit ini adalah duit kakak simpan bagi kat ayah beli mainan setiap kali kakak nak dan sebahagian adalah tambahan ayah masukan dalam akaun bank kakak sejak kakak mula bagi duit tabungan kakak pada ayah.. gunalah duit ini sebaik mungkin dan jangan membazir . Teruskan tabungan kakak untuk masa depan..

Apa yang sianak anggap selama ini .apa dia nak dan dia dapat adalah dari duit tahungan dia tapi seballiknya adalah duit ayahnya .. menitis air matanya kerana ayahnya begitu sayang dan ambik berat masa depannya..

Moga iktibar dari kisag ini untuk kita buat persediaan untuk anak anak kita sehingga mereka dewasa bagi permulaan kehidupan mereka di masa depan..

Dulu kini dan selamanya ...

Dulu tabung buluh..
Sekarang ada peluang lebih bagus dengan tabungan emas PUBLIC GOLD GAP

BERMINAT wasap www.wasap.my/60126246131/PG24KRM100
Bismillah

Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), (2) Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.” (Surah At Talaq Ayat 2-3)
[KETULENAN EMAS] APAKAH BEZA EMAS 24K, 22 K DAN 18K?

Agak mengelirukan apabila anda melihat pelbagai jenis emas yang berada dia pasaran. Perkara ini lebih rumit bagi kaum adam yang kurang mengabil tahu tentang emas, berbanding kaum hawa yang sememangnya sudah "pakar". Namun masih ramai antara kita, tak kra lah sama ada lelaki atau wanita yang tidak peka akan beza di antara pelbagai jenis emas yang wujud.

JENIS2 KARAT EMAS YANG BERLAINAN

Terdapat pelabagi kategori emas mengijut ketulenen, namun yang paling popular di seluruh dunia adalah 24K, 22K dan 18K.

Di Malaysia,
emas 24K dikenali sebagai emas 999, emas 22K dikenali sebagai emas 916 dan emas 18k pula sebagai emas 750. Berikut adalah carta ketulenan emas yang ada

24K = 999
23K = 950
22K = 916
21k = 875
20K = 835
19K = Paun
18K = 750
14K = 585
9K = Suasa

Sebelum kita memahami perbezaan antara emas 24K, 22K dan 18K, anda mesti tahu maksud karat terlebih dahulu. Perlu diingatkan bahawa terdapat dua jenis ukuran permata iaitu "Karat" dan "Carat".

CARAT vs KARAT

Carat adalah satu unit ukuran berat untuk semua jenis batu permata seperti berlian, delima dan sebagainya. Setiap Carat adalah kira-kira dua ratus miligram atau 0.2gram.

Karat adalah ukuran pecahan ketulenan emas, yang mepunyai 24 bahagian keseluruhannya. Semakin tingi Karat, semakin tulen emas dan maksimum adalam 24.
Emas tulen adalah 24 Karat, tetapi kebanyakan barang perhiasan dicampur dengan logam lain kerana emas tulen adalah terlalu lembut.

Walaupun disebut dengan sebutan yang sama, Karat dan Carat adalah dua perkara yang sangat berbeza. Berikut adalah panduan mudah untuk memahami perbezaan antara emas 24K, 22K dan 18K.

EMAS 24K (999)

Emas 24K juga dipanggil dengan nama emas tulen atau emas 100%. Ini bermakna bahawa semua bahagian dalam emas ini adalah emas tulen tanpa kesan sebarang logam lain.

Ia adalah 99.9% tulen dan mempunyai warna kuning terang yang jelas. Tidak ada bentuk emas yang lebih baik dan tulen daripada 24K dan anda mesti mengetahui tentang perkara ini sebelum anda pergi ke peniaga yang mungkin memberitahu anda bahawa mereka menjual emas 25K atau 26K.

Oleh kerana ini adalah bentuk emas paling tulen, ia secara semulajadi lebih mahal daripada emas 22K atau 18K. Walaubagaimanapun, emas jenis ini mempunyai ketumpatan lebih rendah berbanding emas yang memunyai karat yang lebih rendah. Dalam erti kata mudah, emas 24K adalah lebih lembut dan mudah dibentuk.

Oleh itu ia tidak sesuai untuk diajdikan sebagai perhiasan biasa. Kebanyakan produk yang dihasilakan menggunakan emas 24K adalah bar dan syiling emas.

Emas 24K juga digunakan dalam peranti elektronik dan alat perubatan seperti yang digunakan untuk kanak2 yang mengalami jangkitan telinga yang akan dipasangkan dengan tiub tympanostomy yang diketahui mampu meningkatkan pengudaraan di bahagian tengah telinga.

EMAS 22K (916)

Nama emas 22K pula menunjukkan bahawa 22 bahagia emas ini adalah emas tulen, manakala 2 bahagian lagi adalah logam lain.

Jenis emas ini biasanya digunakan dalam pembuatan barang kemas. Dalam emas 22K, daripada 100%, hanya 91.67% adalah emas tulen. 8.33% lain terdiri daripada logam termasuk seperti zink, perak, mikel dan aloi lain. Jadi nama emas 916 ini diperoleh daripada 91.67%

Penambahan logam2 ini yang membuatkan tekstur emas 916 lebih keras sehingga menjadikan perhiasan itu tahan lama.

Walaubagaimanapun, anda mesti tahu bahawa walaupun emas ini boleh dgunakan untuk mebuat barang kemas biasa, emas 22K tidak sesuai untuk ditatahkan berlian.

EMAS 18K (750)

Emas 18K ialah 75% emas yang dicampurkan dengan 25% logam lain seperti tembaga atau perak. Biasanya barang kemas yang bertatahkan berlian diperbuat dengan emas 18K.

Emas lebih murah berbanding emas 24K dan 22K. Emas 18K atau 750 ini mempunyai warna emas yang sedikit pudar. Untuk mengecam emas 18K adalah mudah, iaitu dengan melihat ia dicop 18K, 18Kt atau 18k.

Kadang kala, emas 18K ditandakan dengan 750, 0.75 atau cop serupa dengannya untuk melambangkan bahawa barang kemas mengandungi 75% emas.

BAGAIMAN KEHALUSAN EMAS DIKIRA?

Di Barat, karat dinyatak
an dalam kehalusan. Contohnya, emas 24K dinyatakan sebagai 1000 bahagian daripada 1000 ketulenen, atau kehalusan 1000. Dan ia diajdikan penanda aras bagi emas2 lain seperti di bawah

Emas 22K = 22/24 * 1000 =0.9166
Emas 21K = 21/24 * 1000 = 0.875
Emas 18K = 18/24 * 1000 = 0.750

KEPELBAGAIAN WARNA EMAS
Emas 24 Karat mempunyai warna emas tulen semulajadi dan warnanya tidak dapat diubah tanpa mengubah ketulenan emas sehingga kurang dari 24K. Warna emas lain boleh dihasilkn dengan mengubah komposisi aloi dalam pembuatan barang kemas seperti di bawah

1. Emas merah jambu atau emas rose - dihasilkan dengan menambahkan lebih banyak tembaga dalam komposisi aloi emas.
2. Emas Hijau - dihasilkan dengan menambahkan lebih banyak zink dan perak.
3. Emas Putih - Dihasilkan dengan menambahka nikel atau palladium

Warna permukaan juga boleh dihasilkan dengan pada barang kemas dengan teknik penyaduran emas, atau lebih terkenal denagn nama emas celup.

Walaubagaimanapun, ini hanya boleh menjadi kemasan permukan sahaja dan akan luntur apabila dipakai dalam tempoh lama.

TIPS KEPADA PEMBELI EMEMAS

Jika anda ingin membeli emas untuk pertama kali, anda perlu mengingati ketulenan jenis emas. Untuk memudahkan hafalan, ingat bahawa semakin rendah karat, semakin kuran ketulenan emas.

Semoga perkongsian ini bermanafaat.

Sumber FB
CARA MEMBELI DAN MELABUR EMAS DENGAN BETUL & SELAMAT

Pelaburan emas memerlukan cara membeli emas dan cara melabur emas atau teknik yang betul dan selamat agar kita dapat memaksimakan kuntungan dalam pelaburan emas fizikal.Sebelum melabur emas atau membeli emas jongkong atau syiling dinar kita mesti memeriksa syarikat terbaik, sah , “spread” (beza harga jual dan beli yang rendah, kemudahan menjual balik dan sbagainya.
Seterusnya anda perlu menggunakan cara teknik yang betul,utama,benar dan selamat seperti di bawah :

1. Hanya Beli Emas Fizikal
Hanya beli emas fizikal yang boleh anda pegang di tangan, iaitu beli emas dapat emas bukan beli emas dapat nombor. Sebab mengapa anda perlu beli emas yang boleh anda pegang dan simpan sendiri.

Pertamanya, ia mengurangkan risiko anda ditipu. Beli emas tetapi tidak dapat emas, hanya dapat lihat nombor-nombor tercetak di atas slip (buku akaun emas / eft dan sebagainya). Entah betul atau tidak emas itu “benar-benar wujud”? Tidak anda ketahui! Jika bank tutup?(Tidak mustahil berlaku, malah pernah berlaku). Apakah yang akan terjadi dengan nombor nombor yang tercatat pada slip akaun simpanan emas anda?.Jadi beli emas fizikal!

Keduanya, ia lebih selamat. Maksud saya, jika apa-apa berlaku kepada ekonomi negara, atau pihak syarikat/bank tempat anda beli emas itu (seperti ditutup). Anda tidak perlu risaukan apa-apa, sebab, emas tersebut masih di tangan anda! Dan emas, adalah sesuatu yang bernilai! Anda masih boleh menjualnya kepada pihak lain (walaupun anda mungkin rugi sedikit akibat perbezaan spread yang besar), tetapi anda masih boleh menjualnya!.
Jika suatu hari nanti, negara kita mengalami masalah hyperinflasi dan suasananya menjadi kacau-bilau! Anda mempunyai pilihan untuk berhijrah ke negara jiran dengan membawa emas-emas anda. Kemudian, gadaikan ia disana dan mulakan kehidupan yangbaru! (Seperti mana yang pernah dilakukan oleh pelarian Vietnam ketika perang dulu!).Berbeza jika anda membawa wang kertas Malaysia ke luar negara dan cuba tukarkannya dimoney exchanger, ianya mungkin sudah tidak diterima kerana sudah tidak begitu bernilai, ataupun anda hanya akan mendapat nilai yang sangat kecil sahaja. Jadi beli emas fizikal!

Ketiga, Penggandaan wang. Hanya emas fizikal kita boleh buat menggandakan wang atau emas yang paling banyak. Iaitu dengan cara pajak emas di Arrahnu atau bank. Pajak emas paling banyak dapat pinjaman iaitu 65% hingga 80% daripada nilai emas. Jika kita pajak tanah kita di bank hanya dapat 50% daripada nilai tanah sahaja. Kenapa ? Sebabnya pihak bank atau dunia mengetahui emas akan sentiasa meningkat harganya. Jadi beli emas fizkal sekarang.. Dan teknik ini, hanya boleh dilakukan jika anda memiliki dan memegang emas tersebut di tangan anda!.Kalau emas yg jenis dalam buku simpanan bank, memang tak boleh. Jadi belilah emas fizikal!

2. Membeli Emas Hanya Sebahagian Sahaja Daripada Wang Anda.
Walaupun pelaburan emas ini sangat menguntungkan, tetapi, usahlah menjadi terlalu fanatik (atau tamak sebenarnya), dan melaburkan kesemua wang anda kepada emas. Sebaik-baiknya hanya melabur 50% wang anda. Jangan sesekali melupakan hukum pelaburan.. “Don’t put all your eggs in one basket”.. jadi.. berpada-pada lah. Gunakan sebahagian lagi wang anda untuk pelaburan lain seperti tanah, dana amanah atau perniagaan. Tujuan utama yang lain adalah jika harga emas turun, anda boleh lagi membeli jongkong emas agar merendahkan harga emas anda melalui konsep pemurataan harga.

3. Beli Emas waktu Anda Ada Duit Sekarang, Jangan Tunggu Harga Rendah. Jika anda hanya merancang untuk membeli emas pada ketika harga emas rendahsahaja, kemungkinan besar, anda tidak akan membelinya sampai bila-bila. Waktu yang terbaik untuk membeli emas, adalah sewaktu anda mempunyai duit!, bukannya sewaktu harga emas sedang murah!, sebabnya, anda tidak akan tahu bilakah waktunya harga emas sedang benarbenar murah. Dan emas, sudah pastinya tidak akan jadi murah.. sebab.. ianya EMAS!( bukannya besi! ). Semurah manapun emas, ia tetap “mahal” di pandangan masyarakat. Jadi, tidak perlu risau, jika anda ada duit, dan duit
itu cukup untuk membeli emas pada waktu itu. Beli sahaja! Tak perlu nak tunggu sampai harga emas jadi murah .. baru nak beli! Sebab ia takkan berlaku. Tambahan pula jika anda membeli emas sekarang (jika harga tinggi) nilai gadaian yang akan anda dapat juga tinggi..

“Tetapi bagaimana kalau selepas saya beli! Harga emas jatuh?!”

Oh!.. itu mudah sahaja!.. Beli lagi! Dan teknik ini, dipanggail “cost averaging”, dengan kaedah ini, anda akan dapat merendahkan kadar purata kos anda membeli emas.

Sebagai contoh, Anda telah membeli seketul emas 20gm, sewaktu ianya berharga RM3200, sebulan selepas itu, tiba-tiba harga emas tersebut turun menjadi RM2800. Anda pun membelinya satu lagi. Kini secara puratanya, kos anda untuk memiliki 2 ketul emas 20gm ialah (3200+2800 / 2) =RM3,000. Kini, anda hanya perlu tunggu harga emas itu naik semula melebihi RM3000 untuk membolehkan pelaburan anda untung semula. Berbeza kalau anda tidak membeli emas lagi, maknanya, anda perlu tunggu emas naik semula melebihi RM3200 untuk memastikan pelaburan anda terhadap seketul emas itu menguntungkan. Disebabkan itu jugalah, anda tidak digalakkan membeli kesemua wang tunai anda kepada emas sekaligus, beli sedikit dahulu, kemudian tunggu, lihat pergerakkan harga emas tersebut, turun atau naik.. hanya selepas anda membeli buat pertama kali, barulah anda dapat lihat dengan jelas maksud “tinggi” atau “rendah” harga emas itu pada satu-satu waktu, kerana kini, anda sudahpun mempunyai “benchmark” (tanda pengukur) anda sendiri, iaitu harga emas sewaktu anda membelinya pada kali yang pertama. Selagi anda tidak membeli emas buat kali pertama, anda tidak akan tahu bilakah harga emas itu “rendah” atau “tinggi” , sebab anda tidak ada “satu harga” benchmark untuk anda bandingkan. Jadi, beli sikit-sikit dahulu, malahan ada sesetengah penjual emas yang mengalakkan anda membeli 1 dinar 1 bulan. Cukup 12 bulan, sudah ada 12 dinar..

“Bagaimana pula jika pada waktu harga emas jatuh itu, saya sudah tidak ada duit untuk membeli emas lagi?”

Ada 2 pilihan disini!..

Pertama, anda boleh pajak emas yang anda sedia ada itu, kemudian, wang hasil pajakan itu anda gunakan untuk beli emas lagi! Kos upah simpan adalah 0.75% sebulan, bersamaan dengan 9% setahun (lebih kurang interest pinjaman bank). Untuk memastikan teknik ini berjaya, anda perlu pastikan, harga emas yang baru anda beli itu meningkat lebih dari 15% dalam masa setahun ( untuk cover semula kos 9% upah pajak + 6% spread emas). Jika tidak, anda mungkin akan sedikit rugi. Dan ya! Teknik ini hanya boleh dilakukan jika emas tersebut ada di tangan anda! Emas yg dibeli secara “buku akaun simpanan”, tidak boleh melakukan teknik ini.

Pilihan Kedua, rileks saja jangan takut emas akan naik kerana pningkatan manusia dan penggunaan emas dalam elektronik dan sebagainya akan meningkatkan permintaan emas seterusnya akan meningkat harga emas. Insyallah harga emas akan naik semula dalam masa 1 hingga 2 bulan kemudian. Itu adalah perkara normal, harga emas memang akan sentiasa turun dan naik, tetapi dalam jangka masa panjang, ianya pasti akan meningkat. Jadi, jangan terlalu gabra / cemas setiap kali melihat harga emas turun. Itu adalah perkara normal.

4. Beli Emas Yang Mudah Di jual beli, Tidak Cerewet Dengan Syarikat Pelaburan Emas Yang Sah
Emas yang tidak cerewet yang saya maksudkan ialah, emas yang tidak jatuh nilainya walaupun sudah tercalar, bengkok, dibuka sampul plastiknya atau sebagainya, tetapi, pihak penjual emas tersebut masih sedia untuk membelinya semula dengan harga yang tinggi!. Manakala emas yang mudah dijualbeli pula bermaksud, emas tersebut senang dibeli dan dijual semula dimana-mana lokasi kerana terdapat ramai pengedarnya.

5. Jangan terlalu mudah menjual Semula Emas Anda
Walaupun emas itu boleh dijual semula dengan mudah, tapi saya nasihatkan, seboleh bolehnya,jangan jual emas anda Ini kerana, kemungkinan besar, selepas anda menjual emas anda itu, anda mungkin sudah tidak dapat membeli emas itu semula dengan harga yang pernah anda beli suatu masa lalu.. ini kerana, harga emas sentiasa meningkat . Jadi, jika anda ingi
n menjual emas anda, pastikan anda mempunyai tujuan yang betul-betul kukuh mengapa anda perlu menjualnya. Tetapi, jika anda cuma terdesak nak pakai duit buat sementara waktu! Cara yang lebih baik..adalah dengan memajakkan emas tersebut! Dan bukan menjualnya! Itu lebih baik.

6. Jangan “saja-saja” pajak emas anda
Ya! Walaupun emas anda boleh dipajak, tetapi, anda janganlah secara “suka-suka sebab tak ada kerja” memajak emas anda. Memajak emas, sebenarnya, membawa erti/maksud “anda membuat pinjaman”. Jadi, nak buat apa anda mahu buat pinjaman jika tiada apa-apa sebab! Tak pasal-pasal membazir duit bayar kadar faedah / upah simpan. Jika anda ingin pajak emas anda, pastikan anda mempunyai tujuan yang khusus dan kukuh, antara tujuan yang saya fikir sesuai untuk anda memajakan emas anda, adalah..

1. Ingin mendapatkan modal permulaan/pusingan perniagaan anda

2. Ingin membeli lebih banyak emas

3. Memang sebab terdesak nak pakai duit sebab nak bayar hutang, kereta
rosak atau hal-hal kecemasan yang lain.

Itulah sahaja 3 sebab yang saya rasa sesuai untuk anda memajakkan emas anda. Sebab sebab lain seperti,nak pakai duit sebab nak beli handphone baru, nak beli TV besar dan lain lain perkara didalam kategori liabiliti, adalah tidak digalakkan.

Penutup
Itulah antara beberapa tips tentang pelaburan emas yang betul, sebenarnya dan selamat. Jika anda ingin membeli dan melabur di dalam emas, belilah emas fizikal, belilah apabila anda sudah cukup duit, beli emas pada harga rendah seperti harga sekarang dan buat pinjaman peribadi untuk beli emas pada masa yang sesuai seperti sekarang. Sebenarnya rugi jika membiarkan sahaja wang tunai itu terperap di dalam bank atau tidak mmbuat pinjaman peribadi. Nilainya akan menjadi semakin susut akibat inflasi. Gandakan wang dengan membeli emas atau membuat pinjaman peribadi membeli emas fizikal. Dan akhir sekali, apabila sudah memiliki emas, jangan terlalu mudah menjualnya atau secara suka-suka memajaknya. Pastikan anda mempunyai tujuan yang kukuh jika anda mahu menjual atau memajaknya.


AMEID OMAR
PD PG
KOMISEN NORMAL DEALER ATAU NEW DEALER PUBLIC GOLD
Dapat komisen 1.0 % daripada belian emas peribadi atau belian emas pelanggan (downline) seumur hidup
Dapat 0.15 % komisen daripada jumlah belian dealer dibawah kita
Dapat 0.3 % komisen daripada jumlah jualan balik emas.


KOMISEN PRIORITI DEALER PUBLIC GOLD
Dapat 1.5 % komisen daripada belian emas peribadi atau belian emas downline sepanjang hidup
Dapat 0.5 % komisen daripada jumlah belian dealer dibawah kita
Dapat 0.15% komisen daripada jumlah belian downline Priority dealer
Dapat 0.3% komisen daripada jumlah jualan balik emas.
Photo from Ameid Omar
KAEDAH PEMBAYARAN KOMISEN DEALER PUBLIC GOLD
Kaedah pembayaran komisen dealer melalui dua cara iaitu melalui bank atau c-wallet. Dapatan bulanan komisen dealer kurang dari RM100 akan dimasukkan kedalam c-wallet di PG Mall manakala dapatan komisen bulanan dealer melebihi RM100 akan dimasukkan kedalam akaun bank dealer Public Gold.
ANUGERAH DEALER PUBLIC GOLD
Pelbagai anugerah atau award untuk dealer atau agen Public Gold yang aktif berdasarkan jualan atau sales yang terkumpul setiap bulan atau setiap tahun.
1.ANUGERAH BULANAN MONTHLY TOP PRODUCER AWARD
Anugerah bulanan Public Gold iaitu Monthly Top Producer Award adalah anugerah bulanan dealer disetiap cawangan berdasarkan jualan atau personal sales dalam tempoh sebulan setiap bulan.
Kisah 1 dinar ..sejak zaman Rasullullah s.a.w
Alhamdulillah ramai kawan kawan dah mula sedar .. jika bukan hari ini bila lagi ..

Kaitan Emas dengan Kisah 1 Dinar dan Kambing

Berbeza dengan wang emas, ianya ciptaan Allah sebagai duit yg jujur kerana mempunyai nilai yg sebenar yg tidak bergantung kepada faktor manipulasi manusia. Saya kongsikan 1 kisah sahabat Nabi Muhammad s.a.w. berkaitan dengan penggunaan dinar emas untuk urusan jual beli.
Sahabat Nabi yg bernama Urwah diberikan wang satu dinar oleh Rasulullah saw untuk membeli seekor kambing. Kemudian Urwah membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar. Ketika Urwah menuntun kedua ekor kambing itu, tiba-tiba seorang lelaki menghampirinya dan menawar kambing tersebut. Maka ia menjual seekor dengan harga satu dinar.

Kemudian Urwah menghadap Rasulullah s.a.w. dengan membawa satu dinar wang dan satu ekor kambing. Baginda lalu meminta penjelasan dan Urwah menceritakan kejadiannya maka baginda pun berdoa: “Ya Allah berkatilah Urwah dalam perniagaannya

Walaupun kisah ini berlaku pada 1400 tahun yg lepas, pengajaran dari kisah ini membuktikan pada kita bahawa 1 dinar untuk nilai seekor kambing pada hari ini masih lagi relevan. Harga 1 dinar hari ini sekitar RM1,100 dan harga kambing juga sekitar RM 1,100
Walaupun harga emas naik 200% tidak bermakna kita boleh membeli lebih kambing dengan 1 dinar disebabkan harga emas naik harga kambing juga turut naik. Emas mampu untuk mengekalkan kuasa beli dan terbukti kalis inflasi selama ribuan tahun, nilai emas tidak berubah tetapi harga emas yg berubah! Wallahua’lam.
Photo from Ameid Omar
Photo from Ameid Omar