Public Gold by Missnina (Amanina Matali)
519 subscribers
1.01K photos
72 videos
29 files
537 links
Hai, di channel ni saya akan share
🌹Ilmu kewangan dan simpanan emas

https://wasap.my/60138434648/

Juga berkongsi di Youtube di https://bit.ly/3lhMgOL
Download Telegram
PELIK ILMU KEWANGAN NI!

Semakin banyak saya baca semakin saya berwaspada.
Semakin banyak saya belajar, semakin saya berhati-hati

Terbaru ada sebuah bank yang hantar dua jenis kad kredit kepada saya. Mereka hantar lagi mesej katanya dah kreditkan tiga puluh ringgit.

Entah bila saya consent, saya tak pasti. Mungkin di sini saya dah tak berhati-hati. Adakah melalui panggilan telefon atau email.

Kad kredit ni, macam pisau. Orang yang nak pakai mesti ekstra berhati-hati. Kalau tiada keperluan, kad kredit antara yang terakhir digunakan. Kenapa?

1) Ia menyebabkan hutang jahat
2) Kita terdedah dengan penipuan (scam) dengan data kad kredit
3) Kalau tak bayar dengan cepat, hutang akan berkembang dua kali ganda dalam tempoh kurang empat tahun.

Dapat sesuatu? Berhati-hatilah

#Bijakkewangan
Udang Goreng Kacang Panjang

Nak masakan meriah tapi sekali masak? Apa kata cuba ni. Mudah saja

Bahan-bahan
200gm kacang panjang (potong serong)
250gm udang buang kulit
3 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil serbuk ikan bilis
1 tangkai cili merah
1 labu bawang besar (hiris)
2 ulas bawang putih
2 sudu minyak masak

Cara masak
1) Panaskan minyak kemudian tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau
2)Masukkan sos tiram, sayur. kacau rata
3) Masuk udang dan tunggu sehingga masak. Perasakan dan siap!

Cuba komen siapa dah cuba?
BELANJA YANG PALING MULIA!

Mak ayah tak minta apa-apa atau berapa-berapa dari kita. Sebaiknya setiap bulan dari rezeki kita ada bahagian untuk ibu bapa kita.

Nak bagi berasingan ke macam mana? Nak letak kat mana ya?
Ada yang ibu bapa masih ada pencen, ada yang berpendapat, tak perlu nak pegang duit banyak-banyak,

Bolehlah kita simpankan sedikit dalam bentuk emas, jadikan tabung untuk pergi Haji atau umrah.

Ada yang tiada pendapatan atau pencen, dan mereka lebih suka duit dalam tangan, maka ringankanlah pemberian. InsyaALLAH rezeki Allah tu ada untuk kita

#Bijakemas
SIMPAN EMAS, KITA TAK RIMAS.

Peliklah emas ni, sebab semakin banyak kita tahu, semakin rajin menyimpan.
Semakin rajin menyimpan, semakin mudah uruskan kewangan.
sebab tu, akhirnya KITA TAK RIMAS.

Kita tak perlu rimas nak berbelanja, sebab kita dah tahu keperluan vs kehendak.
Kita tak perlu rimas nak buat simpanan, sebab simpan emas lebih tenang.
Kita tak perlu rimas nak tengok gaya hidup orang lain, sebab kita semakin tenang ukur belanja di poket sendiri.

Nak katanya, hidup tenang mula dengan menyimpan. Kalau nak berbelanja, tengok kedalaman poket kita.

#Bijakemas
#1gram1bulan
Paratha Sosej Air Fryer

Dalam menu ni, saya tak letak cheese, Buka je peti ais, dah habis😏 Jom try ni simple ja rupanya

Bahan
Sosej biasa (potong 4)
Paratha segera potong 8 (tengok gambar)
Mentega

Cara buat
Susun bahan ikut dalam gambar
Buat hirisan sikit guna garpu
Sapu mentega kat bahagian hirisan tu, supaya nampak ada style sikit😎
Bakar dalam airfyrer 180 degree, 10-12 minit

siap dan sedia dimakan.
Perjalanan 1,000 batu bermula dengan langkah pertama. Dalam 1,000 batu itu, langkah paling susah adalah langkah pertama kerana momentum kejayaan belum lagi bermula.

Di sini saya kongsikan berdasarkan pengalaman peribadi dalam pelaburan dan simpanan emas fizikal.

Langkah Pertama Pelaburan & Simpanan Emas

Kita tak akan faham tinggi atau rendah harga emas selagi belum bermula.
Selepas mula, baru kita faham sikit-sikit sebab sudah ada BENCHMARK/TANDA ARAS tersendiri.

Saya mula simpan emas pada harga RM100 segram pada tahun 2009. Anda takkan dapat harga yang sama – dengan izin Allah.

Jadi, harga pada hari ini 23/1/2021 misalnya RM264 segram – itulah benchmark harga untuk anda sendiri. Dan disitu baru anda dapat nilai harga emas mahal atau murah.
New Version of Dirham is here!

Perak ni sangat diperlukan dalam industri sebab tu demand nya tinggi.

Cuba tengok barangan teknologi, semi conductor adalah bahan asas pembuatan yang menggunakan Perak.

Harganya sudah jauh naik vs 2020 akibat permintaan tinggi. Tak rugi mula simpan Dirham n (silver coin)

Ada yang nak mula menyimpan?
Jom contact saya di sini
Gais, sayang kan makanan yang tak habis? Kerak nasi pun sayang nak buang sebab teringat iklan ni.

"Sebutir beras ibarat setitik peluh petani"

Nak buat apa dengan kerak ni? Nak ke nak saya share resepi Keropok kerak Nasi Manis? Jom follow. Senang je gais

Bahan
300gm kerak nasi kering (selalu kumpul-kumpul beberapa hari, kering guna matahari je)😎
2 sudu makan gula (gambar tu lebihan gula buat kek sebab tu banyak😅)
1 sudu kecil madu (sangat sikit pakai sebab nak bagi glowing je) optional
4 sudu makan minyak masak untuk menggoreng kerak nasi.
Lepas selesai goreng kerak tu, hanya guna 2 sudu makan minyak masak

Cara masak (tengok gambar sekali)
1) Goreng kerak nasi sehingga kembang sikit,
2) Pastikan goreng sedikit demi sedikit ikut jumlah minyak
3) Lepas selesai, kurangkan minyak dalam kuali. Masukan gula dalam kuali
4) Letak madu
5) Haaa gaul sekali dengan kerak nasi yang dah goreng tadi
6) Kacau rata
7) Siap dan jadi jajan weekend

Cuba tag kawan / family korang yang ada sayang nak buang kerak nasi tu. buat keropok ni. Selamat mencuba