Public Gold by Missnina (Amanina Matali)
520 subscribers
1.01K photos
72 videos
29 files
539 links
Hai, di channel ni saya akan share
🌹Ilmu kewangan dan simpanan emas

https://wasap.my/60138434648/

Juga berkongsi di Youtube di https://bit.ly/3lhMgOL
Download Telegram
Jarak tak memisahkan kita dan Masjid Nabawi ni. Walaupun dah lama tak dapat pergi Umrah atau Haji, ternyata hati kita masih dipanggil lagi.

Jum grab edisi terhad goldbar Masjid Nabawi. Info lanjut whatsapp saya https://wasap.my/60138434648/
Macam mana ya nak buat pelaburan emas tapi modal kecil?

Saya dihubungi seorang rakan yang nak mulakan pelaburan emas. Katanya nak guna duit lebihan i-Sinar sebanyak seribu untuk melabur dengan harapan nilai emas berganda lepas enam bulan.

Ini nasihat saya kepada beliau

1) Pelaburan bersifat jangka panjang
Kalau beli emas untuk dapatkan untung jangka pendek, ia tidak sesuai. Emas adalah simpanan jangka masa panjang, minimum satu tahun

2) Harga emas ada turun naik dalam jangka pendek
Kalau harganya jatuh, ia bukanlah jadi kosong atau hilang nilai. Cuma dalam jangka masa panjang barulah kita dapat merasa kenaikan harga emas

3) Buat dana kecemasa dulu
Pastikan ada sekurang--kurangnya tiga bulan gaji untuk tujuan kecemasan. Ada yang kata simpan dalam ASB atau Tabung Haji untuk simpan dana ni. Tapi kalau risau ia mudah dikeluarkan, lebih baik disimpan dalam bentuk emas.

4)Mulakan dengan modal kecil
Dengan Public Gold, kita dah boleh simpan emas serendah RM100 (0.37gm+-) . Satu gram satu bulan pun boleh asalkan kita dah mula.

5) Kriteria emas terbaik
Bukan semua emas ni boleh dijadikan emas pelaburan. Emas yang sesuai ialah goldbar dan dinar.

6) Kawal emosi
Risau nanti emosi nak tunggu harga emas naik dalam masa terdekat. Selalunya harga emas naik jangka masa panjang

#Bijakemas
#1gram1bulan
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Untuk newbie yang nak kena emas, saya share info ni ye. Ada 3 lagi slot untuk buku percuma. Dan lebih banyak lagi bila shipment dah sampai Sarawak. Pm saya secepatnya
Resepi Ayam inspired by Four Fingers.

Nak lari dari kebiasaan, cubalah resepi ni. Kalau hidangkan untuk bapak dan mak, gerenti mereka izinkan aku hiking Kinabalu . 😌

Bahannya
Sekilo kepak ayam (potong dua)
2 inci halia dan 5 ulas bawang putih (dikisar)
2 sudu besar serbuk kunyit
2 sudu besar cili giling
1 biji telur ayam
2 cawan tepung jagung (boleh tambah nak bagi rangup)
Garam secukup rasa

Caranya
1) Perap ayam, bahan kisar dan garam setengah jam
2) Kemudian gaul bersama serbuk kunyit, telur dan cili giling
3) Masukkan tepung jagung, gaul rata
4) Goreng ayam sehingga kuning keemasan

Tips nak bagi ayam krup krup.
Selepas siap goreng, masukkan sekali lagi ayam ke dalam minyak masak yang masih panas.
Salam semua.

InsyaAllah esok, Jumaat 30/7/2021 jam 11 pagi saya akan buat special FBlive dengan tajuk:

Emas sebagai talian hayat terbaik anda.

Di FB page Syukor Hashim & Jonaina Nordin

Sinopsis: Apakah rahsia emas yang menyebabkan ia boleh menjadi talian hayat terbaik untuk anda?

Dapatkan jawapannya di Fblive ini.

Ada pelbagai tawaran menarik menanti anda. Antaranya adalah tawaran belian emas, tawaran menjadi dealer serta cabutan bertuah menang emas.

Jumpa nanti!

Syukor Hashim.
Kisah Awan yang kenal penduduk di Bumi.

Dalam Hadis Bukhari ada sebut, bila sahabat Nabi yang berjalan di tanah yang lapang, tiba-tiba dia terdengar suara awan bercakap sesama awan. Awan kata "Wahai awan, awak hujanilah kebun si fulan". Dalam hadis ni, ulama tak bincang siapa si fulan tu.

Sahabat terkejut mendengar perbualan awan dan ikut saja awan ke aliran air tempat hujan turun. Sahabat ikut aliran air dan ternampak seorang lelaki yang sedang menahan air.
sahabat bertanya.

S: Assalamulaikum tuan, adakah tuan fulan bin fulan?
L: Waalaikumussalam, ye saya. macam mana Tuan tahu nama saya?
S : Ketika sedang berjalan, saya terdengar awan menyebut nama tuan, apa rahsia tuan. Sedangkan saya tak kenal tuan, macam mana awan kenal tuan?
L: Sahabat, lihatlah tanaman saya yang hijau luas ini. Bila saya tuai hasilnya, aku sedekahkan dulu satu pertiga. satu pertiga lagi untuk aku dan keluargaku. satu pertiga lagi untuk simpan dan jadi modal.

Ustaz Haslin yang berkongsi kisah ni nak bagitau yang dalam harta ni, ada hak orang lain juga dan kena ada bahagian untuk disimpan.

“Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan meperlipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan.” Surah Al Baqarah ayat 245
Kisah Awan yang mengenali penduduk Bumi yang suka bersedekah
TALENT IS JUST 1%. 99% IS HARDWORK.

Usain Bolt berlari di Olimpik hanya 112 saat yang memakan masa 20 tahun latihan.

Beliau pelari pecut terpantas dalam sejarah dunia. Kalau tengok jadual latihannya memang terkejut betapa padat dan rata-rata orang tak sanggup hadapinya.

20 tahun bukan tempoh yang pendek. Kalau kita perhati, adakah Usain menukar sukannya? Tak, dia masih berlari.

Adakah dia berlari di atas pasir? Tak dia masih berlari atas trek. Tapi dia tetap berlatih dan terus berlatih menjadikan 99% hidupnya adalah kerja keras.

Hingga jadi juara Olimpik lapan kali.

Macam mana, boleh ke boleh kita juga turut bekerja keras macam beliau? Jom kita mula
TIGA PERKARA UNIK TENTANG EMAS
(yang tiada pada wang kertas)

1) Tidak perlu dijamin oleh sesiapa
Emas tiada geran atau pemilikan. Nilainya terletak pada berat dan ketulenannya sendiri. Ia laku di mana-mana sahaja dan bila-bila masa

2) Penyimpan nilai yang kukuh
Sifatnya tak boleh dicipta oleh manusia. Emas juga, tidak binasa dan tak boleh dibinasakan (kecuali dengan kuasa Tuhan). Kalau takdirnya hanya ada 100,000 tan emas sahaja wujud, maka itulah yang bertukar tangan antara manusia.

3)Lagi jatuh, lagi orang beli
Bila harga turun, kita boleh beli emas dengan harga lebih murah. Perasaan macam beli barang mahal pada harga diskaun.

Dapat sesuatu?
#1gram1bulan
#Bijakemas