Public Gold by Missnina (Amanina Matali)
520 subscribers
1.01K photos
72 videos
29 files
529 links
Hai, di channel ni saya akan share
🌹Ilmu kewangan dan simpanan emas

https://wasap.my/60138434648/

Juga berkongsi di Youtube di https://bit.ly/3lhMgOL
Download Telegram
Jom cuba resepi Tortilla simple aja.

Bahan
Roti tortilla (Mission Wrap)
Daging burger
Salad (Dipotong kecil)
Tomato (dipotong 8)
Mayonis

Cara membuat

1) Panaskan Roti tortilla atas kuali sekejap je
2) Goreng daging burger.
3)Susun salad, daging burger ayam, dan tomato yang telah dipotong tadi
4) Wrap saja macam biasa dan siap!

Yang paling minimalis saya pernah buat ialah 3 bahan saja. wrap, burger dan mayonis. Jom try
Nak tukar daging burger kepada sosej pun okay je

Boleh tag kawan, family korang untuk try menun ni, mudah je
Roti Perancis Bertuna

Korang nak bawa masuk Perancis ke atas meja makan? Hidangan simple ini dikategori sebagai hors d'oeuvres atau pembuka selera. Jom kita cuba!

Bahan-bahan
1 batang roti Perancis
3 keping daun salad
1 tin Tuna Mayonaise
1/2 labu bawang besar
Serbuk lada putih secukup rasa
Garam secukup rasa

Cara Membuat
1) Campurkan Tuna, bawang besar, garam, serbuk lada putih dalam 1 mangkuk dan gaulkan
2) Ambil kepingan roti dan letakkan daun salad, sapukan tuna di atasnya
3) Sedia untuk di"ngap" dengan seleranya

Tips: isi ayam, daging dan keju sesuai dihidang bersama roti ini

Boleh tag kawan, family korang untuk try menu ni, mudah je.
Saya rasa betul-betul bersalah kalau tak bagitahu pasal perkara ni. Saya betul-betul minta maaf.
.
Tengah hari tadi, saya kelaparan. Pusing sana, sini semua kedai tutup. Akhirnya saya singgah ke salah sebuah kedai (dalamnya ada warung). Ada menu nasi Kerabu.
.
Asalnya nak makan nasi ayam kat tempat lain tapi tengok adik ni ikhlas betul cerita menu- menu dia. Saya pun pilih Nasi Kerabu Ayam.
.
Saya duduk dalam kereta dan betul kecewa sebab makan satu bungkus jak! Saya patutnya ambil tiga bungkus tapau!!
.
Nasinya lengkap dengan solok lado(honestly saya hanya tahu itu cili besar disumbat kelapa parut). Sambalnya rasa luar biasa beb. Yang hantu pedas, tak cukup satu! Ayam cukup garing dan rangup.
.
Saya yang sebelum tak pandai makan budu, boleh pula termakan dengan kombinasi lauk tu. Try esok di Nasi Kerabu Akub, sebelah Ambank Satok
. Takeaway saja ya!
Okay nak story sikit macam mana saya boleh mula menyimpan emas dengan Public Gold. Kawan-kawan boleh baca ‘sharing’ saya ni. Mudahan bermanfaat.

1. Saya mula terdetik untuk tahu tentang emas selepas mak kata simpan emas untuk pertahankan harta.

2. Lepas tu saya mula cari info tentang emas dan menemukan dengan Syarikat Public Gold. Masa tu tak terus beli, cari beberapa sumber yang cukup untuk yakinkan aku yang ia bukan ‘scammers’.

Jadi perkongsian ini akan jimatkan masa korang dan selebihnya insha Allah saya akan bantu ‘guide’ kalian menyimpan dan melabur.

a. Public Gold adalah satu-satunya Syarikat jual beli emas di Malaysia yang telah dapat pengiktirafan sijil patuh shariah. Panel mereka bukan calang-calang, Amanie Advisors yang diketuai oleh Datuk Dr Mohd Daud Bakar. Salah seorang panel shariah Bank Negara Malaysia. Bukan calang-calang.

b. Konsep Public Gold ni sama macam Tomei, Poh Kong dan Habib Jewel. Beli emas dapat emas dalam tangan. Cuma bezanya, Public Gold ni focus kepada emas dalam bentuk jongkong dan koin emas. Khusus untuk simpanan dan pelaburan.

Barang kemas ni tujuannya untuk berhias. Jadi harga agak tinggi selepas dicampur kos tukang dan sebagainya. Kalau jual balik di kedai emas, susut nilai lebih dari 30%. Lambat lah nak untung kalau macam ni.

Di Public Gold susut nilai ikut berat emas. Makin berat, semakin murah harga per gram. Dan semakin berat emas, makin kecil susut nilai antara 6% hingga 9% je.

3. Haa jadi kalau ada yang nak tanya tentang Public Gold korang boleh komen kat bawah. Kalau segan, boleh je terus pm saya di facebook atau link whatsapp di bawah ini. Insha Allah saya bantu

https://wasap.my/60138434648/akaunemas


Amanina Matali
PG00131490
Pengedar rasmi Public Gold

Follow saya @AmaninaMatali
TAK TOLEH BELAKANG DAH !

Saya keliru. Nak share ke tak?
Risau pula kalau-kalau lepas ni ada yang tak lena tidur malam.

Alkisahnya tengah hari semalam, perut berkeroncong. Nak makan nasi panas-panas sebab cuaca mendung

Ibarat mengantuk disorong bantal, saya jumpa kedai yang dihujung lorong. Saya pesan Nasi Kukus Ayam Berempah.

Dalam gambar nampak biasa, dalam perut luar biasa! Nak tahu kenapa? Yang best nasi kukus ni lembut tapi tak lembik (org Sarawak padah licak). Ada aroma daun pisang.

Ayamnya empuk, walaupun bahagian isi, gorengan tak kering. Sedap ditekak dengan nasi panas. FUHH!!

Part paling berhantu ialah sambal belacannya Pedas manis menepati cita rasa. ditabur pula atas nasi. Kenyang tersandar dibuatnya.

Yang berada di sekitar Kota Sentosa, Hanya pesan dari Grabfood or Foodpanda.

Jom cuba di Gulai Kawah Cikda
Mee Goreng Kicap Lemak Manis

Ini ialah pertama kali saya masak mee kuning yang saya puas hati. Saya memang tak pandai masak mee. Pernah sebelum ni, tak cukup pewarna lah ,kering sangat, bau tak sedap atau terlalu likat tak jadi😅

Yang ni mungkin ada improvement sikit. Haa jom cuba mee kuning ni.

Bahan-bahan
Mee kuning
Perencah Adabi mee goreng
Kicap Lemak masin
1 biji telur
2 ulas bawang puth
2 biji cili padi
Limau
Daun bawang
6 ekor udang

Cara membuat
1) Tumiskan bawang, cili padi sehingga naik bau. Masukkan Perencah Adabi mee goreng
2) Tambah air, tunggu sehingga mendidih kemudian masukkan udang. Kacau telur dan tuang ke dalam bahan-bahan yang tengah mendidih
3) Tengok video macam mana saya tunggu telur tu masak kejap, baru saya kacau. mungkin saya boleh improve lagi kat sini
4) Masukkan mee, kicap dan kacau puas-puas. Ikut selera masing nak mee tu basah sikit atau kering. Masuk daun bawang
5) Perah limau dan sedia dimakan

jom tag kawan-kawan korang. Nanti ada yang ketuk pintu hantar mee