Public Gold by Missnina (Amanina Matali)
519 subscribers
1.01K photos
72 videos
29 files
537 links
Hai, di channel ni saya akan share
🌹Ilmu kewangan dan simpanan emas

https://wasap.my/60138434648/

Juga berkongsi di Youtube di https://bit.ly/3lhMgOL
Download Telegram
Mee Goreng Kicap Lemak Manis

Ini ialah pertama kali saya masak mee kuning yang saya puas hati. Saya memang tak pandai masak mee. Pernah sebelum ni, tak cukup pewarna lah ,kering sangat, bau tak sedap atau terlalu likat tak jadiπŸ˜…

Yang ni mungkin ada improvement sikit. Haa jom cuba mee kuning ni.

Bahan-bahan
Mee kuning
Perencah Adabi mee goreng
Kicap Lemak masin
1 biji telur
2 ulas bawang puth
2 biji cili padi
Limau
Daun bawang
6 ekor udang

Cara membuat
1) Tumiskan bawang, cili padi sehingga naik bau. Masukkan Perencah Adabi mee goreng
2) Tambah air, tunggu sehingga mendidih kemudian masukkan udang. Kacau telur dan tuang ke dalam bahan-bahan yang tengah mendidih
3) Tengok video macam mana saya tunggu telur tu masak kejap, baru saya kacau. mungkin saya boleh improve lagi kat sini
4) Masukkan mee, kicap dan kacau puas-puas. Ikut selera masing nak mee tu basah sikit atau kering. Masuk daun bawang
5) Perah limau dan sedia dimakan

jom tag kawan-kawan korang. Nanti ada yang ketuk pintu hantar mee
βœ…Simpan bertahun-tahun dalam bank tapi simpanan masih tak cukup?

βœ…Nak rawat masalah boros berbelanja?

βœ…Nak tahu simpan emas buatkan kekayaan kita melekat?

βœ…Nak bimbingan tentang emas simpanan?

πŸ’ Saya berkongsi ilmu emas Public Gold secara percuma. Alhamdulilah sekarang membimbing lebih 150 orang penyimpan emas seluruh Malaysia. πŸ’ 

Jom, ada yang nak saya bantu tengok dulu video ni Mudahnya mula simpan emas

Amanina Matali
PG00131490
AUTHORISED PRIORITY DEALER PUBLIC GOLD

https://youtu.be/e_8d7ObSzBM
ROTI DAYANG BRUNEI
.

Hidangan simple, sarapan dan minum petang. Jom cuba

Bahan-bahan
6 biji roti berbentuk ovel dipotong
100gram isi ayam (saya guna minced chicken)
3biji telur (dipukul)
1 labu bawang besar
3 tangkai daun bawang
3 keping salad lettuce
1 biji tomato dihiris (optional)
2 sudu makan mayonaise

1 sudu makan majerin
1 sudu makan sos cili
serbuk lada puth dan garam secukup rasa

Cara buat
1) Campurkan telur, isi ayam, bawang besar, daun bawang, serbuk lada puth dan garam. Pukul sehingga sebati
2) Panaskan kuali dan sapukan majerin
3) Tuangkan bancuhan di atas kuali dan letakkan bahagian roti
4) Keluarkan roti selepas roti masak
5) Susun mayonis dan salad. Tuang sos cili dan tutup dengan kepingan roti.

Roti ini popular di negara Brunei Darussalam dan sebenarnya mirip Roti JohnπŸ™‚ bentuk roti yang lain
#masakje
Ada dua jenis sikap yang perlu untuk membentuk peribadi seorang yang proaktif dan positif dalam perniagaan,

Sumber dari Live Dato Dr Mohd Daud Bakar

1.Sikap anggota badan: Merupakan usaha yang kita lakukan setiap hari. Kita nak capai apa, kita kena buat. Rasai setiap langkah-langkah dan prosesnya.Kena aktif dan bekerja kuat, tiada jalan pintas

2.Sikap minda: Sikap ini yang menentukan cara kita bertindak dan buat keputusan. Sebab itu sikap kita perlu sentiasa ada motivasi, pembaharuan dan disiram dengan nasihat dan terguran.

Kedua-dua sikap ni kena seiringan. Umpama burung, nak terbang kena ada dua sayap. Kalau salah satu sayap patah, tak dapat terbang. Kedua nya perlu selari dan seimbang. Dapat?
Ada tiga Prasyarat minda proaktif dan positif.

1. Kena ada kejelasan misi dalam minda kita. Tahu matlamat nak ke mana. Seperti kisah Saidina Uthman bila sampai ke Madinah, beliau meninggalkan harta yang sebelum ini.
.
Beliau membawa dakwah dan permulaan yang baru. Beliau yang masa itu tiada modal, harta namun tetap dengan misi dakwah bersama Baginda Nabi Muhammad SAW.
.
2. Kecekalan minda: Berusaha untuk buktikan kita cekal dalam apa yang kita tengah buat. Kita akan dapati halang dugaan yang datang tu, kita tempuhi saja.

3. Momentum minda: Minda positif ni kena sentiasa bergerak. Tak boleh pula cekal sahaja tapi takda momentum. Sampai bila nak capai matlamat.

-Dato Dr Mohd Daud bin Bakar-
Wah hari ini harga emas turun sangat banyak lagi. Hanya RM257 saja segram.
Minggu lepas masih pada RM270/grm

Ini peluang bagi yang nak:

1. Mulakan simpanan emas. Ia jadi sebagai benchmark harga yang sesuai. Lepas ini kita dah tahu harga naik atau turun sebab kita dah pernah beli.

2. Yang nak lock harga untuk belian emas yang pakej bayaran Easy Payment Plan (4X atau 10X). Kunci harga masa murah, bayar harga yang sama untuk 4 atau 10 bulan seterusnya.

3. Memuratakan harga. Sebelum ini anda pernah beli dengan harga RM270. Sekarang harga RM257. Tambah 2 harga ini dan bahagi dengan 2, anda sebenarnya beli dengan harga RM263.50 saja segram.

Pilihan di tangan anda. Buat pilihan yang bijak okeh.

Oh ya. Saya akan hadiahkan sebuah buku pasal emas kepada yang mulakan simpanan hari ini.

Wasap saya untuk bantuanπŸ‘ŒπŸΎ
Skewer serai daging burger.

Saya dah cuba resepi ni ikut buku. Hehe nak kata menjadi betul tak juga tapi Alhamdulillah sedap juga

Bahan kisar
2 keping daging burger (saya pakai Ramly chicken)
2 ulas bawang putih
1 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh oregano
1 biji putih telur
Serbuk lada putih secukup rasa
Garam secukup rasa

sos cicah
1 cawan sos cili

Cara membuat
1) Kisar daging burger bersama bahan kisar
2) Ambil serai dan kepalkan isi daging kisar menjadi bulat
3) Rehatkan seketika dalam peti sejuk
4) Bakar dalam ketuhar selama 7-8 min atau masak dengan menggoreng
5) Hidang bersama sos cili

Putih telur sebagai pelekat untuk mengekalkan bentuk daging

Jom cuba