Public Gold by Missnina (Amanina Matali)
511 subscribers
981 photos
70 videos
29 files
527 links
Hai, di channel ni saya akan share
🌹Ilmu kewangan dan simpanan emas

https://wasap.my/60138434648/

Juga berkongsi di Youtube di https://bit.ly/3lhMgOL
Download Telegram
EMAS SEBAGAI BOT PENYELAMAT KEKAYAAN KITA

Berapa banyak duit kita dalam akaun bank, bila-bila masa boleh dibekukan oleh kerajaan kalau nama kita terpalit dengan AMLA.

Walaupun kita tak bersalah, tapi kalau terkena, hidup kita akan amat susah bertahun-tahun sebelum kita dapat buktikan kita tak bersalah.

Tak ada belas ihsan!

Jadi kalau ada harta beratus ribu atau berjuta, tukarkan sebahagiannya kepada emas. Pakar kewangan Tuan Azizi Ali sarankan 10%.

Kalau harta RM1 juta, RM100k tukarkan kepada emas.

Itu akan jadi 'bot penyelamat' kewangan keluarga kita.

Ada emas, maksudnya ada duit.

Simpan emas, tak ada siapa tahu berapa banyak emas yang kita ada. Dan tak ada siapa yang boleh bekukan kekayaan kita.

Bahkan kalau berlaku pergolakan politik atau peperangan, emas tu boleh kita bawa ke mana-mana untuk memulakan kehidupan baru di tempat baharu. InsyaAllah.

#TipKayaDenganEmas

Kredit Nota: Tuan Zulkifli Shafiw
SETIAP DUIT KERTAS AKHIRNYA JATUH SENILAI DENGAN TISU TANDAS?
Hanya dengan satu pengumuman oleh Bank Negara India, duit 500 dan 1000 Rupee jadi sama nilai dengan tisu tandas!
Itu apa yang pernah terjadi pada tahun 2016 dulu, yang membuatkan berlaku kekalutan di negara India.

Perkara ni bukanlah asing. Negara kita pun pernah terjadi di zaman Jepun dulu. Duit pisang Jepun. Atuk nenek kita mesti tahu peristiwa tu.
Duit-duit yang banyak ketika tu jatuh senilai dengan tisu tandas bila Jepun menyerah kalah.

Apa yang kita boleh belajar daripada peristiwa tu, walaupun duit di tangan kita, hakikatnya nilainya tiada di tangan kita. Ia di ‘tangan’ kerajaan.
Sebab itulah dekat duit kertas tu ditulis "Wang ini sah diperlakukan dengan nilai...". Itu nilai yang DIPAKSA ke atas kertas tu.
Bukan sebab kertas itu yang bernilai…
Satu masa dulu negara kita pun pernah ada duit kertas "$500" dan "$1000". Tapi siapa masih simpan duit tu, nilainya sama dengan tisu tandas.

Semua duit kertas confirm kembali kepada NILAI INTRINSIKnya yang sebenar, iaitu KOSONG! Cuma masa sahaja yang akan menentukannya...
Kita kena bersedia, tapi kita sentiasa berdoa mudah- mudahan ianya tak terjadi di zaman kita (hidup.)..

Nak simpan kekayaan, simpanlah dalam bentuk emas (atau aset lain yang bertahan nilainya). Bukan dalam bentuk kertas. Kecuali duit yang nak digunakan dalam jangka masa terdekat.

Simpan emas, kita BEBAS. Kekayaan kita tak terikat dengan sesiapa.
Kekayaan itu SOLID di tangan kita selagi emas tu ada di tangan kita. Ia kekayaan yang tak boleh dicipta, tak boleh dimusnahkan. Bahkan ia berdiri dengan sendiri tanpa jaminan sesiapa.

Save your family, buy gold.
Help our nation, keep gold.
Follow your religion, use gold.
Itu pesanan Dato Wira Louis Ng (##FounderPublicGold) sejak July 2009. Emas akan jadi ‘penyelamat’ di waktu kegawatan terjadi dalam hidup kita, ataupun negara kita. InsyaAllah…
#TipKayaDenganEmas

-TULISAN ASAL: ENCIK MOHD ZULKIFLI SHAFIE
Benteng terakhir...

Inilah rupanya kepingan emas Kim Thanh (seberat 15g) yang dibawa oleh pelarian VIETNAM sewaktu perang tahun 1970an dulu.

Waktu zaman perang Vietnam dulu, tak ada harta lain yang berharga yang boleh dibawa lari oleh rakyat Vietnam, kecuali kepingan emas nipis ni.

Bentuknya nipis ini memudahkan mereka sorokkan emas tu di dalam kasut dan jahitan baju...

Apa jadi pada harta yang lain?

Jual atau tinggalkan!

Itu sahaja pilihan yang mereka ada.

Semua harta; termasuk rumah, tanah, kebun, dan ternakkan terpaksa dijual. Dan emas inilah yang membantu mereka memulakan hidup baru di negara lain.

Pada waktu tu, kalau bawa duit kertas Vietnam berjuta-juta pun tak laku di negara lain. Nilai duit bukan pada kertasnya, tapi pada jaminan pemerintah.

Tapi jaminan pemerintah itu pun bergantung pada kestabilan ekonomi dan politik.

Kalau pemerintahan itu dalam keadaan kucar kacir, maka nilai duit itu kembali kepada nilai sebenarnya, itu tak lebih dari sekadar sekeping kertas.

Nilainya kosong!

Emas berbeza.

Nilai emas terletak pada KETULENAN dan BERATnya tersendiri, bukan pada jaminan sesebuah kerajaan.

Nilainya berdiri dengan sendiri. Tanpa perlu jaminan daripada sesiapa...

Disebabkan kekuatan inilah, kenapa pakar sarankan setiap kita perlu simpan emas. Sekurang-kurangnya 10% dari jumlah sebenar kekayaan kita.

Emas adalah BENTENG TERKAHIR kekayaan setiap kita.

#BukuWangEmas
#TipKayaDenganEmas

Penulisan: Encik Zulkifli Shafie
Kalau bajet nak beli 250 gram emas, mana lagi baik; gold bar 250 gram x 1 keping, atau 100 gram x 2 keping + 50 gram x 1 keping?

Saranan saya:

Kalau nak emas yang mesra ar-rahnu dan mudah jual sikit-sikit bila nak pakai duit, item paling besar yang boleh saya recommend gold bar 50 gram x 5 keping.

Tapi kalau plan nak jual seketul terus pada masa depan, saya recommend gold bar 250 gram x 1 keping. Spread cuma 6%. Kalau harga emas naik 10%, dah untung 4%.

#TipKayaDenganEmas
KENAPA TAK SELALU UPDATE HARGA EMAS?

Penyimpan emas baru tanya, ada tak group yang selalu update harga emas supaya mudah kita tahu bila harga emas turun, bila waktu sesuai untuk beli?

Jawapan saya:

Memang tak ada. Sebab kami bukan trader. Kami penyimpan emas (saver) untuk jangka panjang, sekurang-kurangnya 2 tahun ke atas.

Bila ada duit untuk simpanan jangka panjang, itulah waktunya terbaik ditukarkan kepada emas (fizikal). Tak tengok sangat pasal harga.

Kalau update pun tak guna... Sebab tak siapa tahu harga emas minggu depan atau bulan depan (jangka pendek). Kalau harga naik, tak kaya... Harga turun pun tak miskin...

Asalkan emas ada di tangan, penyimpan emas tegar tak peduli pun pasal harga.

Bila beli emas (yang betul), tak perlu kisah sangat pasal harga. Harga hari ni confirm lebih murah berbanding beberapa tahun akan datang...

Harga Roti Gardenia pun confirm naik saban tahun. Inikan pula emas - barang mahal.

Monitor harga ni nanti cuma membazirkan emosi jer... Akhir sekali tabungan emas tak bertambah, duit pun habis juga...

Menabung emas ni yang paling penting pastikan tabungan emas bertambah setiap bulan. Kenaikan harga tu cuma persoalan masa sahaja...

#TipKayaDenganEmas
RM340 segram. Lagi rekod baru, harga emas tertinggi dalam sejarah!

Ringgit jatuh, harga emas naik. Ringgit jatuh ke paras terendah dalam 26 tahun, harga emas Malaysia naik ke paras tertinggi dalam sejarah.

Itulah sebab mereka yang simpan emas tak resah sangat bila ringgit jatuh. Sebab kekayaan dia dah protect kekayaan dia dengan emas. #TipKayaDenganEmas
1 dinar ni boleh buat backup belanja hangus sekitar RM1,000.

Penyimpan emas yang nak pakai duit, boleh pergi pajak emas ni ke ar-rahnu. 1 dinar boleh dapat pinjaman RM1,000 on the spot.

Lepas tu bayarlah balik dalam masa 6 - 12 bulan.

Tapi saya percaya, tak lama lepas selesai urusan dia nak pakai duit, mesti dia akan tebus balik secepat mungkin. Sebab sayang... Sebab takut kena caj lebih mahal kalau lambat tebus...

Bila ada duit, kita akan fikir tebus emas ni dulu. Bila nak berbelanja, kita akan berkira-kira sebab kita fikir baik pergi tebus emas dulu...

Bahkan kita akan kreatif cari income tambahan untuk tebus emas tu balik.

Akhir sekali, keperluan perbelanjaan dapat diselesaikan, emas pun dapat balik! Itulah maksud sebenar "backup belanja hangus" yang saya popular sejak 2016 lagi dalam tulisan-tulisan dan seminar saya tentang emas.

Bukannya guna semua gaji buat pergi beli emas. Lepas tu pergi pajak dan belanja duit pinjaman tu untuk perbelanjaan habus bulanan. Bukan....

Teknik ni saya popular bila tengok realiti, banyak orang susah disiplinkan diri menabung. Tapi mereka berdisiplin bayar hutang.

Bila menabung pulak, sekali dia tarah (belanja) duit tabungan tu, duit tu hangus tak berganti...

Bila terdesak nak pakai duit, dia terpaksa buat loan sana sini, personal loan, kad kredit, skim beli dulu menyesal kemudian, yang langsung tak ada backup dengan "aset" macam emas.

Maka teknik ni sesuai untuk mereka.

Tapi teknik ni cuma sesuai bagi yang mampu tebus emas tu dalam masa 6 - 12 bulan. Kalau memang tak ada sumber duit nak tebus, teknik ni tak sesuai.

Lebih baik jual sahaja...

#TipKayaDenganEmas #TipArrahnu #BukuWangEmas
Bila menabung emas fizikal, tak perlu bimbang tentang harga. Yang penting kena pastikan kepingan-kepingan emas kita sentiasa bertambah.

Asalkan menabung untuk jangka panjang sekurang-kurangnya 2 tahun ke atas, harga emas hari ni confirm lebih murah berbanding beberapa tahun akan datang.

Nanti lepas beberapa tahun, setiap kita pasti akan menyesal kenapa tak beli emas lebih banyak hari ni. Yang dah lama menabung emas pasti ada pengalaman ni.

#TipKayaDenganEmas
RM200 tu rasa kecil bila berbelanja. Tapi rasa besar bila menabung.

Satu masa dulu saya tak tahu cari duit extra walaupun cuma RM10 sebulan. Yang saya tahu cuma tunggu kenaikan gaji setahun sekali sahaja...

Tapi bila belajar berbisnes, dapat extra income RM100 - RM200 sebulan pun saya rasa dah besar.

Pertama, ia lebih besar dari tunggu kenaikan gaji.

Kedua, sebab setiap duit yang saya dapat, saya langsung tak sentuh duit bisnes kecuali untuk tambah tabungan sahaja.

Waktu tu saya rasa hairan tengok kenapa kawan-kawan yang sama-sama berbisnes mudah give-up. Padahal income mereka (dalam bisnes) lebih kurang income saya.

Income beberapa ratus sebulan tu tak memotivasikan mereka.

Mungkin sebab compare dengan gaji dia, maka dia rasa tak berbaloi.

Tapi saya compare dengan jumlah yang mampu saya tabungkan.

Dapat tambah tabungan beberapa ratus sebulan tu besar sebenarnya.

Dari situ saya belajar sesuatu; siapa yang dah mula menabung, dia akan lebih hargai setiap duit yang dia dapat.

Dia tak perlu tunggu dapat duit banyak untuk rasa bersemangat.

Walaupun dapat extra (atau berjaya dijimatkan) cuma RM200 sebulan, RM200 tu besar bila berjaya tambah tabungan.

Kalau setahun, maksudnya tabungan kita bertambah sebanyak RM2,400 (RM200 x 12 bulan).

Banyak tu...

Itulah antara keajaiban bila mula menabung.

Sebab tu lah nak menabung jangan tunggu duit lebih... Setiap kali dapat gaji, menabunglah dulu sekurang-kurangnya 10% daripada gaji setiap bulan.

Dan berbelanjalah selebihnya...

Walaupun permulaannya kita akan korek balik tabungan tu, tapi tengoklah satu per satu keajaiban berlaku pada kewangan kita khusus bagi siapa yang dah mula menabung dalam bentuk emas. InsyaAllah.

#TipKayaDenganEmas