Public Gold by Missnina (Amanina Matali)
520 subscribers
1.01K photos
72 videos
29 files
540 links
Hai, di channel ni saya akan share
🌹Ilmu kewangan dan simpanan emas

https://wasap.my/60138434648/

Juga berkongsi di Youtube di https://bit.ly/3lhMgOL
Download Telegram
1 Dinar. Tulen 999.9. Oct 2019 RM890. AUGUST 2020 RM1200. Untung ke best simpan emas?
Sedutan Filem Magika...lebih kurang je...
Ayu (Diana Danielle): Tok...bagitau la adik saya pergi mana? Nah..tok ambil ni (sambil hulurkan RM50)
Pak Pandir (Paknil): Aku mau buat apa dengan ini kertas?
Ayu (Diana Danielle): Dengan ni, tok boleh buat beli ayam ke, beli apa2 lah...
Pak Pandir (Paknil): Hahaha...ko jangan nak tipu aku. Buat apa ini? Lain la emas ke perak ke...ini kertas!
Tahu tak harga emas mampu mencecah RM300/gram!! 😱

Nak tunggu atau saya bantu?

Kenapa beli emas dengan Public Gold?
Mudah: Cara belian emas boleh bayar cash, ansuran 4bulan dan 10 bulan pun boleh.

Fleksible: Nak simpan fizikal boleh. Nak simpan dalam bentuk akaun online pun boleh.

Patuh Syariah

Reputasi: Public Gold dengan kerjasama Koperasi Dagangan Emas (KDE), Pos Malaysia, dan Ar Rahnu Malaysia.

Kualiti terbaik: Public Gold adalah minter rasmi koleksi YDPA

Saya nak bimbing anda buat simpanan emas, dari duit melayang setiap bulan😳

💥 Whatsapp saya https://wasap.my/60138434648/PGAmanina

Nak baca dulu?

💥 Subscribe channel saya t.me/AmaninaMatali
Salam Jumaat semuanya.

Kita tahu nak menyimpan tu bukan mudah.

Tapi setiap permulaan akan ada baby stepnya.

Kita kena latih diri mula menyimpan walau serendah RM10 untuk simpanan emas.

Emas akan tetap naik harga, yang kita nak ubah ialah disiplin kita.
Jangan mudah terpedaya dengan sales 9.9 jika tak berkeperluan. @AmaninaMatali
𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗦𝗜𝗠𝗣𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗧𝗔𝗦, 𝗨𝗦 𝗦𝗜𝗠𝗣𝗔𝗡 𝗘𝗠𝗔𝗦

Hakikat yang kita perlu tahu, dalam sistem kewangan antarabangsa, lebih 50% rizab bank-bank pusat seluruh dunia ialah matawang US Dollar, sedangkan US sendiri adalah penyimpan emas terbesar dunia!

Maksudnya, kita simpan KERTAS, tetapi US simpan EMAS! Nampak tak siapa lebih cerdik?

Persoalannya, bagaimana US boleh jadi penyimpan emas terbesar dunia?

Bila kita mengkaji sejarah, jawapannya dunia KENA TIPU dengan US selepas US memutuskan hubungan US Dollar dengan emas pada 1971.

Sebelum 1971 (sejak 1944), setiap USD35 nak dicetak, US perlu ada backup emas seberat 1 oz (31.1 gram).

Duit kertas yang dikeluarkan oleh US itu adalah VOUCHER mewakili emas. Kertas itu boleh digunakan untuk tebus semula emas dalam simpanan US.

Maka selepas perjanjian Bretton Wood 1944 yang diwakili oleh 44 negara dunia bersetuju menjadikan US Dollar sebagai RIZAB NEGARA menggantikan emas.

Waktu itulah, bermulanya emas mengalir masuk dengan banyak ke dalam simpanan US untuk ditukarkan dengan KERTAS US Dollar.

Tetapi lepas berlaku peperangan yang panjang (berbelas tahun) dengan Vietnam, US sudah kehabisan duit.

Nak cetak duit, perlu ada emas. Jadi apa yang US buat?

Putuskan terus hubungan US Dollar dengan emas!

Maka US boleh cetak duit sesuka hati. Dan sejak tahun 1971, dunia membeli KERTAS US Dollar dengan tukaran ganti hasil kekayaan masing-masing.

Duit kertas US Dollar sejak itu dikeluarkan 𝗢𝗨𝗧 𝗢𝗙 𝗡𝗢𝗧𝗛𝗜𝗡𝗚! Ia tidak lagi dibackup oleh apa-apa aset fizikal.

Menurut Prof Kameel Meera UIA, itulah rahsia kenapa US KAYA DAN BERKUASA. US Dollar itulah nyawa US yang sebenar.

Mana-mana negara yang mahu membunuh US Dollar, akan terima nasib seperti Iraq dan Libya!

Bila saya memahami sejarah ini, saya berpegang pada nasihat Tuan Azizi Ali (Pakar Kewangan, bukan ejen emas ya), dalam apa juga keadaan ekonomi, at least 5% - 10% dari kekayaan kita perlu disimpan dalam bentuk EMAS sebagai 'insuran' dari bencana sistem kewangan.

Sejarah membuktikan, pasti akan tiba waktunya duit kertas akan hilang nilainya 100%.

Tak ada ragu-ragu lagi. Cuma waktu sahaja yang kita tak pasti.

P/s - harap-harap tak berlaku sewaktu kita hidup...

Begitulah,

Credit:
Khaja Nazimudeen @AmaninaMatali
Risiko Simpan Wang Kertas kita Kena tahu.

Kisah di Zimbabwe ni sampaikan mereka nak beli roti kena bawa duit berkepuk kepuk.

InsyaAllah, struktur kewangan Malaysia masih kukuh.

Cuma kita kena bersedia alih sikit wang dalam bentuk emas.

RM100 dulu boleh beli 1 troli makanan, RM100 sekarang?

Jawablah sendiri @AmaninaMatali
Selesai ambil emas 10gram dan 1 Dinar buat pelanggan saya di Sibu.

10 bulan menabung, ini hasil yang mereka tuai.

Untungnya walaupun harga emas menaik, mereka tetap bayar harga yang sama setiap bulan. Best kan?

Masa pelanggan saya beli 10gram tu, 1 bulan dia bayar RM220 saja.

Kalau yang ambil hari ini 1 bulan kena bayar RM280+-.

Untung ke best? @AmaninaMatali
1 Dinar yang rare! Public Gold dah tak keluarkan versi ini sebab kilang di Turki masih ditutup. Takpa. Kita masih ada local Dinar.
Pendapatan kita tak banyak, apa yang perlu kita buat?

▪️Cari pendapatan tambahan kedua. Cari masa hujung minggu atau waktu habis kerja. Saya pernah buat servis potong rumput setiap hujung minggu dan pendapatan saya bertambah 800-1000 setiap bulan. Sekarang lagi mudah, guna fon pun boleh buat duit. Jadi dropship atau sebagainya. Lebih mudah.

▪️Kurangkan kos hiburan kita. Potong line Astro atau apa sahaja yang memerlukan bayaran komitmen anda setiap bulan. Pilih channel tak berbayar. Itu dah cukup bagus.

▪️Guna satu fon sudah. Tak perlu bahagi-bahagi untuk office atau family. Guna satu sebaik mungkin. Komitmen kredit pun dapat kurang.

▪️Guna prepaid. Hentikan postpaid. Kalau prepaid habis, tunggu sampai hujung bulan. Baru tambah prepaidnya kawan. Kalau bimbang habis awal, sila guna dengan penuh jimat ye.

▪️Ambil medical card. Paling kurang. Untuk perlindungan diri. Apa-apa jadi, sekurang-kurangnya kita ada perlindungan. Musibah tak kenal siapa.

▪️Tangguh kehendak kita. Gunakan teknik 7 hari. Maksudnya, jika kita hendak beli satu barang, bagi masa selama 7 hari. Kebiasaannya masuk hari ketujuh, benda yang tak penting bagi kita automatik kita rasa tak perlu beli dah. Berjaya beb!

▪️Amalkan 2.5% daripada gaji untuk kita bersedekah. Paling adfhal kepada mak yah kita, isteri dan anak-anak. Sekali sekala boleh bawa mereka makan bersama. Ini pintu rezeki kita.

Semua langkah ini mungkin sesuai untuk saya. Tapi belum tahu untuk anda. Cuba dulu, baru tahu.


Credit nota: Tuan S M Salim Sharif

#NotaPoketEmas
#NotaPoketPendapatan
Harga dah menurun.. Siapa yang nak topup akaun GAP boleh whatsapp saya
Gais,
Esok malam saya akan buat FBlive (Jumaat 25/9/2020 jam 9.00 Malam) di FBpage Syukor Hashim & Jonaina Nordin
Saya akan berkongsi satu tajuk menarik iaitu:
"𝐒𝐚𝐲𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐄𝐦𝐚𝐬"
Apakah peranan emas dalam kehidupan anda? Bagaimana emas boleh membantu anda?
Dapatkan jawapannya di dalam FBlive ini.
Juga, ada banyak promosi menanti anda. Antaranya Promosi belian emas, promosi menjadi dealer serta hadiah cabutan bertuah untuk FBlive bulan lepas.
Jumpa nanti!
Jika kita faham betapa pentingnya simpanan untuk masa depan, kita sesekali tidak akan bertangguh hari ini.

Jika kita tahu bahawa kita ada sakit untuk menyimpan, kita kena usaha mencari ubatnya.

Jika kita tahu kita sukar simpan dalam bentuk Rm, kita ubah dalam bentuk emas.

Jika kita tahu wang kertas akan terus menyusut kita pasti akan pilih aset kalis inflasi seperti emas.

Jika kita tahu sukar untuk simpan dengan kuantiti yang banyak, kita pastikan mula dengn yang sedikit.

Tahniah!
Saya baru nak belajar simpan emas, macam mana nak mula?

1) Buat belian emas pertama sebagai benchmark.

2) Mulakan dengan paling minima RM100 dengan akaun GAP.

3) Sebaik sedar kepentingan emas, usah tangguh mulakan secepat mungkin.

4) Mulakan sekarang. Bila bertangguh buat belian emas, belum tentu peluang datang lagi. Mula dulu, baru faham.
*7 CARA BUAT DUIT DENGAN EMAS PUBLIC GOLD*

Jika keuntungan tunai menjadi matlamat anda membeli emas, saya senaraikan 7 cara bagaimana anda boleh menjana keuntungan dengan produk emas yang paling disukai masa kini berjenama Public Gold.

1. Beli harga rendah, jual harga tinggi.

Dengan Public Gold, harga dikemaskini setiap 20 minit dan anda boleh pula mengunci (lock) harga pada setiap masa. Ini merupakan kelebihan yang tiada tolok bandingnya.

2. Beli harga GAP, jual harga runcit.

Hot item seperti gold bar 1 gram keluaran Public Gold menjadi rebutan ramai. Anda boleh menjana keuntungan sekitar RM25- RM50 sekeping.

Rumus: RM350 - (RM275 + premium) = *untung*

3. Beli harga GAP, jual di pasaran terbuka.

Ramai yang menggunakan platform online untuk menjual emas dengan pelbagai cara termasuk menggunakan kaedah bidaan.

Anda akan mempunyai banyak pilihan harga untuk menjual tetapi memerlukan sedikit kesabaran.

4. Beli harga GAP, jual bila pengeluaran sudah dihentikan.

Ada item emas yang dikeluarkan secara bermusim sempena perayaan dan sebagainya.

Apabila sudah habis musim, pengeluaran aka dihentikan oleh Public Gold. Ketika itu, dengan sekeping gold bar 1 gram anda boleh menjana keuntungan sekitar RM100 ke RM200 bergantung kepada design dan permintaan.

5. Beli sebagai dealer.

Sebagai dealer, anda akan menikmati insentif setiap kali belian dan jualan semula kepada Public Gold.

Nilai insentif pula bergantung kepada tahap dealer anda samada Normal Dealer, Priority Dealer atau Master Dealer.

Insentif bimbingan, kumpulan, kereta, pelancongan dan sebagainya juga ada disediakan kepada yang layak.

6. Insentif sebagai introducer.

Setiap pembeli emas Public Gold akan mempunyai introducer. Jika anda adalah inroducer dan pelanggan atau dealer dibawah anda membeli emas, akan ada juga bahagian insentif buat anda.

7. Beli emas sebagai penyelamat dari kebocoran tunai.

Ini selalu saya ulas. Jadi tidak perlu ulas panjang..
𝐒𝐨𝐚𝐥𝐚𝐧: Saya tak pandai buat bisnes, juga tiada keberanian nak berhenti kerja sebab hutang masih banyak.

Apakah nasihat terbaik untuk saya?

𝐉𝐚𝐰𝐚𝐩𝐚𝐧: Ada orang tidak berminat untuk berbisnes. Antara faktor-faktor yang menyebabkan seseorang tidak berminat dengan bisnes adalah seperti; tak nak ambil risiko, takut rejection, pengalaman berjumpa orang bisnes yang mendesak, manipulasi dan berbohong dalam bisnes (pengalaman negatif) dan lain-lain faktor lagi.

Jadi, apakah jalan terbaik untuk orang seperti ini membina kekayaan?

Jawapannya: Anda perlu buat 2 perkara iaitu (1) Menyimpan duit dengan ekstrem dan (2) sentiasa melabur.

Menyimpan duit dengan ekstrem bermaksud anda tidak membeli benda-benda kehendak sebaliknya menyimpan duit tersebut. Anda beli benda benda keperluan sahaja.

Ini membolehkan anda mengumpul modal untuk tujuan ke-2 iaitu (melabur).

Melabur tu bermaksud meletakkan duit ditempat ia boleh berkembang/beranak pinak.

Contohnya. Melabur kat ABS dan tabung Haji, ASB, Unit Trust.

Atau anda boleh membeli aset seperti tanah, rumah, emas dan perak. Keuntungannya adalah daripada kenaikan harga aset tersebut. Nanum banyak aset memerlukan modal yang besar. Sebab itu anda perlu buat langkah (1) Menyimpan duit dengan ekstrem.

Atau anda boleh beli saham syarikat-syarikat yang bagus (kalau tak pandai buat bisnes, at least pandai melabur saham syarikat yang terrer buat bisnes.

Saya cuma bagi idea, namun jika anda nak mendalami ilmu pelaburan, carilah sifu yang betul dan establish.

Gais.
Menjana kekayaan dengan melabur biasanya mengambil masa yang panjang, sebab pelaburan yang betul akan ambil masa.

Lepas tu hati kena kental sekental-kentalnya.

Bayangkan anda berjaya menyimpan duit sebanyak RM100,000 ke atas.. tedia... macam-macam cabaran akan datang.

Ilmu menyimpan duit dengan ekstrem ini saya dapat dalam buku Chef Li (saya beli tahun 2016) bertajuk 𝗦𝘁𝗿𝗮𝘁𝗲𝗴𝗶 𝗠𝗲𝗻𝗮𝗯𝘂𝗻𝗴 𝗗𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗼𝘀𝗼𝗻𝗴.

https://www.facebook.com/GaleriBukuDatoChefLi

Sekarang saya tak sure samada boleh beli lagi atau tidak buku ini kat sana.

Jadi untuk mereka yang makan gaji tapi teringin nak membina kekayaan, ini jalan yang ada untuk anda.

Jadi, itu sahaja nak share dengan gais semua :)

#NotaEmasSyukorHashim
1
Duit kertas tak sesuai untuk simpanan jangka panjang sebab ia tak mampu menyimpan nilai (kuasa beli). Ia hanya sesuai untuk transaksi jual beli sahaja.

RM50 hari ini confirm tak mampu membeli barang yang sama 10 tahun akan datang sebab kuasa belinya confirm semakin susut.

Kalau nak simpan duit kertas, simpan dalam jumlah yang cukup untuk digunakan dalam masa terdekat atau simpanan untuk hal kecemasan berjumlah 3 bulan gaji sahaja.

Selebihnya, simpan dalam bentuk aset fizikal yang mampu menyimpan nilai jangka panjang seperti emas, perak, tanah ataupun hartanah.

Kalau menurut teori #1dinar1ekorkambing, apa yang mampu dibeli oleh 1 gram emas hari ini, ia tetap akan mampu dibeli dengan emas yang sama 10 tahun akan datang.

Emas simpanan yang ideal untuk jangka panjang, sekurang-kurangnya untuk tempoh 2 - 3 tahun akan datang.

Kredit: En. Mohd Zulkifli Syafie