Public Gold by Missnina (Amanina Matali)
519 subscribers
1.01K photos
72 videos
29 files
537 links
Hai, di channel ni saya akan share
🌹Ilmu kewangan dan simpanan emas

https://wasap.my/60138434648/

Juga berkongsi di Youtube di https://bit.ly/3lhMgOL
Download Telegram
Cucur Udang Tak Ke mana..

Yelah dah PKP, udang dengan kita-kita sekali tak boleh nak ke mana kan? Saya pun guna baki udang yang dah berapa bulan dalam peti ais.😅

Apa kata kita cuba cucur udang ni. Simple je insyaALLAH..
Bahan
Tepung 300gm
Udang
Daunbawang

Bahan kisar (guna lesung batu pun ok)
1/4 bawang besar dipotong
3 ulas Bawang merah
3 ulas Bawang putih
2 biji cili padi

1)Campur tepung dan air, gaul rata.
2) Masukkan semua bahan di atas dan gaul rata
3) Bila adunan dah agak rata, terus goreng.
Dah siap dan makan bersama sos cili Thai.

Mak kata tak masin😢. Saya pun check apa yang kurang. Err garam rupanya tak letak.😌

Bolehlah masuk dalam group Masak apa tak jadi hari ni! Kwang3
Sambal Sotong Kering

Nak tahu kenapa menu ni disebut sotong kering? tunggu di penghujung resepi

Bahan-bahan
400gram sotong kering
3 sudu makan bawang besar (dikisar)
1 biji bawang besar (dihiris)
2 sudu makan cili boh
2 sudu makan air asam jawa
Garam, minyak untuk tumis

Cara memasak
1) Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar yang telah dikisar
2) Masuk cili boh dan tumis sehingga garing
3) Masuk sotong kering dan kacau rata
4) Apabila sotong jadi lembut, masuk air asam jawa. Kacau sehingga pekat
5) Masuk hirisan bawang dan perasakan secukupnya
6) Sedia dihidang

Info chef: Sotong hendaklah disiang terlebih dahulu dan direndam dengan soda bikarbonat selama 30 minit. Kemudain basuh, toskan dan rebus sehinga lembut.
sumber: Majalah RASA
Selamat datang ke Channel Telegram saya. di channel ni saya akan share
🌹 Motivasi Kehidupan dan Outdoor Activity
🌹Ilmu kewangan dan simpanan emas


https://wasap.my/60138434648/

Saya juga Penulis blog kewangan di https://amaninamatali.com

Juga berkongsi di Youtube di https://bit.ly/3lhMgOL
Public Gold by Missnina (Amanina Matali) pinned «Selamat datang ke Channel Telegram saya. di channel ni saya akan share 🌹 Motivasi Kehidupan dan Outdoor Activity 🌹Ilmu kewangan dan simpanan emas https://wasap.my/60138434648/ Saya juga Penulis blog kewangan di https://amaninamatali.com Juga berkongsi…»
Ada yang pernah dengar tentang restoran Pappa Rich yang berhadapan dengan hutang tertunggak sekitar RM37 juta?
Struggle tu bukan hanya pada syarikat kecil malah Pappa rich pun boleh jatuh papa kedana. Gais, kita kena mula bertindak. Kita kena berhati-hati berbelanja.

Dua minggu lepas saya mendapat berita dari kawan saya. Jabatan tempatnya bekerja hanya 8 orang dari 30 orang saja yang dikekalkan. Selebihnya terima notis VSS. Yang tengah kontrak, terus ditamatkan. Dan syarikat ini ialah farmaseutikal, yang dijangka paling bertahan kerana produknya orang sakit mesti pakai, tetapi profit tak dapat mengatasi operating cost.

Kena bersedia ni gais. Betul-betul kena bersedia. Cuba kita semak ni
1) Simpanan kita cukup tak?
2) Keluar masuk duit tu catatkan
3) Sumber pendapatan ada 1 atau 2?
4) Kita beli barang kehendak atau keperluan?
5) Mohon kepada Allah agar kita diberi kekuatan jika ada ujian mendatang

#Bijakemas
#Bijakkewangan