Public Gold by Missnina (Amanina Matali)
518 subscribers
1.01K photos
72 videos
29 files
537 links
Hai, di channel ni saya akan share
🌹Ilmu kewangan dan simpanan emas

https://wasap.my/60138434648/

Juga berkongsi di Youtube di https://bit.ly/3lhMgOL
Download Telegram
Ayam Masak Habang ni merupakan hidangan Sunda. Saya belek-belek majalah lama dan jumpa resepi ni. Rasanya manis pedas berempah.

Jom cuba☺️

Bahan-bahan
1kg ayam/potong kecil
Garam
3 sudu gula melaka (saya pakai gula apong)
1 sudu asam jawa (dapatkan airnya)
minyak untuk goreng dan tumis secukupnya

Bahan rempah tumis
1 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

Bahan kisar (kisar sehalus-halusnya)
12 tangkai cili kering (tak pedas)
1 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 cm halia
2 batang serai

Cara masak (boleh tengok gambar)
Panaskan minyak, tumis bahan rempah penumis hingga wangi
Masukkan bahan kisar, kacau hingga pecah minyak
Masukkan ayam, air asam jawa, garam dan gula melaka secukupnya
Kacau hingga ayam kecut, tambah sikit air jika perlu
Masak sampai ayam empuk, kuah pekat dan timbul minyak
Sedia dihidangkan

Sumber: Majalah RASA
Alhamdulilah hari ni berjaya membantu seorang Dr pakar membuat simpanan emas.

Beliau selama ni hanya tengok-tengok status saya. Saya suka berkongsi ilmu emas ni.

Katanya nak buat long term saving untuk anaknya. Saya cadangkan simpan goldbar atau Dinar.

Harga emas meningkat purata 10% setahun. Yang pasti harga emas hari ini tak akan rendah macam 6bulan atau setahun lepas.

Jadi beliau dah ambil tindakan bijak dengan mula membuat simpanan emas ni.

Jom kawan-kawan saya bantu buat simpanan emas serendah RM100
Resepi Meehun Goreng Singapore telur mata

Menu ni kegemaran saya masa di uni. Boleh dapat 4ringgit je kalau penuh bekas.

Jom cuba resepi ni.

Meehun 300gm

Bahan tumisan
Kek Ikan (dihiris)
2 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 cm halia

carrot (dipotong kecil dan nipis)
Daun bawang
Telur (digoreng)
air (200ml)

Cara memasak
1) Tumiskan bahan tumisan sehingga wangi
2) Masukkan kek ikan dan tambah air (nak bagi mee lembut)
3) Masukkan mee, gaul rata kemudian masukkan carrot tadi
4) Perasakan dan goreng telur berasingan
5) Hias dengan daun bawang dan siap!
Kita kena beli dan simpan emas dengan ilmu pengetahuan yang tinggi yang lebih sikit dari biasa.

Contohnya kita kena tahu apa ciri-ciri yang menjadikan emas ini begitu berharga? Kenapa emas digelar safe haven?

Kenapa kita kena alihkan sedikit wang dalam bentuk emas? Kenapa Allah jadikan emas ini dengan sifat emas yang unik? untuk apa?

Ia bukanlah hanya sekadar emas ini satu pelaburan, beli harga rendah, jual harga tinggi. Cakap-cakap begini hanyalah sedikit sahaja dari ilmu emas sebenar.

Kenapa emas perlu dizakatkan? Allah Taala memerintahkan agar kita membayar zakat jika kita simpan benda atau harta yang menjadikan kita lebih kaya.

Ia menyebabkan harta kita berkembang. Sebab itu, kalau nak kaya kena simpan precious metal, logam kekayaan.
Kalau mengayuh ke pekan Sari,
Jangan lupa beli santan,
Kejayaan kecil harus dirai,
Bekalan semangat di masa depan.

Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain. Alhamdulillah saya di antara yang menerima anugerah 100Club bagi Public Gold Financial Year 2020/2021.

Saya pernah murung akibat musibah kewangan yang menimpa pada tahun 2020. Ia antara tempoh getir yang saya harap tak berulang lagi kepada sesiapa.

Saya menyimpan emas sejak 2017 dan mula merasai manfaatnya apabila simpanan saya jadi "PELAMPUNG" yang bantu menyelamatkan saya ketika peristiwa 2020 itu.

Saya bangkit dari musibah itu dan kuatkan semangat membina bisnes. Saya nak bantu seramai mungkin orang membuka mata tentang simpanan khususnya emas. Kejayaan hari ini ialah restu ibu bapa dan sokongan keluarga & sahabat handai.

Besar hikmahnya apabila Allah menjadikan logam ini lebih dari sekadar perhiasan. Emas terbukti melindung harta dan mengelakkan kegawatan. Nilainya tak dimakan inflasi malah semakin meningkat saban tahun.

Saya percaya semua ini bermula dengan ilmu. Sebab tu saya nak ucapkan terima kasih kepada Tuan Syukor Hashim atas ilmu yang sentiasa dicurahkan.

Tidak lupa juga Encik S M Salim Sharif introducer emas saya serta Encik Hilmi Ya'kub yang sangat membantu dalam membina bisnes ni.

Terima kasih atas sokongan semua. Alhamdulillah
PELIK ILMU KEWANGAN NI!

Semakin banyak saya baca semakin saya berwaspada.
Semakin banyak saya belajar, semakin saya berhati-hati

Terbaru ada sebuah bank yang hantar dua jenis kad kredit kepada saya. Mereka hantar lagi mesej katanya dah kreditkan tiga puluh ringgit.

Entah bila saya consent, saya tak pasti. Mungkin di sini saya dah tak berhati-hati. Adakah melalui panggilan telefon atau email.

Kad kredit ni, macam pisau. Orang yang nak pakai mesti ekstra berhati-hati. Kalau tiada keperluan, kad kredit antara yang terakhir digunakan. Kenapa?

1) Ia menyebabkan hutang jahat
2) Kita terdedah dengan penipuan (scam) dengan data kad kredit
3) Kalau tak bayar dengan cepat, hutang akan berkembang dua kali ganda dalam tempoh kurang empat tahun.

Dapat sesuatu? Berhati-hatilah

#Bijakkewangan
Udang Goreng Kacang Panjang

Nak masakan meriah tapi sekali masak? Apa kata cuba ni. Mudah saja

Bahan-bahan
200gm kacang panjang (potong serong)
250gm udang buang kulit
3 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil serbuk ikan bilis
1 tangkai cili merah
1 labu bawang besar (hiris)
2 ulas bawang putih
2 sudu minyak masak

Cara masak
1) Panaskan minyak kemudian tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau
2)Masukkan sos tiram, sayur. kacau rata
3) Masuk udang dan tunggu sehingga masak. Perasakan dan siap!

Cuba komen siapa dah cuba?