Public Gold by Missnina (Amanina Matali)
520 subscribers
1.01K photos
72 videos
29 files
539 links
Hai, di channel ni saya akan share
🌹Ilmu kewangan dan simpanan emas

https://wasap.my/60138434648/

Juga berkongsi di Youtube di https://bit.ly/3lhMgOL
Download Telegram
Oh baru tahu yang hutang pun ada dua jenis. Satu hutang positif, satu lagi negatif. Apa beza dua ni?

Hutang positif: Hutang pada perkara yang semakin hari semakin tinggi nilainya seperti membeli hartanah yang boleh disewakan dengan kadar sewaan yang berbaloi. Bahasa Inggeris dipanggil good debt.

Hutang negatif: Hutang pada perkara yang menyebabkan nilainya semakin susut. Juga membuatkan nilai kekayaan bersih menurun dan memakan pendapatan masa depan.

Contoh good debt: Hutang untuk pendidikan, pendapatan dan kemajuan kerjaya. Hartanah dan bisnes juga masuk dalam kategori ini.

Contoh bad debt: Kad kredit ,kereta dan loan peribadi yang tidak diurus dengan baik. Ada risiko disalahgunakan untuk perbelanjaan yang tidak meningkatkan nilai bersih harta kita
Bayam Brazil Belacan Bintulu

Bayam Brazil tumbuh dengan cemerlang di belakang rumah. Alhamdulillah, jom nanti nak belajar tanam sayur pula. huhu

Masakan Paling simple dan cepat

Bahan (ditumbuk dengan lesung batu ye)
2 ulas Bawang merah
2 ulas Bawang putih
Belacan Kiub
1 biji Cili Padi
garam secukup rasa


Cara masak
1) Panaskan minyak dan tumis semua bahan
2) Masukkan air sehingga mendidih, dan masuk sayur
3) Letak garam secukup rasa, tunggu hingga sayur masak dan siap!

Sedap dimakan dengan ikan masin. Favourite. jom tag kawan-kawan korang. Nanti ada yang ketuk pintu hantar bayam
Macam mana Islam melihat kepentingan emas ni?

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).

Referensi: https://tafsirweb.com/1146-quran-surat-ali-imran-ayat-14.html

Allah telah mengiktiraf emas ini sebagai harta manusia yang manusia suka padanya. Ia (emas) antara yang kecintaan manusia yang diingini semulajadi atau kita sebut sebagai fitrah.

Fitrah ni lagi mudah contohnya lelaki suka wanita dan sebaliknya. Benda ini tak perlu diajar. automatik sudah tahu bila cukup waktunya.

Begitu juga keinginan kepada harta iaitu emas. Sebab itu, tak hairan jika ada sesetengah orang suka simpan emas. Tiba-tiba rasa seronok menyimpan dan cenderung padanya.
Ayam Masak Habang ni merupakan hidangan Sunda. Saya belek-belek majalah lama dan jumpa resepi ni. Rasanya manis pedas berempah.

Jom cuba☺️

Bahan-bahan
1kg ayam/potong kecil
Garam
3 sudu gula melaka (saya pakai gula apong)
1 sudu asam jawa (dapatkan airnya)
minyak untuk goreng dan tumis secukupnya

Bahan rempah tumis
1 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

Bahan kisar (kisar sehalus-halusnya)
12 tangkai cili kering (tak pedas)
1 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 cm halia
2 batang serai

Cara masak (boleh tengok gambar)
Panaskan minyak, tumis bahan rempah penumis hingga wangi
Masukkan bahan kisar, kacau hingga pecah minyak
Masukkan ayam, air asam jawa, garam dan gula melaka secukupnya
Kacau hingga ayam kecut, tambah sikit air jika perlu
Masak sampai ayam empuk, kuah pekat dan timbul minyak
Sedia dihidangkan

Sumber: Majalah RASA
Alhamdulilah hari ni berjaya membantu seorang Dr pakar membuat simpanan emas.

Beliau selama ni hanya tengok-tengok status saya. Saya suka berkongsi ilmu emas ni.

Katanya nak buat long term saving untuk anaknya. Saya cadangkan simpan goldbar atau Dinar.

Harga emas meningkat purata 10% setahun. Yang pasti harga emas hari ini tak akan rendah macam 6bulan atau setahun lepas.

Jadi beliau dah ambil tindakan bijak dengan mula membuat simpanan emas ni.

Jom kawan-kawan saya bantu buat simpanan emas serendah RM100
Resepi Meehun Goreng Singapore telur mata

Menu ni kegemaran saya masa di uni. Boleh dapat 4ringgit je kalau penuh bekas.

Jom cuba resepi ni.

Meehun 300gm

Bahan tumisan
Kek Ikan (dihiris)
2 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 cm halia

carrot (dipotong kecil dan nipis)
Daun bawang
Telur (digoreng)
air (200ml)

Cara memasak
1) Tumiskan bahan tumisan sehingga wangi
2) Masukkan kek ikan dan tambah air (nak bagi mee lembut)
3) Masukkan mee, gaul rata kemudian masukkan carrot tadi
4) Perasakan dan goreng telur berasingan
5) Hias dengan daun bawang dan siap!